Wednesday, 29 March 2017

WW - Ulam..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..



Salah satu favourite aku ni..
Kalau makan nasi campur dekat luar suka amik ni..

Semalam pegi pasar malam terjumpa ni..
Terus beli..
Seikat rm2..
3 ikat rm5..
Ada macam-macam daun jugak lagi..
Ada daum kesum, pegaga,bayam dll..
Tapi beli seikat je..
Banyak-banyak buat kecut dalam peti sejuk je nanti..

Tuesday, 28 March 2017

Aisyah Day Out on 25th March 2017..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Ok meh la kita cerita pasal Sabtu lepas..
Sebelum cerita ni basi..
Sabtu lepas genap la umur aku 30 tahun..
Tak de celebrate beria pun..
Tapi cukup bermakna la pada aku..

Malam  dengan pagi tu family dan kawan-kawan wish dekat group whatapp..
Siang tu aku tinggal dengan en.suami dengan Aisyah je..
Mak ke KL ada kenduri..
Wan dengan atok pun pegi kenduri..
Kenduri lain-lain la..

Aku pulak weekend lepas sepatutnya balik rumah mertua..
So sebab tengah hari tu semua orang tak de..
Jom la kita makan dekat luar sebelum balik Terusan..
Masa tu Aisyah tido..
Tetiba datang idea nak ajak en.suami pegi MPO..
En.suami mula-mula was-was jugak..
Tapi tak pelah jom la kita pegi..

 Masa nak gerak Aisyah tidur..
Angakt die masuk dalam kereta letak dalam car seat..
Die macam confuse je masa ni..
 Lepas tu aku tengok die sibuk main kain dengan toy die, kadang-kadang leka pandang luar..
Aku pulak sibuk bersembang dengan en.suami..
Kadang tengok die diam je pandang aku..
Sekali tengok die terlelap..


 Terlelap Aisyah sampai Alor Gajah..

Sebelum turun tu aku bagi die susu dulu..
Alhamdulillah masa jalan-jalan die ok je..
Masa dah hujung-hujung tu die ada lah nangis mungkin sebab dah lapar..
Sempat jugak la die membuang air besar..
Tukar pampers dekat Nursing room..
Menangis beria aku susukan die boleh pulak die tak nak..
Lepas tu sambung jalan lagi..

Plan nak cari baju untuk die..
Dah lama die tak beli baju..
Nak cari dress pulak la untuk die
Sebab sebelum ni banyak baju biasa je..
Kasi nampak gigirl sikit..hehe..
Tapi tak banyak pun kedai baby dekat sini..
Masuk Poney pun pilihan tak banyak..
Abah tengok seluar dekat Levis pulak harga ok..
Tapi saiz memanjang tak de..
Jadi tak de beli apa pun..
Pada aku nak beli barang tak best sangat..
Pilihan kedai makan pun tak berapa best..
Ada Papa Rich, KFC, MarryBrown macam tu je..

Lepas tu kitaorang pegi makan durian pulak..
Sedap jugak la durian die..
Tapi rm38/kg..
Beli la 2 kg..
Aku tak makan sangat pun sebeb menyusukan Aisyah kan..
Aisyah pulak masuk kereta dari MPO tu die menyusu lepas tu dah terlelap..
So masa makan durian tu die tido..


Lepas makan durian masuk dalam kereta die terjaga..
Susukan die kejap..
Lepas tu masukkan dalam car seat..
Masa ni die dah tak nak..
Lagi pun jalan jem masa ni die boring kot..
Jadi aku amik la die lepas tu susukan die..
Tertido die sampai Terusan..
Hari ni pukul 9 Aisyah mandi..
Tu pun kene kejutkan die nak mandi..
Penat kot die..

Masa baru sampai MPO aku dengan en.suami ada plan nak pegi Umbai..
Masing-masing minat ikan bakar..
Dah lama tak pegi makan ikan bakar..
Tapi sebab balik tu pun dah petang..
Bawa baby pulak lagi..
So kitaorang cancel lepas dah keluar dari MPO..
Kalau tak entah pukul berapa la baru sampai rumah malam tu..

Keseluruhannya ok je nak bawak die jalan..
Tapi kami perlukan carrier atau stroller sebab lenguh tangah nak pegang die walaupun gilir-gilir..
Lagi pun die pun selesa sikit kalau nak tidur ke..

Masa ni jugak 1st time die tidur dekat rumah mertua..
So far ok la aku dengan en.suami boleh manage die..
Dan lepas ni boleh la bawak die jalan-jalan lagi..



