Saturday, 24 February 2018

KWSP: Pengeluaran Pendidikan Master Semester 2..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..


Weekend ni aku ada early morning..
Weekend ni dah start kelas..huhu..
Macam tak percaya je dah semester 3..
Cepat betul masa berlalu..
Aku cuba untuk fokus lebih semester ni berbanding semester lepas..
Terutamanya dekat Master projek..
Agak tough sebenarnya buat master dekat company sekarang..
Tak pe la aku cuba je survive..
Insyaallah semua akan baik-baik je..

Sebenarnya aku dalam bas sementara tunggu bas jalan..
Meh la update sikit..
Berbalik pada tajuk..
Nak cerita pasal pengeluaran pendidikan untuk semester dua aku..

Aku memang keluar kan duit KWSP untuk belajar ni..
Untuk tampung perbelanjaan..
Terutamanya untuk bayar duit yuran..
Satu sem yuran rm6500..

Untuk sem lepas aku dah settle kan yuran lepas daftar subjek..
Selagi yuran tak settle, aku tak dikira mendaftar lagi..
Walaupun dah daftar online..
Kira macam on hold la.
Nasib baik boleh amik exam dan tengok result..huhu..
Jadi untuk kali ni kira nya aku claim balik dengan KWSP bayaran yang aku dah buat..
Satu sebab hari tu awal tahun tunggu KWSP bagi dividen..
Tu yang lambat sikit tu..

Ok sebelum pegi aku dah call dulu check dokumen apa yang perlu..
Kali ni cuma perlu surat pengesahan pelajar dari pihak U dan salinan IC sahaja..

Email PIC untuk surat pengesahan masa semester 1 hari Selasa - 13hb Feb 2018..

Bersambung tulis dekat Starbuck..
Konon nak update sikit sambil discussion untuk master projek..
Tapi mampu tulis satu ayat je..
Ni bersambung lagi menulis sambil tunggu train..
Class postponed next week sebenarnya..
Tapi kitaorang tak dapat latest schedule..
Too bad..
Dah sampai Damai baru tau..
So decide pegi Great Eastern Mall je buat projek untuk submit minggu depan..
Kalau tak duduk tak buat..
Ok dah melalut..

Aku dapat surat pengesahan pelajar hari isnin minggu depan tu, masa tu cuti raya cina..
Rabu tu aku ada FAT dekat Nilai pukul 10..
So pagi tu aku keluar awal, pegi KWSP Nilai dulu..



Aku sampai dalam pukul 8.30..
Tak ramai orang lagi masa ni..
Tapi lepas tu dah mula ramai orang..
Dekat kaunter staff tu bagi borang permohonan untuk pengeluaran lepas tu bagi tau yang untuk claim kene ada resit pembayaran sebelum ni..
Amik laptop dekat kereta, staff tu bagi aku print resit dekat PC dieorang..
Lepas tu print penyata dekat kiosk..
Lepas staff tu check semua dokumen dah lengkap die bagi nombor..
Aku tunggu dalam 5 minit nombor dah kene panggil..
Staff dekat kaunter check semua dokumen lepas tu check thumb print, turun kan cap jari dekat borang permohonan..
Staff tu bagi tau yang ambil masa dalam 21 hari..
Kalau tak de apa-apa komunikasi dalam masa 21 hari boleh call nombor service dieorang untuk semak status permohonan..
Check akaun malam tadi tengok duit dah masuk..
Pagi ni baru dapat SMS..
2 hari je dah dapat duit..
Alhamdulillah..

Well done KWSP untuk service yang baik dan staff yang sangat profesional dan sangat membantu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...