Tuesday, 19 September 2017

WW - Wordless Wednesday..

Assalammualaikum & Selamat sejahtera..




Something to ponder .

Selamat Hari Lahir partner in crime Ke-30..

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..


Hari ni hari lahir en.suami..
Forever partner in crime aku..hihi..

Untuk birthday die aku doakan yang baik2 je..
Kebetulan semalam aku puasa..
Lepas tu bila call mak, mak bagi tau die balik lepas Isyak..
Suruh aku dengan en.suami makan dekat luar je..

Mula-mula en.suami bagi idea makan nasi arab.
Tapi sebab dah office dekat Puchong..
Ada usha Saba restaurant dekat Cyberjaya..
Sekali teringat ikan bakar..
Bagi tau en.suami die ok je..
Ke Bagan lalang la kita..

Sejam lebih jugak ke sana..
Dah gelap plus hujan..
Balik ikut LBJ..
Pukul 10 lebih jugak sampai rumah..
Aisyah baru tidur..


Amik menu biasa je..
Siakap bakar, sotong goreng tepung, pahat masak halia..
Air kopi, air suam, air tembikai..
Total rm78..

Untuk kek, nanti kita buat makan-makan bulan 9..
Cik Mok dengan Onyang sekali..

Thursday, 14 September 2017

Takziah & Safety Home - Fire..

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..


Hari ni dah hari Jumaat..
Kejap je rasa..
Keje banyak sikit kot sekarang..
Tu yang rasa cepat je masa berlalu..
Sekarang tengah sibuk revise datasheet dan drawing..
Tapi aku suka dalam keadaan sibuk..
Rasa masa terisi masa dengan baik..

Sejak semalam socmed - fb, ig dengan whatapp penuh dengan berita mengenai tragedi dekat Dato Keramat..
Takziah untuk semua mangsa yang terlibat..

Rentetan daripada peristiwa ni..
Aku suka dengan idea/peringatan yang ex-colleague aku share dekat fb..
Nampak macam benda lawak je kan..
Tapi pada aku benda ni memang aku cuba take action..
Aku pun tengah dalam persiapan nak duduk rumah sendiri..
Insyaallah, walaupun tarikh amik kunci delay dari maklumat awal yang dieorang inform..
Cuma benda yang kita jarang praktis..
Kejap je dah terlupa..




dont forget to do fire drill with our family too. They should know what to do when we are not around.

Idea yang bernas kan..
Insyaallah akan masukkan dalam list untuk rumah nanti..:)

Tuesday, 12 September 2017

WW - Wordless Wednesday..

Assalammualaikum & Selamat sejahtera..



Attend birthyday party..:)

Pengalaman Sakit Telinga Kiri..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Lama pulak rasa tak menulis..
Jadual dah berubah..
Rutin pun dah berubah..

Sekarang pegi dan balik keje dengan en.suami..
Sepanjang perjalanan bersembang macam-macam benda dengan die..
Maklumlah forever Partner-in-Crime..hoho..

Sekarang dekat ofis sebenarnya..
Tapi baru lepas habis review docs..
Baru pass ke PM..
So boleh la horey-horey sekejap..
Rilek-rilek chill..hehe..

Sebenarnya aku nak share pengalaman cuci telinga dekat KK..
Dah lama jugak la buat..
Sebelum masuk keje lagi..

Mula-mula aku pegi KK sebab telinga aku sebelah kiri ni selalu macam ada banyak taik telinga..
Selalu la mintak mak buang kan..
Tapi mak kata dekat dalam pun banyak lagi..

Penyelesaian paling baik pegi KK je la..
Pegi KK dapat ubat titik untuk cairkan taik telinga dekat dalam..
Bila letak ubat titik ni memang sebelah telinga tak selesa, tak dengar semua la..
Lepas tu lubang telinga tu pun penuh dengan taik telinga yang dah cair..
Kene la buang, lepas tu titik lagi..
Penah la jugak pegi kelas dengan telinga sebelah tak berapa dengar nye..
I is struggle ok..huhu..

Lepas dah seminggu tu rasa tak berapa ok lagi..
Titik lagi ubat..
Dah tu malas nak melalui drama yang sama balik..
Petang tu aku decide nak pegi KK je..

Pegi KK doc check telinga..
Lepas tu die suruh pegi bilik emergency tak silap..
Dekat sini ada orang yang akan bersihkan telinga aku..

So dekat bilik ni kita akan baring..
Dah die akan flush air melalui benda macam picagari tu dalam telinga..
Air yang banyak ni akan menolak taik telinga tu semua keluar..