 Kebetulan pulak Ayah ada belikan dress untuk Aisyah..
Ahad malam pun aku dengan abah die ada belikan sehelai lagi dress..
Ada la 2 helai dress Aisyah lepas ni..
Head band pulak Mak Lang die yang belikan..
Nampak la gigirl dikit..hehe..

Thursday, 23 March 2017

Borak Kosong Jumaat - Ikan Stim & Peria Goreng Telur..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Salam Jumaat Semua..
Minggu ni ak de kelas..
Jadi minggu ni adalah minggu bersama keluarga..
Weekend ni nak bawak Aisyah balik rumah mertua..

Berbalik kepada tajuk..
Sungguh kadang-kadang aku rindu menu masa berpantang..
Aku pulak memang ok je makan menu macam tu..

Jadi semalam ajak la Zack masak menu yang ala-ala macam berpantang dulu..


Jadi ada la ikan masak stim dan peria goreng campur telur..
Cuma kalau masa berpantang dulu..
Menu ikan stim cuma la ikan yang dilumur dengan bawang dan garam sahaja..
Kalau peria pulak cuma rebus/stim kosong sahaja..
Memang sedap..

Sekarang malas pulak nak request..
Sebab kalau tak kene masak dua tiga lauk pulak nanti..

UMRA dan Kos Bersalin..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Bersiaran dari Pusat Akses dekat rumah aku..
Dekat rumah aku ni ada Pusat Akses (Pusat Internet) dan library..
Hari tu ada assignment dekat sini la aku bertapa nak siapkan keje..
Kalau dekat rumah baru nak bukak 5 10 minit Aisyah dah jaga..
Dah cry cry..
Kene la entertain die..
Tak kan la nak biar je kan..
Kadang tu sambil online, sambil die main dekat sebelah..
Tak fokus..
Kalau setakat online je tak pe jugak..
Tapi kalau nak buat keje kene fokus la kan..

Ok berbalik kepada tajuk dekat atas..
Hari ni aku nak share kos bersalin dekat beberapa hospital dekat KL/Selangor..
Ada la beberapa maklumat yang aku dapat..
Biasanya aku tanya melalui email..
Kalau tak pun korang boleh je bukak web dieorang kalau nak tau roughly figure..


UMRA Shah Alam..


 
Dekat sini la aku bersalin..
Aku amik Standard Single Room..
Duduk 3 hari 2 malam..
Tak termasuk makanan..
Makanan beli sendiri je dekat bawah..
Kalau nak makanan tambah lain.. 

Yang kiri tu harga lama, dan yang kanan tu harga baru..
Nasib baik aku dapat harga yang lama..

Aku tak amik pulak gambar bilik..
Bilik ni bilik seorang dengan toilet dekat dalam..
Ada air cond, kipas, TV..
Lepas tu ada kerusi panjang..
Untuk aku selesa la..
Tapi kalau next time nak bersalin dekat sini lagi aku prefer amik bilik lain kot..
Sebab kesian dekat en.suami..
Tido dekat kerusi panjang tak selesa dan sakit badan..
Better amik 2 bedded room (Non-Sharing)..

Hospital ni adalah lot kedai..
Kalau datang masa check up siang, parking agak penuh depan hospital ni..
Kene la parking jauh sikit..
Kalau malam ok la boleh parking depan hospital ni betul..

Kawasan ni pulak ada la beberapa kedai makan..
Ada mamak yang bukak 24 jam tak silap..
Dah deret hospital ni ada barang bayi dan Speedmart in case kalau nak beli apa-apa..

Untuk labour room bersalin normal aku rasa ok je..
Selesa dan suami boleh teman..
Untuk bersalin czer tak silap aku husband tak boleh teman aku pernah tanya..
Ada kawan aku yang bersalin czer husband boleh teman..

Untuk nurse pulak pada aku dieorang sangat membantu..
Kalau call cepat je datang..
Boleh jugak tinggalkan anak dekat nursery kalau nak rehat..
Aku pernah request dieorang hantar Aisyah pukul 4 pagi..
Dieorang ok je..

Dekat hospital lain aku tak pasti..
Tapi dalam kes aku, aku rasa UMRA ni kurang menitikberatkan pasal breast feeding..
Lepas Aisyah lahir, dah bawak pergi nursery dieorang bagi je susu formula..
 Lepas dah bawa ke bilik baru la aku ada bagi susu..
Tak silap aku ada bagi tau yang aku prefer untuk breast feeding.. 
Nasib baik nurse tu pun galakkan aku untuk bagi..
Masa ni la baru tau yang ada banyak susu dan Aisyah pandai latch..

