Tuesday, 28 February 2017

WW - Aisyah Humaira bt. Abdul Hakam..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


video

Aisyah 3 bulan..

Monday, 27 February 2017

Borak Kosong..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Apa khabar semua?
Tenggelam timbul je kan dekat blog ni..hehe..
Banyak gak benda nak share tapi kekangan masa..
Biasanya aku online sambil pam susu..
Tak de benda nak buat sambil pam tu boleh la online..
Bila dah semangat nak online kadang tu laptop ni susah pulak nak connect dengan internet..
Maklumlah pakai internet percuma kampung ni je..
Kadang tu memang susah nak connect..
Lagi kalau time peak hour yang ramai orang online..
Tak pun masa hujan..
Dah macam Astro pulak kan..


Internet percuma Kampung Tanpa Wayar 1 Malaysia..
Boleh la online 24 jam percuma..

Weekend pulak agak sibuk sekarang..
Sibuk pegi kelas..
Kalau tak pegi kelas, sibuk hal family la pulak..
Sebabnya sepanjang sem, dalam sebulan tu ada seminggu je yang free..
Selalunya minggu terakhir la..

Kalau tak de kelas sibuk hal family pulak..
Lagi pun bila weekend la mak nak berjalan pulak..
Tak pun weekend yang tak de kelas tu la nak balik rumah mertua..
Nak bawak Aisyah balik jumpa Atok dan Wan Jempol..
Dan nak settle kan beli barang Aisyah semua..

Sabtu ni family P.Long balik..
En.suami pun memang balik weekend..
So spend masa dengan family..
Petang pulak aku dengan en.suami keluar..
Pegi bank settlekan semua payment dan settlekan barang en.suami..
Lepas tu pegi Tesco cari barang Aisyah..
Motif utama adalah nak beli puting susu botol Aisyah..
Aisyah dah 3 bulan..
Dah kene tukar puting botol da..

Dekat Kuala Pilah dengan Bahau ni barang sangat la limited..
Kebetulan ada jumpa dekat Tesco Bahau ada promosi untuk botol Pigeon..
Harga rm12 je..
So beli tu je..
Lepas tu jumpa dekat area Kiara sana ada kedai baby ada jual puting botol Pigeon..
2pcs puting rm30 tak silap..
Nasib baik beli botol susu yang rm12 tadi..
Jimat..

Lepas tu nak beli stokin untuk Aisyah..
Aisyah kene beli stokin panjang dah..

 
Pakai bootees kaki die dah lagi panjang dari tapak kaki tu..


Semalam pakai kan die stokin dalam gambar dekat atas ni..
Dua kali kot stokin tertanggal dari kaki waktu tidur..
Sampai masa pagi tu aku selimutkan die dengan dua selimut..
Takut masuk angin kembung pulak nanti..
Anak dara ni dah la lasak sekarang
Suka menendang masa nak tidur dan kalau dah bangun tu..
Waktu tidur kalau mengeliat pun bukan main jauh dari kedudukan asal..


Napkin tu adalah alas kepala die..
Jauh kan die dari tempat asal..
Masa ni aku pam dekat tepi katil tu..
Memang die kene tidur balik dalam baby cot la nampaknya..
Sebab kalau abah tak de memang die tidur berdua atas katil je dengan aku..
Berbalik pada cerita stokin, nampaknya misi hari tu gagal..huhu..
Dekat Tesco banyak jual booties je..
Ada stokin pun kecik je..
Pegi kedai baby yang ada jual puting tu pun tak de..
Sudahnya malam tu aku beli online je dekat wife kawan en.suami..
Hari ni dah sampai stokin nya..
Tapi tapak die still lagi kecik dari kaki Aisyah..
Boleh la pakai sementara ni..
Nanti kene cari lagi la..

Lepas tu kitaorang beli pencuci ni..

 
Biasanya memang datang dengan pack refill..
Yang biru ni dah lama beli..
Memang bagus untuk basuh botol susu dan pam..
Susu ibu ni nanti macam berminyak dekat botol..
Elok la guna pencuci khas ni..
Yang oren tu yang baru beli..
Belakang die ada pam macam warna biru tu..
Beli ni untuk letak dekat rumah Seremban..
Senang bila duduk Seremban masa weekend tak payah angkut barang banyak-banyak..



 Last sekali beli pencuci baju ni..
Yang Pureen tu dah habas..
Sekali tengok dekat Tesco ada NappiKleen..
Pon boleh..hehe..

Bau pencuci baju baby ni wangi je kan..
Seeloknya guna la pencuci untuk baby..
Walaupun dieorang tak berkotor..
Tapi macam Aisyah die jenis yang kuat berpeluh..
Lagi satu bila die minum susu botol selalu kene dekat kolar baju die..
Jadi elok la ada pembunuh kuman tu..
Tapi kalau dekat Seremban tak de ni..
Mak basuh je guna pencuci baju biasa Breeze ke tu..
Alhamdulillah setakat ni tak de pulak kulit Aisyah sensitif ke apa lagi..

Ahad pulak bawak Aisyah balik Jempol..
Die macam dah kenal orang..
Tak nak dengan Atok dengan Wan Jempol..
Pegang je die menangis..
Aku amik je die diam..
Tapi bawa jalan-jalan dekat halaman die ok..hehe..



