Wednesday, 17 January 2018

Experienced Bangkok

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..


Sekarang ni aku dekat ofis lagi..
Hari ni balik lambat sebab en.suami keje dekat West Port dan balik lambat..
Ada jugak plan semalam aku balik dulu naik train..
Tapi pagi tadi rasa malas pulak..
Duduk je la dekat ofis tunggu en.suami..
Boleh gak buat pape yang patut sementara tunggu en.suami..

Ok meh la sambung cerita yang tertangguh ni..
Dah terperam lama dalam draft ni..
I is tak de masa nak update blog..huhu..
Ada masa BW je..

Ok aku pegi Bangkok ni pertengahan bulan lepas..
Pegi 5 hari 4 malam atas urusan kerja..
Ada FAT dekat sana..
Pengalaman menarik jugak untuk aku simpan dekat sini..

Sebenarnya trip aku ke Bangkok ni adalah agak short notice trip..
Minggu sebelum tu baru confirm..
Hati ni berbelah bahagi je nak pegi ke tidak..
Masa dapat tau kene pegi, en.suami masa tu dekat laut..
Elok die balik aku pulak kene pegi Bangkok..
Siap kata lagi kalau tak pegi aku lagi happy..
Berbelah bahagi sebab kene tinggalkan Aisyah agak lama..
Lepas tu busy dengan study lagi..
Bulan yang ada banyak FAT, maksudnya kerja luar dan banyak assignment dan test jugak..
Maklumlah dah hujung Sem..
Bulan ni pulak dah final..

Aisyah bulan lepas memang kerap la ke KLIA..
Hantar mama dengan abah pegi kerja..

Flight aku pagi Isnin..
Malam tu baru kemas barang sebab weekend tu aku ada kelas dan ada test..
Pukul 7 dah sampai KLIA..
Sekali tengok ramai gila orang..huhu..
Dah la tak boleh nak check in dekat web pagi tu..
Server busy..
Kene la check in dekat kiosk..
Lepas tu nak check in luggage pulak..
Beratur lagi..
Nasib baik bawak Aisyah dapat express line sebab ada baby..

Lepas check in luggage orang tu suruh aku hantar luggage dekat special luggage yang polis bantuan jaga tu..
Sebab dah lambat..
Lagi nak scan passport kene beratur ramai gila, dekat imigresen nak check luggage, tunggu train, dari train nak ke gate pun jauh gila..
Nasib baik colleague aku dah pegi dulu, die hantar gambar as guide..
Aku berlari ok dari train ke gate..
Sampai gate aku the last person..kahkah..
Orang yang jaga tu siap tau nama aku sebab lambat kan..

Ok settle dah sampai Bangkok..
Tunggu luggage lama gila..
Sekali tak sampei-sampei..
Ramai gila yang sama flight tak dapat luggage..
Ada family tu 3 stroller dan 1 luggage tak dapat..
Buat report dan proceed la..
Tu pun dah lambat..
Sebab nak settle kan hal luggage..
Mungkin sebab pagi tu busy dekat KLIA luggage tak sempat nak load..

Semak jugak la hari tu sebab fikir hal luggage..
Balik dari keje tanya receptionist tak de lagi..
Malam tu keluar pegi makan siap beli barang keperluan sikit - shampoo, pakaian dalam, pad..
Balik tu pun tanye kaunter tak de lagi..
Antara benda paling penting ialah pam susu..
Dari pagi tak pam..huhu..
Nak mandi pun tak de mood sebab pakaian apa pun tak de..
Dah la masa borak dengan receptionist sebelum keluar die kata minggu tu je dah 3 4 kali kes macam ni jadi..
Ada tu dapat luggage lepas 3 hari..Oh no..

Cerita pasal kerja..
Mula-mula aku pegi berdua..
Hari ke 3 colleague aku dah balik..
Lepas tu tinggal la aku seorang je..
Alhamdulillah semua baik je..
Budak dekat ofis je pulak drama..
Tak pernah lagi experienced, tapi aku dah report dekat Manager aku..
Aku agak puas hati la dengan explanation manager aku.. 

Masa dekat Bangkok aku banyak keluar waktu malam..
Yelah dah siang kerja kan..
Ada lah jalan sikit-sikit..

Dekat sana pun masa aku pegi cuaca sejuk la pulak..
Dalam 19deg macam tu..
Sekali angin bertiup..
Fuh gigil ok..

Masa pegi ni jugak aku experience bawak susu balik..
Aku dah beli beg siap-siap..
Lepas tu ada check dengan MAS macam mana nak bawak susu..
Alhamdulillah masa dekat imigresen ok je..
Tak de masalah..
Walaupun masa dekat imigresen aku kene check beria..
Tapi bukan sebab susu..
Cuak dah masa ni sebab sayang nak buang..


Kalau ada masa nanti aku update gambar dekat sana..
Laptop makin nazak nak on pun susah..huhu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...