Wednesday, 6 June 2018

Random Post..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Hari ni aku MC..
Dari semalam tekak dah rasa perit, gatal-gatal batuk, kalau tidur tu tekak rasa mcm nak selsema pun ada..
Dalam telinga pun rasa gatal-gatal..
Harap cepat sembuh..
Minggu ni memang rasa lemau gila..

Tengah hari tadi aku balik kampung..
Pegi klinik dekat kampung je senang..
Murah gila pulak tu..
Dapat jugak berbuka dekat kampung..
Dari sorang-sorang je dekat Senawang tu..

Sebelum cuti raya ni banyak jugak benda nak kene settle..
Nak settle kan documents untuk 2 FAT lepas raya..
Lepas tu pagi tadi PM text kata Selasa depan ada KOM dekat Kuching pulak..
Suruh prepare..
Prepare je la apa yang patut..
Semoga sempat la nak settle kan semua documents, nak settle kan preparation untuk KOM..

En.suami pulak hari ni outstation, Jumaat nanti baru balik..
Nak settle kan kerja sebelum minggu depan..
Minggu depan dah nak raya kan..

Sabtu ni nak present proposal Master Project aku..
Harap semua nye ok la..
Dapat present yang baik..
Dapat result yang baik sem ni..
Almost 75% journey Master aku ni..
Tak sabar nak habiskan rasanya..
Tapi sebelum nak habis tu..
Semoga aku tabah untuk hadapi hari-hari mendatang..
Semoga semuanya baik-baik je..

Nasib baik la weekend ni dah settle pasal projek..
Report semua dah hantar..
Tengah tunggu return commented..
Lepas tu prepare slide untuk presentation..
Boleh la fokuskan untuk keje ofis pulak..

Penat tu memang penat la..
Lagi kene travel jauh-jauh ni..
Memang banyak kali la berbuka dekat dalam kereta tahun ni..
Mungkin ini perancangan Tuhan yang terbaik untuk aku dan family aku..
Mungkin ni jugak cara untuk Dia dekatkan aku dengan Dia..

Hal rumah pulak kitaorang put on hold dulu..
Lepas raya nanti la baru fikir balik..
Sambil-sambil tu kene kira budget la..

Cerita pasal nak raya ni..
Tengah sibuk-sibuk ni haritu sempat la beli baju melayu dengan samping en.suami..
Sempat la beli baju untuk Aisyah jugak..
Tinggal nak beli baju casual je untuk en.suami dengan Aisyah..
Dah sah sah la raya nanti macam lagi banyak pakai baju casual en.suami dengan Aisyah tu..
Untuk aku punya weekend ni lepas present la baru cari..
Sekarang ni memang tak de mood la..
Biar documents dengan presentation ni settle semua dulu..
Macam mana persediaan korang pulak?..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...