Punya la jauh cerita..
Padahal masa awal-awal tadi nak cerita pasal ni je pun..
Menu hari ni ialah sup ayam dengan sawi..
Rindu menu berpantang..
Dulu masa pantang selalu makan kukus dengan sup-sup je..
Sedap pun sedap je..
Lebih kurang macam dekat atas kecuali sambal cili pedas tu la ye..hehe..

Harap berjumpa lagi..:)

Wednesday, 22 February 2017

New Chapter - Master in Progress - 1st Week..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Ok sementara Aisyah tidur meh la kita update blog..
Aisyah selalunya akan tidur selepas maghrib sampai la ke pagi..
Kalau dari maghrib sampai ke tengah malam tu die akan bangun..
Bangun untuk minum susu dan ganti pampers..
Dari tengah malam ke pagi, in between tu die akan ada bangun juga.
Selalunya sebab nak susu la..
Dan selalunya terjaga masa aku pam susu..
Mungkin sebab ada bunyi-bunyi dan dia rasa ada pergerakkan yang ganggu tidur die..

Ok cukup intro sikit pasal Aisyah..
Entri ni untuk Master mama..
Tapi disebabkan Aisyah dah sebahagian dari hidup..
Tak boleh lari la kan..hihi..

Weekend lepas, 18hb & 19hb Feb adalah minggu pertama untuk kelas aku untuk sem ni..
Cerita sikit pasal master ni..
Aku amik Taught Course..
Untuk Taught Course ni aku kata kene hadir kelas dan ada exam..
Total jam kredit untuk course ni ialah 47credit..
Minimum 4 semester, maximum 8 semester..
Tapi sebenarnya ada 5 semester, sebab ada 1 sem pendek..
Setiap sem ada 3 subjek..
Kelas pulak dari pukul 9-5..
Ada rehat dari pukul 1-2..
Biasa pukul 3 lebih kelas dah habis.
Boleh balik awal..hehe..
 
Untuk 1st kelas aku dari Bandar Sunway..
Hari Jumaat tu aku datang Bandar Sunway untuk tengok bilik baru en.suami..
Konon nak kemas barang sikit-sikit..
Tak de maknanya..
Tengok bilik je dah pukul 10..
Lepas tu pegi makan..
Sampai rumah dah pukul berapa..
Pagi-pagi pulak dah keluar pegi kelas..

Setakat ni kelas aku ada 5 orang..
4 orang dah ada pengalaman berkerja..
2 orang sedang aktif mencari kerja termasuk aku..hihi..
2 orang lagi masih berkerja..
Seorang lagi pulak fresh graduate..

Untuk kelas pertama ni kitaorang tak sempat nak breakfast..
Ak singgah beli buah dengan roti je dekat tepi jalan..
Nasib baik kelas flexible boleh makan dalam kelas..:)
Dan on the way nak pegi kelas aku pam susu dalam kereta je..
Sebab biasanya aku pam 3 jam sekali kalau Aisyah tak de..
Nak tunggu break pukul 1, 4 jam kot..huhu..
Tu pun nasib baik pukul 12 lebih dah keluar..
Mula-mula ingatkan nak pegi pam terus, tapi sebab course mate ajak lunch sekali..
So pegi la lunch dulu..
Pam dekat surau..
Redha je pam tanpa nursing cover sebab nursing cover tertinggal dalam kelas..huhu..
Lepas tu sebab dah 4 jam..
Pam sebelah, sebelah lagi basah..huhu..
Nasib baik ada bawah breast pad stand by..
Letak la benda tu untuk elak kan rasa lembab..
Dan nasib baik pakai nursing bra yang pad die tebal sikit hari tu..
So pad die je yang basah..
Kalau tak mau sampai kene baju, baju pun basah..huhu..
Dah pernah kene 2 3 kali ni..

Bercakap pasal kelas pulak..
Lecturer ni muda lagi..
Dan pernah keje dengan industri..
Masa 1st kelas ni cover sampai Chapter 4 tak silap..
Banyak jugak interaksi antara kitaorang dengan die..
Bila tak faham, tanya dan bincang..
1st kelas quite awesome..:)
Balik tu siap cerita lagi kelas hari ni best dekat en.suami..hehe..
Nampak bayang Master yang gemilang..
At least boleh dapat knowledge, kalau tak score exam pun..

Balik tu aku nak cuba grab car..
Sebab aku ada tanya kawan aku yang duduk Keramat yang rekomen grab car..
Saje cuba selain teksi..
Lagi bila compare dengan rate teksi..
Grab car jauh lagi murah..

Balik tu dalam pukul 3 lebih aku cuba cari grab car..
Mungkin sebab data dah nak habis (atau dah habis)..
Punya la slow loading..
Siap tak jumpa driver..

Malas nak fikir banyak..
Aku jalan kaki je la pegi stesyen Damai..
Nak jalan tu tak de masalah sangat..
Boleh jugak kuruskan badan lepas bersalin ni..hihi..
Tapi cuaca je la panas..
Aku pulak tak bawak payung masa ni..
Minum air memang banyak la..
Dalam train nak balik tu pam sekali lagi sebelum sampai Senawang..

Sampai Senawang en.suami jemput aku..
Lepas tu pegi beli barang sikit dekat Giant..
Balik tu mak, Adik Ta dengan ayah pegi Jakel..
So tinggal la aku dengan Aisyah dengan en.suami..
Susukan die kejap, tapi tak nak tidur..
Tinggalkan dengan abah die, aku mandi dengan basuh baju..
Basuh baju guna tangan uollls..huhu..
Masa ni dengar die menangis-nangis..
Tapi abah layan kan je..
Sekali masa aku nak ampai baju..
Tengok mata die layu je dukung dekat bahu abah die..
Sambil abah die henjut-henjut badan..
Lepas tu die terus lena tidur..
Dapat la mama dengan abah makan malam dengan tenang..hihi..

