Monday, 28 August 2017

Last Weekend - Doll Tom Yam by Cik Mok & Kahwin Hendry..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Dah pukul 4.11 ptg..
Meh rilek kejap..
Ponek tengok Excel dari pagi tadi..
Duk compare info dalam data sheet dengan Excel..

Sementara rehat-rehat ni meh la update blog sikit..
Nak cerita pasal aktiviti weekend lepas..

Sabtu adalah hari santai-santai dengan Aisyah dengan mak..
Pukul 3 baru makan tengah hari..
Lapor kot..
Sebab nya tunggu ayah balik dari reunion die..
Baru pegi makan tengah hari dekat rumah..
Nasib baik makan sedap..
Banyak jugak la aku makan..kihkihkih..

Petang tu pulak Cik Mok balik dengan B. Wan..
Ada la borak-borak sikit..

Malam mula keluar pegi makan-makan..
Cik Mok nak belanja sempena gaji die jaga Mak Lang aku..
Mak Lang aku kene kanser rahim..
Dari lepas operation Cik Mok jaga die dekat hospital dan dekat rumah..
Jaga die office hour..
Tolong amik barang, masakkan makanan die..
Jadi malam tu die belanja makan..

Ke Doll Tom Yam la kitaorang..
Doll Tom Yam yang depan Tesco Seremban Jaya tu..
Dekat traffic light , sebelah Shell sebelum toll Senawang nak masuk Plus..


Kitaorang amik set untuk makan 6 orang..
Memang berbaloi sangat dengan harga..
Untuk 6 orang rm127.++ tak silap..
Tak termasuk air ye..
Ada nasi putih, Ikan Siakap Stim, Telur dadar, Daging Black Pepper, Kailan Ikan Masin, Puyuh goreng, Tom Yam Campur..
Banyak kan lauk die..
Makanan memang perisa, kuantiti pun banyak..
Sampai en.suami tak larat nak habiskan..
Dengan variasi menu, dengan kuantiti makanan, dengan rasa..
Memang berbaloi..
Highly recommend..

Esoknya pulak adalah Majlis Perkahwinan Hendry..
Must attend kan..:)
Sambil tu dapat jumpa Hawa, Apis, Kucai, Yazid dengan ada yang lain..
Kitaorang sampai dalam pukul 1 ke satu lebih..
Patutnya peak hour kan..
Tak sempat tengok pengantin berarak..
Masa aku tengah makan pun,, rombongan pengantin perempuan nak balik..
Kenduri dekat kampong cepat settle dieorang kata..huhu..
Antara yang aku tunggu-tunggu ialah nak makan..
Sebab nya dekat rumah Hendry ni kalau kenduri selalu masak ramai-ramai lagi..
Ada daging masak merah, kari daging, masak lemak umbut..
Kari daging tu pakai daging fresh..
Rasa daging die memang terbaik..:)

Semalam masa buka FB Nampak gambar Hendry tengah berarak..
Konvoi ramai-ramai dengan kawan-kawan die..
Meh la simpan buat kenangan..


Pengantin lead konvoi berarak dengan kawan-kawan..:)


Tak sabar nak cuti panjang..
Nasib baik minggu ni keje 3 hari je..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...