Wednesday, 24 January 2018

The Regency Scholar Inn..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Sementara tunggu en.suami sampai meh la aku update apa yang patut lagi dekat sini.
Alhamdulillah 7hb Jan dan 13hb hari tu aku dah habis final exam untuk sem ni..
Dah habis 2 semester dah aku..huhu..
Tak sangka rasa..
Alhamdulillah sangat untuk peluang ni..
............
Sambung balik entri ni..
Sekarang aku dalam train balik kerja nak ke ofis en.suami..
Tak tau la sempat habis ke tak ni..huhu..
Susah betul nak cari masa nak menaip sekarang..huhu..
Dekat ofis biasanya aku buat kerja je la..
Malam pulak melayan Aisyah..
Dah berapa kali jugak yang tidurkan die, dengan kita orang sekali hanyut sekali..
Kadang tersedar tu tengok pakai baju kerja lagi..
Pukul 3 4 pagi bangun mandi..

Berbalik cerita pasal exam..
Satu paper siap dah tau result..
Tapi cerita pasal exam haritu tergantung lagi..huhu..

Untuk exam kali ni aku memang kurang fokus..
Memang banyak last minute..
Walaupun sehari dua sebelum exam tu aku cuti..
Tapi hari 1st tu selalu study sikit-sikit je..
Sehari sebelum exam baru nak pulun..
Dapat pulak paper susah, so satu paper pada aku agak kurang memuaskan..huhu..
Satu lagi tak tau result lagi..
Tak tau la ap khabar berita nya..
Harap nya baik-baik je la..huhu..

So sem ni aku amik keputusan untuk duduk hotel je..
Kalau hr exam baru nak travel satu jauh, banyak buang masa, penat lagi nanti..
Nak duduk rumah abang ipar macam sem lepas malas pulak nak susah kan die..
Sem ni pun dah kerja, adalah budget sikit nak duduk hotel..

Berbalik pada cerita hotel..
Mula-mula aku decide nak duduk dekat The Regency Scholar Inn je untuk dua-dua paper..
As student UTM, hotel ni dalam UTM, so memang mudah sangat la untuk aku..

Mula-mula aku book je untuk dua hari untuk exam aku..
Lagi lepas bincang dengan en.suami yang minggu pertama ni aku pergi sendiri je..
So boleh pergi exam senang..
Tak payah amik grab ke..
Sebab bila tambah harga grab jadi lebih kurang je..
Nak makan pun dekat bawah tu ada cafe..
Memang convenient untuk aku yang tak de transport ni..

Bilik adalah bilik single..
Bilik single ialah katil single..
Harga rm17+.++..
Kalau nak katil queen, kene amik bilik lain rm20+.++..
Pada aku agak mahal..huhu..
Sarapan included..

Bilik agak selesa, lantai carpet..
Tak delah bila pijak tu sejuk kan..
Ada sediakan sejadah dan al-Quran dalam bilik..
Very useful disaat exam..hihi..
Kafe kalau macam biasa, pada aku makanan die biasa biasa je, harga agak pricey..
Tapi sarapan die pada aku agak menarik..
Makanan tak de lah banyak sangat, tapi rasa agak ok..
Bertambah la aku makan, memang kenyang sebelum exam tu..hihi..

Masa dekat hotel ni aku stay dekat tinggak 2 tak silap..
Depan lift ada ruangan bacaan..
Memang agak bagus..
Aku siap tengok bahan bacaan apa yang ada..
Buku-buku ilmiah ok, buka Fluid Mechanic, Semiconductor segala ada..
Bagus la mencerminkan hotel dalam U..
Dekat toilet pun banyak toiletries..
Sikat pun ada, elok la untuk aku yang selalu lupa bawak sikat..
Tapi yang lain aku pakai barang sendiri je..

Ok cerita pasal bad experience pulak..
Aku ada masalah dengan lubang shower..
Air die lambat nak drained..
Bila mandi, bergenang air sampai buku lali..
Lepas tu lambat nak kering..
Memang tak selesa..huhu..
Nak amik wudhuk pun macam leceh..

The worst part ialah bila dalam bilik tak de fridge..
Memang tak convenient gila la untuk aku yang kene simpan susu ni..
Lepas call reception confirm tak de, tapi PIC kata boleh tumpang kafe..
Masalah nya kafe tutup pukul 11..
Kene la pam sebelum tutup..
Pagi pun lepas pam dah kene hantar dekat cafe..
Dah la pekerja kebanyakan lelaki je..
Masa nak simpan dah la kene declare benda apa yang nak di simpan..
Leceh betul..
Lagi pun aku prefer simpan head pam dalam fridge jugak..
Tapi kalau macam ni memang tak dapat la nak simpan..
So masa check out memang aku terus cancel kan yang booking minggu depan tu..
Dengan harga macam tu, tak de fridge pada aku tak berbaloi..
Kalau aku tengok dekat internet ada je bilik yang ada fridge tapi lagi mahal..

Yang bagus nya, staff die memang baik..
Staff hotel dan kafe..
Even masa check nak letak barang dekat kafe, staff die siap datang bilik nak collect barang..

Satu lagi part meja..
Yelah aku datang sebab nak exam kan..
Memang study dekat bilik..
Sebelum ni tak pernah amik peduli pun hal ni kalau pegi hotel..
Nak study agak sempit..
Compare dengan bilik dekat Bangkok lagi selesa..
Yelah dengan laptop, paper sebanyak-banyak nye..huhu..

Sorry la tak de gambar..
Insyaallah nanti aku update letak gambar dan link..

Update the link..
http://scholarsinn.theregency.com.my/Accommodation.aspx

Bilik aku ialah yang Superior Single..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...