Malam tu sebelum abah die balik Terusan..
Abah tukarkan pampers die..
Borak-borak sikit lepas tu die tidur balik.
Malam tu aku ada lah bangun pam susu..
Aisyah ada bangun kejap nak susu je..
Tu pun die tak bukak mata pun..

Untuk hari kedua, sebelum pukul 630 aku dah keluar dari rumah..
Aisyah tak jaga pun lagi masa ni..
Cium die pun die tak sedar..
Naik train ke KL Sentral pukul 640..
Weekend kot tak ramai orang sangat awal pagi..
Sempat la aku tertidur..
 
Cakap pasal train ni..
Masa hari Jumaat tu punya la bengang aku..
Ramai gila jantan dalam ladies coach..
Orang jeling-jeling buat tak tau je..
Punya la banyak sticker dalam tu..
Orang announce pun berkali-kali..
Tetap tak berganjak..
Makin lama makin ramai ada..
Sekali sampai stesyen mana ntah ada perempuan tegur..
Bangun la semua, tapi boleh pulak berdiri dalam coc tu..
Tak nak pindah pegi tempat lain..
Come on la, dah 2017..

Dari KL Sentral naik LRT ke Stesyen Damai..
Dekat toilet LRT ni sementara tunggu grab car aku pegi toilet pakai breast pad dulu..
Dari Damai aku naik Grab car ke U..
1st time ni..
Tambang ialah rm4..:)

Sampai kelas just nice je pukul 9..
Tak de orang lagi dekat kelas..
Masing-masing baru sampai..
Aku cepat-cepat nak pegi pam susu dulu..
Kali ni pam dalam toilet je..huhu..
Dah la ada orang membuang masa ni..
Tabah je la dengan bau..huhu..

Tengah hari tu pun macam biasa lunch dengan course mate..
Dah la kelas hari ni disaster..
Masa lunch break siap ada yang kata dah rasa aura kick nya master..huhu..
Topic banyak nak cover dan detail..
Banyak graf dan pengiraan..hohoho..
Kitaorang keluar lambat untuk lunch..
Dan lunch sekejap je..
Lepas makan sebelum masuk kelas aku pegi pam dekat tandas jugak..
Kali ni tandas lain yang tak ramai orang..
 
Balik tu masing-masing macam tercengan-cengang je bila lecturer kata kelas dah habis dan boleh balik..
Tough nye kelas hari ni..huhu..
Lepas kelas siap ada yang berlawak kenapa semua nampak stress..hihi..
Siap ada discussion post mortem lagi..kuikuikui..
Sekurang-kurang nya bukan aku seorang yang lost..
Dan masa ni start fikir bila la masa nak study ni..
Nak tak nak kene study..
Mungkin masa dalam train boleh study..
Tapi setakat ni selalunya dalam train aku tidur dengan pam susu je..

Balik kali ni aku tumpang course mate aku sampai LRT Damai..
Masa dalam Komuter masih ada lagi lelaki yang duduk dalam couch perempuan..
Aduhai Malaysia..
Lepas tu pandang kiri kanan..
Aku dah la nak pam susu..
Annoying gila rasa..
Balik ni ayah dengan adik Ta amik..
Balik tu Aisyah sambut sambil minum susu..
Lepas Isyak abah singgah kejap jumpa kitaorang berdua..
Sempat la makan malam sama-sama dan die tukarkan pampers Aisyah..
Sempat jugak la abah temankan Aisyah tidur..

Semoga perjalan Master aku ni Tuhan permudahkan..
Mungkin waktu malam yang Aisyah tidur dan masa travel aku boleh study..

Terima kasih sangat dekat en.suami dan family yang sentiasa membantu dan mengukatkan semangat aku..
Kalau dah keje macam mana la nanti..:)

New Chapter - Master in Progress - Sumbangan Pendidikan Menteri Besar..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Semalam aku baru update pasal Master aku kan..
Boleh baca dekat SINI..
Sekali petang tadi masa nak jemput Zack mak bagi tau ada surat ni..
Bukak sekali tengok ada cek untuk Sumbangan Pendidikan dari Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan..



Alhamdulillah dapat rm500..
Dapat la buat belanja..
Cek pun da siap bank..
Lepas amik Zack tadi terus pegi bank..

Tuesday, 21 February 2017

New Chapter - Master in Progress - Preparation..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Fuh bercintanya nak siapkan entri ni..
Mula-mula taip tajuk dengan note benda penting-penting..
Lepas tu tadi rasa nak menulis lepas tidurkan Aisyah..
Baru die tidur kejap dah terjaga..
Aisyah ni telinga die sensitif gila..
Lagi kalau waktu siang..
Kadang-kadang petik suis pun die bole terkejut..
Ni dah 3 kali die tidur terjaga..
Ada masa die ok la main sendiri sebelah aku ni..
Tapi berapa minit je pun kan..hehe..
Kejap dah nangis sebab bosan..
Kene bawak jalan-jalan tak pun bagi susu..

Ok balik pada tajuk..
 Tak payah cerita panjang..
Sekarang ni officially aku adalah student Master dekat UTM..:)
 Aku amik taught course..
Taught course ni ialah kelas dan ada mini projek..
So kene hadir kelas lepas tu sem 3 dan 4 nanti ada mini projek..

