Tuesday, 29 August 2017

Borak kosong - Design Failure?

Assalammualaikum & Selamat sejahtera..


Sekarang aku dalam train nak balik rumah..
Hujan lebat dekat luar..
Jom baca doa..
Antara waktu yang digalakkan untuk berdoa waktu hujan kan..:-)

Sebenarnya tak de apa buat dalam train ni bolehlah update blog kan..
Bulan depan en.suami pun dah pindah seremban tak tau la lagi macam mana perjalanan aku..
Walaupun sekarang agak penat travel..
Tapi ada benda yang aku bersyukur..
Macam aku cerita sebelum ni aku keluar rumah seawal 6 pagi..
Masuk je waktu cepat2 solat nak naik bas pertama..
Hikmahnya setiap hari aku pegi keje aku akan mandi sebelum subuh..
Sangat elok untuk badan dan untuk bakar lemak kan..
Dan aku akan bersolat di awal waktu..
Kalau tak dah hujung waktu..huhu..
Terima kasih aisyah selalu kejutkan mama pagi-pagi..

Tak ingat pulak aku pernah cerita tak pasal ni..
Kalau pernah pun tak pelah..
Benda elok ulang banyak kali pun tak pe kan..
Disebabkan aku naik bas awal, dan rumah aku dekat gila..
Bila sampai bas selalu hampir penuh..
Kurang dari 5 seat kosong selalu nya..
Tak pun aku selalu jadi orang last naik..huhu .
Maksudnya dieorang keluar sebelum subuh..
Aku tengok ada yang bersolat dalam bas..
Wah benda baru ni..
Sampai aku sendiri rasa nk belajar cara solat dalam kenderaan..
Dan bila tengok orang lain pun jadi motivasi untuk aku untuk survive..
Dalam bas biasanya aku tidur je..hihi..

Sampai pasar seni aku akan naik lrt je puchong..
Perjalanan lebih kurang 45 minit..
Kebiasaannya aku akan guna masa ni untuk baca surah al-waqiah dan surah al-mulk..
Sebelum ni selalu abai..huhu..

Next tak tau lagi macam mana..
Ok get back kepada tajuk lepas jauh tersasar..Hahaha..

Masa balik tadi aku tengok langit macam berat je..
Nak hujan ni..
Sekali sampai bdr tasik selatan hujan mencurah-curah..

Disebabkan masa tu dekat platform tak ramai orang lagi..
Aku pun duduk la dekat kerusi..
Mula-mula rasa titik-titik je..
Makin lama makin kasar..
Aku pun pindah..
Sekali tengok basah gila tempat tu..
Air pun sampai banjir atas platform..huhu..


Adeh ini ke yang kita panggil design failure..
Ada bumbung tapi masa hujan tak boleh guna pun..hu hu..
Nak naik train ke hujung pun tak boleh..
Yang lelaki pun naik je dekat coach perempuan lepas tu pindah..
Design dengan function kene la selari kan..hihi..
Masa ni teringat masa survey kitchen kabinet hari tu..

Ok saje je nak borang kosong..
Update gak blog ni kan..

BTW tadi dah dapat jadual untuk sem depan..
Excited jugak nak pegi kelas..
Tak sabar nak belajar dan jumpa class mate..hihi..
Jadual pun aku dah siap update dekat email..

Masa duduk tunggu train tadi aku wish, kan best kalau boleh share benda ilmiah yang bermanfaat..
Tapi nak study tu ambil masa..
Insyaallah kalau ada rezeki aku akan cuba. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...