Wednesday, 1 February 2017

Majlis Aqiqah Aisyah Humaira - Rembau..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Ok ni part 2 kepada cerita Majlis Aqiqah Aisyah..
Part 2 ni adalah peristiwa hari esoknya rentetan kepada majlis Aisyah..
Best untuk dikenang..
Sebab tu aku nak park cerita tu dekat sini..

Malam lepas majlis aqiqah tu aku tak tidur dekat rumah mertua kan..
Walaupun aku dah prepare je barang in case kalau tidur dekat rumah mertua..
Tapi atas sebab-sebab tertentu..
Tidur dekat Jemapoh je lagi senang..
Cuma malam tu en.suami dengan ayah mertua ada bagi tau yang esok tu nak balik Rembau..
Ayah nak bawak anak cucu die balik Rembau jumpa onyang kot..
Onyang pun tak dapat datang majlis aqiqah..

Bangun tu sebelum makan kitaorang gerak pegi Terusan dulu..
Dalam kereta dari Jemapoh ke Terusan Aisyah tidur..
Dapat la mama dengan abah makan tengah hari..
Lepas makan Aisyah terjaga..
Sedar-sedar tempat die tak biasa kot..
Bau pun macam lain je..
Aku susukan Aisyah die macam tak nak je..
Mood baik je nak main-main borak-borak..
So aku cari en.suami..
Masa tengah cari sekali tengok ayah mertua tengah main-main dengan die..
So die bawak Aisyah keluar, aku teruskan pam..
Mungkin sebab tak biasa..
Aisyah menangis-nangis..
Dengar macam tak boleh handle je..
So aku pun amik la Aisyah..
Die on off je nangis..
End up aku ajak en.suami gerak dulu, susukan die dalam kereta, kene air cond..
Barang semua en.suami settle kan..
Baru jalan sikit boleh pulak bekas susu tertinggal..
Sabar je lah..

Dalam kereta Aisyah behave je..
Minum susu dan tidur..
Cuma lenguh tangan nak pegang die dari Kuala Pilah ke Rembau..
Letak atas tilam sekejap je die terjaga..
Dah la masa tu terjaga masa dekat jalan nak ke Tampin yang banyak hutan tu..
Car seat boleh pulak abah tak pasang lagi..
Sabar je tau..
Nak je suruh abah dengan lengan sado tu pegang..
Biar aku yang drive..
Tapi kalau Aisyah menangis nak susu macam mana pulak..
Sebab memang tak de prepare susu dalam botol untuk die..

Sampai Rembau Aisyah terjaga..
Onyang dukung die..
Menangis-nangis die..
Aku bawak jalan-jalan die senyap kejap..
Bila dah diam nak amik gambar, duduk kejap die dah nangis balik..
Onyang pegang tangan die pun boleh menangis..
Sabar je la..
End up masuk bilik, aku susukan die atas katil..
Aisyah, en.suami dengan aku sekali tidur..
Dah la masa lalu jalan Tampin dengan Miku aku dah pening-pening kepala..
Nasib baik dapat lelap kejap..

Terjaga aku rasa perit dekat lengan..
Sekali tengok dekat bantal aku tidur ada banyak semut api..huhuhu..
Nasib baik tak de kene dekat Aisyah..

Aku angkat die..
(Sebab katil single, Aisyah tidur dekat bahagian tepi..)
Aisyah dah terjaga..
Bawak je keluar bilik die nangis-nangis lagi..
Moh ler balik..huhu..
So aku masuk kereta tunggu dalam kereta sambil susukan die..
Dalam perjalanan die senyap, tidur je..
Decide balik Jemapoh terus sebab Aisyah nak mandi dah masa tu..
Sampai Jemapoh bawak masuk rumah die ok je..
Tidur, bila bangun main-main dengan pak cik dengan mak cik die..
Sabar je tau..
Dekat luar tak bagi kerjasama lansung..
Dah la awal-awal tu berkira-kira nak bawak die pegi Kuantan weekend ni ada kenduri sepupu en.suami..

Kesimpulannya aku dengan en.suami belum berjaya lagi nak bawak die keluar..
Aisyah cry cry cry je..huhu..
Tak pe nanti kita cuba lagi bila Aisyah dah besar sikit..

Balik tu pun sebab sebelum tu die banyak direct feeding je dengan aku..
Bila mak bagi botol die dah tolak-tolak je..
Baby very clever kan..
Abah memang kene belajar bagi Aisyah susu botol baru boleh pegi mana-mana..

Pape pun nice experience untuk 3 of us..
By the way hari ni Aisyah pegi KK..
Semalam die dah start selsema dan batuk-batuk sikit..
Kalau boleh tak nak die demam..
Kesian bila die menyusu hidung die tersumbat..
Dengar bunyi hingus die..
So cepat-cepat bawak pegi KK..
So far die banyak rehat..
Kalau jaga pun die hepi je..
Tadi timbang Aisyah dah 4.3 kg masa umur 2 bulan 13 hari..:)


2 comments:

  1. ehhh?? dah bersalin??
    alhamdulillah..tahniah....
    cepatnya masa berjalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah la lya..
      Aisyah dah 2 bln lebih pun..hehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...