Ok sebenarnya untuk buat Master ni tak de pun dalam perancangan aku sebelum ni..
Kiranya lepas buat degree tak de pun plan nak buat Master..
Bila tengok kawan-kawan buat Master pun tak tergerak pun lagi..
Tapi peraturan Tuhan tu lebih baik kan..
Lepas bersalin kan Aisyah en.suami tak prefer aku keje..
Terfikir la nak sambung Master..
Aku usha-usha course semua sekali tengok ada intake untuk Februari..
Apply then Alhamdulillah dapat..
Dan start la buat persediaan untuk daftar..

Nasib baik sangat la aku duduk dekat kampung lagi..
Boleh la tinggalkan Aisyah kejap-kejap untuk lengkapkan dokumen..

Mula-mula sekali yang aku buat ialah uruskan permohonan sumbangan..
Untuk kali ni aku apply sumbangan dekat Ahli parlimen dan Menteri besar..
Untuk dua ni korang boleh refer dekat entri sebelum ni..
Rasanya aku tak sempat nak buat entri untuk kali ni..
Aku akan kongsi ringkasan je dekat sini..

Sumbangan Ahli Perlimen




Untuk sumbangan ahli parlimen ni perlukan 4 dokumen..

-Surat permohonan - sediakan la surat rasmi permohonan ringkas..
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon..
- Salinan surat tawaran

Bila aku pegi sana die check aku punya status mengundi dekat kawasan mana..
Lepas tu die print dan kepilkan sekali dengan dokumen aku..
Untuk semua dokumen sebelum hantar sila la dapatkan tanda tangan ketua kampung sebagai pengesahan..


Sumbangan Menteri Besar
 
 Untuk yang ini dokumen die sama je macam dulu..


Boleh refer dekat SINI..
Borang pun masih sama je..
Kali ni aku ambil borang ni dekat pejabat Adun..
 
Lengkapkan borang, sediakan dokumen yang diperlukan lepas tu dapatkan la pengesahan dari ketua kampung jugak..
Semua dah siap hantar la dekat Pejabat Menteri Besar dekat Wisma Negeri..
Minta la tolong pegawai yang ada dekat kaunter tu check dokumen..
 Supaya tak de la kene reject ke apa..
Tak de la kene buat keje 3 4 kali..
Buang masa, buang minyak..


Setakat hari ni aku tak tau lagi macam mana status permohonan aku..
Berapa value untuk setiap permohonan pun aku tak pasti..
Kalau ada info terbaru nanti aku update..
 
Dah settle hal permohonan sumbangan..
Minggu nak pegi tu baru aku perasan ada benda lain kene sediakan..
Masa dapat tawaran dieorang dah bagi sekali semua dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran..

1. Medical Check-up (Pemeriksaan Kesihatan)
Untuk ni aku pegi KK Kuala Pilah..Print dokumen untuk pemeriksaan kesihatan yang dieorang dah beri..Nasib baik masa ni aku pegi pagi jugak..Untuk dekat KK Kuala Pilah ni aku buat ujian air kencing, timbang berat dengann tinggi, mata, tekanan darah, x-ray dan pemeriksaan gigi..Dah dapat semua keputusan aku balik..Petang tu aku pegi KK untuk jumpa pegawai perubatan untuk pengesahan..Untuk medical check up ni kene bayar rm20..

2. Borang Jaminan Kewangan - Untuk borang ni perlukan 2 orang penjamin, seorang ialah suami aku, seorang lagi kakak aku.. Perlukan juga saksi..Dia ada bagi tau siapa yang boleh jadi saksi.. So aku pilih ketua kampung je..Senang..Dah nama sekampung je kan..Tak payah pegi jauh..hihi..Dah siap kene beli setem hasil..Aku beli dekat pejabat pos..Kene beli 2, RM10/satu..Total rm20..Dah letak setem kene matikan..Untuk matikan ni kene pegi LHDN..Tapi aku pegi Pusat Khidmat Hasil je..Aku google, lepas tu call dan dieorang kata boleh..

3. Bayaran Pendaftaran - Untuk ni aku kene bank in duit dekat akaun dan print bukti lepas tu bawa masa daftar..

Yang lain tu cuma dokumen biasa kene isi dan bawa masa daftar je..
Alhamdulillah dah daftar, dah dapat kad matrik..
Dah buat permohonan biasiswa (tak tau la dapat ke tak..hihi)..
Dah dah attend 2 kelas..
Ok lah nanti aku share pengalaman kelas dan lain-lain..:)

Tuesday, 14 February 2017

WW - Wordless Wednesday..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..



Hasil kerja Adik Ta..
Model untuk Projek..

Monday, 13 February 2017

Busy Weekend - Seremban, KL, Roti Arab, Kg, Terusan dan Giant KP..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Weekend yang busy untuk minggu lepas..
Insyaallah lepas ni pun aku akan ada weekend yang busy jugak..

11hb Februari antara tarikh bermakna dalam hidup lepas ni..
Walaupun mungkin lepas ni aku dah tak berapa ingat tarikh ni..
Jadi marilah kita park dekat sini..

