Thursday, 26 January 2017

Away 3hr 2 mlm tanpa Aisyah..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Dah seminggu pun kisah ni..
Sebelum terperap lagi lama..
Meh la update cepat-cepat..

Last week sepatutnya aku dah start keje..
Tapi sekarang ni tengah berkira-kira nak berenti keje..
Sambil tu cari tempat lain yang keje normal hour..
Aku ada plan lain..
So nak match kan dengan plan lain yang dah confirm tu aku kene cari keje yang normal hour, Isnin hingga Jumaat dan ofis basis..
Bukan yang customer service..
So 19hb tu aku pegi office dengan en.suami untuk discuss dengan bos aku..
Alhamdulillah hasil perbincangan agak positif..
Walaupun kitaorang berharap yang dia akan lepaskan aku dengan sukarela nya..hehe..
Tapi nampaknya tidak..
Cuma at least kalau berenti pun aku tak rasa bersalah sangat..

Hari Rabu petang aku dah pegi Seremban..
Pegi dengan Luqman dengan Wafi..
Mula-mula aku singgah dekat rumah P.long..
Boleh la borak-borak dengan M.Long sementara en.suami datang amik..
Sekali tukar plan..
Tidur dekat Seremban, pagi-pagi baru gerak lepas hantar Wafi dekat KLIA 2..

Malam tu melepak dekat mamak sampai dekat pukul 4..huhu..Ish ish ish mama dengan abah ni..
Ok sebenarnya teman en.suami nak makan dan ceri barang makanan Wafi..
Pagi tu bangun siap-siap, gerak pegi air port..
Lepas tu pegi ofis aku..

Aku highlight 3 benda..
  1. Tak nak kerja Sabtu - die kene discuss dengan staff senior
  2. Nak increment - aku kene propose apa yang aku boleh offer/tambah keje untuk die bayar aku lebih
  3. Pumping session - no problem
 Macam aku cakap awal-awal tadi..
Aku berharap die give up..
Tapi boleh pulak die KIV sampai lepas raya cina untuk item no.1 dan 2 tu..
Aku memang dah tak de hati..
Plus isu rumah lagi sekarang ni..
Kalau boleh malas nak sewa..
Tunggu rumah siap je baru balik KL, unless memang ada offer yang berbaloi..

Aku memang harap keluar secara baik..
Sebab aku nak masuk dan keluar secara baik..
Dan still keep in touch dengan dieorang..

Settle hal tu kitaorang pegi KLCC..
Ada nak cari barang sikit..
Sempat la makan waffle ais krim dekat KLCC..
Lepas tu malam tu melepak dengan wife abang ipar dan dengan adik ipar dekat Putra Height..

Sepanjang keluar ni ada la beberapa kali aku pam..
Sekali sebelum pegi ofis - pam dalam kereta - ok lepas ni aku perlukan nursing cover untuk mudahkan sesi pam dalam kereta..
2nd time dekat KLCC - Pegi dekat nursing room dalam Isetan - very nice place - dekat luar ada tempat tukar pampers, water heater dengan microwave tak silap..dalam bilik ada kerusi, meja dengan cermin..siap ada plug lagi..so boleh charge henfon, boleh guna untuk pam jugak..tapi perempuan je..tak male friendly ke?..hehe..
3rd time - dalam kereta dari klcc nak pegi makan..pukul 7 malam masa ni..jalan pun tengah jam..masa ni aku dengan wife abang ipar sama-sama mengepam..
4th time - malam sebelum tido - masa ni baju siap basah sikit..huhu..sebab nak balik tu jem dekat federal..tapi dah nak sampai rumah..malas nak pam dalam kereta..tunggu sampai rumah je..

Lepas tu sessi macam biasa la..
Keluar sekarang ni memang kene bawak pam la..huhu..
Kalau tak boleh bengkak susu tak pun basah..
Part basah tu memang keluar kene bawak breast pad extra la lepas ni..
Nasib dapat free masa beli pam hari tu..
Part bengkak tu memang aku bawak la ubat untuk lancarkan susu - pam ikut masa-  biasanya 3 jam je memang kene pam da..
Lagi Aisyah tak de dengan aku - risau kalau bengkak ok..huhu..

Bila baby tak de memang mengepam je la..
Masa ni memang boleh tengok berapa banyak susu yang boleh simpan..
Sebab baby tak minum lansung kan..
Lepas tu siap kene bawak bekas coleman lagi untuk 3 hari ni..
Peti sejuk rumah pun penuh dengan susu je la..
Maklumlah peti sejuk kecik je..
Just nice je untuk 3 hari 2 malam tu..
Kalau lebih memang tak de tempat nak letak..huhu..
 
Hari Jumaat tu memang aku duduk dekat rumah je la sementara en.suami pegi keje..
Sempat la bersauna bagai sambil menonton Ringgit Kasorga..
Sempat la kemas rumah, basuh baju segala..
Sempat la jugak jumpa Sen die pass hamper untuk Aisyah..
Malam tu gerak balik kampung..
Hujan tambah hari Jumaat..
Dah tengah malam pun jalan jem nak masuk KESAS..
Aku memang tidur je la..

Sampai tu Aisyah bangun..
Die pun macam confuse je..
Walaupun baru berapa hari tak jumpa tapi rasa lama tak jumpa die..
19hb tu die pegi klinik mak dengan Zack je bawak..
Masa cucuk die nangis kejap je Zack kata..
Dah besar baby girl Mama..
2 bulan berat 3.9kg, 55cm..
Sepanjang aku tak de ni memang sentiasa orang dekat rumah hantar gambar dengan video call..
Risau jugak sebab 1st time aku tak de..
Kalau die mengangis, susah nak tidur, tak nak susu ke...
Tapi tengok die happy je..

Aku harap sangat plan aku untuk tahun ni berjaya..AMIN..

Wednesday, 25 January 2017

WW - Wordless Wednesday..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..





Prepare for upcoming event..

Sunday, 22 January 2017

Nursing Bra..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Hari ni aku nak share pasal nursing bra..
Dari mengandung lagi ni antara benda yang penting atau mesti ada pada aku..
Masa mengandung aku dah beli sehelai nursing bra..
Beli pakai untuk masa mengandung dan bila dah bersalin nanti..
Boleh baca dekat SINI..