Berbanding dengan hospital govt..
Dieorang memang sangat menggalakkan susu ibu..

Ada juga harga untuk rawatan lain..




Untuk 3 hari 2 malam..
Bilik Standard Single Room..
Tanpa makanan..
Dengan bantuan vacuum dan gas untuk pain relief..
Termasuk ubat-ubatan semua..
Total bil aku RM3+++.00
Tak ingat dah figure..
Dan ini adalah harga lama..

Masa check up aku pernah mintak nak tengok semua bilik..
 Dan masa check in kene bayar deposit..
Contoh macam aku..
Masa check in tu aku bagi tau nak bilik Standard, kene la bayar deposit RM2099.00
Baki tu bayar masa nak discharge..

Untuk vacuum tu aku tak de request pun..
Dan seingat aku, die tak de pun tanya aku atau en.suami..
Tapi mungkin die buat keputusan tu atas dasar keperluan..
Sama dengan gas..
Aku tak request pun..
Tapi aku agak ok la.. 

Ni contact details untuk UMRA..

HOSPITAL UMRA
No.12-18, Jalan Bola Tampar 13/14
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor D.E
Tel : 03-5518 4319 / 03-5519 4319 / 019-6644319
Fax : 03-5511 4319
Website : www.umra.com.my
 
Ok alang-alang dah cerita pasal hospital ni..
Meh la aku share harga-harga yang sempat aku tau dulu..
Ni harga tahun lepas ye..
Mungkin harga dah berubah..

Pantai Hospital Kuala Lumpur 


Below is the estimated delivery charges.  We have also included the room charges for your kind attention.

Estimated charges  (without complication)
 
1.            Delivery – Normal      = RM 4,500   – RM 7,000    (deposit RM 5,000)
2.            Delivery – C-Section  = RM 12,000 – RM 14,000 (deposit RM 12,000)

Pantai International Care Centre
Pantai Hospital Kuala Lumpur
8 Jalan Bukit Pantai,
59100 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel: +603 - 2296 0888  D/L: +603 – 2284 6025
Fax: +603 - 2296 0557


Columbia Puchong

Greetings from Columbia Asia Hospital – Puchong.
 
Thank you for your enquiry.
 
We regret to inform that we do not have any delivery packages at the moment. Thus, we are only able to provide an estimated price on our delivery charges in our hospital as follows;
 
1. Cost for “Normal” delivery is between RM3000.00 to RM5000.00 (without assisted
delivery such as forceps, vacuum, inductions, epidural and without complications).
Collection of deposit upon admission is RM1500.00. Payment can be made via cash
and/or credit card. The above estimated price includes the following:-
a) The O & G’s fees
b) Medication for the mother
e) Room (either single or double-bedded whichever is available upon admission)
f) Meals
 
The above charges does not include neonatal charges. Refer (3)
 
2. Cost for “Caesarean” is between RM7500.00 to RM9500.00 (without complications)
- Same as above from (a) – (f) and also inclusive of Anesthesia. Collection of deposit
upon admission is RM4000.00.
The above charges does not include neonatal charges. Refer (3)
 
3. Cost for baby (Neonatal) is between RM1800.00 to RM2000.00 (without complications)
a) The Pediatrician fees
b) Nursery
c) Baby’s 1st jab
 
We have three Consultants Obstetrician & Gynecologists. They are:-
a. Dr. Raja Juhaidah (Female)
b. Dr. Ng Soon Pheng (Male)
c. Dr. Silvam Sellappan (Male)
 
The Specialist Obstetrician & Gynecologists Consultation charges are from between RM180.00 –
RM240.00 per visit. It excludes medicine or usage of equipments. For first-time visit with our Specialist, we would appreciate if patient were to come on weekdays.
 
The charges for our specialist Consultants, Procedure and Surgical fee is subject to 6% GST*.
The various types of rooms and rates are as follows:-
a. Private room - RM 195.00
b. Two-bedded room - RM120.00
c. Four-bedded room - RM 85.00
 
If you wish to make an appointment, kindly call our Appointment & Scheduling counter at no. 03-
80648688 ext 8670 / 8671.
 
 

SALAM Senawang Specialist Hospital 


Please be informed that our maternity charges for Normal delivery starts from RM 1,999++ and Caesarean starts from RM 6,000 ++. 