Sebenarnya 11hb ni pun adalah tarikh majlis kahwin Hawa dekat Perak..
Tapi sebab kan aku ada hal personal yang jatuh pada hari yang sama..
Tak dapat la nak ke Perak..
Dah la masa die nikah pun aku tak dapat pegi..
Tak de rezeki la nampaknya..
Seminggu awal aku dah bagi tau die awal-awal yang aku tak dapat pegi..
Tadi die send gambar majlis die dekat Perak..
Sweet je die dengan husband die..
Lepas tu sempat la die share kisah sedih die..
Tak habis lagi drama yang ada sebelum ni..
Untuk majlis dekat Perak ni mak ayah dengan family die tak datang pun..
Yang ada wakil family cuma 2 orang adik perempuan die, Apis dengan Cipah..
Masa berarak tu die tarik sepupu dengan kawan suami die jugak untuk nampak ramai dan act sebagai family perempuan..
Bertakung air mata die masa berarak..
2 orang adik perempuan die menangis masa berarak sambil bawa bunga telur..
Pape pun Alhamdulillah semua dah selamat..
Aku doakan yang baik-baik untuk perkahwinan dieorang..

Ok busy weekend aku mula dari hari Jumaat..
Hari Jumaat aku gerak pegi Seremban..
Sebab Sabtu tu pagi kene ada dekat KL..
Sekali hujung-hujung mak pun nak pegi Seremban sekali bawak Aisyah..
Lepas Maghrib gerak pegi Seremban dua kereta..
Ayah, mak, Zack dengan Aisyah naik satu kereta..
Aku dengan Luqman satu kereta sebab aku nak kene pegi bank settlekan benda..
Cuba buat online tak bole pulak..
Dah la Sabtu pagi tu nak guna..
Dieorang bawak stok baju tak basuh sebab mesin basuh dekat rumah ni problem..

Sampai Seremban nasib baik Aisyah behave je..
Nangis sebab nak susu atau merengek nak tidur je..
Aku pulak settle kan document, print semua untuk Sabtu..

Pukul 1 macam tu en.suami sampai..
Ajak pegi makan die tak nak..
Plan nak gerak pukul 7 pagi..
Sebab kalau ikut dalam surat 8.45 pagi dah kene ada dekat KL..
Sekali dekat pukul 7 aku baru terjaga..
Biasanya pukul 5 macam tu Aisyah terjaga..
Sekali bole pulak die tidur lena lepas terjaga malam tu..

Bangun siap-siap, sempat sarapan nasi lemak rm1 buat alas perut..
Pukul 8 kitaorang gerak..
Ada la jam sikit dekat hiway sebab accident..
Lepas tu clear..
Sampai dalam pukul 9 jugak la..
Nasib baik Sabtu jalan ok..

Sampai settlekan check document dengan register dulu..
Aku pun tak tau tentatif satu hari tu macam mana..
Sebab nya dalam surat cuma tulis pendaftaran pukul 8.45..
Tapi ada taklimat pukul 12 dengan pukul 2 ptg rupanya..
Sampai petang rupanya..

Lepas daftar pukul dalam pukul 11 aku pegi dekat en.suami..
Pam susu dalam kereta..
Tu pun dah lambat sejam..huhu..
Settle pam masuk untuk pukul 12..
Taklimat pukul 12 habis dalam pukul 1..
Aku tengok en.suami tidur dekat masjid..
Walaupun henfon dekat tangan tapi call tak sedar pun..
Nasib baik parking dekat sebelah masjid, boleh la en.suami tidur dekat situ..
Sempat jugak pegi makan dengan die sebelum taklimat pukul 2..
Aku dah gigil masa tu..
Maklumlah kalau pam susu ni bila lapar dengan dahaga tu memang lapar dengan dahaga terok..hihi..

Lepas makan aku masuk balik pukul 2..
Patut kene pam susu pukul 2..
Tapi tak sempat..
Dengan tak pakai pad nye..
Pukl 3 lebih, dekat pukul 4 aku dah tak boleh blah..
Dah dengar yang penting-penting..
Aku blah je..huhu..
Masa ni en.suami tunggu aku die tidur dekat pondok pulak..
Alahai suami, demi isterimu..hihi..
Up side down memang banyak sangat kenangan..

 Settle tu teruk gerak balik kampung..
Tak singgah Seremban pun sebab Zack kata nak gerak balik lepas Asar..
Kebetulan kitaorang dah bawak barang siap-siap..
Sekali rupanya dieorang gerak 6 lebih sebab Aisyah tidur..
Mandikan die dulu baru balik..
So kitaorang mula-mula cari putu piring..
Tak jumpa layan roti arab la..
Rasanya ni 1st time aku makan roti arab..
Mula-mula order satu roti arab dengan kuah kari kambing..
Sekali layan pulak..kuah pun ada lagi..
So order satu lagi..

Malam tu pun keluar lagi makan dekat luar..
Sebabnya tak de makanan dekat rumah..
Ok penat..
Malam tu tidur dengan lena sampai pagi..
Aisyah pun bangun sekali je malam tu..
Tukar pampers dengan abah, lepas pagi pun bangun lambat jugak..
Lepas mandi pun mama, abah dengan Aisyah sambung tidur sama-sama lagi..hehe..

Lepas makan tengah hari kitaorang siap-siap packing barang Aisyah balik Terusan kejap..
Bawak Aisyah jumpa dengan Atok dengan wan Jempol..
Nanti mama busy weekend lagi susah nak balik..
Sampai tu Aisyah tidur je..
Dah lama sikit die bangun main dengan Atok dengan wan..
Lepas bagi susu die lepak dengan Atok..
Bukan main riuh mulut anak dara tu dengan atok die..
Terubat rindu atok dengan wan Jempol..
Pukul 6 Aisyah dah balik Jemapoh nak mandi..