Aku tau pasal nursing bra ni masa cari pakaian mengandung dekat Mid..
Masa tu harga agak mahal dan tanpa padding..
Masa pegi 9 Month nak beli seluar terjumpa nursing bra yang lagi murah..
Terus beli..
So masa mengandung pakai nursing bra satu tu je la..
Lepas tu pakai bra biasa. ada support dengan push up bra lagi..
 Masa ni breast da makin besar..
Memang selesa pakai nursing bra..
Tapi dah aim yang sebelum bersalin memang kene beli nursing bra..
Untuk selesa kalau nak BF baby nanti (Walaupun masa ni tak tau boleh BF ke tak)..

Sekali masa pegi cari barang baby dekat baby Manjaku jumpa dieorang jual nursing bra lagi mura..
RM 3+ je masa tu..
Tak ingat brand apa..
Masa pegi survey pump dekat Pump on the Go pun jumpa dieorang jual nursing bra rm2+ macam tu..

Dah hujung-hujung pregnant tu dah tak rajin nak keluar-keluar survey survey..
Dah la due date makin dekat..
So masa dah start cuti..
Aku pun usha-usha la dekat IG..
Sekali jumpa yang ni..





Ada dua jenis..
Dua-dua ni rm100 untuk 5 helai..
Maksudnya sehelai rm20..
Kira paling murah la yang aku jumpa..
Postage percuma..

So aku contact la owner ni..
Very nice orang nya..
Aku bagi ukuran bra aku pakai sekarang dan die advice aku saiz apa yang sesuai..
In case kalau saiz tak ok..
Aku boleh pos balik dekat dia (aku kene bayar)..
Dan die akan pos semula dekat aku bra dengan saiz yang baru (percuma)..


Dekat sini la aku beli nursing bra ni..

 Masa sampai dekat kampung aku cuba sekali saiz ok je..
Aku beli sehelai yang lace dan 4 yang macam sport bra tu..

Untuk yang lace tu ada padding nipis dekat dalam die..
Padding ni selalu la bergerak-gerak dekat dalam tu..
Kadang-kadang tu berlipat-lipat..
Lagi satu bra ni jenis yang selak je..
Kadang-kadang tu die ternaik jugak masa tengah BF..
Tapi pakai selesa je..

Untuk yang macam sport bra tu aku beli yang warna grey tu 2 helai..
Yang warna blue black tu 2 helai..
Walaupun jenis yang sama tapi sebenarnya lain sikit dalam die..
Dalam die tak de padding tapi die punya kain tu pun memang dah tebal..

 Aku rasa 2 2 jenis ni bukan wired..
Walaupun masa mula-mula die kata yang macam sport bra tu wired.

Secara keseluruhannya aku rasa puaas hati je pakai nursing bra ni..
Berbaloi je dengan harga die.
Aku siap consider untuk nak tambah beli lagi..

Pada aku memang kene ada banyak nursing bra ni..
Kadang-kadang ada masa nya over flow sampai basah bra..
Aku ada banyak pengalaman ni masa Aisyah tak de dengan aku..
Insyaallah nanti aku share..
Masa ni disposable breast pad memang perlu dan penting..
Dan kadang-kadang bila tido malam lama, aku lambat pam atau Aisyah tak minum ke..
Lepas tu bila pam, sebelah lagi basah..
Kene tukar bra baru..
Memang tak selesa la nak pakai yang basah plus bau susu lagi..

Banyak jugak idea nak menulis..
Cuma kekangan masa..
Insyaallah ada masa aku ada lah entri dari aku..hehe..

Tuesday, 17 January 2017

WW - Wordless Wednesday..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..



Sedap lagu ni..
Dan baru perasan yg vokal Cakra Khan ni unik..



Erakustik..
Lagi meletup dengar suara dia..


Lagu ni OST untuk cerita Rudi Habibi..
Adik aku kata cerita ni best..

Kibas Tempat Tidur..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Hari ni nak cerita pasal kibas tempat tidur..
Rasanya kecik-kecik dulu aku biasa jugak dengar dan buat kalau nak tidur kibas tempat tidur dulu..
Lepas tu macam dah tak de buat je..
Main tidur je..huhu..
Ok bukan main tidur je..
Tapi main baring je atas katil..

Sampai la satu hari ni..
Masa ni dalam minggu aku baru kawen..
Masa tu balik rumah mertua..
Masa balik rumah mertua aku dengan en.suami ada pegi Melaka..
Saje pegi jalan-jalan..
Family mertua pun sibuk suruh jalan masa ni..
Balik dari Melaka tu ikut jalan Empangan Jus, Air Kuning, Jelai sana..
On the way balik tu kepala rasa tak ok..
Lagi pulak jalan berbuai-buai..
Turun naik bukit dekat Jelai tu..
Sampai Bahau mertua nak keluar pegi minum dekat Bahau pun kitaorang tak join..
Terus balik rumah..

Sampai rumah masuk bilik aku terus tido..
Masa tido tu aku mimpi..
Aku ada dekat tempat yang sama, bilik yang sama tapi rasa lemah sangat, lepas tu macam ada yang mengganggu tidur aku tapi tak boleh nak bangun..
Terjaga tu aku cepat-cepat pegi dekat en.suami bagi tau die..
En.suami pulak masa mak mertua balik die cerita dekat mak mertua aku..

So mak mertua ajar..
Sebelum tidur kibas dulu tempat tidur..
Kibas katil, bantal semua..
Lepas tu die ada bagi doa untuk diamalkan..

Apa rasionalnya kene kibas tempat tidur..
Memang la masa kita tak tidur atas katil tu nampak kosong kan..
Tapi mungkin ada mahluk lain yang kita tak nampak dengan mata kasar kita ada dekat atas katil, dekat bantal tu..
So kibas la dulu halau apa yang tak patut..
Kalau kita main tidur je mungkin mengganggu mahluk tu dan die pulak mengganggu tidur kita..

Kalau aku google kibas tempat tidur ni pun antara Sunnah Rasullullah s.a.w..
Antara sumber lain boleh baca dekat SINI..
Atau boleh google..

Sejak tu memang aku memang akan kibas tempat tidur setiap kali nak tido atau baring..
Tak kira la siang atau malam..
Kalau nak letak Aisyah atas katil pun aku akan kibas dulu katil..

Thursday, 12 January 2017

Pengalaman Berpantang - Luka Episotomy & Gatal-Gatal..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Ok rasanya ni entri last untuk pengalaman berpantang aku..
Lepas ni cerita lain la pulak..
Korang pun dah bosan baca cerita berpantang ni je..

