Tuesday, 11 April 2017

Master in Progress - Sumbangan Ahli Parlimen..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Ingat tak aku pernah share pasal permohonan sumbangan untuk master ni..
Ada dua yang aku mohon..
Boleh baca dekat SINI
Sumbangan dari Menteri Besar - yang ni dah dapat..
Boleh baca dekat Sumbangan MB..
Minggu lepas pulak aku dapat duit sumbangan dari Ahli Parlimen tempat aku..

3hb April tetiba aku tengok ada misscall dari nombor yang aku tak kenal..
So aku call la balik..
Sekali rupanya pejabat Ahli Parlimen Kuala Pilah yang call aku..
Suruh datang esok tu (4hb April) untuk majlis penyampaian sumbangan..
Kalau tak dapat datang boleh hantar wakil..

Kebetulan Selasa tu balik kampung..
Balik rumah hantar barang kejap lepas tu keluar balik..
Kalau ikutkan majlis pukul 330 ptg..
Kitaorang sampai dalam 315 ptg..
Hari ni memang ada majlis penyampaian sumbangan untuk banyak kategori..
Ada untuk melanjutkan pelajaran, persekolahan, sekolah, kurang upaya, dll..
Sekali pukul 4 pun majlis tak mula lagi..
Aku pulak datang dengan adik aku..
Ada nak pegi LHDN masa tu..
Pukul 415 macam tu kitaorang keluar..
Kebetulan ketua kampung aku ada..
So minta dia tolong ambilkan untuk aku..


Esok tu aku baru ambil dekat ketua kampung aku..
Dapat la beberapa ratus..
Nilai ni tak fix ye..
Sumbangan ni dalam bentuk cash..
Dah selamat bank in pun..

Bagi yang nak melanjutkan pelajaran sila la mohon..
Peruntukan memang ada..
Hak kita sebagai rakyat kan..

1 comment:

  1. Alhamdulillah..rezeki.. N goodluck utk master..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...