Thursday, 10 August 2017

KWSP: Pengeluaran Pendidikan Master..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Kali ni aku nak share cerita untuk Pengeluaran Pendidikan untuk Master aku..
Nampaknya memang aku fully utilized Akaun 2 ni untuk pengeluaran pendidikan..
Kalau rajin korang boleh baca untuk pengeluaran aku yang sebelum ni..

Untuk pengeluaran kali ni agak simple, mungkin sebab IPTA..
  1. Aku call KWSP untuk confirmkan aku boleh pengeluaran atau tidak, confirm kan jugak dokumen yang diperlukan.
  2. Aku bukak web KWSP check i-Akaun dan check balik dokumen yang diperlukan - IC (original dan salinan), Surat Tawaran Belajar, Surat Pengesahan Pendaftaran Belajar yang asal).
  3. Email Bahagian akaun U, kebetulan aku ada email dan nombor telefon die..Jadi agak mudah nak berhubung..Request melalui telefon, lepas tu aku email kan details aku, die preparekan Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar, lepas tu pos kan ke alamat aku.
  4. Bila semua dokumen dah siap, pegi Pejabat KWSP. Ambil borang dekat kaunter, isi borang Pengeluaran Pendidikan, tunjukkan dokumen yang diperlukan. Die printkan Penyata akaun aku dekat kiosk, then ambil nombor..
  5. Bila nombor dipanggil, serahkan semua dokumen, thumb print lepas tu settle.

Kali ni aku tak claimed balik bayaran yang aku buat..
Tapi aku request untuk dieorang buat bayaran terus ke pihak U..
Untuk ni dieorang akan sediakan cek lepas tu pos kan ke pihak U..
Semua detail untuk ni ada dalam Surat Pengesahan Pendaftaran pelajar yang pihak U pos kan dekat aku..
Just isi balik dalam borang KWSP..

Lepas tu aku check i-Akaun untuk tengok penolakkan dalam akaun KWSP aku..
Maksudnya proses berjaya..
Untuk pastikan pihak U dapat, aku check la profile akaun U aku dekat bahagian kewangan..

Masa mula-mula aku tengok i-Akaun dah deduct..
Server U pulak problem tak boleh check..
Aku pun call person in charge yang aku biasa deal..
Die pun check la akaun aku..
Masih tak terima lagi..
Lambat sikit sebab bulan raya masa tu..
Walaupun pakai cek, biasanya tak de masalah pun..

Dalam seminggu dua bila server dah ok..
Bila check akaun, bayaran dah diterima..:)
So kali ni agak mudah..

Biasanya aku akan check dokumen yang diperlukan tu..
Selalu remeh dekat situ..
Sebelum pegi KWSP aku siap tanya in case kalau perlu cop/pengesahan ke..
Tapi tak perlu pun..
Ada pak cik sebelah aku tu dah dua kali datang sebab ada masalah dengan Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar..
Senang bagi tau pihak U je biar dieorang prepare..
Walaupun ada format die online..

Itu je yang aku nak share kali ni..
Harap bermanfaat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...