Wednesday, 31 January 2018

Trip to Port Dickson - PD Perdana Resort & PD Ostrich Show Farm..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Sementara menunggu en.suami sampai boleh la isi masa update blog..
Lagi sebelum kisah ni basi terperam dalam draft..

Last weekend kitaorang ke Port Dickson..
Saje pegi jalan-jalan sementara aku cuti sem ni..hihi..
Minggu depan Insyaallah dah register untuk sem baru..
Wah kejap je nak masuk sem 3 kan..
Trip kali ni pegi 2 family..
Pegi family aku dengan bff en.suami..
So total 6 orang..
2 dewasa, 2 kanak-kanak..
Mula-mula tu ajak jugak kawan-kawan die yang lain..
Tapi sebab last minit plan ramai tak dapat join sebab dah ada plan lain..
Ok tak pe..


Penginapan..

Untuk trip kali ni pegi 2 hari satu malam..
Mula-mula nak sewa banglo 4 bilik - rm350/mlm..
Tapi kawan en.suami cari apartment 2 bilik 1 toilet - rm200/mlm..
Ok tak pe lah..
Aku ok je..



Cuma kitaorang agak kurang happy la dengan apartment ni..
Sebab nye perabot die agak usang..
Asal ada je, tapi sofa bila duduk mendap ke bawah..
Untuk bilik kitaorang ada 1 katil single, lepas tu untuk saiz queen ada pallet je dengan tilam yang kekabu die macam dah keras..
Kalau Aisyah tidur satu tempat tu lekuk dekat situ je..
Tak de almari/drawer atau cermin ke..
Nak bersiap kene pegi bilik orang pulak nak tengok cermin..
Untuk bilik satu lagi pulak ialah katil besi queen..
Katil tu siap bengkok lagi, baby dieorang 3 bulan siap senget sampai bocor pampers..huhu..
TV kecik, tv lama, gambar pun tak clear - berbintik-bintik bukan main je walaupun ada antenna..
Lagi satu yang tak best nye ialah tak de heater..
Dalam gambar ada heater, tapi heater nye tak boleh guna..huhu..
Dah la ada 2 budak kecik..
Nak mandikan dieorang kene masak air pakai heater pulak..
Bak kata budak yang deal tu, 1st and last la nampaknye kot duduk situ..

Malam part luar pulak ok je la pada aku..
Ada pool dan tempat bbq tepi pool dan tasik..
Pool ok la untuk Aisyah mandi..
Siap ada slide lagi - favorite anak dara sorang tu..



Tempat bbq pun aku rasa ok je..
Kalau nak buat bbq kene apply dekat management dan kene bayar rm50 tak silap..
Ni semua dieorang uruskan..
View menarik jugak la..
Tapi kene jaga Aisyah la sebab die sibuk nak ke pool je..
Belakang tu pulak tasik..



Aktiviti..

Cerita pasal aktiviti pulak..
Sehari sebelum tu mak boleh pulak bawak Aisyah balik kampung..
Dah malam tu kitaorang terpaksa balik kampung..
Esok tu pegi Senawang balik..
Kalau tak dah dekat dah nak pegi..

Gerak dari kampung tengah hari..
Singgah Giant Senawang dulu nak beli barang dan makan..
Singgah rumah Senawang jugak kejap ambil barang Aisyah..
Nasib baik hari sebelum tu aku dengan en.suami dah settlekan beli barang Aisyah..





Beli swimmer diapers Huggies (rm32.++) tak silap dan baju renang untuk Aisyah dekat KLCC..
Lepas tu beli pelampung die dekat Jusco Seremban 2..
Swimmer diapers tu susah nak jumpa dekat mall..
Kalau jual online banyak jugak la..
Tapi dah last minit tak sempat dah..
Aku google dekat Cold Storage atau Jaya Grocer yang ada selalunya..
Kebetulan Khamis tu aku half day pegi renew IC, driving licence dekat UTC Keramat..
Singgah KlCC kejap..
Mula-mula masuk cold storage ada tinggal saiz L je..
Masa beli baju renang dekat Isetan..
SA tu inform ada jual dekat level jual  bahagian groceries..

Memang berguna diapers ni..
Sebelum ni aku pakaikan seluar je..
Nasib baik la Aisyah tak terberak masa tu..
Kali ni pakai pampers ni tengah main-main masa mandi pool terberak pulak die..
Banyak pulak tu..huhu..
Kalau tak pakai pampers naya je..huhu..

Disebabkan lambat sampai..
Sampai tu check in letak barang semua dulu..
Sempat kawan en.suami masak-masak kudapan untuk makan tepi pantai..
Keluar pegi pantai pun dah pukul 6..
Sempat mandi sekejap je..
Dalam satu jam je..

Balik tu susukan Aisyah dengan aku terlelap sekali..
Malam pulak aktiviti BBQ..
BBQ tepi pool dengan kolam..
Table sebelah ada birthday party..
Dapatla belon dengan kek segala..
Tak de pulak gambar masa BBQ..



Ahad pagi lepas sarapan kitaorang pegi mandi pool..
Mandi sampai pukul 12..
Mintak check out lambat sikit..
Kene charge rm20..



Menu sarapan pagi tu..
Spaghetti carbonara..
Rasa tak perlu dipertikaikan..
Aisyah pun suka banyak die makan..

Lepas mandi-mandi balik bilik aku tidurkan Aisyah..
Ready untuk lunch..
Lunch haritu shell out..




Shell out home made..


Lepas check out dalam pukul 4 kitaorang ke PD Ostrich Farm pulak..
Masuk sini nak tengok binatang..
Ada burung unta, kambing, ayam, lembu, itik, burung, arnab, keldai, unta pun ada..
Harga masuk rm15 untuk dewasa..
Kanak-kanak free..
Tempat tak besar sangat pun..
Kejap je masuk dah habis pusing..
Tapi Aisyah fun jugak la tengok binatang dalam tu..

Masa dalam farm ni pun dapat la test stroller Aisyah..
Baru beli stroller bulan lepas..
Test off road terus..haha..
So far aku puas hati dengan stroller tu..
Tolak pun smooth je..
Aisyah pun nampak selesa je duduk dalam tu..
Walaupun sebelum beli tu kalau pegi jalan-jalan tengok stroller die nak berdiri la..
Tak nak duduk dalam tu la..
Tapi ni elok je die behave..


Keseluruhannya memang fun dan full of activity..
Trip kali ni pun agak best sebab yang perempuan jaga anak..
Yang lelaki sibuk dekat dapur..
Semua makanan adalah home made..
Kawan en.suami yang beli semua barang masak dan die yang masak..
Rasa makanan pun tak perlu dipertikaikan..
Kawan en.suami ni bekas pelajar kulinari dan pernah kerja dekat dapur beberapa hotel terkemuka - Thistle, Pullman..
So menu memang mantap..
Belanja beli barang dapur adalah rm300..

Cuma disebabkan masak sendiri..
Jadi masa lagi limited la..
Sebab perlukan masa untuk masak..
Nasib baik la chef memang pro..
Sebab kalau fikir kalau makan kat luar pun amik masa jugak..
Nak siap, nak pegi cari kedai, nak makan..

Next trip tak tau la lagi bila..
Kalau ada masa ni memang akan cuba la bawak Aisyah jalan-jalan..
Sambil tu dapat lepak dengan kawan-kawan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...