Ok mula-mula sekali nk cerita pasal episotomy..
 Episotomy ni akan menghasilkan luka..
Boleh la google dan baca untuk lebih detail untuk tau apa itu episotomy..

Untuk episotomy ni sebelum aku discharge Dr ada check..
Tapi tak dapat apa-apa ubat pun..
Lepas tu aku basuh guna air biasa je..
Walaupun ada nurse tu cadangkan basuh guna air suan campur garam sikit..
Tapi ada la sekali 2 aku basuh guna air suam campur serbuk manjakani..

Nurse KK kalau datang check/pegi KK die akan check jahitan ni sekali..
Aku memang ok je..
Asalkan cepat elok..
Nurse cadangkan kalau nak check sendiri guna cermin..
Tapi awal-awal tu entah pape, so tak delah tengok..
Harap nurse KK je la check..
Lepas tu risau sendiri..
Risau nak jalan, risau nak pegi tandas, risau nak turun naik katil, risau nak duduk atas lantai..
 Sampai la aku kene macam gatal-gatal..

Masa ni aku pegi KK..
Kene gatal-gatal dekat celah peha..
Aku pun tunjuk la dekat nurse..
Nurse kata mungkin kene jangkitan fungus..huhu..
Ada beberapa sebab aku rasa boleh kene gatal-gatal ni..

  1. Kulit sensitif - Dari mengandung aku ada masalah ni..Kene pakai sabun soap free atau sabun untuk kulit sensitif.. Cuba pakai Antabax untuk kulit sensitif macam ok..Ada pakai Johnson & Johnson ph5.5 macam tak berapa ok..Masa dah kene tu aku pakai la sabun Aisyah yang dapat free orang bagi sebelum beli Antabax..
  2. Alergik pad - Pernah sekali masa pregnant masa keje..Ada emergency aku pakai pad yang ada spare dalam beg..Sekali balik tu gatal-gatal..Merenyam-renyam kot..huhu..
  3. Alergik serbuk manjakani - Ada sekali dua aku pakai serbuk manjakani untuk skrub dan cebok..Mungkin jugak alergik..Sebab lepas dah gatal-gatal aku ada guna untuk skrub ketiak je..Melecet malam tu..huhu..Mungkin kulit lepas bersalin masih tak stabil lagi..Hormon tak stabil lagi..huhu..

Masa dekat KK ni nurse check jahitan sekali, letakkan ubat kuning..
Lepas tu jumpa Dr..
Dr. check juga yang gatal-gatal ni..
Dr suggest tak payah guna pad - nasib baik masa ni darah pun tak banyak sangat lagi - Dr cadangkan mungkin bole guna kain batik lama yang bersih..Aku guna kain batik yang bersih potong-potong lipat..Ada order pad dengan kawan aku tapi tak dapat lagi..Mula-mula sebab tunggu kain die order dari Brunei..Lepas tu jari die patah pulak..huhu..

Lepas tu aku dapat ubat sapu dan ubat makan untuk tahan gatal..


Ubat gatal..
Aku cuba google tapi tak jumpa..huhu..
Aku tanggalkan la pelekat KK nak bagi nampak rupa ubat tu..
Kalau tengok dekat pelekat tak silap ni ubat terkawal..

Sejak ni memang lepas mandi aku akan check sendiri guna cermin..
Check jahitan - sapu ubat kuning - dan sapu ubat gatal..
Lepas tu anginkan dengan kipas biar kering..
Setiap kali lepas pegi tandas aku akan anginkan..
Ada aku baca siap guna hair dryer..hihi..

Cerita pasal ubat kuning..
Masa Aisyah admitted ada nurse yang check ibu yang jaga baby dekat hospital..
Bila aku inform tak dapat ubat luka..
Dr dekat situ bagi..
Ubat kuning ni..


Waktu check gatal-gatal Dr tu bagi satu botol lagi..
Aku mintak..

Awal-awal tu memang gatal-gatal sangat..huhu..
Lagi kalau tido malam..
Kadang-kadang terjaga sebab merenyam-renyam..
Sebelum tido makan la ubat tahan sakit..
Siap baca doa Nabi Ayub lagi sebelum tido..


Baca doa ni 3 kali dan sapu pada tempat yang gatal..


2 3 hari letak ubat memang tak ok lagi..
Sampai masa nurse KK datang check aku bagi tau gatal lagi..huhu..
Tapi nurse kata tu je ubat yang KK ada..
Suruh guna dalam seminggu dulu..
Kalau tak ok inform balik..
Tapi dalam seminggu tu Alhamdulillah dah ok gatal-gatal..
Sampai sekarang aku pakai kain je..

Cerita pasal jahitan..
Pernah sekali tu lepas mandi pagi tak silap..
Lepas dah letak ubat semua..
Aku bangun..
Sekali keluar darah..
Siap sampai menitik-nitik atas lantai, dan meleleh dekat peha..
Masa ni la aku mintak tolong adik ipar aku hantar pegi klinik..
Sebab masa tu siang lagi boleh la pegi KK..
Dari dah malam ke, dah la tinggal berdua je dengan wan..
Sebab aku tak pasti tu darah nifas atau darah luka ke..
Masa ni hari ke belas-belas atau 20 dah kot..
Sekali nurse KK check jahitan..
Nurse kata jahitan tak de masalah..
Dah elok kering dan bertaut luka..
Alhamdulillah lega dengar..
Yelah 1st time tak tau macam mana..
Baik la pegi klinik biar nurse check..
Untuk luka elok cepat banyakkan la makan protein dan vit c..
Ada aku baca elok makan oren..
Wan pulak tak berapa galakkan takut baby tak ok sebab bf kan..

Alhamdulillah dua masalah ni dah settle..
Sekarang ni sekali sekala lepas mandi aku ada jugak check jahitan dan gatal-gatal..
Simpan je dua ubat tu..

Tuesday, 10 January 2017

WW - Wordless Wednesday..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..



Monday, 9 January 2017

Pengalaman Berpantang - Bengkak Susu..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Hurmmmm ni memang pengalaman pertama untuk aku..
Sebelum ni memang ada dengar mak mertua cerita isteri abang ipar, Kak Milin kene bengkak susu..
Sampai kene bawa pegi klinik..
Masa borak dengan K.Milin dengan kakak die pun kakak die ada cerita yang pernah sebulan sampai 4 kali die kene bengkak susu..
Ok masa ni dengar je..

