Wednesday, 22 February 2017

New Chapter - Master in Progress - 1st Week..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Ok sementara Aisyah tidur meh la kita update blog..
Aisyah selalunya akan tidur selepas maghrib sampai la ke pagi..
Kalau dari maghrib sampai ke tengah malam tu die akan bangun..
Bangun untuk minum susu dan ganti pampers..
Dari tengah malam ke pagi, in between tu die akan ada bangun juga.
Selalunya sebab nak susu la..
Dan selalunya terjaga masa aku pam susu..
Mungkin sebab ada bunyi-bunyi dan dia rasa ada pergerakkan yang ganggu tidur die..

Ok cukup intro sikit pasal Aisyah..
Entri ni untuk Master mama..
Tapi disebabkan Aisyah dah sebahagian dari hidup..
Tak boleh lari la kan..hihi..

Weekend lepas, 18hb & 19hb Feb adalah minggu pertama untuk kelas aku untuk sem ni..
Cerita sikit pasal master ni..
Aku amik Taught Course..
Untuk Taught Course ni aku kata kene hadir kelas dan ada exam..
Total jam kredit untuk course ni ialah 47credit..
Minimum 4 semester, maximum 8 semester..
Tapi sebenarnya ada 5 semester, sebab ada 1 sem pendek..
Setiap sem ada 3 subjek..
Kelas pulak dari pukul 9-5..
Ada rehat dari pukul 1-2..
Biasa pukul 3 lebih kelas dah habis.
Boleh balik awal..hehe..
 
Untuk 1st kelas aku dari Bandar Sunway..
Hari Jumaat tu aku datang Bandar Sunway untuk tengok bilik baru en.suami..
Konon nak kemas barang sikit-sikit..
Tak de maknanya..
Tengok bilik je dah pukul 10..
Lepas tu pegi makan..
Sampai rumah dah pukul berapa..
Pagi-pagi pulak dah keluar pegi kelas..

Setakat ni kelas aku ada 5 orang..
4 orang dah ada pengalaman berkerja..
2 orang sedang aktif mencari kerja termasuk aku..hihi..
2 orang lagi masih berkerja..
Seorang lagi pulak fresh graduate..

Untuk kelas pertama ni kitaorang tak sempat nak breakfast..
Ak singgah beli buah dengan roti je dekat tepi jalan..
Nasib baik kelas flexible boleh makan dalam kelas..:)
Dan on the way nak pegi kelas aku pam susu dalam kereta je..
Sebab biasanya aku pam 3 jam sekali kalau Aisyah tak de..
Nak tunggu break pukul 1, 4 jam kot..huhu..
Tu pun nasib baik pukul 12 lebih dah keluar..
Mula-mula ingatkan nak pegi pam terus, tapi sebab course mate ajak lunch sekali..
So pegi la lunch dulu..
Pam dekat surau..
Redha je pam tanpa nursing cover sebab nursing cover tertinggal dalam kelas..huhu..
Lepas tu sebab dah 4 jam..
Pam sebelah, sebelah lagi basah..huhu..
Nasib baik ada bawah breast pad stand by..
Letak la benda tu untuk elak kan rasa lembab..
Dan nasib baik pakai nursing bra yang pad die tebal sikit hari tu..
So pad die je yang basah..
Kalau tak mau sampai kene baju, baju pun basah..huhu..
Dah pernah kene 2 3 kali ni..

Bercakap pasal kelas pulak..
Lecturer ni muda lagi..
Dan pernah keje dengan industri..
Masa 1st kelas ni cover sampai Chapter 4 tak silap..
Banyak jugak interaksi antara kitaorang dengan die..
Bila tak faham, tanya dan bincang..
1st kelas quite awesome..:)
Balik tu siap cerita lagi kelas hari ni best dekat en.suami..hehe..
Nampak bayang Master yang gemilang..
At least boleh dapat knowledge, kalau tak score exam pun..

Balik tu aku nak cuba grab car..
Sebab aku ada tanya kawan aku yang duduk Keramat yang rekomen grab car..
Saje cuba selain teksi..
Lagi bila compare dengan rate teksi..
Grab car jauh lagi murah..

Balik tu dalam pukul 3 lebih aku cuba cari grab car..
Mungkin sebab data dah nak habis (atau dah habis)..
Punya la slow loading..
Siap tak jumpa driver..

Malas nak fikir banyak..
Aku jalan kaki je la pegi stesyen Damai..
Nak jalan tu tak de masalah sangat..
Boleh jugak kuruskan badan lepas bersalin ni..hihi..
Tapi cuaca je la panas..
Aku pulak tak bawak payung masa ni..
Minum air memang banyak la..
Dalam train nak balik tu pam sekali lagi sebelum sampai Senawang..

