Thursday, 3 August 2017

Quick Update..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Fuh makin terpinggir blog ni..
Tak de masa nak menulis..hukhukhuk..
Ni pun curi masa menulis sebab petang ni pegi pusat akses sekejap..
Kononnye nak study..
Sebab next week ada presentation..
Minggu last bulan ni, seminggu sebelum raya haji ada exam..
Ohhhhh cuaknye..

 Tapi hujung-hujung tahun ni macam lagi sibuk je..
Hari tu call developer, Insyaallah bulan ni akan dapat notis untuk rumah dan bulan depan Insyaallah dapat kunci rumah..
Bila dapat kunci rumah mungkin sibuk nak check rumah, nak beli barang rumah semua..
 Sekarang ni pun tak start apa pun lagi..
 Memang tak de survey barang lansung..
Mungkin dah boleh start slow-slow survey apa yang patut..
Wake up call..

Bulan September nanti pulak akan masuk untuk Sem 2..
Borak-borak dengan senior hari tu..
Sem 2 adalah sem yang paling tough dalam program ni..hohoho..

In between nak manage family sendiri, in law, suami, Aisyah..
Terima kasih menceriakan hidup ni dengan bermacam rencah..
Hidup jadi lebih berwarna warni dan mencabar..

Apa pun aku serahkan semuanya kepada Allah..
Die tak kan beri kalau aku tak mampu..
Dan sesungguhnya Die Sebaik-baik Perancang..
Semua ni membuatkan aku lebih dekat dan selalu tunduk dan sujud memohon pertolongan Dia..
Semoga perjuangan aku dalam mencari ilmu dan mencari rezeki menjadi ibadah yang baik bekalan dikemudian hari nanti..
Amin..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...