Aku pulak ni la 1st time pengalaman kan..
Alhamdulillah dari 1st day dah ada susu nak susukan Aisyah..
Tak delah susu tak keluar ke..
Dari masa mengandung seeloknya basuh nipple elok-elok jangan bagi tersumbat..
Kalau aku dulu kadang-kadang bila mandi ada macam berdaki..
Sebab persediaan untuk keluar susu..
So keep on bersihkan masa mandi bagi mengelakkan tersumbat..
Dan alhamdulillah jugak Aisyah pandai latch masa 1st time bagi..
So tak de la nak berdrama ke apa..hehe..

Rasanya masa seminggu awal tu ok je..
Aku start pam pun awal..
1st week memang dah pam..
Alhamdulillah jugak susu agak meriah..
Makin lama makin meriah..
Pernah la masa minggu 1st ni lambat sikit pam dapat 4oz..

Mungkin jugak sebab faktor permakanan atau faktor badan aku sendiri..
Awal-awal pantang memang setiap pagi aku makan 2 biji kurma..
Lepas tu banyak makan ikan je..
Ayam dengan daging ada la sikit-sikit..
Lepas tu sayur memang 3 jenis ni je - ulam pegaga, celur peria dengan bayam je..
Lepas tu kalau minum akan minum horlick dengan biskut hi-fibre..

Tak silap masa minggu ke 3 pertama kali aku kene bengkak susu..
Masa mula-mula tu memang dah rasa perit-perit..
Sekali makin lama tetiba rasa macam ada ketulan dekat bahagian atas payudara kanan..huhu..
Sekali masa malam tu bila terbangun cuba untuk pam, air keluar sikit je tapi rasa bengkak giler..huhu..
Masa ni memang rasa sakit, beria google sana sini..
Pernah la tidur siap letak kobis bagi sejuk sikit..
Sebab bila bengkak susu ni rasa sakit, terik, panas..huhu..
Siap cari doa untuk sembuhkan bengkak susu lagi..



Sekali masa weekend en.suami balik..
Aku pun ajak la die pegi hospital..
Pegi dekat bahagian emergency..
Dah la masa pegi ni punya ramai orang, lama jugak la menunggu..huhu..

Masa jumpa Dr pulak..
Rasanya tu Dr. baru..
Kene pulak tunggu lepas die check sebab die mintak opinion Dr yang lagi senior..
Lepas tu kene tunggu amik ubat pulak..
Dr cuma bagi ubat tahan sakit je untuk kurangkan sakit, which is Panadol..
Lepas tu die suruh tuam panas bagi lembut sikit lepas tu pam..
Yang penting kene keluarkan susu tu kalau nak ok..
Bengkak susu ni sebab susu terkumpul, lepas tu dah stuck/tersumbat dekat dalam..
Nak sembuhkan memang kene keluarkan susu tu..
Itu je..
Kalau biar memang boleh sampai demam, kene jangkitan dan kene operation..
 Tak de ubat pun..

 Disebabkan lama sangat dekat hospital..
Sampai kan yang belah kiri tu basah baju, yang kanan makin bengkak..
Berejam kot tunggu dekat hospital..

Balik tu tuam la..
Mula-mula letak air tu dlm bekas lepas tu tuam guna towel..
Tapi tak berapa efektif kaedah ni..
Air tu cepat sejuk..
2 3 kali tuam dah sejuk..
Dah la masa panas tu susah nak perah kain tu kan..
Yang senang nya guna botol..
Aku pakai botol mineral yang kecik tu je..
Campurkan air panas dengan sejuk dekat luar..
Lepas dah dapat suhu yang rasa ok baru masukkan dalam botol..
Letak dekat tempat yang bengkak, rasa da lembut sikit baru pam..
Tapi masa 1st time tu aku keluarkan guna tangan je..
Kalau nak tau kaedah yang betul (marmet) boleh la google atau tanya bidan KK..
Aku masa tu pakai belasah je..hihi..

Lepas dah tuam,dah pam, dah susukan Aisyah baru la rasa ok..
Lepas kes pertama ni aku kurangkan makan makanan dekat atas tadi..
Sebab kalau baca makanan tu semua menambahkan susu..
Bila demand dah tinggi nanti mungkin boleh consume lebih..
Aisyah sekarang kecik lagi, minum pun sikit je lagi..
Memang kene pam dan simpan la..

Kali kedua aku kene ni masa pegi KL Sentral..
Last aku pam pagi tu dalam pukul 8..
Pukul 11 aku ada susukan Aisyah sekejap..
Lepas tu pukul 5 lebih petang baru sampai rumah..
Bawa pam tapi malas nk lepak mana-mana pam..
Tak kan la nak pam dalam train kan..
Walaupun aku penah tengok orang pam dalam komuter..

Masa dalam train nak balik tu memang bengkak gila..
Sampai rumah memang aku bagi Aisyah susu sebelah, sebelah lagi pam..
Lepas tu ada jugak la kene tuam..
Tapi lama-lama da ok..

Makin lama da makin tau nak handle..
Biasanya bengkak waktu malam la..
Sebab waktu malam lagi banyak susu yang dihasilkan..
Aisyah pun kalau terjaga malam minum tak banyak sangat..
Die pun sayang waktu tido die kot..hihi..

The best solution kalau bengkak susu ni untuk aku ialah baby Aisyah susu..
Baby ni memang miracle..
Sebabnya bila dah tersumbat kalau pam pun tak keluar susu..
Tu kene tuam dulu bagi lembut baru boleh pam..
Kalau baby yang menyusu tak payah tuam pun tak pe..
Cuma kene bagi die menyusu lama..
Sampai ketul tu hilang..

Tapi pernah jadi..
Ada pagi tu aku bangun macam dah bengkak..
Pagi tu ingat nak pam..
Tapi dah tak keluar sangat..
Kebetulan Aisyah terjaga..
So bagi die minum dekat sebelah yang bengkak tu..
Walaupun die menyusu tak lama sangat..
Tak sampai habis..
Tapi lepas tu macam tak rasa sangat bengkak tu..
Lepas tu susu keluar menitik-nitik..
Aku terus pam..
Kiranya baby dah selesaikan masalah tersumbat tu..
Jadi susu tu dah lancar..
Hebat betul kejadian..

Ada jugak yang isteri abang ipar aku share ubat sensei untuk lancarkan susu..
Alhamdulillah sesuai jugak dengan aku..


