Saturday, 2 December 2017

Half day leave - LHDN, U, Kad Konsesi Pelajar RAPID, Komuter Link Pelajar, TnG Nu Sentral..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Ini kisah minggu lepas..
Tapi baru ada masa nak share..
Ni pun dah lama terperam dalam draft baru malam ni ada masa nak sambung..
Harapnya boleh la post malam ni..

Minggu lepas aku memang sibuk dengan FAT..
2nd FAT untuk projek aku..
6 hari FAT..
4 hari minggu lepas dekat warehouse..
Isnin dengan selasa ni dekat ofis pulak..
Tinggal documentation je.
Harapnya boleh settle dengan baik..
Boleh cepat deliver barang..
Tak payah nak fikir lagi..

Ok berbalik kepada tajuk..
Aku memang ada plan nak cuti..
Plan asalnya nak cuti masa amik husband dekat air port..
Kiranya hari tu amik en.suami dekat air port terus cuti, lepas tu settlekan hal aku..
Sekali hari yang en.suami patutnya balik tu die tak dapat balik..
Postpone weekend..
Makanya aku kene pegi sendiri settlekan hal aku..
Kalau tak minggu lepas memang tak boleh pegi mana-mana dah..

Sebenarnya patutnya FAT last week pun postpone..
Sekali PM aku kata nak proceed je..
Sebagai orang bawahan, aku follow je la..huhu..
Khamis pagi tu aku inform die yang aku nak cuti half day nak settlekan hal aku..
Aku malas nak amik cuti hari Jumaat sebab nak prepare untuk FAT..
Setiap kali nak FAT I is nervous ok..kahkahkah..

Ok dari ofis aku naik LRT turun dekat Plaza Rakyat..
Tempat pertama aku pegi ialah LHDN..
Ada isu dengan payment..
Aku ada kene buat pembayaran..
Dah clarify dengan surat yang aku dapat..
Lepas tu dieorang inform yang kalau nak buat pembayaran kene buat dekat pejabat pos atau bank..
Dieorang tak terima pembayaran..

Dari UTC Pudu aku jalan kaki pegi Pasar Seni..
Dekat sini aku confirmkan tempat untuk buat Kad Pelajar Rapid KL..
Lepas tu aku terus pegi U aku untuk ambil dokumen..

Sebelum ni aku memang dah emailkan PIC U aku dokumen yang aku perlukan untuk..
Jadi aku memang datang untuk ambil je..
In case kalau tak de orang dekat kaunter pun aku dah call awal-awal, die akan tinggalkan atas kaunter..
 Nak ambil dokumen ni sekejap je..
Naik atas ambil nombor, lepas tu dah dapat dokumen..
Yang lamanya tunggu grab..

Lepas tu aku turun balik dekat Pasar Seni..
Untuk buat Kad Pelajar RAPID KL..
Tempat nak buat dekat sebelah stesen Pasar Seni je..
Dekat depan tu ada orang yang jaga..
Die akan minta dokumen yang diperlukan..
Dah semak, lengkap semua die akan bagi borang untuk diisi..

Untuk Kad Pelajar RAPID..
Dokumen yang diperlukan ialah;

1. Salinan Kad Pelajar yang disahkan oleh pihak U
2. Surat Pengesahan Pelajar oleh pihak U
3. Kad Pelajar
4. Kad Pengenalan

Boleh refer dekat link dekat bawah..

https://www.myrapid.com.my/fares-and-payments/all-tickets/concession-cards

 Dah isi borang semua..
Bagi semua dokumen dekat orang yang jaga lepas tu tunggu dekat dalam..
Nanti die akan panggil nama..

Panggil nama, ambil gambar dekat situ..
Lepas tu kad terus siap..
Wah bagusnya servis..
Dah ambil kad nanti die bagi dokumen lepas tu pegi dekat kaunter tunjuk kan kad, serahkan dokumen lepas tu bayar rm15..
Sila sediakan duit secukupnya..
Kalau tak macam aku kene beli pegi tukar duit..
Rezeki mak cik jual buah potong dekat belakang masa hujan..:)
 


Dah bayar lepas tu settle..
Pegi topup kad dekat kauntar LRT Pasar Seni terus enjoy faedah die..
Fare Discount of 50% on Cash Rate for every journey on RapidKL Bus, BRT, LRT, Monorail, MRT services.
Syok kan.. 



