Saturday, 4 November 2017

Aisyah's 1st Holiday - Amverton Heritage Resort..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Ok sambung cerita pasal holiday hari tu..
Boleh baca dekat SINI..
Macam aku cerita sebelum ni, ni last minit plan..

Masa hari Khamis tu ada dah usha-usha hotel tak silap..
Tapi sebab tak confirm lagi..
Sebab en.suami kalau boleh malas nak tidur-tidur dekat hotel ni..
Tapi berjaya jugak meyakinkan die, sebab nak bawa anak die jalan-jalan..

Mula-mula plan nak mandi laut dekat Port Dickson je..
Lepas tu terus tidur sana..
Akan keluar pegi makan, kalau tak keluar duduk dekat hotel je la..
Cari-cari hotel, banyak dah sold..
Kalau ada yang available pun rm4++.++ lebih satu malam..
Mahei kot..
Lagi la en.suami malas nak pegi..

So tukar plan..
Aku cari dekat Melaka pulak..
Mula-mula en.suami malas nak pegi Melaka ni..
Kalau nak pegi pun lepas die balik nanti..
Sebab nak proper plan pegi sana..
Melaka kan banyak tempat.. 
So tempat dan belanja tu plan betul-betul..
Lagi tak beli stroller untuk Aisyah lagi..
Tapi aku cakap boleh la nak pegi kali ni untuk simple-simple je..
 Bini nak pegi jugek..hohoho..

Bila cari tempat kene la cari aktiviti yang sesuai dengan Aisyah jugak..
Mula-mula usha dekat A Famosa, Melaka..
Ok la ada Safari semua..
Tapi dah last minit..
Hotel dah mahal..
Nak bayar kalau nak masuk Safari lagi..
Sebelum kene reject dengan en.suami..
Cari yang lain lagi..hihi..

Mula-mula plan nak duduk dekat Banda Hilir..
Senang nak pegi mana-mana..
Siap dah book online, dah call hotel tanya untuk makanan Aisyah..
Tapi masa bagi tau en.suami..
Die kata die kurang suka hotel ni sebab tak de parking..
Kene parking tepi jalan je..
Kalau park awal ok la boleh park keliling hotel..
Kalau tak kene park jauh sikit..
Lagi kalau Banda Hilir tu sibuk kan..
Walaupun aku suka hotel ni..
Demi en.suami, aku cari la hotel lain..huhu..
Die propose Avillion Hotel Melaka...
Tapi bila call dekat Melaka kene contact dekat KL..
Aku dah la dah booking Aldy, nanti kalau booking ni lagi..
Cancel last minit silap-silap kene charge..

Panjang pulak mukadimah..haha..
Last sekali pagi Sabtu tu bukak Agoda, beli dekat situ je..huhu..
Sebab memang confirm nak pegi..

Pagi tu sempat la layan Aisyah mandi pool dulu..
Settle kan laundry dengan kemas-kemas semua dulu..
Sebab check in hotel pukul 2..
Dari Senawang ke Melaka tak jauh pun..
Gerak lepas Zohor..

 Pilihan terakhir ialah Amverton Heritage Hotel (dulu Puteri resot)..
Masa tengok dekat Agoda, rate macam ok..
Less dari rm200..
Lepas tu tengok pun hotel ni banyak kemudahan untuk kanak-kanak..
Memang sesuai sangat la dengan Aisyah..

  • Swimming Pool
  • Children Water Park
  • Mini Children Dry Park
  • Pool-Tables
  • Gymnasium
  • Kid’s Fun Zone
  • Kid’s Game Room
  • Football Table
  • Kids/Adults ATV
  • Convenience Shop


Masa aku sampai nak check in ramai jugak yang nak check in..
So aku jalan-jalan dulu..
1st skeali pegi dekat tempat ni..
Tak de orang pun..
Bawak Aisyah main bola..
Happy die main bola banyak-banyak..
Tapi yang lain tu die tak boleh main lagi la sebab kecik lagi..

Settle check in kitaorang bawak masuk barang ke bilik dan bagi Aisyah makan..
Bawak bubur untuk Aisyah dari rumah..
Lepas tu kitaorang keluar pegi Mydin MITC pegi makan..
Punya lah jem dekat Ayer Keroh sebab tengah buat construction..
Sampai MITC ada kedai makanan pun dah habis..huhu..
So makan dekat food court Mydin je..
Sementara en.suami makan aku sempat pegi Mydin nak cari pampers swimmer untuk Aisyah..
Tapi tak jumpa pun..
Tengok dekat online banyak je jual..
Beli online je la lepas ni..
Sudahnya tak beli apa pun dekat Mydin..

Balik hotel naik bilik siap-siap nak bawak Aisyah mandi..
Masa ni dalam pukul 5 lebih pukul 6 petang kot..
Ok la sebab cuaca dah redup..
 Masa check in tu tak de sape pun mandi sebab tengah panas terik..
Kebanyakkan yang datang pun memang bawak anak kecik..




Inilah tempat mainan untuk kanak-kanak..
Kalau tinggi Aisyah ada setengah tempat tak tenggelam pun..
Tak de dalam sangat..
Suka la die berjalan-jalan dalam kolam ni..
Cuma air macam sejuk sikit..
Lama sikit gigil-gigil Aisyah..
Dekat sini mak dengan ayah boleh temankan anak main..
Aku dengan en.suami siap bawak Aisyah naik slide..