In order for you to deliver here, you may need at least ONE (1) visit for antenatal check up with our Gynae. We currently have TWO (2) OB & Gynae as below:-

1. Dr. Alinawati binti Mohd Ali
2. Dr. Shukiman bin Ismail.


Kindly bring along your antenatal book/records if any. For appointment or further enquiries, kindly contact Obstetrics & Gynaecology Specialist Clinic at 06-6751188 ext 113 (Dr. Alinawati) or 117 (Dr. Shukiman). If you need further assistance, feel free to contact us again and we’ll be more than happy to assist you.



SALAM Shah Alam


Our maternity packages runs from RM2,499 (normal delivery) and RM6,499 (caesarean).
 
Attached is the maternity package brochure for your further information.
 
To make an appointment or any explanation on our maternity package.Appreciated if you would directly call our O&G clinic at 03-5543 4000 ext 4053/014-6175938 for Dr Siti Mariam’s Clinic and 03-5543 4000 ext 4055 for Dr Nurul Azwa’s Clinic.
 
Hope the above clarifies and please do visit our webpage @ www.salam.com.my or like our FB (SALAM Shah Alam Specialist Hospital) for more information.


Ni la ada sikit info yang aku sempat korek-korek..
Maklumlah dah lama kan..
Aku banyak cari dekat kawasan sekitar tempat aku..
Boleh jugak kalau nak call, email atau tanya orang..
 
 

 

Tuesday, 21 March 2017

WW - Wordless Wednesday..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Minum petang dengan adik-adik..



Favourite..
ABC..
Yang ni murah je..
RM3.50..

 


Order kuew tioe goreng share 3 orang..
Ada pisang goreng gak..
Tapi tak amik gambar..
Kurang mantap..hihi..

Nursing Bra Murah - Adora..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Hari ni rasa penat sangat..
Tapi gigih jugak la nak update blog..
Ada jugak la idea nak update..
Tapi kekangan masa..
Tapi nak jugak share..
Meh la buat entri ringkas..
Petang semalam baru balik dari Seremban..
Malam tu keluar makan kejap..
Balik tu boleh pulak dekat rumah black out..
Gigih la pack susu pegi hantar dekat rumah mertua..
Takut susu tu rosak..
Pukul 1 malam baru balik..

Pagi tadi Aisyah bangun awal jugak..
Dah bangun tu mak amik..
Aku sambung tidur sampai pukul 9..
Bangun tu uruskan kain semua..
Petang tadi pegi KK untuk check up Aisyah 4 bulan..
Berat Aisyah tak berapa cantik..
Kene minum susu banyak lagi..

Balik dari KK pegi rumah Atok dengan wan Jempol Aisyah..
Pegi amik susu..

Ok tersasar jauh..
Meh cerita pasal susu balik..
Untuk ibu menyusukan anak..
Nursing bra pada aku adalah benda penting..
Satu sebab selesa nak susukan anak..
Selesa jugak nak pam..
Lepas tu kadang-kadang cepat basah..
Aku kalau basah sikit pun aku akan tukar pakai yang baru..
Tak selesa dan sebab hygiene..
Jadi aku perlukan banyak nursing bra..

 Sebelum ni aku ada cerita aku beli dari IG..
Tapi kali ni aku cari yang lagi mura..
Usha dekat Lazada, dekat FB..
Last jumpa dekat Lazada yang murah..
 Dekat IG ni kadang murah jugak..
Tapi sebab postage mahal..
Dekat Lazada postage adalah murah..

Mula-mula aku cari yang brand Autumz..
Yang ni ada jugak yang murah..
Ada yang rm18 sehelai..
Tapi kene pegi beli dekat kedai..
Aku pulak sebab tak de keluar..
Jadi beli online je la senang..

Cari-cari aku terjumpa yang ni.


Jenama Adora dari One Baby world..
Aku tak jumpa pulak yang jual dekat IG..



Cup die..
Kalau pam mungkin boleh tak pegang..
Tapi aku pegang je..
Sebab dalam train aku tak confident..



Material die..
Bukan cotton..
Tapi selesa je..



Cangkuk die..
Support pun ok.. 



Guide untuk saiz..
Rupanya benda ni standard..
Klik untuk gambar lebih besar..




 Ini harga die..
Tambah rm5 untuk postage..
Total rm29..

Aku order cepat jugak sampai..
Supplier dah post esok tu aku dah dapat..

Setakat ni aku berpuas hati je..
Ok la pakai untuk tukar-tukar..
Dan aku memang prefer beli warna hitam..
Walaupun ada sale tapi kalau warna cerah..
Memang aku tak beli..

Wednesday, 15 March 2017

WW - Kelebihan Chia Seed..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..