Lepas hantar Aisyah aku dengan en.suami pegi Giant beli pampers die..
Sempat la beli putu piring sebelum masuk Giant..
Ada putu piring gula melaka dengan putu piring gula anau..
Harus la beli dua-dua..
Of course la gula anau lagi sedap dan mahal..:)

Lepas beli barang tunggu en.suami basuh kereta pulak..
Pukul 8 lebih baru settle..

Kira weekend ni en.suami memang sibuk je..
Kesian die..
Tapi bulan ni pun banyak benda nak settle kan..
Harap semua berjalan dengan baik..
Amin..

Apa yang aku sibuk sangat Sabtu hari dan upcoming weekend?..
Hurmmm nanti aku share..

Thursday, 9 February 2017

Flu & Cough..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Hari ni hari ke empat aku batuk dan selsema..
Mula-mula Zack yang kene selsema..
Lepas tu Aisyah..
Lepas tu aku pun dah kene..

Masa hari pertama kene rasa sikit-sikit je..
Hari kedua kene aku batuk dan selsema..
Hari kedua ni aku pegi medical check up dekat KK Kuala Pilah dan KK Juasseh..
Buat x-ray, urine, general test dekat KK Kuala Pilah..
Jumpa Dr dekat KK Juasseh..
Masa ni aku dah inform Dr yang aku dah ada selsema dan batuk..
Tapi Dr kata kalau kene sikit-sikit tak perlu amik ubat..
Minum air masak banyak-banyak je..
Masa pegi KK ni hujan lebat, balik tu hujan renyai..
Balik tu aku singgah dekat kedai tepi jalan beli madu..
Kene la renyai sikit..
Semalam batuk dan selsema makin teruk..
Hingus meleleh, tekak gatal (tapi tak de kahak)..
Malam la yang teruk batuk..

Aku memang malas nak amik sembarangan ubat sebab menyusukan Aisyah..
So semalam mak suruh makan ubat..
Aisyah dah 3 malam kot tidur dengan mak..
Sebab nya tak nak hingus die makin teruk..
Dan kalau tidur dengan aku, die kerap terkejut sebab aku batuk..huhu..
Aisyah dari minggu lepas selsema..
Teruk selsema bila die menangis..
Kalau die menyusu mengiring sebelah kiri die ok..
Tapi kalau menyusu mengiring sebelah kanan die akan menangis kadang-kadang..
Sebab hingus die meleleh..
Tak selesa dia..

Mula-mula semalam nak pegi farmasi je amik ubat..
Tapi end up aku pegi emergency dekat HTAN malam semalam..
Sebab dekat tengkuk dah rasa sengal-sengal..
Badan rasa lenguh-lenguh..
Dah la baru-baru ni ada kes denggi dekat area rumah ni..

Pegi emergency jumpa Dr dan aku highlight la pasal BF..
So dapat la ubat ni..



Masa dekat farmasi, pharmacist tu inform yang ubat tu mengantuk..
So aku tanya apa effect die dekat baby sebab aku BF..
Dieorang inform yang baby mungkin tak mengantuk tapi dua-dua ubat ni ada kemungkinan untuk kurang kan susu..

Balik tu sempat singgah beli burger..
Balik tu semua makan burger..
Setengah jam lepas makan aku pun makan ubat selsema dan ubat batuk..
Lepas makan memang tidur lena..
Tapi bangun jugak la untuk pam susu..

Cepatla selsema dengan batuk ni elok..
Amin..

Tuesday, 7 February 2017

WW - Wordless Wednesday..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..



Madu pelihara..

Sebenarnya ingat kan hari ni da hari khamis..huhu..

Sunday, 5 February 2017

Happy 1st Anniversary..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Sebagai kenangan meh la update sikit..
Semalam 5hb dan hari ni 6hb Februari..
Tarikh ni sangat bermakna la dekat aku dengan en.suami..
At least ada la tarikh untuk dikenang selain tarikh lahir..
Aku dengan en.suami tak de declair ke apa..
So tak pernah pun sambut anniversary ke apa..

Untuk tarikh tunang pun aku refer dekat blog je..huhu..
Majlis tunang sekali dengan majlis merisik..

So semalam 5hb Februari 2017 genap la aku dan en.suami di ijabkabulkan..hihi..
Maknanya genap la setahun kami sebagai suami isteri..

Dan hari ni 6hb Februari, masa ni pukul 1.34 petang..
Masa ni kitaorang tengah bersanding dekat dewan..hehe..

Sebenarnya dari hari Khamis aku ada dekat Subang Jaya..
Jumaat tu pegi hantar notis berhenti..
Belum hantar surat resign pun..
Tapi memang dah bagi notis berhenti..
Dan tarikh untuk berhenti tu ada di back date pada bulan sebelas nanti..
Kiranya aku start cuti nak bersalin dulu..
Memang tak de lah datang keje lagi..

Sabtu malam kitaorang baru balik kampung..
Sebabnya en.suami kerja hari Sabtu tu..
Ada kerja urgent..
Sampai rumah pukul 1 ke 2 pagi..

Sampai tu tengok Aisyah lena tidur..
Biarkan die tidur dulu..
Bila die terjaga baru mak bagi dekat aku..
Bagi susu die pun sambung tidur balik..