Aisyah pakai baju biasa je mandi..
Tak de beli baju renang, pampers untuk mandi pun tak beli, pelampung pun tak bawak..huhu..
Tapi die tetap happy dan fun..
Tu semua next trip la ye..:)

Dalam 6 lebih bawak Aisyah naik..
Sambung mandi dekat tub..
Lepas tu tidur kan die kejap sementara kitaorang siap..
Penat main air..

Malam kitaorang pegi Banda Hilir..
Tu nanti aku cerita lain..

Balik malam tu lambat gak..
Dalam pukul 12 malam..
Sampai bilik die memang terus tidur..

Pagi lagi Aisyah dah  bangun..
Dalam pukul 7 pagi..
So kitaorang siap-siap pegi breakfast..
Breakfast termasuk sekali..
Untuk Aisyah free..
Makanan breakfast ok la..
Tak de la mewah macam hotel mahal..
Ada cereal, mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, buah, roti semua..
Untuk Aisyah die makan buah dengan bubur la..
Letak ayam kari dalam bubur die..suka die makan..
Lagi pun sebab ramai budak-budak lain dekat situ, ada la aku bawak die jalan-jalan sementara en.suami makan..

Lepas makan kitaorang sambung pegi mandi..
Semua yang lain pun sama..hahaha..
Memang meriah la dekat pool..
Kali ni dalam sejam jugak mandi..

Naik atas mandikan die siap-siap lepas tu die tertidur..
Kitaorang siap request check out lambat sebab Aisyah tidur..
Paling lambat check out pukul 1..
Tu pun kene angkat die tengah tidur..huhu..


Ni lah bilik kitaorang..
Masa check bilik dekat dalam web nampak macam ni aku bawak toto siap-siap..
Sebab lantai die tiles..
Confirm sejuk kan..
Aisyah lepak dekat bawak boleh la duduk atas toto..
Beria die berpusing sana sini, panjat sana sini masuk toilet segala..

Mula-mula masuk bilik aku tengok memang semua tiles je..
Dekat koridor ke..
Nampak macam tak best je..
Tapi memang praktikal la die buat macam tu sebab ramai mandi dekat pool kan..
So naik bilik semua basah-basah..
Kalau letak karpet memang teruk la kan..

Semua bilik pun memang ada balkoni..
Senang nak sidai baju basah..hihi..

Aku puas hati la dengan bilik die..
Semua yang basic ada..
Nak iron ada disediakan dekat luar..

Kalau baca banyak yang best-best je kan..hehe..

Macam aku bagi tau dekat atas..
Hotel ni Puteri Resort dulu..
Hotel lama..
Masa kitaorang pegi banyak gila renovate..
Nak check in pun dekat ada ruang sementara je..
Lobby tengah renovate..
Ada kedai aku tengok jual pakaian renang ke apa pun tutup jugak.. 

Bilik memang basic je la..
Toilet tak sediakan ubat gigi pun..huhu..
Pencahayaan untuk dekat toilet pun suram gila..
Lagi dekat kawasan tub mandi suram gila.
Macam tak cukup lampu je..
Lagi bila bawak kanak-kanak..huhu..

Lampu dinding dekat koridor mentol pun tak de..
Sekadar hiasan je..

Malam balik dari Banda Hilir access card tak boleh guna..
Tengah malam tu call recep dieorang hantar kad baru..


Berapa kos hotel..

 

Total  macam dalam gambar..
1st time aku booking dengan Agoda..
Direct deduct dari kad..
Sampai bagi no fon dengan IC je..
Tak de collect deposit ke apa..
Nak check out just pulangkan kad bilik je..

Nak info lebih boleh tengok web dieorang..

Mula-mula sampai memang kata tak best la dekat en.suami..
Kalau duduk berdua dengan die je memang tak best la..
Macam suram je..
Berbanding dengan hotel lain dekat Melaka yang kita orang pernah duduk..
Tapi untuk Aisyah memang berbaloi sangat..
Banyak kemudahan dekat hotel ni yang sangat sesuai untuk umur Aisyah..
Kalau mainan kanak-kanak yang advance sangat pun tak sesuai jugak..
Even aku ada borak dengan mak lain pun kata hotel ni best untuk anak die..
Convenient jugak sebab dekat Ayer Keroh nak pegi zoo ke dekat..

Banyak tempat untuk kanak-kanak dekat Ayer Keroh..
Kalau nak makan atau mall ada MITC..
Sebab kitaorang tak perlukan bandar sangat pun..
Tak de lah nak shopping atau cari tempat-tempat makan dekat Melaka..
Memang intention nak duduk dekat hotel spend masa..

Ok dah panjang sangat dah..
Nanti aku share part lain pulak ye..:)

Ok tambah sikit..
Sebab Aisyah kecik lagi..
Ni pun pengalaman pertama kitaorang..
Aku mula-mula risau jugak kalau die tidur dekat hotel..
Kot menangis ke apa..
Tapi Alhamdulillah die ok je..
Tidur lena tanpa gangguan..
Nak masuk bilik bagi salam..
Kibas katil semua..
Baca Ayat Kursi, 3 Qul, dll..
Insyaallah semua ok..
Lepas ni boleh la pegi holiday lagi..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...