 


Siapa ada minum chia seed?..
Aku kadang-kadang ada jugak minum..
Ni kelebihan die yg orang ada share dengan aku..

Tuesday, 14 March 2017

Breadfeeding Journey - Breastmilk Storage Bags & Disposable Breast Pad..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Hari ni nak share pasal Disposable Breast Pad..
Jarang-jarang aku cerita hal mak mak ni kan..
Rasa macam tak cukup ilmu lagi pasal ni nak share dengan orang..
Selalu rajin baca dekat blog orang je..
Aku masih try and error lagi..
Lagi pun aku tak beli banyak barang pun..
Banyak beli benda yang penting-penting je..


 2 benda dekat atas ni, Breasmilk storage bags dengan disposable breast pad ni aku tak beli pun..
Dapat free masa beli pump..
Tapi tersimpan je sejak dapat..
Tak de guna pun..

Storage bag tu aku tak guna lagi sebab 9oz..
Kalau pernah guna pun yang 5oz atau 7oz je..
Aku pulak lagi prefer guna bekas plastik tu..

 Berbalik kepada cerita disposable breast pad..
Sekarang ni jadi antara benda yang penting dekat aku..
Nasib baik la dapat free dulu..

Disposable breast pad ni jadi benda penting sejak aku sambung belajar ni..
Kalau dulu ada keluar pun dengan en.suami selalunya..
Atau pun sekejap-sekejap dekat area rumah ni..
Jadi bila sampai masa perlu pam..
Aku akan pam dalam kereta atau dalam nursing room..

Tapi bila dah start kelas..
Kelas pulak 9-5..
Aku pulak travel Seremban-KL-Seremban..
At least aku akan pam 3-4 kali..

1. Kalau aku tak sempat pam sebelum keluar dari rumah, naik je train pukul 642 aku akan terus pam..
Pam dalam train dah jadi kewajipan..Sebab tu bila ada lelaki duduk dalam ladies coach aku rasa bengang gila..
2.Biasanya sampai je sebelum masuk kelas pukul 9 aku akan pam lagi..Selalunya aku akan pam dalam tandas je.:p
3. Kalau ada break (biasanya antara pukul 12-2) aku akan pam lagi..
4. On the way balik dalam train aku akan pam lagi..

Nombor satu tu boleh skip kalau aku dah pam dekat rumah..
Nombor 3 tu pun pernah skip sebab kelas tak de break, balik awal..

Kebiasaanya dekat rumah aku akan pam 3 jam sekali..
Kecuali kalau aku susukan Aisyah direct..
Malam contohnya sekarang aku dah jarang bangun pam..
Dah bangun tu je aku ada pam..
Tapi kalau terjaga pukul 3 ke aku pam la jugak..
Tapi jarang-jarang la..hihi..

Bila pegi kelas memang fully pam la kan..
Bayang kan kalau aku pam pukul 9..
Lepas tu pukul 4 baru pam balik..
Memang kene pakai breast pad tu la..
Sama ada basah sebab lambat pam..
Atau bila pam tu sebelah lagi bocor..
Jadi memang aku perlukan sangat breast pad ni..
Nasib baik la dapat free dulu..

Jadi kalau dah start keje balik memang aku dah boleh plan apa benda yang aku perlu..
Memang ada beberapa item yang aku kene beli kalau aku keje balik ni..
Semalam aku ada terbaca yang breast feeding journey ni tak mudah..
Tapi Alhamdulillah aku happy je sekarang..
Lagi pun boleh jimat duit en.suami dari beli susu..
Susu mahal kot..huhu..

Wednesday, 8 March 2017

Mama Adel's Kitchen..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Hari ni nak share pasal brownies Mama Adel's Kitchen..
Owner die ni kawan aku..
Ini bukan la iklan berbayar..
Tapi benda best marilah kita kongsi dengan orang lain..

Kawan aku ni baru-baru jugak la buat bisnes ni..
Selalu tengok die pos dekat FB jualan die..
Mula-mula tak terpengaruh pun..
Sekali lama-lama tengok ramai cakap sedap..
Dan nampak pun sedap..
Marilah kita cuba..


Ni la percubaan pertama aku..
Beli masa hari lahir mak..
Kakak die COD sampai depan pintu rumah..
Dah la masa ni hujan renyai-renyai..
Gigih kakak die jalan hantar dengan anak kecik..
Aku pulak yang kesian tengok..

1 box ni ada 18bites..
Aku pilih topping Nutella dengan cheese..
RM 25/box ni..