Petang semalam 5hb Februari lepas Zohor, masa teman en.suami buat keje dekat hall baru aku terperasan..
Lepas tu terus cakap dengan en.suami..
Die pun baru terperasan..
Die tanya nak beli kek ke?
Aku cakap tak payah la..
Semalam petang keluar sekejap beli bekas susu dengan keledek je..
Keledek nak buat keria guna anau..hihi..

Pukul 11 lebih semalam en.suami balik KL..
Just text die je wish anniversary dan terima kasih sebab jadi suami yang baik untuk aku, dan abah yang baik untuk Aisyah..

Hari ni 6hb Februari 2017, pukul 1.37 petang aku tengah menaip dekat bilik Jemapoh sambil teman Aisyah tidur dekat katil kitaorang dan en.suami pulak tengah keje dekat Rawang..
Buat sementara sampai aku dapat keje yang berbaloi aku akan stay dekat kampung dulu dengan Aisyah..
En.suami akan duduk Subang..
Just go with the flow..
Sambil usaha, kitaorang percaya..
Perancangan Tuhan tu adalah sebaik-baiknya untuk kami..

Untuk setahun pertama ni memang banyak perkara pahit manis yang terjadi..
Tapi pengalaman berharga sangat untuk aku..
Kitaorang doakan yang baik-baik je untuk tahun-tahun lepas ni..
Selain tengah sibuk besarkan Aisyah..
Sekarang pun kitaorang dah nak mulakan persiapan untuk rumah baru nanti.. 
Apa pun yang terjadi..
Terima kasih Ya Allah untuk semua ni..


En.suami dan Aisyah yang moody lepas kene tinggal dengan mama dan abah 3 hari..
Terima kasih Ya Allah untuk pinjaman ini..

Wednesday, 1 February 2017

Majlis Aqiqah Aisyah Humaira - Rembau..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Ok ni part 2 kepada cerita Majlis Aqiqah Aisyah..
Part 2 ni adalah peristiwa hari esoknya rentetan kepada majlis Aisyah..
Best untuk dikenang..
Sebab tu aku nak park cerita tu dekat sini..

Malam lepas majlis aqiqah tu aku tak tidur dekat rumah mertua kan..
Walaupun aku dah prepare je barang in case kalau tidur dekat rumah mertua..
Tapi atas sebab-sebab tertentu..
Tidur dekat Jemapoh je lagi senang..
Cuma malam tu en.suami dengan ayah mertua ada bagi tau yang esok tu nak balik Rembau..
Ayah nak bawak anak cucu die balik Rembau jumpa onyang kot..
Onyang pun tak dapat datang majlis aqiqah..

Bangun tu sebelum makan kitaorang gerak pegi Terusan dulu..
Dalam kereta dari Jemapoh ke Terusan Aisyah tidur..
Dapat la mama dengan abah makan tengah hari..
Lepas makan Aisyah terjaga..
Sedar-sedar tempat die tak biasa kot..
Bau pun macam lain je..
Aku susukan Aisyah die macam tak nak je..
Mood baik je nak main-main borak-borak..
So aku cari en.suami..
Masa tengah cari sekali tengok ayah mertua tengah main-main dengan die..
So die bawak Aisyah keluar, aku teruskan pam..
Mungkin sebab tak biasa..
Aisyah menangis-nangis..
Dengar macam tak boleh handle je..
So aku pun amik la Aisyah..
Die on off je nangis..
End up aku ajak en.suami gerak dulu, susukan die dalam kereta, kene air cond..
Barang semua en.suami settle kan..
Baru jalan sikit boleh pulak bekas susu tertinggal..
Sabar je lah..

Dalam kereta Aisyah behave je..
Minum susu dan tidur..
Cuma lenguh tangan nak pegang die dari Kuala Pilah ke Rembau..
Letak atas tilam sekejap je die terjaga..
Dah la masa tu terjaga masa dekat jalan nak ke Tampin yang banyak hutan tu..
Car seat boleh pulak abah tak pasang lagi..
Sabar je tau..
Nak je suruh abah dengan lengan sado tu pegang..
Biar aku yang drive..
Tapi kalau Aisyah menangis nak susu macam mana pulak..
Sebab memang tak de prepare susu dalam botol untuk die..

Sampai Rembau Aisyah terjaga..
Onyang dukung die..
Menangis-nangis die..
Aku bawak jalan-jalan die senyap kejap..
Bila dah diam nak amik gambar, duduk kejap die dah nangis balik..
Onyang pegang tangan die pun boleh menangis..
Sabar je la..
End up masuk bilik, aku susukan die atas katil..
Aisyah, en.suami dengan aku sekali tidur..
Dah la masa lalu jalan Tampin dengan Miku aku dah pening-pening kepala..
Nasib baik dapat lelap kejap..

Terjaga aku rasa perit dekat lengan..
Sekali tengok dekat bantal aku tidur ada banyak semut api..huhuhu..
Nasib baik tak de kene dekat Aisyah..

Aku angkat die..
(Sebab katil single, Aisyah tidur dekat bahagian tepi..)
Aisyah dah terjaga..
Bawak je keluar bilik die nangis-nangis lagi..
Moh ler balik..huhu..
So aku masuk kereta tunggu dalam kereta sambil susukan die..
Dalam perjalanan die senyap, tidur je..
Decide balik Jemapoh terus sebab Aisyah nak mandi dah masa tu..
Sampai Jemapoh bawak masuk rumah die ok je..
Tidur, bila bangun main-main dengan pak cik dengan mak cik die..
Sabar je tau..
Dekat luar tak bagi kerjasama lansung..
Dah la awal-awal tu berkira-kira nak bawak die pegi Kuantan weekend ni ada kenduri sepupu en.suami..

