Thursday, 6 July 2017

Raya 2017..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Alhamdulillah dah lebih seminggu raya..
Raya dah up cerita raya..
Cuba gigihkan diri menulis cerita raya dekat sini buat kenang-kenangan nanti..
Makin lama makin sendu blog ni..
Susah betul nak cari masa nak menulis..
Tapi BW selalu je..
Sebab BW guna hp je..
Nak menulis tu memang kene pakai laptop..

Meh la cerita pasal raya tahun ni..
Special nye raya tahun ni sebab ada Aisyah..
So tahun ni pengalaman raya bertiga..
Kalau tahun lepas raya berdua, Aisyah dalam perut lagi..

Raya tahun ni en.suami cuti lama sikit..
Balik cuti pun bawak beg besar..hihi..
En.suami cuti dari hari Jumaat, 30hb June sampai 3hb July..
Extra satu hari 4hb sebab MC cirit birit..hehe..

Khamis malam en.suami sampai kampung..
Plan asalnye nak balik Jumaat mlm lepas buka..
Dah siap-siap semua sekali Aisyah dah tidur en.suami tak sampai hati pulak nak gerak kan die..
Kalau balik Jumaat malam dapat la en.suami bersahur hari last puasa tu dekat rumah die..
Tapi bila plan berubah, dapat buka puasa hari last tu je la dekat rumah in law..

Tahun ni turn raya rumah en.suami..
Semua ipar pun sama..
Complete la rumah in law..
Memang meriah..
Cuma bila balik rumah in law..
Aisyah tak nak dekat orang lain..
Dunia die mama, abah dah Aisyah je..huhu..

Kadang aku tinggalkan die kejap pegi mandi pun melalak-lalak die..
Sabar je la..

1st raya tu pagi-pagi yang lain semua pegi solat sunat Aidilfitri..
Aku tinggal berdua dengan biras sebab ada baby..
Balik solat raya semua makan-makan..
Lepas tu semua keluar pegi studio pegi amik gambar raya..
Semua ni gara-gara abang ipar tertinggal kabel kamera die..huhu..

1st time amik gambar dekat studio..
Ramai gila rupenya org amik gambar dekat studio..
Que tight kot..haha..
Dan rupenya mahal kot..
Tak silap aku rm9++.++ macam tu..hukhuk..
Cuma boleh edit ler..
Masa dapat draft beria masing-masing komen sebab nak kan hasil terbaik..kuikuikui..

Lepas bergambar balik rumah balik sambung makan..
Lepas Zohor baru keluar balik. balik kampung en.suami dekat Rembau..
Otw balik Aisyah tidur je dalam kereta..
Sampai tu memang meragam je die..
Sampai dari dalam pukul 3ptg macam tu ke lepas Isyak..
Dekat kampung ramai orang, nak tidur pun tak proper..
So die tak selesa..
Meragam je la die..

Malam tu elok je die tidur..
Sebab penat kot..

Hari raya kedua petang jalan-jalan rumah dekat-dekat kampung en.suami je..
Nasib baik cuaca ok..
So pegi rumah orang bawak die jalan-jalan dekat luar..
Tak de lah die meragam sangat..
 Lagi Aisyah ni tak nak dekat orang sangat..
Bila orang tegur-tegur atau usik-usik die mula la die emosi tak tentu pasal..
Hari ni pun pagi Atok Jemapoh, Wan Jemapoh, Onyang, Mak Long dengan Cik Mok datang beraya dengan Aisyah..
Nasib baik dekat je..
Tu cepat je sampai..
Melepet je die dekat wan die masa ni..hihi..

Malam raya kedua ni tak kemana pun..
Ada orang datang dekat rumah dah dieorang main bunga api..

Raya ketiga dah balik Jemapoh..
Balik lepas makan tengah hari..
Lepas tu petang tu lepas asar gerak ke Seremban..
Beraya dekat rumah Pak Long..
Plan nye lepas Maghrib..
Tapi kitaorang sampai awal sebeb takut jem..
Mak dengan yang lain memang dah gerak awal sebab nak melawat Mak Lang dekat Hospital Seremban..
Disebabkan sampai awal..
So kitaorang decide nak pegi McD beli bubur..
Mula-mula pegi McD Senawang..
Pergh lama tunggu tapi kereta tak gerak-gerak dekat drive thru..
Tengok dekat dalam pun bukan main ramai beratur..
Pusing balik pegi McD Forest Hight..
Kereta Beratur dekat drive thru boleh tahan melingkar die keliling bangunan..
Dekat dalam pun ramai beratur..
Tak sangka padat macam ni..huhu..
Tapi dapat jugak la bubur dengan fries..

Sampai tu tengok dah ramai dekat rumah Pak Long..
Lepas tu beraya dekat rumah Pak Cik Alan pulak..

Raya keempat..

Raya keempat ni melayankan en.suami beraya dengan kawan-kawan die..
Dah tu kitaorang org pertama pulak..
Memang satu hari berjalan la jawapnye..

Dari Jemapoh ke Ramuan Besar Cina - Tg. Bidara, Kg. Rim Jasin, Pasir Besar Gemas, Bt. Kikir..
Last Sekali rumah aku..
Sampai Cik Mok wasap aku tanya jadi ke tak kawan en.suami datang..
Fuh memang penat..
Gerak pukul 11 pagi, pukul 11 malam kot baru sampai rumah..
Tu pun masa dekat Batu Kikir aku dah emosi sebab dah pukul 10 tapi en.suami chill je macam tak de perasaan lagi dengan kawan kawan die, aisyah dah merengek..

Asalnya nak keluar pukul 10 pagi..
Tapi dah ada anak kecik ni memang lambat la..
Sebelum keluar nak siapkan anak, siapkan diri, siapkan beg anak, makanan die segala..

Selebihnya tu kitaorang jalan dekat-dekat ni je la..
Pegi rumah sedara mara dekat-dekat..
Ada jugak pegi Gachong tengok projek durian belanda sedara aku..

In between ada jugak balik rumah in law..
Dan settlekan hal pegi bank, gunting rambut semua..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...