Aku consume sekali sehari je bila perlu..
Sebelah tu pulak hasil pam untuk petang tadi..



Ni stok yang ada setakat ni..
Nak penuh da ruang atas ni..
Sebelum ni simpan dalam botol..
Storage yang pack tu pun ada..
Beli sekali masa beli pam..
Tapi tak pernah guna pun lagi sebab bekas besar..

Masa Aisyah admitted dekat NICU dieorang guna bekas ni..
Lepas tu aku pun guna bekas ni je..
Kalau ikut dekat karung 1 bekas ni 4oz..
Tapi aku selalu letak satu bekas 2oz macam tu je..
Aisyah pun tak minum banyak lagi untuk satu sessi..
Kalau pakai botol atau storage tu besar sangat..
EBM ni dah la bole cair sekali je kan..
Bekas ni pun mura je..
Wan dengan ayah pernah beli dekat kedai plastik rm10 untuk 100pcs..
Dekat kedai runcit ada je jual..

Apa aku share ni dari pengalaman aku je..
Aku pun belajar lagi..
Banyak baca, google atau tanya orang..

Selagi ada rezeki Aisyah aku bagi je..
Macam Aisyah pun masa lahir dekat UMRA dieorang bagi susu formula awal-awal tu..
Masa 1st day balik balik rumah pun, die nangis-nangis..
Aku bagi susu die nangis lagi..
Ingat die lapar, tak puas menyusu ke..
So buat susu yang ada dapat free gift hospital bagi..
Yela awal-awal tak pandai lagi serba serbi..
Orang tua dekat rumah ni pun dah lama tak de baby..
Banyak da lupa..
Lagi sekali masa Aisyah admitted dekat NICU..
Masa tu pun baru 4 hari..
Sebab Aisyah nangis duduk dalam baby cot dan bawah lampu..
Mungkin tak cukup kenyang..
Nurse offer bagi susu formula..
Aku ok je..

Aku tak de la feeling sangat..
Tapi BF memang elok la..
Tak dinafikan..
Jimat pun jimat..
Tak payah beli susu..hehe..
Susu dah la mahal kan..
Selagi aku mampu, dan ada rezeki Aisyah..
Insyaallah boleh la bf..

Friday, 6 January 2017

Pengalaman Berpantang - Acad Accident..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Kisah ni pun aku nak abadikan dekat sini..
Kira ni part of pengalaman berpantang aku..

Masa Aisyah 10 hari..
Kira aku pun baru berpantang 10 hari..
Masa ni aku tengah dekat bilik..
Tak ingat tengah buat apa..
Atau dah nak tido masa tu..
Dah tengah malam masa ni..
Dalam pukul 12 ke 1 pagi..

Masa ni mak tengah susukan Aisyah dekat hall, sebelah katil Aisyah..
Semua tak tido lagi masa ni kecuali ayah tak silap (ayah dalam bilik, aku assume die dah tido je)..
Tetiba aku dengar kecoh-kecoh dekat luar..
Rupanya mak tengah on the phone..
Acad call yang die accident, dan kaki die patah..
Dekat tepi jalan lagi masa ni, dah call ambulans tak silap tapi ambulans tak sampai lagi..
Acad bawak moto, accident dengan kereta dekat trafik light..

Mak tengah susukan Aisyah, botol stuck dekat mulut Aisyah..
So aku amik Aisyah..
Ayah dengar dah bising-bising masa ni..
Acad ni memang jenis tak suka duduk rumah..
Dari sekolah lagi..
Entah mana je die merayap..
Die accident ni dengan sepupu aku je..
Sepupu aku ni dah 30 lebih, dah kawen ada anak sorang, wife tengah sarat mengandung masa tu nak deliver hujung bulan Dec..
Mak dah tak keruan masa ni..
Aku tengok mata mak pun merah je..

Sekali lagi sepupu aku tu call..
Boleh pulak die mintak adik jemput die dekat Seremban..
Lepas tu jangan bagi tau family die yang die accident..
Masa ni ayah amik fon bercakap dengan die memang kene maki la sepupu aku ni..
Yang ayah aku mara tu sebab tak nak duduk rumah..
Balik rumah tukar baju, makan lepas tu keluar balik..
Kalau accident sebab baru balik keje, memang ada hal ke..
Tak delah orang mara..
Ni memang kaki merambu..

Mak nak pegi hospital masa ni jugak nak tengok Acad..
Tapi ayah decide nak pegi pagi esok tu je..
Malas nak rushing-rushing..
Ayah minta P.Cik aku yang keje polis tengok kan die..
Mak pun ada call P.Long tengok Acad dekat hospital..

Malam tu P.Long hantar la gambar Acad dekat hospital Seremban..
Pagi tu la mak dengan ayah baru tengok die dekat hospital.. 
So mak kene jaga Acad dekat hospital..
Tulang peha kanan die patah, jari kelingking dengan jari manis pun patah..
Lepas tu ada la luka-luka dekat bahu..

Nasib baik la masa ni jaundice Aisyah dah makin ok..
Mak gilir-gilir dengan Luqman jaga Acad..
Makan pun kene suap masa ni sebab jari kanan patah..
Mak pun kene temankan aku pegi KK..

Mula-mula ada jugak Adik Ta..
Tapi bila last-last tinggal aku dengan wan (nenek aku) dengan Aisyah je..:(
Bila weekend ada la en.suami balik..
Sebab bila dah hujung-hujung, Acad kene pindah ke hospital Port Dickson untuk operation..
Masa ni mak tak balik Kuala Pilah dah..
Gilir-gilir dengan Luqman dekat rumah Seremban je..
Dalam dua minggu jugak Acad dekat hospital tak silap..

Pernah sekali aku ada emergency nak pegi KK..
Masa Aisyah tido aku tinggalkan kejap..
Minta tolong adik ipar hantarkan..
Nasib baik rumah dekat je..
Mak dengan ayah mertua masa ni pegi umrah..

Sepupu aku tu nasib baik tak de pape..
Sakit-sakit badan je..
Dah la bini tengah tunggu hari je nak bersalin..
Bila tanya Acad die kata baru balik hantar barang, sepupu aku pulak kata nak pegi rumah Seremban..
Die berdua je la tau motif keluar malam tu..

