Tuesday, 11 April 2017

WW - Rahsia Simbol Yahudi..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..



Punya la lama nak habiskan buku ni..
Lagipun buku ni dekat rumah Seremban..
Plus sekarang study pulak..
Buku study pun tak habis baca..
Slow-slow finally habis juga..:)

Master in Progress - Sumbangan Ahli Parlimen..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Ingat tak aku pernah share pasal permohonan sumbangan untuk master ni..
Ada dua yang aku mohon..
Boleh baca dekat SINI
Sumbangan dari Menteri Besar - yang ni dah dapat..
Boleh baca dekat Sumbangan MB..
Minggu lepas pulak aku dapat duit sumbangan dari Ahli Parlimen tempat aku..

3hb April tetiba aku tengok ada misscall dari nombor yang aku tak kenal..
So aku call la balik..
Sekali rupanya pejabat Ahli Parlimen Kuala Pilah yang call aku..
Suruh datang esok tu (4hb April) untuk majlis penyampaian sumbangan..
Kalau tak dapat datang boleh hantar wakil..

Kebetulan Selasa tu balik kampung..
Balik rumah hantar barang kejap lepas tu keluar balik..
Kalau ikutkan majlis pukul 330 ptg..
Kitaorang sampai dalam 315 ptg..
Hari ni memang ada majlis penyampaian sumbangan untuk banyak kategori..
Ada untuk melanjutkan pelajaran, persekolahan, sekolah, kurang upaya, dll..
Sekali pukul 4 pun majlis tak mula lagi..
Aku pulak datang dengan adik aku..
Ada nak pegi LHDN masa tu..
Pukul 415 macam tu kitaorang keluar..
Kebetulan ketua kampung aku ada..
So minta dia tolong ambilkan untuk aku..


Esok tu aku baru ambil dekat ketua kampung aku..
Dapat la beberapa ratus..
Nilai ni tak fix ye..
Sumbangan ni dalam bentuk cash..
Dah selamat bank in pun..

Bagi yang nak melanjutkan pelajaran sila la mohon..
Peruntukan memang ada..
Hak kita sebagai rakyat kan..

Tuesday, 4 April 2017

Random Weekend - S2 Avenue & S2 City Park..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Last weekend macam biasa sibuk dengan kelas..
Jumaat dah gerak ke Seremban..
Sabtu balik kelas tu en.suami jemput..
Kelas pun habis awal..
Pukul 3 macam tu dah balik..
On the way nak balik tu singgah Bangi kejap..
Nak pegi Pump On The Go beli dan usha barang..
Aku nak beli botol simpan susu..
Aku tengok dekat tempat lain macam mahal..
Kalau Pureen, Fiffy ke aku tengok dekat Tesco..
Dekat sini yang murah..



rm3/pc

Aku ada nak usha nursing bra, nursing cover, carrier, head set untuk pump aku, dan Gabag sebenarnya..
Lepas tu kitaorang ada pegi kedai baby dekat Seksyen 8..
Satu kedai tu aku tak ingat nama kedai die..
Satu lagi tu butik Tateh..
 Butik Tateh agak bagus pada aku..
SA pun sangat membantu..
Walaupun kitaorang tak beli apa-apa masa ni..

Balik tu pulak pegi collect brownies dekat Bandar Sri Sendayan..
Berhantu betul brownies ni..
Kalau nampak die pos dekat FB tu memang rasa nak beli je..
Beli 2 set..
Satu aku order fav aku..
Combination topping cheese dengan nutella..
Satu lagi tu tak de kacang, topping Nutella je..
Yang satu lagi ni nak hantar dekat Pak Long..
Yang aku punya tu memang sedap macam biasa..
Yang aku hantar dekat Pak Long tu memang agak manis la..

Hari Ahad pulak kitaorang balik agak awal..
Pukul 1 macam tu dah habis kelas..
Sampai Senawang dalam pukul 330..
Sampai tu simpan susu lepas tu bawak Aisyah keluar..

Bawak Aisyah pegi Seremban 2 untuk tengok carrier atau stroller..
Macam masa aku pegi Bangi tu SA tu memang advice untuk bawak baby sekali kalau nak beli..

Tak sangka dekat Seremban ni pun ada kedai barang baby yang best..
Bukan ada Baby Manjaku je..
Baby Manjaku tengah nak buka kedai baru yang besar sederet dengan Jakel..

