Tuesday, 7 March 2017

Hectic Weekend - Pindah Rumah, Kelas & Sambutan Birthday Mak & Mak Long..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Fuh kejap je rasa dah hari Selasa..
Weekend ni memang weekend yang penat pada aku..

Jumaat

Jumaat petang aku pegi Subang Jaya..
Gerak dalam pukul 1..
Sampai rumah dalam pukul 3 lebih..
Datang sebab nak kemas rumah nak pindah barang..
Patut pindah hujung bulan 2..
Tapi en.suami mintak tangguh seminggu..
Sebab nya minggu last bulan Feb tu aku tak de kelas..
Jadi en.suami balik kampung..

Berbalik kepada cerita pindah..
Sampai-sampai je tu aku terus kemas-kemas.
Masa ni aku bawak Triton datang dengan Luqman..
Walaupun sewa unit ni furnished, tapi banyak jugak barang..
Lagi pulak rumah atas langit..
Nak bawak turun barang sekian..
Kalau rumah landed senang la sikit..
Park depan rumah je..
Pukul 6 lebih dekat pukul 7 tak silap en.suami sampai dengan Adik Ta..
Kemas-kemas dalam pukul 8 lebih dah start bawak barang keluar rumah lepas tu kitaorang gerak pegi Ampang..
Pegi hantar tong gas dengan barang dapur dekat Along dekat Ampang..
Sampai rumah Along dalam pukul 10 macam tu..
Tolong hantar tong gas dekat atas lepas tu tolong tunggu lori hantarkan kabinet tv baru along..
Along duduk walk up apartment..
Nasib baik la tingkat 1 je..

Lepas tu dalam pukul 11 gerak pegi makan..
Pegi makan dekat area Taman Dagang..
Lepas tu split Luqman dengan Adik Ta balik Seremban..
Aku dengan en.suami balik bandar Sunway..
Terima kasih banyak la Luqman dengan Adik Ta..
 Cepat sikit siapnya..
Dulu masa pindah masuk dah rasa azabnya bawak barang masuk rumah..

Kira malam tu malam last la kitaorang tidur dekat rumah tu..
Esok tu en.suami jumpa owner dan pulangkan kunci..

Banyak kenangan rumah ni..
Tapi aku tak de amik gambar ke apa..
Ni la rumah pertama aku dengan en.suami duduk sama lepas kahwin..
Dekat rumah ni la aku cuba masak dan belajar masak macam-macam benda untuk en.suami..
Dekat rumah ni jugak la aku mengandungkan Aisyah..
Tapi tak de rezeki Aisyah nak duduk dekat rumah ni..
Banyak sangat kenangan..
Kenangan kene saman dengan polis trafik 5 6 kali sebab parking tepi jalan, kenangan sinki tandas pecah, kenangan pipe sinki dapur patah..
Dan banyak lagi kenangan..
Insyaallah lepas ni mungkin dapat duduk tempat yang lebih baik..
En.suami pulak pindah dekat-dekat situ je..
Dekat dengan pejabat die..

Sampai rumah malam tu mandi, pam semua..
Pukul 2 jugak aku tido..

Sabtu..

Sekali pagi tu terjaga rasa macam nak kene pam..
Tengok jam dah dekat pukul 7..
Aku terus bangun pam lepas tu bersiap nak pegi kelas..
Ada gak kemas sikit-sikit nak kosongkan rumah..
Lepas tu nak buang sampah dengan angkut barang ke bawah lagi..
Dalam pukul 830 jugak la gerak..
Sempat la jugak singgah kedai tepi jalan beli buah dengan roti untuk alas perut..
Nasib baik la ramai pulak yang lambat minggu ni..
Aku pulak orang pertama sampai..hihi..

Kelas minggu ni agak menarik..
Tapi macam fully utilised 9-5..
Cuma rehat 2 jam..
Ok la rehat 2 jam..
Cukup masa untuk jalan pegi makan, makan sambil chit chat, pam susu lepas tu solat..
 Kelas habis dekat nak pukul 5..

Tapi 1st day lagi dah ada assignment..
Dan kene print buku nak guna untuk kelas hari Ahad..
 Marilah ramai-ramai ke library..

Lepas siapkan assignment..
Dalam pukul 5 aku bagi tau nak balik dulu..
Mintak dieorang simpan kan buku aku..
Yelah buku 3++ pages nak print 6 set..huhu..

Balik tu hujan renyai-renyai..
Aku amik grab..
Sekali boleh pulak grab ni tersalah ingat aku nak pegi LRT Dato Keramat..
Dah lambat..
Nasib baik la fare sama je..

