Sunday, 31 December 2017

Welcome 2018..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Fuh dah lama aku menghilangkan..
Last entri adalah awal bulan 12..
Itu pun WW je..

Ok aku ada je tak kemana..
Cuma agak sibuk je dengan kerja, study..
Bila tak kerja dengan study sibuk hal family pulak..

Tapi aku selalu je BW buat peneman masa-masa bosan..
Release tension ke..
Yang aku perasan sekarang pun tak meriah sangat masing-masing update blog dah..

Cerita hal kerja..
Sejak hujung bulan Nov aku sibuk dengan FAT..
Sampai la sekarang..huhu..
Mungkin sampai Feb kot..
Untuk bulan Dec ni pun seminggu je aku ada dekat ofis..
Minggu lain banyak kerja dekat luar je..

Awal Dec aku sibuk dengan 2nd FAT..
18th - 22 Dec aku dekat Bangkok..

Cerita pasal Bangkok tu nanti lah aku share..
Mula-mula ingatkan nak cerita dekat sini je..
Tapi panjang pulak karang kisah tu je..
Cerita lain la nanti..

Kisah lain pulak, 25hb hari tu ada buat sambutan kecil-kecilan birthday ayah..
Buat family-family je..
Beli kek, ayam KFC satu bucket dengan durian..
Ok la buat makan ramai-ramai..
Birthday Aisyah je yang tak settle lagi..
Insyaallah buat bulan Feb nanti..
Sekarang ni sebenarnya family aku pun tengah sibuk buat persiapan untuk majlis kahwin adik aku Feb nanti..
Ni pun ada drama jugak..
Aku cuma doa yang baik-baik je la..
Semoga semua berjalan lancar..Amin..
So kenduri Aisyah buat masa ni..
Kebetulan ramai masa ni kan..

Next pulak kisah study..
Weekend ni kitaorang masing-masing sibuk buat revision..
Insyaallah 2 minggu lepas ni akan ada final exam..
Dah nak habis 2 sem..huhu..
Dah 50% journey of Master aku..
Untuk ni support family memang aku appreciate sangat..
Mak yang selalu tolong jaga Aisyah masa aku kerja dan study..
Suami yang banyak berkorban tak dapat pegi mana-mana waktu weekend sebab aku ada kelas dah sibuk study..
Semuanya ada nilainya..
Aku memang selalu doa semoga usaha aku dalam menimba ilmu dah mencari rezeki ni menjadi ibadah yang baik untuk aku bekalan dikemudian hari..
Memang banyak yang aku belajar dan patut syukuri sepanjang perjalanan ni..

Cerita pasal Aisyah pulak..
Sekarang memang dah makin aktif..
Dah ada 4 batang gigi, sibuk berjalan sana sini..
She is such a strong baby girl..
Bulan Nov dengan Dec ni je entah berapa kali ulang alik pegi KLIA hantar dan jemput abah pegi keje..

Tu kisah semasa..
Kalau tengok kisah 2017 yang ditinggalkan..
Terlalu banyak kisah..
Sesungguhnya Tuhan tu sebaik-baik perancang..
Awal-awal duduk berasingan dengan en.suami lepas bersalin..
Aku start Master bulan Feb masa Aisyah baru 3 bulan, bulan 8 aku start keje, September en.suami duduk sama balik..
Terlalu banyak yang aku patut bersyukur..

Ok ni nak share sikit barang baru beli semalam..
Beg pam baru..
Beg lama dah setahun pakai dah rosak teruk koyak sana sini..
Dapat la beg baru untuk breast feeding journey 2018..



Kalau tengok kedepan 2018..
Insyaallah aku akan sibuk dengan Master projek..
Kalau ada rezeki aku nak pindah company, lebih berkaitan dengan Master aku dan nak buat Master projek dengan company ni..Amin..
March Insyaallah akan dapat kunci rumah..
Mungkin akan sibuk dengan hal rumah jugak sikit..
Sekarang pun dah ada beli barang untuk rumah sikit..
Selebihnya aku memang go with the flow je.
Aku serahkan semua dekat Dia..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...