Mak dengan Luqman suka yang topping Nutella..
Tapi aku suka yang topping cheese..
Brownies tu da manis kan..
Cheese atas tu lemak masin..
Memang mantap la..

Brownies die tak manis sangat..
Dan tekstur brownies die pun tak padat sangat..
Kejap je dah habis 1 box ni..
Siap tak cukup lagi..

So aku terus la text kawan aku ni nak order Brownies Tower untuk Birthday mak dengan mak long hari Ahad malam..
Ni 1st time die buat brownies tower..
Mula-mula aku nak order untuk 36bites je, rm60..
Sekali fikir macam ramai je..
So order 52 bites, rm75..
Harga termasuk delivery..



Ahad tu dekat kelas die WA aku gambar ni..
Walaupun dekat mata aku presentation macam kurang mantap..
Tapi tak pe la..
Sebab die tak pernah pun buat brownies tower..
At least ni peluang untuk die buat..
Peluang untuk die buat dan share dengan orang..

Duit aku dah bank in siap-siap malam sebelum tu..
Masa die hantar aku dekat kelas..
So die hantar orang yang dekat rumah la terima..

Alhamdulillah rasa die sedap je..
Lagi ada coklat, strawberry, cheese dengan Nutella jadi aksesori..
Cuma kali ni rasa brownies die agak manis dan tekstur brownies agak padat..
Aku bagi tau die, die kata resipi sama je..
Mungkin sebab die tindih-tindihkan  brownies ni buat brownies tu jadi padat..
Berbanding dengan beli box pertama tu satu layer je kan..
Pasal lagi manis tu aku tak pasti pulak..
Tapi tetap sedap..

Keseluruhannya aku lagi suka box pertama tu..
Aku suka cheese yang mewah atas brownies..
Untuk brownies tower ni die boleh improve lagi..




Sekarang ni die ada jual ni jugak..
Dan mungkin jual biskut raya..

 Sape area Seremban Kuala Pilah yang berminat boleh la hubungi owner die..
Rosniza Mahadi - 019-6343280..

Tuesday, 7 March 2017

WW - Bersunat Aisyah Humaira bt. Abdul Hakam..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..





Bersunat Aisyah Humaira..
2 March 2017
Kos - RM35..
Klinik Dr. Hayati Batu Kikir..

Masa bersunat ni die nangis la..
Lepas tu Dr suruh amik bagi susu..
Lepas susu kejap Dr check balik..
Darah dah berhenti..

Hectic Weekend - Pindah Rumah, Kelas & Sambutan Birthday Mak & Mak Long..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Fuh kejap je rasa dah hari Selasa..
Weekend ni memang weekend yang penat pada aku..

Jumaat

Jumaat petang aku pegi Subang Jaya..
Gerak dalam pukul 1..
Sampai rumah dalam pukul 3 lebih..
Datang sebab nak kemas rumah nak pindah barang..
Patut pindah hujung bulan 2..
Tapi en.suami mintak tangguh seminggu..
Sebab nya minggu last bulan Feb tu aku tak de kelas..
Jadi en.suami balik kampung..

Berbalik kepada cerita pindah..
Sampai-sampai je tu aku terus kemas-kemas.
Masa ni aku bawak Triton datang dengan Luqman..
Walaupun sewa unit ni furnished, tapi banyak jugak barang..
Lagi pulak rumah atas langit..
Nak bawak turun barang sekian..
Kalau rumah landed senang la sikit..
Park depan rumah je..
Pukul 6 lebih dekat pukul 7 tak silap en.suami sampai dengan Adik Ta..
Kemas-kemas dalam pukul 8 lebih dah start bawak barang keluar rumah lepas tu kitaorang gerak pegi Ampang..
Pegi hantar tong gas dengan barang dapur dekat Along dekat Ampang..
Sampai rumah Along dalam pukul 10 macam tu..
Tolong hantar tong gas dekat atas lepas tu tolong tunggu lori hantarkan kabinet tv baru along..
Along duduk walk up apartment..
Nasib baik la tingkat 1 je..

Lepas tu dalam pukul 11 gerak pegi makan..
Pegi makan dekat area Taman Dagang..
Lepas tu split Luqman dengan Adik Ta balik Seremban..
Aku dengan en.suami balik bandar Sunway..
Terima kasih banyak la Luqman dengan Adik Ta..
 Cepat sikit siapnya..
Dulu masa pindah masuk dah rasa azabnya bawak barang masuk rumah..

Kira malam tu malam last la kitaorang tidur dekat rumah tu..
Esok tu en.suami jumpa owner dan pulangkan kunci..