Sampai Senawang en.suami jemput aku..
Lepas tu pegi beli barang sikit dekat Giant..
Balik tu mak, Adik Ta dengan ayah pegi Jakel..
So tinggal la aku dengan Aisyah dengan en.suami..
Susukan die kejap, tapi tak nak tidur..
Tinggalkan dengan abah die, aku mandi dengan basuh baju..
Basuh baju guna tangan uollls..huhu..
Masa ni dengar die menangis-nangis..
Tapi abah layan kan je..
Sekali masa aku nak ampai baju..
Tengok mata die layu je dukung dekat bahu abah die..
Sambil abah die henjut-henjut badan..
Lepas tu die terus lena tidur..
Dapat la mama dengan abah makan malam dengan tenang..hihi..

Malam tu sebelum abah die balik Terusan..
Abah tukarkan pampers die..
Borak-borak sikit lepas tu die tidur balik.
Malam tu aku ada lah bangun pam susu..
Aisyah ada bangun kejap nak susu je..
Tu pun die tak bukak mata pun..

Untuk hari kedua, sebelum pukul 630 aku dah keluar dari rumah..
Aisyah tak jaga pun lagi masa ni..
Cium die pun die tak sedar..
Naik train ke KL Sentral pukul 640..
Weekend kot tak ramai orang sangat awal pagi..
Sempat la aku tertidur..
 
Cakap pasal train ni..
Masa hari Jumaat tu punya la bengang aku..
Ramai gila jantan dalam ladies coach..
Orang jeling-jeling buat tak tau je..
Punya la banyak sticker dalam tu..
Orang announce pun berkali-kali..
Tetap tak berganjak..
Makin lama makin ramai ada..
Sekali sampai stesyen mana ntah ada perempuan tegur..
Bangun la semua, tapi boleh pulak berdiri dalam coc tu..
Tak nak pindah pegi tempat lain..
Come on la, dah 2017..

Dari KL Sentral naik LRT ke Stesyen Damai..
Dekat toilet LRT ni sementara tunggu grab car aku pegi toilet pakai breast pad dulu..
Dari Damai aku naik Grab car ke U..
1st time ni..
Tambang ialah rm4..:)

Sampai kelas just nice je pukul 9..
Tak de orang lagi dekat kelas..
Masing-masing baru sampai..
Aku cepat-cepat nak pegi pam susu dulu..
Kali ni pam dalam toilet je..huhu..
Dah la ada orang membuang masa ni..
Tabah je la dengan bau..huhu..

Tengah hari tu pun macam biasa lunch dengan course mate..
Dah la kelas hari ni disaster..
Masa lunch break siap ada yang kata dah rasa aura kick nya master..huhu..
Topic banyak nak cover dan detail..
Banyak graf dan pengiraan..hohoho..
Kitaorang keluar lambat untuk lunch..
Dan lunch sekejap je..
Lepas makan sebelum masuk kelas aku pegi pam dekat tandas jugak..
Kali ni tandas lain yang tak ramai orang..
 
Balik tu masing-masing macam tercengan-cengang je bila lecturer kata kelas dah habis dan boleh balik..
Tough nye kelas hari ni..huhu..
Lepas kelas siap ada yang berlawak kenapa semua nampak stress..hihi..
Siap ada discussion post mortem lagi..kuikuikui..
Sekurang-kurang nya bukan aku seorang yang lost..
Dan masa ni start fikir bila la masa nak study ni..
Nak tak nak kene study..
Mungkin masa dalam train boleh study..
Tapi setakat ni selalunya dalam train aku tidur dengan pam susu je..

Balik kali ni aku tumpang course mate aku sampai LRT Damai..
Masa dalam Komuter masih ada lagi lelaki yang duduk dalam couch perempuan..
Aduhai Malaysia..
Lepas tu pandang kiri kanan..
Aku dah la nak pam susu..
Annoying gila rasa..
Balik ni ayah dengan adik Ta amik..
Balik tu Aisyah sambut sambil minum susu..
Lepas Isyak abah singgah kejap jumpa kitaorang berdua..
Sempat la makan malam sama-sama dan die tukarkan pampers Aisyah..
Sempat jugak la abah temankan Aisyah tidur..

Semoga perjalan Master aku ni Tuhan permudahkan..
Mungkin waktu malam yang Aisyah tidur dan masa travel aku boleh study..

Terima kasih sangat dekat en.suami dan family yang sentiasa membantu dan mengukatkan semangat aku..
Kalau dah keje macam mana la nanti..:)

2 comments:

  1. Lya doakan y terbaik utk awk..mudahan dipermudahkan n dpt tamatkan master nanti..xpelah..pejam celik..pejam celik..dh hbs..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Lya..
      Komitmen makin banyak..
      Harap2 dpt la commit..
      Setakat ni tak de pun study lagi..huhu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...