Friday, 25 May 2018

Random Post - Master's Project Report, Election, Ramadhan, & Home Sweet Home..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Fuh lama nye tak update blog..
Last update awal bulan lepas pasal pegi training..
Sekarang ni memang tak sempat ler nak update..
Selalu BW je la..

Satu sekarang ni tengah sibuk buat report untuk Master projek..
Dah hantar chapter 2-3..
Ada lagi 2 chapter nak buat..
Banyak journal, article, buku, sumber rujukan yang nak keje baca..huhu..
Nasib baik la projek dekat ofis under control..
Tengah tunggu barang sampai je..
Satu lagi projek tinggal DRS je..
Ada satu barang lagi tak order yang tu..
Ada lagi 2 projek pulak bulan June dengan July baru start..
So boleh la fokus dekat Master dulu..

Lagi satu awal bulan June nanti aku dah nak final..
Nasib baik la sem ni ada satu je final paper..
Lepas tu memang pulun buat projek je la..
Harap sangat semua baik-baik je..

Ok nak selit jugak cerita pasal pilihan raya..
Dah lama berlalu kan..
10 Mei hari tu kira sejarah la Malaysia ditadbir dengan parti baru..
Masa nak pegi mengundi hari tu ada drama pulak..
Pegi naik scrambler ayah..
Nak senang parking kononnye..
Sekali masa dah sampai, nak tupang motor boleh pulak salah step..
Parking dekat tepi jalan, tar die tinggi..
Kaki en.suami tak sampai pulak ke rumput..
Tergolek dua-dua orang depan-depan pintu tempat mengundi tu..
Adeh sabar je la..
Sakit tu tak de lah sangat, tapi malu gila kot..haha..

Cerita pasal Ramadhan tahun ni..
Memang pengalaman berbeza la berbanding tahun lain..
Walaupun boleh balik awal..
Tapi selalu je buka dalam kereta sebab tak sempat nak sampai rumah on time..
KL tu tau la kadang-kadang jem, lagi bila hujan..
Ada sekali hari tu masa tu aku cuti, pegi UTM buat report..
Nak balik tu nak amik grab dalam pukul 6..
Sekali hujan pulak..
Berapa kali cancel grab sebab dapat ramai dekat KLCC..
Dah la peak hour, hujan pulak..memang ramai yang stuck dalam traffic jam..
Nasib baik la rezeki dapat gak grab dari kawasan tak jem tu pun dah 6 lebih..
Nak jalan pun tak boleh masa tu sebab hujan kan..

Bulan puasa ni Aisyah banyak dekat kampung..
Dapat jugak la aku buat report malam-malam..

Ok satu lagi kisah..
Alhamdulillah seminggu sebelum raya hari tu dah amik kunci..
Dah 2 kali la datang rumah..
Sekali masa amik kunci, sekali masa buat keje..
Ada la en.suami check defect sikit-sikit..
Setakat ni tak sempat lagi nak bawak Aisyah datang rumah ni lagi..

Mula-mula hari tu ada jugak la survey barang, cari contractor..
Tapi macam tak boleh nak bagi komitmen je sekarang..
Lepas raya la baru start balik nanti..


Belanja la satu gambar..
Alhamdulillah atas semua rezeki yang ada..

Ok nak continue buat keje..
Banyak lagi tak settle ni..
Aku harap semua baik-baik je..Amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...