Banyak kenangan rumah ni..
Tapi aku tak de amik gambar ke apa..
Ni la rumah pertama aku dengan en.suami duduk sama lepas kahwin..
Dekat rumah ni la aku cuba masak dan belajar masak macam-macam benda untuk en.suami..
Dekat rumah ni jugak la aku mengandungkan Aisyah..
Tapi tak de rezeki Aisyah nak duduk dekat rumah ni..
Banyak sangat kenangan..
Kenangan kene saman dengan polis trafik 5 6 kali sebab parking tepi jalan, kenangan sinki tandas pecah, kenangan pipe sinki dapur patah..
Dan banyak lagi kenangan..
Insyaallah lepas ni mungkin dapat duduk tempat yang lebih baik..
En.suami pulak pindah dekat-dekat situ je..
Dekat dengan pejabat die..

Sampai rumah malam tu mandi, pam semua..
Pukul 2 jugak aku tido..

Sabtu..

Sekali pagi tu terjaga rasa macam nak kene pam..
Tengok jam dah dekat pukul 7..
Aku terus bangun pam lepas tu bersiap nak pegi kelas..
Ada gak kemas sikit-sikit nak kosongkan rumah..
Lepas tu nak buang sampah dengan angkut barang ke bawah lagi..
Dalam pukul 830 jugak la gerak..
Sempat la jugak singgah kedai tepi jalan beli buah dengan roti untuk alas perut..
Nasib baik la ramai pulak yang lambat minggu ni..
Aku pulak orang pertama sampai..hihi..

Kelas minggu ni agak menarik..
Tapi macam fully utilised 9-5..
Cuma rehat 2 jam..
Ok la rehat 2 jam..
Cukup masa untuk jalan pegi makan, makan sambil chit chat, pam susu lepas tu solat..
 Kelas habis dekat nak pukul 5..

Tapi 1st day lagi dah ada assignment..
Dan kene print buku nak guna untuk kelas hari Ahad..
 Marilah ramai-ramai ke library..

Lepas siapkan assignment..
Dalam pukul 5 aku bagi tau nak balik dulu..
Mintak dieorang simpan kan buku aku..
Yelah buku 3++ pages nak print 6 set..huhu..

Balik tu hujan renyai-renyai..
Aku amik grab..
Sekali boleh pulak grab ni tersalah ingat aku nak pegi LRT Dato Keramat..
Dah lambat..
Nasib baik la fare sama je..

Sampai KL Sentral tengok train pukul 720 baru ada..
Masa ni rasa kene pam sangat da..
Ye lah last pam pukul 1 lebih pukul 2 kan..
Lepas tu sebab tengok ada masa lagi..
Aku naik LRT pegi Pasar Seni..
Konon nak naik bas balik Seremban..
Sekali turun bawah tu tengok tengah construction.
Tak de pun bas pegi Seremban..
Naik balik LRT pegi KL Sentral..
Masa tunggu LRT tu memang dah cuak je..
Takut terlepas komuter balik Seremban..
Masa ni pukul 0708 tak silap..
LRT lagi 4 minit nak sampai..
Kalau terlepas  komuter pukul 0719..
Next komuter ialah pukul 0756 tak silap..DANG..

Sampai KL Sentral laju-laju turun bawah..
Alhamdulillah sempat sampai sebelum 0719..
Lepas tu announce train delay 5 minit..
Dan bila masuk train cepat dapat tempat duduk..
Dapatla aku pam..

Sampai Senawang dalam pukul 9..
Tunggu en.suami amik lagi..
Lepas tu pegi bank..
Nak bank in duit brownies untuk majlis hari jadi hari Ahad..
Kebetulan en.suami pun ada nak keluarkan duit..
Lepas setel dekat CIMB masuk pegi Mydin kejap beli bateri untuk rocker Aisyah..
Semangat abah beli sekali salah size pulak..kikiki..
Patut beli yang bulat, tapi abah beli yang petak pulak..

Settle tu laju-laju pegi maybank dekat Dataran Senawang pulak..
Situ parking dah la susah..
Park dekat belakang kereta lain..
Kene la gilir-gilir pegi bank..
Sampai rumah dah pukul 10 lebih..huhu..

Sampai tu kemas kan susu, mandi dengan makan..
Penat gila rasa..
Sempat la jumpa Aisyah susu kan die masa die tukar pampers..
Masa abah nak pegi tengok bola pukul 1 mak amik..
Mak nak bawak die tidur dengan mak..
Kebetulan mak tidur sorang malam tu..
Ayah balik K.Pilah..
Atau mungkin sebab mak tengok aku penat kot..huhu..


