Wednesday, 1 February 2017

Majlis Aqiqah Aisyah Humaira - Kg Terusan..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Sekarang makin lemau nak update blog..
Tapi boleh la update sekali sekala..

Kali ni nak update cerita pasal Majlis Aqiqah Aisyah Sabtu lepas..
Boleh la nanti jadi kenang-kenangan..
Lagi bila Aisyah dah besar..
Majlis aqiqah ni buat masa CNY..
Kalau tahun lepas mama dengan abah kahwin masa CNY, CNY tahun ni buat Majlis aqiqah Aisyah..


Jemputan yg uncle kim die buatkan..


Majlis aqiqah Aisyah buat sekali dengan anak abang ipar aku, Abdullah Harraz Naufal..
So ada 3 ekor kambing..
Seekor untuk Aisyah, 2 ekor untuk Harraz..
Masak katering, so orang katering ni yang settle kan pasal kambing dan masak kari..
Sebenarnya awal-awal en.suami dengan abang ipar ada cita-cita nak order kambing golek..
Tapi tak kesampaian, sebab katering bapak mertua aku yang uruskan..
Inform die pun tinggal 2 3hari..
Walaupun ada vendor kambing golek yang sanggup buat untuk tarikh tu..

Make it short..
Majlis ni buat dekat rumah mertua..
So aku tak involve banyak pun..
Katering, khemah, door gift semua dieorang yang settle kan..
Aku prepare kan Aisyah je..


Sticker door gift..
Aku tepek je benda ni..
Buat kenangan kan..
Malas nak edit gambar..


Aisyah ni kuat nangis sikit..
Jadi mak cadangkan bawa Aisyah lepas die mandi..
Lepas Zohor tu aku dengan en.suami je yang pegi rumah mertua dulu bawa barang-barang..
Pukul 6 macam tu baru amik Aisyah dengan mak..
Yang lain masa ni ada pegi reunion sekolah, ayah pulak pegi kenduri dekat Melaka dulu..

Sampai je boleh pulak kawasan tu black out..huhu..
Aisyah da nangis-nangis..
Bagi susu pun menangis..
Aku nak susukan die pun tak selesa sebab panas..
Sampai kitaorang bawa die naik kereta pegi Bahau sambil aku susukan die..
Elok die tidur dalam kereta..
Sampai je rumah balik elektrik tak de lagi, Aisyah terjaga..
Meraung balik la die..
Nasib baik tak lama lepas tu ada elektrik, tukarkan baju die..
Mak bagi susu botol sementara aku bersiap die terlelap..

Sampai la masa abah die amik nak bawak die jalan lepas selawat..
Jalan kejap die dah terjaga lepas tu menangis..
Berpeluh-peluh abah die..hihi..
Tak sempat jalan dekat bahagian perempuan pun..
Elok aku amik, tepuk-tepuk die tertidur..
Sampai la majlis habis..
Sampai die tukar baju, balik Jemapoh..
Aku memang tak confident lagi nak tidur dekat rumah mertua..

Malam tu lama die tidur..
Penat kot tak biasa ada majlis ni..




Aisyah dan Harraz..
Walaupun dalam gambar tu Harraz yang menangis..
Hakikatnya Aisyah yang cry cry cry malam tu..
Harraz steady je..hihi..

Mula-mula masa pilih tarikh ni sebab fikir senang kitaorang nak balik..
Lagi abang ipar aku keje dekat Johor, keje Sabtu susah nak cuti..
Tapi mertua berkira-kira gak la sebab takut tak ramai datang..
Satu sebab buat malam, lepas tu banyak kenduri, dan orang travel masa raya cina..
Masa baru datang elektrik tu aku nampak bawah khemah biasa-biasa je..
Sekali masa Haziq SMS aku die dah sampai die kata orang ramai gila bawah khemah..
Mak mertua siap masak nasi extra sebab rasa nasi tak cukup..
Lauk kambing banyak je..
Aku pun masa orang beratur amik makanan cuak jugak la..
Lagi sebab ajak ramai jugak la sebelah aku..
Tu nasib baik ramai jugak saudara dengan kawan yang tak dapat datang..
Pape pun Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah..

Ok nanti aku sambung part 2 pulak ye..
Hari selepas majlis aqiqah..hihi..

2 comments:

  1. comey baby tidur..tenang je nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time tidur mmg tenang..
      Bila jg selalu cry cry la lya..hehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...