Yang aku ingat dekat Seremban 2 ni nama kedai tu BB Dot Com..
Kedai dekat area Papa Rich..
Dekat bahagian belakang..


Dekat sini ada Ergo baby..
Tapi tak de Boba..
Masa ni Ergo baby tengah promosi..
Harga dari rm399..
rm399 ni untuk yang original..
 Lepas tu ada satu brand lagi dekat sini aku tak ingat..

Masa cuba ni Aisyah dah menangis..
Satu sebab masa sampai ni kitaorang amik dari car seat tu die tengah tido..
Mungkin die tak puas tido lagi..
Satu lagi sebab bila nak pakai carrier ni kene kangkang kaki..
Haaa cry cry cry la die..
Ok tak pe kalau tak nak carrier..
Jom cuba stroller pulak..
So naik la atas cuba stroller..

 Mula-mula dudukkan atas stroller die ok..
Bila kene buckle-buckle tu nampak pulak orang lain..
Terus meraung-raung sampai tertanggal 2 2 stokin..
Cuak orang kedai tu..hihi..
End up beli mosquito/insect repellent dengan easy rack untuk letak botol/aksesori lepas basuh je..
Mosquito/insect repellent rm38 untuk 2 pcs..
Easy rack rm25..

Lepas tu saje masuk kedai depan tu pulak..
Kiddie Garden tak silap nama die..
Dekat sini ada Boba..
Elok abah dah pasang-pasang..
Tapi die cry a lot tak nak cuba..
Orang tu pulak memang tak berani..
Die kata tak pelah..
Next time la datang..
Boba 4G dekat sini rm460 tak silap..
Masa dekat Tateh rm506 tak silap..
Aku tak ingat sangat harga..
Ok tak pelah..
Tunggu Aisyah besar sikit la..

So lepas tu kitaorang pegi S2 Park..
Aisyah memang suka jalan-jalan tengok-tengok benda..
Sambil tu mama dengan abah beriadah sekali..
Best je tengok orang menari-nari aerobik dengan poco-poco..
Rasa nak join je..
Tapi apekan daya..hihi..
 


Ber dress bagai sebab nak pegi mall..
Tapi dah die tak suka beli barang..
Suka pegi taman..
Layan kan je la..hehe..

Memang ada beberapa items aku bagi tau nak beli tu atas beberapa sebab..
Based on experience so beli sikit-sikit..
Kalau tak beli membazir je tak guna nanti..

Storage bottle ni aku beli sebab masa beli pam dapat 6 pcs..
Bila pegi kelas kadang balik dah lambat..
Nak transfer dalam bekas pun dah penat dan leceh..
So beli je la bottle extra..
Jadi nak pegi kelas esok tu ada lah bottle extra..

Nursing cover pulak memang perlu kalau nak pam atau susukan Aisyah dekat public..
Macam kes aku sebab selalu pam dekat dalam train/surau..
Sekarang aku pakai ada Adik Ta belikan kain masa pegi Sabah..
Memang best sebab kain sejuk, besar..
Siap pakai kalau sejuk dalam kelas..
Adik Ta beli dulu pun murah je..
RM15 untuk dua helai..
Tapi ni tak tau da nak beli dekat mana..
So aku ada satu kain je la..
At least ada satu lagi spare pun ok..
Tu yang tengah usha..

Head set untuk pam pulak aku saje usha untuk in case kalau nak tukar dah 6 bulan nanti..
Dan in case kalau ada barang hilang..
Full set untuk 1 head tu rm95 aku tengok dekat Tateh..
Dekat POTG Bangi tak de jual..
Die suruh aku tanya POTG Putrajaya..
Dekat Seremban hari tu pun tak sempat tanya..

Gabag pulak aku usha sebab aku perlukan beg yang tahan lebih lama..
Sekarang aku pakai V-Cool masa beli pam dulu..
Biasanya aku masukkan head tu 1 set, 3/4 botol dengan ice brick..
Dekat atas aku letak pam, tubing dengan adapter..
Tapi V-Cool ni pulak tahan 12 jam je dengan 1 ice brick..
Tu kalau balik kene balik simpan susu dulu..
Dengan Gabag beg die lagi besar, lepas tu lagi tahan lama..
Boleh tahan sampai 16 jam..
Yang paling penting sebab tahan lama ni..

Compare dengan Autumz dan V-Cool memang Gabag lagi tahan lama..

Usha-usha dulu in case memang perlu bolah la beli nanti..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...