Disebabkan adik aku tak jemput sepupu aku balik malam tu..
Die balik sendiri je dengan motor yang accident tu..
Nasib baik la bole start lagi..
Pagi tu adik aku pegi amik moto dekat rumah die..
Elok die tido..
Dengan tak pegi report nye..
Masa Acad pegi hospital pun die tak pegi sekali pun..
Datang melawat dekat hospital pun tak..
Ada datang dekat rumah masa Acad dah balik dengan adik beradik die..
Takut kene mara kot..hihi..
So pandai-pandai la nak menilai kawan lepas ni..

Acad memang kene tadah telinga je la kene mara, kene perli..
Sebelum ni kene tegur, keluar..
Ni dah atas kerusi roda, berak kencing pun kene orang tolong..
Kalau orang cakap apa pun kene tadah je la..
Tak tau la berubah ke tak tu..

Ni kira salah satu pengalaman masa aku berpantang ni..
Elok seorang je kene jaga, ada orang kain pun sama..hihi..

Wednesday, 4 January 2017

Pengalaman Berpantang - Berjaga Malam..

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..


Sekarang ni pukul 5.49 pagi..
Sebenarnya pukul 4 tadi dah bangun..
Terjaga nak pam susu..
Tapi boleh pulak baby pun terjaga..
Susukan baby dulu, lepas tu continue pam..
Sambil pam ni boleh la update blog..
Kalau tak bosan..huhu..

Lagi kalau kene bangun malam-malam..
Biasanya aku bangun pam dalam 3 jam lepas last pam..
Sekarang macam mana pun memang kene pam sebab baby tak minum banyak sangat lagi..
Lepas baby menyusu memang kene pam..
Kadang-kadang kalau lepas pam pun boleh susukan baby lagi..

Cakap pasal berjaga malam ni..
Awal-awal hari tu sumpah mengantuk gila..
Lagi masa awal-awal dulu..

Masa awal-awal baby tido dekat luar..
Aku tido dekat dalam bilik..
Mak atau wan teman baby tido dekat luar..
Kadang malam masa tido terjaga dengar baby, so susukan baby..
Kalau tak pun kene bangun pam..huhu..
Sampaikan tersengguk-sengguk masa pam pun ada..
Masa ni henfon memang peneman la..
Bukak fb, bukak ig, main candy crush, layan utube segala..
Memang la nurse KK advise, kalau baby tido kita tido sekali..
Kalau tak mengantuk nanti..
Tapi kadang-kadang masa baby tido la nak makan, mandi segala..huhu..
Ni nasib baik ada orang tolong lagi ni..
Belum duduk berdua je lagi dengan baby..
Tambah lagi baby aku ni telinga jenis sensitif gila..
Kadang kalau pagi sikit mak/wan tak kejutkan pun..
Bagi baby susu botol yang dah pam tu..

Masa ni stress jugak la..
Jenuh nak tidokan baby..
Kadang die tido sekejap je dah terjaga balik..huwaaa..
Lepas tu fikir..
Ni mak/wan ada temankan baby..
Kalau sorang-sorang nanti macam mana la..
Mau mama jadi zoombie..huhu..

Tapi dah lepas sebulan macam tu..
Kesian pulak tengok mak tido dekat luar jaga Aisyah..
Aku cuba bawak Aisyah tido dengan aku..
Sekali bila die tido dengan aku lagi senang rupanya..
Miracle sangat ni..hihi..

Kalau tido malam aku akan buka lampu tido je..
Lepas tu kadang-kadang aku akam cakap dengan Aisyah "Aisyah dah malam ni, kita kene tido"..dengan harapan die tido..hihi..
Lepas tu aku selalu bacakan doa ni setiap kali die nak tido malam..


 Biasanya die akan tido pukul 10 malam..
Kadang-kadang awal, kadang-kadang terlambat..
Ada jugak la kadang-kadang die jaga malam..
Tapi bila bagi susu die ok je tido balik..
Kadang-kadang kejap je bagi susu dah tido balik..

Yang aku perasan..
Bila die tido dengan aku, tido die lagi tenang..
So die tido lagi lama..
Kalau terjaga pun kadang-kadang die tertido balik sendiri..
Tepuk-tepuk punggung die, die tertido balik..

Sebelum tido pulak aku akan baca Zikir Fatimah sebagai tambahan..

 Kalau nak baca kisah menarik mengenai zikir ni boleh baca dekat SINI..

Alhamdulillah sekarang ni aku dah boleh biasakan diri dengan rutin macam ni..
Cuma kalau orang yg bekerja mungkin lebih struggle..
Sebab aku boleh lagi tidur siang kalau mengantuk..
Tapi kalau yang bekerja tu lagi penat kan..

Harap rutin tido Aisyah elok je la..
Mama tak nak jadi zoombie..hihi..

Ok nanti aku share lagi pengalaman aku sepanjang berpantang..

Pengalaman Berpantang - Jaundice/Demam Kuning..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Entri ni pun sebenarnya dah lama dalam draf..
Tapi tak sempat nak menaip..
Alhamdulillah 1hb Jan haritu aku dah habis berpantang..

Masa mengandung hari tu aku pernah borak dengan kakak isteri abang ipar aku..
Saje borak pasal barang baby, pasal baby, pasal berpantang..
Sekali die cakap yang masa berpantang adalah stress..
Aku pun masa dengar tu pelik jugak la..
Lepas tu ada borak dengan ex-roommate aku masa dekat Penang dulu..
Anak die dah dekat umur dua tahun tak silap, ke dah dua tahun..
Die kata yang die tak trauma bersalin, tapi trauma berpantang..
Ok masa tu cuba hadam..
Tapi sekarang ni aku dah faham gak kenapa statement-statement ni keluar..huhu..

Masa awal-awal memang stress..huhu..
Lagi macam aku ni 1st time mom..

Aku bersalin kan pagi, pukul 6 lebih pagi..
Lepas bersalin tu memang aku dengan en.suami tak dapat tido..
Malam sebelum tu pun tak dapat tido sebab sakit bersalin..
Kejap-kejap nurse datang, dengan busy orang datang melawat lagi..
Sampai la ke senja orang datang melawat..
Dah malam baru dapat mandi..
Lepas tu aku dengan en.suami decide biar Aisyah dekat nursery..
So aku dengan en.suami boleh la rehat..
Sebab esok tu pun nak jalan jauh..
Nak terus balik kampung..

Kitaorang sampai kampung dah petang..
Masa ni Aisyah banyak tido..
Sekali malam tu die meragam..
Tak nak tido, menangis je..
Tak tau menangis lapar, tak selesa ke apa..huhu..
Sampai ke pagi tak silap..
So memang penat..
Bermula la episod tido malam yang sadis..huhu..
Dah la badan tak kuat lagi, berjahit bagai..