Lepas tu ke destinasi seterusnya..
Masa ni memang mengejar masa..
Masa dekat Pasar Seni ni pun kejar sebelum tutup pukul 4..
Lepas tu aku turun dekat KL Sentral..
Nak pegi bank bayar LHDN aku..
Alhamdulillah sempat nak bayar..
Tapi aku tak check lagi LHDN dah terima ke belum..
Bayar dekat bank ada kene servis charge rm2 macam tu tak silap..

 Turun dekat KL Sentral ni aku nak pegi Touch n Go jugak..
Kisahnya ada satu hari tu aku nak pegi keje..
Masa masuk dekat Senawang baki memang tak berapa banyak..
Tapi cukup rasanya nak sampai BTS..

Dah sampai BTS tu masa nak keluar sentuh kad dekat TnG menjerit pulak benda tu kata baki tak cukup..
Tapi sebab boleh je lalu..
Aku pun pegi la topup TnG aku..
Lepas topup aku pegi balik dekat tempat TnG komuter tu sentuh kad aku..
 Sekali aku tengok macam die tolak lebih rm20..
Aku masuk je dekat LRT sentuh kad baki tinggal rm30 macam tu..
Topup rm50..
Dalam tu pun ada baki lagi..
Banyak betul tolak..
Aku patah balik..
Mula-mula pegi tempat aku topup..
Sebab masa topup tak de resit..
Kot orang tu salah masukkan..
Sekali betul..
Aku pegi kaunter komuter..
So die inform yang kalau kita tak sentuh masuk, tapi sentuh keluar memang akan tolak rm20 lebih..
Kes aku mungkin masa aku keluar tak cukup baki tu die memang dah detect aku keluar..
Masa lepas aku topup sentuh balik jadi die detect aku keluar tapi tak de check in..
Tu kene tolak rm20 lebih..
Kalau nak refund kene pegi dekat TnG Nu Sentral..

Tu lah kisahnya kene pegi TnG ni..
Masa aku keje dekat KL Sentral dulu, pejabat TnG ni dekat KL Sentral..
Belakang 7E..
Tapi masa aku pegi dah tak de..
Aku google memang dekat Nu Sentral..
Kene la pegi Nu Sentral..




Amik nombor lepas tu die panggil bagi kad, die check transaksi..
Bagi tau tarikh dan masa..
Dah confirm bagi no akaun..
Dieorang akan bank in balik dalam akaun..
Kalau kad TnG yang kita tak nak guna lagi pun die akan transfer dalam akaun..

Settle ni terus ke Bangsar South..
Ni nanti aku cerita lain..

Ok cerita pasal Kad Konsesi ni..
Aku nak cerita pasal Komuter Link Pelajar jugak..
Masa aku mintak U aku prepare document, dieorang prepare kan untuk Kad Pelajar Komuter aku jugak..

Yang ni kene isi borang online..
Lepas tu upload dokumen yang diperlukan..

1. Borang Pengesahan oleh pihak U,
2. Salinan Kad Pelajar
3. Salinan IC

Lepas submit dalam seminggu dapat pengesahan permohonan dah diluluskan..
Cepat jugak..
Disebabkan aku agak sibuk minggu lepas..
Aku call care-line die tanya macam mana nak ambil..
Mengikut PIC tu, orang lain boleh tolong ambilkan..
Bawa copy IC pemohon..
So aku mintak Sen tolong ambilkan..
Aku emailkan copy IC aku..
Tak silap masa on the phone orang tu kata kene bayar rm5..
Tapi Sen kata tak de pulak..
Cuma die topup kan aku rm50 terus..
Yang ni boleh topup dekat situ jugak..

Dengan kad ni akan dapat 50% diskaun jugak..:)
Boleh mohon dekat link bawah..

http://staff.ktmb.com.my/comlink/card/index.php?module=cl_mainPage



Khamis malam tu terus pegi ambil dekat Sen..
Belum guna lagi..

Untuk dua-dua kad konsesi ni aku selalu dengar pengumuman yang die orang tengah check random..
Tak tau la check random macam mana..
Mungkin check dengan IC kot..
Sebab aku pun tak de pulak la bawak kad pelajar kemana-mana..
Atau kene bawak sekarang..hehe..

Ok lah jimat banyak..
Lagi pengguna tegar public transport macam aku..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...