Sebelum procedure tu aku ada tanya person in charge (PIC) tu apa efek die..
Sebab aku puasa masa tu..
PIC kata tak de masalah..
So die kata mungkin akan pening kepala dan rasa mual..
Sebab telinga kan penting untuk keseimbangan..
Bila diganggu, so kita akan rasa macam mabuk la senang kata..

Lepas 1st flush pun aku pandang syiling dah rasa macam berpusing-pusing..
Ada la dalam 2 3 kali die masukkan air dalam telinga aku..huhu..
Lepas tu dalam telinga ada luka sikit die kata..
Tak pasti la sebab korek sebelum ni atau sebab flush tu..

Dah settle tu aku mintak nak baring jap..
Sebab kepala memang berpusing-pusing rasa..
Lepas tu jumpa doc..
Doc check kata ada luka sikit, then bagi antibiotic..

Settle amik ubat terus  balik..
Nasib baik la masa ni datang dengan Jo..
Masuk kereta sebab panas kea pa..
Rasa tak tahan gila..
Buka pintu terus muntah-muntah..huhu..
Dah la masa ni puasa..huhu..
Muntak keluar angin dengan air je lah..

Dalam kereta memang flat, memang tidur je la..
Sempat amik toto..
Sampai rumah pun memang laju-laju masuk bilik tidur..
Patut hari tu pegi open house pun tak pegi..
Aisyah jadi wakil pegi dengan wan..

Tu la pengalaman bersihkan telinga dekat KK..
Rasa trauma pun ada..huhu..
Pening dengan mual bukan main..

Masa ada luka ni aku ingat cepat elok..
Guna aitibiotik sekali 2 je..
Sekali dah seminggu pun tak ok..
Ada rasa macam berair dan sakit..
Minggu depan tu pegi jumpa pakar ENT..
Die bagi ubat makan – antibiotic, tahan sakit – dengan ubat titik..
Sekarang rasa dah ok sikit.
Tapi kadang-kadang telinga rasa sakit dengan tak selesa lagi..
Kalau ada masa nak pegi jumpa pakar ENT tu lagi sampai betul-betul elok..

Friday, 8 September 2017

Selamat Hari Raya AidilAdha 2017..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Dah seminggu pun raya Haji..
Dah basi pun..
Tapi tak pelah..
Nak tulis gak sikit..
Kenangan Raya Haji tahun ni..

Balik kampung hari Khamis..
Sempat balik kampung kejap malam tu selepas takbir raya dekat rumah..
Pengalaman baru Aisyah takbir dekat rumah..
Ok je die masa takbir..
Merangkak sana sini je la..
Tapi tak de lah menangis ke apa..
Raya Haji tahun ni Nis je tak de..
Die balik hari ke-3 raya..

Hari pertama raya lepas solat raya terus pegi Jelebu..
Balik tu semua siap-siap nak solat Jumaat..
Petang tu melepak dekat rumah je sampai malam..

Hari Raya kedua, Sabtu ikut atok pegi kenduri dekat Penjara Melaka..
Pegi 2 kereta..
Lepas pegi kenduri sempat pegi berkelah dekat Tanjung Bidara..
Ramai jugak orang berkelah dekat situ hari tu..


Sakan gila Aisyah main air dengan pasir..
Bukan main tergelak-gelak lagi abah dengan atok die bawak pegi mandi..
Tak de lah takut ombak ke geli main pasir ke..
Enjoy je die..

Bawak naik atas kejap pun tak nak makan bubur..
Makan buah je..
Sebab nak main air dengan pasir lagi..

Masa ni yang pegi Atok, Wan, aku, en.suami, Uncle Ta dengan Cik Mok..
Bawak khemah dengan kudap-kudap jugak senang orang lain tak mandi nak rehat, nak tukar baju dan susukan Aisyah..
Lepas tu sambung main lagi..
Tapi bila tengok die dah sejuk aku bawak die naik la mandi air tawar siap..
Takut die demam pulak nanti.. 

On the way nak balik tu dalam pukul 4 sempat singgah Alor Gajah makan cucur udang..
Last destination ialah Mydin Pulau Sebang..
Nak beli barang untuk makan-makan esok tu..