Aku bersalin hari Sabtu..
Hari Isnin baru inform KK Taman Medan yang dah bersalin, dan inform KK Juasseh untuk check up..
Pagi Isnin tu nurse KK Juasseh datang..
Nampak macam Aisyah ada kuning dan suruh datang KK check darah..
Petang tu pun kitaorang pegi la..
Sekali bacaan darah untuk jaundice die agak tinggi..
Sepatutnya kene admit..
Tapi dr kata boleh balik dulu, pagi-pagi esok datang check balik..
Kot-kot la bacaan turun..
Pagi esok tu datang check darah balik, bacaan makin naik..huhu..
Bacaan masa admitted ni 268..
So memang kene admit la..
Kene duduk bawah lampu..
Itu je ubat yang agak mujarab nya nak bagi bacaan turun...huhu..
Kitaorang balik rumah dulu untuk kemas barang..
Aku tak kemas barang pun sebab tak pasti lagi ada tempat ke tak untuk ibu..
Pukul 4 petang macam tu Aisyah admitted dalam NICU..

Dekat wad ni kene tanggalkan semua pakaian die..
Tinggal pakai pampers je..
Lepas tu dieorang pakaikan macam spek untuk baby..
Untuk perlindungan bawah cahaya lampu tu nanti..
Bila nurse letak bawah lampu memang Aisyah menagis-nangis la..
Bila dengar suara die memang aku dengan en.suami tak sampai hati la..huhu..
Cepat-cepat angkat bagi susu..
Tapi nurse tu kata kalau asyik angkat je memang lambat la nak elok..
 End up aku tinggalkan die dengan nurse untuk amik barang..
Dalam NICU ni hanya mak dengan ayah je yang dibenarkan masuk..
Keluar dari wad ni aku jumpa dua-dua ayah dengan mak..
Masuk balik tengok die elok tido bawah lampu..Alhamdulillah..
Lepas tu kitaorang balik untuk amik barang aku..
Kebetulan ada satu katil kosong..

Balik tu rasa lain je..
Tengok katil die kosong. die tak de dekat rumah..
Feeling mak mak sangat..
Bila die cranky rasa penat tapi bila die tak de rasa syahdu je..
Masuk bilik siap nangis lagi..hahaha..

Dah siap kemas barang dalam pukul 10 en.suami hantar aku pegi hospital..
Sampai tu Aisyah tido..
Aku bawak die jumpa en.suami..
Dah la hari Rabu tu en.suami dah nak balik..
Sepanjang pegi check up dekat KK en.suami yang lagi risau.
Kalau boleh tak nak Aisyah admitted..
Aku rilek je masa mula-mula..
Tapi bila Aisyah dah admitted meleleh air mata..hahaha..

So sepanjang malam tu aku tak tido pun..
Kalau ada tido pun sekejap je..
Pegi pam, bagi Aisyah susu, tukarkan pampers die..
Ada Dr. datang amik darah die la..
Nak tido pun mata tak berapa lelap..

video


Video dan gambar kenangan Aisyah masa admitted jaundice..

Masa duduk dekat NICU ni aku memang seriau je tengok baby lain..
Dekat sini baby ada macam-macam problem yang kronik..huhu..
Berdoa sangat semoga Aisyah sihat selalu je..
Ada bayi pra matang, masalah jantung, dll..huhu..

Pagi tu kalau diikutkan awal-awal aku nak balik tukar baju semua..
Lepas tu datang balik..
En.suami pun awal-awal dah datang untuk jemput aku..
Tapi aku tunggu Dr round dulu untuk tau perkembangan Aisyah..
Debar-debar je tunggu bacaan die..
Harap sangat makin ok..
Kesian tengok die duduk bawah lampu tu..huhu..

Lama jugak tunggu nak jumpa Dr.
Bilik aku tu dah la paling last..huhu..
Untuk hari kelima ni bacaan die 260..
Turun sikit je dari semalam..
Tapi disebabkan bacaan lampu (maaf kalau salah) tak silap untuk hari ni adalah 290..
Bacaan tinggi jugak lagi..
Tapi ada gap..  Plus setiap hari kene check dekat KK..
So Dr tu bagi Aisyah keluar..
Yeay..:)
Aisyah boleh discharge pukul 4 petang..
Nak bagi lampu sampai pukul 4 petang..
Dan nak check dengan pakar telinga dengan mata tak silap..
Kalau naik balik ada potensi kene admitted balik..

So aku pun balik dulu dengan en.suami..
 En.suami memang hepi sangat la..
Dapat main dengan Aisyah sebelum balik KL..
Plus die pun senang hati nak tinggalkan aku dengan Aisyah dekat kampung..

So balik tu memang aku qada tidur..
Petang tu pukul 4 jemput Aisyah balik..
Masa sampai orang yang duduk sebilik dengan aku tu kata Aisyah tengah nangis..
Dah lama die nangis, dari pukul 2..huhu..
Kesian anak mama..
 Pampers pun macam dah lama tak tukar..
Sabar je la..
Masa datang tu pun lampu tak pasang pun..
Beria je nak bagi lampu sampai pukul 4..


Aisyah dah siap-siap nak balik rumah..:)
Nampak tak ada spek hijau tu..

Minggu pertama ni berat Aisyah turun sikit dari masa lahir..
Lepas tu constant je tak naik..
Ye lah die banyak tido, lepas tu penyusuan pun tak berapa betul lagi masa ni..

Lepas tu setiap hari la pegi KK untuk check darah..
Aku tak pernah tengok pun nurse amik darah die..
Biasanya nurse amik lepas tu bawak pegi bilik untuk amik darah..
I is tak sampai hati..:(

Alhamdulillah setiap hari check darah bacaan makin turun..
Kalau tak jenuh berulang pegi KK kene amik darah..
Kalau KK tutup hujung minggu, kene bawa die pegi bahagian emergency dekat HTAJ, Kuala Pilah..
Sampai la KK pun discharge die..
Lepas tu nurse ada je datang ke rumah untuk pantau..
 Tak silap hari ke 20 hari last nurse KK datang..

Untuk jaundice ni aku tak de pun guna apa-apa petua..
Macam-macam petua yang aku dapat..
Ada yang kata bagi air anggur hitam, mandikan dengan ubat sensei, mandikan dengan daun kunyit, mandikan dengan air kedondong la..
Aku cuma bagi susu banyak-banyak je..
Biar die buang air besar dan kencing banyak-banyak untuk keluarkan kuning tu..

