Friday, 8 September 2017

Selamat Hari Raya AidilAdha 2017..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Dah seminggu pun raya Haji..
Dah basi pun..
Tapi tak pelah..
Nak tulis gak sikit..
Kenangan Raya Haji tahun ni..

Balik kampung hari Khamis..
Sempat balik kampung kejap malam tu selepas takbir raya dekat rumah..
Pengalaman baru Aisyah takbir dekat rumah..
Ok je die masa takbir..
Merangkak sana sini je la..
Tapi tak de lah menangis ke apa..
Raya Haji tahun ni Nis je tak de..
Die balik hari ke-3 raya..

Hari pertama raya lepas solat raya terus pegi Jelebu..
Balik tu semua siap-siap nak solat Jumaat..
Petang tu melepak dekat rumah je sampai malam..

Hari Raya kedua, Sabtu ikut atok pegi kenduri dekat Penjara Melaka..
Pegi 2 kereta..
Lepas pegi kenduri sempat pegi berkelah dekat Tanjung Bidara..
Ramai jugak orang berkelah dekat situ hari tu..


Sakan gila Aisyah main air dengan pasir..
Bukan main tergelak-gelak lagi abah dengan atok die bawak pegi mandi..
Tak de lah takut ombak ke geli main pasir ke..
Enjoy je die..

Bawak naik atas kejap pun tak nak makan bubur..
Makan buah je..
Sebab nak main air dengan pasir lagi..

Masa ni yang pegi Atok, Wan, aku, en.suami, Uncle Ta dengan Cik Mok..
Bawak khemah dengan kudap-kudap jugak senang orang lain tak mandi nak rehat, nak tukar baju dan susukan Aisyah..
Lepas tu sambung main lagi..
Tapi bila tengok die dah sejuk aku bawak die naik la mandi air tawar siap..
Takut die demam pulak nanti.. 

On the way nak balik tu dalam pukul 4 sempat singgah Alor Gajah makan cucur udang..
Last destination ialah Mydin Pulau Sebang..
Nak beli barang untuk makan-makan esok tu..

Ada drama sikit masa ni..
Masa ni ada contest baby comel dekat Mydin ni..
Kalau beli barang lebih rm50 free penyertaan..
Lepas dah bayar barang datang la balik nak join..
Aisyah pakai dress biasa je masa ni..
Sekali tak nak pulak amik gambar die..
Kene sewa baju, rm 10..
Aku tengok baju die pun tak de lah cantik sangat pun..
Suruh je amik gambar tak nak jugak..
Lantak la malas aku layan, malas aku nak join..

Hari Raya ke 3 pulak buat sambutan Hari Lahir Uncle Ta dengan pak cik Wafi..
Cik mok masak laksa masa ni..
Mak Long buat karipap goreng..
Mak Long Nis belanja kek..
Tengah hari tu aku, uncle Ta, pak cik Wafi, Pak Lang dengan Aisyah pegi beli kek dekat SR..


Sedap pulak kek SR yang ni..
Ramai yang suka..
Harga pun tak mahal sangat..
RM65 je..
Selalu kek lambat sikit habis..
Tapi kali ni masa hujung-hujung tu tinggal suku je..

Malan raya ketiga ni balik rumah mertua..
Ada dekat sana sampai hari Isnin..
Nasib baik Isnin cuti..

Isnin malam tu balik KL nasib baik la jalan clear je..
Tapi Selasa pagi nak pegi keje jalan macam jem sikit je..
Pape pun seronok berkumpul ramai-ramai kan..
Bukan senang nak kumpul ramai-ramai sekarang..
Semua dah balik jauh-jauh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...