Friday, 4 August 2017

PTPTN - Melunaskan Hutang Degree..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Sementara ada masa ni meh laju-laju update..
Ada presentation sebenarnya minggu depan..
Tapi susah betul nak start..huhu..

Ok aku nak share pasal PTPTN aku masa buat degree dulu..
Aku habis belajar tahun 2010..
Loan PTPTN aku masa ni less dari 10k..
Lepas tu keje sekejap..
Masa keje ni aku memang bayar konsisten je..
Bayar online..
Aku keje sekejap je masa ni lepas tu sambung belajar dekat Terengganu..
Tak sampai setahun pun aku keje..

Bila dah sambung belajar tu tertangguh la bayar..
Tertangguh 2 tahun jugak rasanya..

Bila dah keje balik tahun 2014..
Kebetulan keje dekat KL Sentral..
Kaunter PTPTN dekat situ je..
So aku selalu berurusan dekat situ je..

Masa ni aku buat pertukaran ke Ujrah..
Bukak akaun SSPN jugak..
Setiap bulan bayar dekat kaunter..
Pape senang..
Sebab berurusan direct..
Ada isu boleh terus tanya..

Masa awal-awal jumpa tu nak reschedule pembayaran, nak tukar Ujrah..
Org tu ada offer untuk bayar guna Akaun 2 KWSP..
Tapi disebabkan baru keje dan duit KWSP dah guna masa diploma..
Dah licin Akaun 2 KWSP masa ni..hehe..
So kita reschedule je la..
Dapatkan year dengan monthly installment yang baru..
Lepas tu bayarkan bulan-bulan sampai la aku berenti keje balik hujung tahun lepas..

Walaupun masa keje sementara masa pregnant hari tu gaji tak berapa besar..
Cuba la gagahkan diri jugak untuk bayar tiap bulan..hehe..

Sekali hari tu en.suami terbukak hati nak settlekan PTPTN die..
Masa jemput aku balik dari kelas..
Kitaorang singgah sekejap Giant Senawang..
Lalu dekat kaunter PTPTN tu terus tanya..
Pegawai masa ni memang membantu sangat..
Die check berapa baki, lepas tu tolong kirakan..

Sempena Bajet 2017 ni ada 15% diskaun kalau bayar penuh..

  1. Sempena Bajet 2017, insentif-insentif berikut disediakan untuk peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik:
    1. Diskaun 15% untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman.
    2. Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurang 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
    3. Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Direct Debit mengikit Jadual Bayaran Balik (JBB) ditetapkan.
  2. Tempoh kuat kuasa insentif ini ialah mulai 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017

    Sumber https://www.ptptn.gov.my/web/guest/insentif_bajet_2017 



    Untuk pengeluaran pendidikan bayaran untuk PTPTN melalui KWSP perlu ada i-Akaun..
    Disebabkan masa ni kitab ajaib en.suami yang ada semua maklumat rasmi die tertinggal..
    Lupa maklumat nak login i-Akaun..
    So kitaorang kene datang balik..

    Esok nya tak silap kitaorang datang balik..
    Login i-Akaun, tengok berapa baki yang ada..
    Alhamdulillah cukup untuk bayar semua..
    Terus proceed bayaran..
    Senang je..

    Lepas tu dalam masa 3 hari tak silap akan dapat SMS dari KWSP..
    Dalam masa 14 hari berkerja dari tarikh korang dapat SMS dari KWSP ni korang boleh la datang mana-mana pejabat KWSP untuk settlekan proses..
    Datang KWSP bawa transkrip (original dan copy), IC (original dan copy)..
    Lepas tu KWSP akan print surat yang korang kene cop dengan cap jari (manual dan elektronik)..
    Dah settle semua boleh la balik..
    Lepas tu inform Pegawai PTPTN yang uruskan korang..
Macam aku dengan en.suami..
Buat dekat tempat yang sama tapi lain-lain pegawai yang uruskan..
Dapat surat yang lain-lain..
Aku dapat surat Pengesahan Penerimaan Bayaran oleh PTPTN, en suami dapat surat Penyelesaian Hutang..
Tapi kalau baki dalam akaun PTPTN aku tu memang dah tak de outstanding la..
Kalau ada isu berbangkit kemudian pegi la kaunter PTPTN balik nanti..
Harapnya dah tak de lah..
Dah settle semua..
Tak payah tiap bulan pening kepala nak bayar PTPTN..
Image result for HUTANG
 

Image result for HUTANG 


 Cuma menyelesaikan tanggungjawab..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...