Ada drama sikit masa ni..
Masa ni ada contest baby comel dekat Mydin ni..
Kalau beli barang lebih rm50 free penyertaan..
Lepas dah bayar barang datang la balik nak join..
Aisyah pakai dress biasa je masa ni..
Sekali tak nak pulak amik gambar die..
Kene sewa baju, rm 10..
Aku tengok baju die pun tak de lah cantik sangat pun..
Suruh je amik gambar tak nak jugak..
Lantak la malas aku layan, malas aku nak join..

Hari Raya ke 3 pulak buat sambutan Hari Lahir Uncle Ta dengan pak cik Wafi..
Cik mok masak laksa masa ni..
Mak Long buat karipap goreng..
Mak Long Nis belanja kek..
Tengah hari tu aku, uncle Ta, pak cik Wafi, Pak Lang dengan Aisyah pegi beli kek dekat SR..


Sedap pulak kek SR yang ni..
Ramai yang suka..
Harga pun tak mahal sangat..
RM65 je..
Selalu kek lambat sikit habis..
Tapi kali ni masa hujung-hujung tu tinggal suku je..

Malan raya ketiga ni balik rumah mertua..
Ada dekat sana sampai hari Isnin..
Nasib baik Isnin cuti..

Isnin malam tu balik KL nasib baik la jalan clear je..
Tapi Selasa pagi nak pegi keje jalan macam jem sikit je..
Pape pun seronok berkumpul ramai-ramai kan..
Bukan senang nak kumpul ramai-ramai sekarang..
Semua dah balik jauh-jauh..

Wednesday, 6 September 2017

Pendaftaran PhD Cik Mok..

Assalammualaikum & Selamat sejahtera


Sekarang ni aku tengah tunggu en.suami jemput aku..
Start semalam dah pegi balik keje dgn die..

Sebelum terlupa..
Cerita basi, baiklah update sementara ada masa ni..

Semalam Mak, ayah dan Aisyah hantar Cik Mok ke Johor balik untuk sambung belajar..
Di sebabkan aku keje, mak bawak la Aisyah sekali..
Bukan main ceria die aku tengok dari gambar yang cik mok hantar..
Masa video call pun siap ada kawan lagi..
Nasib baik tak berjalan lagi..
Kalau tak mau merata die berjalan main dengan kawan kot..

Aisyah memang suka kalau ada budak kecik..
Riuh mulut dengan tangan melambai2..
Dengan orang tua je die selalu menangis kalau tak kenal..

Semalam Cik Mok balik u balik untuk buat PhD..
Tak plan pun rasanya..
Sebabnya nak habis hari tu macam-macam jugak plan..
Ada plan nak pegi belajar menjahit la sementara tunggu panggilan..
Ada jugak Cik Mok apply buat Master..
Sekali tiba-tiba dapat offer buat PhD terus..
So Cik Mok prefer untuk buat PhD terus..
Lagi die memang ambil pendidikan..
Insyaallah ada rezeki terus jadi lecturer..

Bulan depan Insyaallah pak cik akan konvo..
Aku tak de cerita pasal pak cik lagi kot..
Alhamdulillah pak cik sekarang dah duduk Pasir gudang..
Dapat kerja dekat sana..
Habis belajar hari tu pegi interview..
Itulah interview pertama die, alhamdulillah terus dapat keje..

Ada 2 stage interview masa tu..
Masa orang tu interview pertama, nak tau official result grad..
Tapi masa ni result untuk final sem tak keluar lagi..
Minggu depan tu pulak die nak pegi Indon..
Flight hari Isnin..
Hari Isnin tu jugak result official keluar..
Sebelum naik flight die sempat email interviewer die..
Terus set 2nd interview..
Pegi 2nd interview terus dapat, lusa tu dah kene start keje..
Menggagau cari rumah sewa..
Tumpang rumah sedara dulu..

So upcoming ni Aisyah akan pegi konvo pak cik dan Cik Mok..
All the best utk fast track PhD Cik Mok dan all the best untuk kerjaya pakcik..

Tuesday, 5 September 2017

WW - Origins Checks & Balance..

Assalammualaikum & Selamat sejahtera..




About

When it comes to faces with dry and oily places, it takes a clever cleanser to balance the two. This gentle, frothy face wash carefully does both jobs without canceling each other out. Broad Leaf Kelp Extract discourages excess oil production, while Wheat Protein balances and protects dry prone zones. And Tourmaline actually makes water wetter to more easily disperse dirt and sebum down the drain. There's also aromatic Bergamot, Spearmint and Lavender to add pleasure to the process. Skin feels comfortably refreshed after cleansing, never tight, pulled or parched.  

Benefits

Cleverly cleanses faces with dry and oily places.  Best for combination skin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...