Sampai KL Sentral tengok train pukul 720 baru ada..
Masa ni rasa kene pam sangat da..
Ye lah last pam pukul 1 lebih pukul 2 kan..
Lepas tu sebab tengok ada masa lagi..
Aku naik LRT pegi Pasar Seni..
Konon nak naik bas balik Seremban..
Sekali turun bawah tu tengok tengah construction.
Tak de pun bas pegi Seremban..
Naik balik LRT pegi KL Sentral..
Masa tunggu LRT tu memang dah cuak je..
Takut terlepas komuter balik Seremban..
Masa ni pukul 0708 tak silap..
LRT lagi 4 minit nak sampai..
Kalau terlepas  komuter pukul 0719..
Next komuter ialah pukul 0756 tak silap..DANG..

Sampai KL Sentral laju-laju turun bawah..
Alhamdulillah sempat sampai sebelum 0719..
Lepas tu announce train delay 5 minit..
Dan bila masuk train cepat dapat tempat duduk..
Dapatla aku pam..

Sampai Senawang dalam pukul 9..
Tunggu en.suami amik lagi..
Lepas tu pegi bank..
Nak bank in duit brownies untuk majlis hari jadi hari Ahad..
Kebetulan en.suami pun ada nak keluarkan duit..
Lepas setel dekat CIMB masuk pegi Mydin kejap beli bateri untuk rocker Aisyah..
Semangat abah beli sekali salah size pulak..kikiki..
Patut beli yang bulat, tapi abah beli yang petak pulak..

Settle tu laju-laju pegi maybank dekat Dataran Senawang pulak..
Situ parking dah la susah..
Park dekat belakang kereta lain..
Kene la gilir-gilir pegi bank..
Sampai rumah dah pukul 10 lebih..huhu..

Sampai tu kemas kan susu, mandi dengan makan..
Penat gila rasa..
Sempat la jumpa Aisyah susu kan die masa die tukar pampers..
Masa abah nak pegi tengok bola pukul 1 mak amik..
Mak nak bawak die tidur dengan mak..
Kebetulan mak tidur sorang malam tu..
Ayah balik K.Pilah..
Atau mungkin sebab mak tengok aku penat kot..huhu..


Ahad..
 
Pukul 3 lebih ke 4 rasanya bangun pam..
Masa ni en.suami baru balik dari tengok bola..
Tido balik sebelum pukul 6 dah kene bangun..
Kena naik train pukul 640..

Masa ni siap-siap pakai stokin sebab sejuk..
Lepas tu memang tertido-tido la aku dalam train..
Dalam pukul 7 aku pam lagi..

Masa dalam LRT aku dah booking siap-siap grab..
Sebab kelas yang minggu sebelum tu aku yang tunggu lama..
 Tapi terawal la pulak..
Nasib baik driver tu nak tunggu..

Sampai kelas aku pam kejap lagi dalam tandas..
Nak tunggu pukul 12 lama lagi kan..
Baik la pam siap-siap..
Walaupun baru 2 jam..
Banyak gak dapat masa tu..
Memang betul la tindakan pam siap-siap sebelum masuk kelas tu..

Hari ni pun rehat 2 jam..
Dan kelas best je..
Cuma agak penat sebab banyak benda nak kene catch up..huhu..
Habis kelas pukul 4 lebih dekat pukul 5..

Sampai Senawang pukul 7..
Sampai rumah orang tengah nak sembahyang Maghrib..
Aku naik atas mandi siap semua dah pukul 8 aku turun orang dah start makan..
Masa ni tengok Aisyah tertido dekat mak..
Lepas aku dah makan brownies, bihun sup dengan satu cucuk satay aku amik Aisyah..
Mungkin sebab bising Aisyah terbangun la pulak..
Terus aku bawak die naik atas bagi susu..
Bagi susu, sekali dengan aku terlelap..huhuhu..
Ada tersedar en.suami masuk bilik tidur jugak..
Sekali terjaga betul pukul 11 kot..
Semua orang dah balik..hoho..

Aisyah pun penat sungguh masa ni..
10 minit aku dengan en.suami panggil die, gerak kan badan, siap bukak lampu lagi..
Tapi die tetap jugak tido..hehe..
Last sekali angkat je die bawak pegi depan..
Sambil tukar pampers pun mata die lelap lelap lagi..hehe..

Isnin..


Pukul 5 Aisyah bangun..
Bangun buang air besar..
Abah die pun bangun masa ni..
Pukul 7 kejutkan abah nak pegi keje..
 Abah pun susah nak bangun..
Penat jugak kot..
Weekdays keje, Jumaat pindah, Sabtu lepas hantar aku pegi bengkel kereta, Ahad pun pegi bengkel lagi..
Aku pun sempat la pukul 7 tu pegi beli nasi lemak dekat depan rumah..
Lepas en.suami pegi keje sempat la sambung tidur kejap dengan Aisyah..
Petang tu sebelum balik buat laundry besar-besaran untuk rumah Seremban pulak..

Kesimpulannya weekend ni memang penat..
Aisyah pun penat jugak..
Kehulur hilir pindah rumah dengan mama..
Bila ada baby ni masa pindah dah la banyak barang kan..
Stok susu die je pun dah 1 box..
Tak pe lah Aisyah kan strong baby..:))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...