Kesimpulannya aku dengan en.suami belum berjaya lagi nak bawak die keluar..
Aisyah cry cry cry je..huhu..
Tak pe nanti kita cuba lagi bila Aisyah dah besar sikit..

Balik tu pun sebab sebelum tu die banyak direct feeding je dengan aku..
Bila mak bagi botol die dah tolak-tolak je..
Baby very clever kan..
Abah memang kene belajar bagi Aisyah susu botol baru boleh pegi mana-mana..

Pape pun nice experience untuk 3 of us..
By the way hari ni Aisyah pegi KK..
Semalam die dah start selsema dan batuk-batuk sikit..
Kalau boleh tak nak die demam..
Kesian bila die menyusu hidung die tersumbat..
Dengar bunyi hingus die..
So cepat-cepat bawak pegi KK..
So far die banyak rehat..
Kalau jaga pun die hepi je..
Tadi timbang Aisyah dah 4.3 kg masa umur 2 bulan 13 hari..:)


Majlis Aqiqah Aisyah Humaira - Kg Terusan..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Sekarang makin lemau nak update blog..
Tapi boleh la update sekali sekala..

Kali ni nak update cerita pasal Majlis Aqiqah Aisyah Sabtu lepas..
Boleh la nanti jadi kenang-kenangan..
Lagi bila Aisyah dah besar..
Majlis aqiqah ni buat masa CNY..
Kalau tahun lepas mama dengan abah kahwin masa CNY, CNY tahun ni buat Majlis aqiqah Aisyah..


Jemputan yg uncle kim die buatkan..


Majlis aqiqah Aisyah buat sekali dengan anak abang ipar aku, Abdullah Harraz Naufal..
So ada 3 ekor kambing..
Seekor untuk Aisyah, 2 ekor untuk Harraz..
Masak katering, so orang katering ni yang settle kan pasal kambing dan masak kari..
Sebenarnya awal-awal en.suami dengan abang ipar ada cita-cita nak order kambing golek..
Tapi tak kesampaian, sebab katering bapak mertua aku yang uruskan..
Inform die pun tinggal 2 3hari..
Walaupun ada vendor kambing golek yang sanggup buat untuk tarikh tu..

Make it short..
Majlis ni buat dekat rumah mertua..
So aku tak involve banyak pun..
Katering, khemah, door gift semua dieorang yang settle kan..
Aku prepare kan Aisyah je..


Sticker door gift..
Aku tepek je benda ni..
Buat kenangan kan..
Malas nak edit gambar..


Aisyah ni kuat nangis sikit..
Jadi mak cadangkan bawa Aisyah lepas die mandi..
Lepas Zohor tu aku dengan en.suami je yang pegi rumah mertua dulu bawa barang-barang..
Pukul 6 macam tu baru amik Aisyah dengan mak..
Yang lain masa ni ada pegi reunion sekolah, ayah pulak pegi kenduri dekat Melaka dulu..

Sampai je boleh pulak kawasan tu black out..huhu..
Aisyah da nangis-nangis..
Bagi susu pun menangis..
Aku nak susukan die pun tak selesa sebab panas..
Sampai kitaorang bawa die naik kereta pegi Bahau sambil aku susukan die..
Elok die tidur dalam kereta..
Sampai je rumah balik elektrik tak de lagi, Aisyah terjaga..
Meraung balik la die..
Nasib baik tak lama lepas tu ada elektrik, tukarkan baju die..
Mak bagi susu botol sementara aku bersiap die terlelap..

Sampai la masa abah die amik nak bawak die jalan lepas selawat..
Jalan kejap die dah terjaga lepas tu menangis..
Berpeluh-peluh abah die..hihi..
Tak sempat jalan dekat bahagian perempuan pun..
Elok aku amik, tepuk-tepuk die tertidur..
Sampai la majlis habis..
Sampai die tukar baju, balik Jemapoh..
Aku memang tak confident lagi nak tidur dekat rumah mertua..

Malam tu lama die tidur..
Penat kot tak biasa ada majlis ni..




Aisyah dan Harraz..
Walaupun dalam gambar tu Harraz yang menangis..
Hakikatnya Aisyah yang cry cry cry malam tu..
Harraz steady je..hihi..

Mula-mula masa pilih tarikh ni sebab fikir senang kitaorang nak balik..
Lagi abang ipar aku keje dekat Johor, keje Sabtu susah nak cuti..
Tapi mertua berkira-kira gak la sebab takut tak ramai datang..
Satu sebab buat malam, lepas tu banyak kenduri, dan orang travel masa raya cina..
Masa baru datang elektrik tu aku nampak bawah khemah biasa-biasa je..
Sekali masa Haziq SMS aku die dah sampai die kata orang ramai gila bawah khemah..
Mak mertua siap masak nasi extra sebab rasa nasi tak cukup..
Lauk kambing banyak je..
Aku pun masa orang beratur amik makanan cuak jugak la..
Lagi sebab ajak ramai jugak la sebelah aku..
Tu nasib baik ramai jugak saudara dengan kawan yang tak dapat datang..
Pape pun Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah..

Ok nanti aku sambung part 2 pulak ye..
Hari selepas majlis aqiqah..hihi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...