Part nak bagi susu tu memang kene kejutkan die dan bagi dengan cara yang betul..
Untuk cara yang betul korang boleh la google..
Bagi sebelah je dulu sampai kosong, lepas tu baru bagi sebelah lagi..
Next session bagi dari sebelah yang last tadi..

Ok settle pasal part ni..
Nanti aku sambung part lain pulak ye..

Tuesday, 3 January 2017

Bon Voyage 2016, Hola 2017..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Hari ni dah 3hb Jan 2017..
Baru ada peluang nak update blog..
Maklumlah New Year masa weekend..
Weekend en.suami selalunya balik..
So kalau tak menghadap baby, spend masa dengan en.suami..
Ke memang malas update..hehe..
Maklumlah komitmen makin banyak..
Nasib baik la ni dekat rumah mak lagi..
Bole mandi, mandi dengan senang hati..
Sebab mak ada tolong jaga baby..
Kalau dah sorang-sorang tak tau la macam mana..huhu..

Ok entri ni nak cerita pasal tahun 2016..
Tahun 2016 ni ada suka dan duka nya..
Biasa la..
Hidup ni memang ada manis dengan pahit die kan..
Kalau manis je tak ok jugak..
Potong kaki pulak karang..
So Tuhan tu bagi sesedap rasa..

Kalau ikutkan tahun 2016 ni agak stress..
Stress dengan career masing-masing.

March aku habis contract dekat company lama..
Konon nak duduk rumah..
Tahan duduk sebulan je..
Rasa lemau gila tido, makan dengan tengok tv je..
Dah la masa tu awal-awal pregnant..
Rasa lagi tak sihat duduk berehat je macam tu ada la..
May aku start keje dekat tempat baru..
Ok jugak keje tu..
Cuma working hour dan payment tak berapa best..huhu..
Keje hari Sabtu, Public holiday susah nak cuti, dah gelap baru sampai rumah..
Pukul 7 lebih, pukul 8 balik kadang-kadang..
Gaji pun lagi kecik dari sebelum ni, dan tak de benefit..:(
Yang paling penting bukan bidang aku..
Rindu engineering..:)

Ada jugak beberapa kali interview dekat tempat lain..
Tapi gagal sebab background lain kononnya..
Last aku apply keje masa mengandung 6 bulan tak silap..
Tapi masa ni kalau ada panggil interview pun memang dah bagi tau awal-awal yang pregnant..
So awal-awal jugak kene reject..

Cerita pasal interview..
Paling latest pegi pertengahan bulan 12..
Masa tu Aisyah baru sebulan..
Gigih jugak la pegi interview naik komuter sorang-sorang dekat KL Sentral..
Tinggalkan Aisyah dengan mak sekejap..
Dengan pakai stokin, dengan usung beg pump nye..
Tak pump pun sebab nak cepat..
Last pump bangun pagi tu, sebelum pegi susukan Aisyah sekejap..
Sampai rumah pukul 5 petang..
Memang bengkak la..
Sampai-sampai memang terus susukan Aisyah dan pump..

Masa nak pegi tu mak dukung Aisyah sampai depan pintu..
Aisyah jaga masa ni..
Tengok muka die pandang kita pun sebak je rasa..
Belum tinggalkan lama-lama lagi..
End up tak dapat pun post ni..
Tak pe la belum rezeki lagi..
InsyaAllah ada yang lebih baik Tuhan tu dah aturkan..

Tempat sekarang pulak elok je bayar gaji aku macam biasa cuti bersalin ni..
Adeh serba salah rasa..
Aku seboleh-boleh tak nak usik duit tu..
In case nak berenti nak pulangkan balik nanti..

 Cerita pasal kerjaya en.suami pulak..
Dah 4 tahun die dekat tempat sekarang..
Kalau ada rezeki nak pegi tempat yang offer lagi ok..
Status interview bulan 11 haritu tak tau lagi..
Kenangan jugak interview tu..
Kot nak baca dekat SINI..
Selagi tak tau keputusan lagi doa je la mana tau ada rezeki..

Hal kerjaya masing-masing ni la yang akan menentukan kitaorang duduk mana awal 2017 ni..
Bulan Feb ni cukup setahun sewa rumah sekarang..
Kalau ikut kontrak masa sewa hari tu sewa setahun..
En.suami memang dah tak bagi keje dekat tempat sekarang..
So kalau tak keje ada kemungkinan aku duduk dekat kampung je kot dengan Aisyah..
En.suami sewa tempat lagi mura..
 Jimat duit sewa..
Ni semua sementara rumah en.suami yang dijadualkan siap tahun ni..
Fening-fening..

Senang kata hal kerjaya macam tak berapa memihak dekat kitaorang untuk 2016..
Masing-masing masih lagi struggle dengan kerjaya masing-masing..
Semoga hal kerjaya ni memihak pada kitaorang untuk tahun 2017 ni..Amin..

Disebalik struggle tu..
Tahun 2016 sangat bermakna untuk kitaorang..
Feb 2016 kitaorang berkahwin, dan Nov 2016 lebih ceria dengan kehadiran Aisyah..
Dua-dua ni nikmat Allah yang sangat besar..
Tahun 2016 kenangan sangat 1st raya sebagai suami isteri..
2016 1st time mengandung..
Pengalaman tu berharga sangat..
Tak tergambar dengan kata-kata..
Sebak pun ada bila tulis..hahaha..

Kadang-kadang ada benda yang kita sendiri tak sangka..
Contohnya struggle simpan duit dan buat persiapan untuk kahwin..
Alhamdulillah semua berlansung dengan sangat baik..
Sama juga dengan pengalaman mengandung sampai la melahirkan Aisyah..
Alhamdulillah Tuhan permudahkan..
Kadang-kadang bila fikir rasa macam tak mampu. susah dll yang negetif..
Tapi bila biar je jadi ikut flow..
Benda tu tak la seteruk yang kita fikirkan..

Cukup dengan 2016..
Untuk 2017 ni aku berharap urusan kerjaya aku dengan en.suami bertambah murah rezeki..
Bertambah murah rezeki jugak untuk hal-hal lain..
Semoga semuanya baik-baik je untuk aku, en.suami, Aisyah, family dan semua..
Amin..

 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...