Ahad..
 
Pukul 3 lebih ke 4 rasanya bangun pam..
Masa ni en.suami baru balik dari tengok bola..
Tido balik sebelum pukul 6 dah kene bangun..
Kena naik train pukul 640..

Masa ni siap-siap pakai stokin sebab sejuk..
Lepas tu memang tertido-tido la aku dalam train..
Dalam pukul 7 aku pam lagi..

Masa dalam LRT aku dah booking siap-siap grab..
Sebab kelas yang minggu sebelum tu aku yang tunggu lama..
 Tapi terawal la pulak..
Nasib baik driver tu nak tunggu..

Sampai kelas aku pam kejap lagi dalam tandas..
Nak tunggu pukul 12 lama lagi kan..
Baik la pam siap-siap..
Walaupun baru 2 jam..
Banyak gak dapat masa tu..
Memang betul la tindakan pam siap-siap sebelum masuk kelas tu..

Hari ni pun rehat 2 jam..
Dan kelas best je..
Cuma agak penat sebab banyak benda nak kene catch up..huhu..
Habis kelas pukul 4 lebih dekat pukul 5..

Sampai Senawang pukul 7..
Sampai rumah orang tengah nak sembahyang Maghrib..
Aku naik atas mandi siap semua dah pukul 8 aku turun orang dah start makan..
Masa ni tengok Aisyah tertido dekat mak..
Lepas aku dah makan brownies, bihun sup dengan satu cucuk satay aku amik Aisyah..
Mungkin sebab bising Aisyah terbangun la pulak..
Terus aku bawak die naik atas bagi susu..
Bagi susu, sekali dengan aku terlelap..huhuhu..
Ada tersedar en.suami masuk bilik tidur jugak..
Sekali terjaga betul pukul 11 kot..
Semua orang dah balik..hoho..

Aisyah pun penat sungguh masa ni..
10 minit aku dengan en.suami panggil die, gerak kan badan, siap bukak lampu lagi..
Tapi die tetap jugak tido..hehe..
Last sekali angkat je die bawak pegi depan..
Sambil tukar pampers pun mata die lelap lelap lagi..hehe..

Isnin..


Pukul 5 Aisyah bangun..
Bangun buang air besar..
Abah die pun bangun masa ni..
Pukul 7 kejutkan abah nak pegi keje..
 Abah pun susah nak bangun..
Penat jugak kot..
Weekdays keje, Jumaat pindah, Sabtu lepas hantar aku pegi bengkel kereta, Ahad pun pegi bengkel lagi..
Aku pun sempat la pukul 7 tu pegi beli nasi lemak dekat depan rumah..
Lepas en.suami pegi keje sempat la sambung tidur kejap dengan Aisyah..
Petang tu sebelum balik buat laundry besar-besaran untuk rumah Seremban pulak..

Kesimpulannya weekend ni memang penat..
Aisyah pun penat jugak..
Kehulur hilir pindah rumah dengan mama..
Bila ada baby ni masa pindah dah la banyak barang kan..
Stok susu die je pun dah 1 box..
Tak pe lah Aisyah kan strong baby..:))

Thursday, 2 March 2017

The House 3 - Rozita Che Wan..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Siapa pernah tengok The House?
Ala rancangan hiburan..
Artis ni sekeluarga akan duduk dekat satu rumah lepas tu akan ada cabaran..
Tak kisah la orang nak kata fake ke apa..
Tapi bila tengok dieorang buat cabaran tu best jugak..

Sebelum-sebelum ni aku tak pernah tengok pun..
Tak silap sebelum ni Musim pertama - Family Maembong, Musim kedua - Dato' Vida dan Musim ketiga ni Che Ta..
Yang sebelum ni aku tak tengok pun..
Tapi tetiba Musim ke3 ni entah macam mana boleh terjebak..
Aku ni bukan la peminat Che Ta pun..

Mula-mula tertengok episod pertama..
Sekali melekat pulak..
Terlayan pulak..
Terus tengok sampai habis..
Sambil-sambil pam susu tu aku tengok la..



Sape nak tengok tu boleh la tengok dekat Astro Gempak..
Ada Episod penuh untuk musim ni..
Untuk musim sebelum ni pun ada..

http://www.astrogempak.com.my/The-House/Musim-3.aspx?mediaid=1561689&title=selamat-datang-keluarga-che-ta-ke-the-house--episod-penuh-1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...