Sunday, 5 February 2017

Happy 1st Anniversary..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Sebagai kenangan meh la update sikit..
Semalam 5hb dan hari ni 6hb Februari..
Tarikh ni sangat bermakna la dekat aku dengan en.suami..
At least ada la tarikh untuk dikenang selain tarikh lahir..
Aku dengan en.suami tak de declair ke apa..
So tak pernah pun sambut anniversary ke apa..

Untuk tarikh tunang pun aku refer dekat blog je..huhu..
Majlis tunang sekali dengan majlis merisik..

So semalam 5hb Februari 2017 genap la aku dan en.suami di ijabkabulkan..hihi..
Maknanya genap la setahun kami sebagai suami isteri..

Dan hari ni 6hb Februari, masa ni pukul 1.34 petang..
Masa ni kitaorang tengah bersanding dekat dewan..hehe..

Sebenarnya dari hari Khamis aku ada dekat Subang Jaya..
Jumaat tu pegi hantar notis berhenti..
Belum hantar surat resign pun..
Tapi memang dah bagi notis berhenti..
Dan tarikh untuk berhenti tu ada di back date pada bulan sebelas nanti..
Kiranya aku start cuti nak bersalin dulu..
Memang tak de lah datang keje lagi..

Sabtu malam kitaorang baru balik kampung..
Sebabnya en.suami kerja hari Sabtu tu..
Ada kerja urgent..
Sampai rumah pukul 1 ke 2 pagi..

Sampai tu tengok Aisyah lena tidur..
Biarkan die tidur dulu..
Bila die terjaga baru mak bagi dekat aku..
Bagi susu die pun sambung tidur balik..

Petang semalam 5hb Februari lepas Zohor, masa teman en.suami buat keje dekat hall baru aku terperasan..
Lepas tu terus cakap dengan en.suami..
Die pun baru terperasan..
Die tanya nak beli kek ke?
Aku cakap tak payah la..
Semalam petang keluar sekejap beli bekas susu dengan keledek je..
Keledek nak buat keria guna anau..hihi..

Pukul 11 lebih semalam en.suami balik KL..
Just text die je wish anniversary dan terima kasih sebab jadi suami yang baik untuk aku, dan abah yang baik untuk Aisyah..

Hari ni 6hb Februari 2017, pukul 1.37 petang aku tengah menaip dekat bilik Jemapoh sambil teman Aisyah tidur dekat katil kitaorang dan en.suami pulak tengah keje dekat Rawang..
Buat sementara sampai aku dapat keje yang berbaloi aku akan stay dekat kampung dulu dengan Aisyah..
En.suami akan duduk Subang..
Just go with the flow..
Sambil usaha, kitaorang percaya..
Perancangan Tuhan tu adalah sebaik-baiknya untuk kami..

Untuk setahun pertama ni memang banyak perkara pahit manis yang terjadi..
Tapi pengalaman berharga sangat untuk aku..
Kitaorang doakan yang baik-baik je untuk tahun-tahun lepas ni..
Selain tengah sibuk besarkan Aisyah..
Sekarang pun kitaorang dah nak mulakan persiapan untuk rumah baru nanti.. 
Apa pun yang terjadi..
Terima kasih Ya Allah untuk semua ni..


En.suami dan Aisyah yang moody lepas kene tinggal dengan mama dan abah 3 hari..
Terima kasih Ya Allah untuk pinjaman ini..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...