Sunday, 11 March 2018

Schwarzkopf Seborin Hair Tonic..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..



Ok sementara free ni aku nak share sikit pasal Hair Tonic ni..
Sejak kerja aku rasa rambut aku makin teruk..
Rasa kering, tak berapa sihat..
Tak tau la sebab tak cukup tidur, tak cukup rehat pun ye jugak ke..
So aku pun ada jugak la survey-survey usha apa yang best..
Ada jugak la cari kalau ada treatment yang ok ke..

Pasal treatment ni aku rasa memang kene ada modal dan memang kene konsisten..
Kalau ada modal pun lepas tu tak berapa konsisten pegi susah gak nak nampak hasil..
Aku ni kalau pegi keje ke kelas ke, kalau ada balik awal tu tak sabar nak balik awal sampai rumah cepat je..
Sampai cepat sikit dalam la spend masa dengan Aisyah..
Jadi bila masa la nak pegi treatment ke apa..
Ni pun bila fikir projek yang tak bergerak ni pun dah stress..
Bila la nak spend masa untuk baca, study dan nak menulis..

Kebetulan aku ada jumpa orang share pasal Seborin ni..
So aku pun saje la nak cuba..
Baru dalam seminggu jugak beli..
Aku beli dekat Watson..



Mula-mula cari dekat Watson Mydin Senawang tak de..
Hari tu ada jalan-jalan dekat IOI Mall, pegi Mydin kejap ada pulak..
Aku pilih yang Hair Tonic ni..
Masa bayar budak dekat cashier tu kata yang benda ni ada dekat selected Watson je..
Watson yang besar mungkin..
Harga dalam rm4+.++ ..
Tak ingat pulak berapa harga..

Setakat aku pakai ni ok la..
Aku pakai malam sebelum tidur..
Sebab die macam ada bau ubat sikit..
Lagi pun kalau pagi-pagi aku malas nak pakai..
Nanti berpanas, rambut berminyak ke apa..

Malam ni pegi Tesco kejap, pegi Mr.DIY cari benda ni..


Beli travel bottle ni 2..
Satu untuk aku, satu untuk uncle..
RM1 je satu..

Balik tadi transfer benda ni dalam botol kecik ni..
Senang nak pakai spray je dekat kulit kepala..
Lagi pun tak payah bawak botol besar berat-berat nak pegi mana-mana..
Bawak botol kecik ni je..:)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...