Monday, 13 February 2017

Busy Weekend - Seremban, KL, Roti Arab, Kg, Terusan dan Giant KP..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Weekend yang busy untuk minggu lepas..
Insyaallah lepas ni pun aku akan ada weekend yang busy jugak..

11hb Februari antara tarikh bermakna dalam hidup lepas ni..
Walaupun mungkin lepas ni aku dah tak berapa ingat tarikh ni..
Jadi marilah kita park dekat sini..

Sebenarnya 11hb ni pun adalah tarikh majlis kahwin Hawa dekat Perak..
Tapi sebab kan aku ada hal personal yang jatuh pada hari yang sama..
Tak dapat la nak ke Perak..
Dah la masa die nikah pun aku tak dapat pegi..
Tak de rezeki la nampaknya..
Seminggu awal aku dah bagi tau die awal-awal yang aku tak dapat pegi..
Tadi die send gambar majlis die dekat Perak..
Sweet je die dengan husband die..
Lepas tu sempat la die share kisah sedih die..
Tak habis lagi drama yang ada sebelum ni..
Untuk majlis dekat Perak ni mak ayah dengan family die tak datang pun..
Yang ada wakil family cuma 2 orang adik perempuan die, Apis dengan Cipah..
Masa berarak tu die tarik sepupu dengan kawan suami die jugak untuk nampak ramai dan act sebagai family perempuan..
Bertakung air mata die masa berarak..
2 orang adik perempuan die menangis masa berarak sambil bawa bunga telur..
Pape pun Alhamdulillah semua dah selamat..
Aku doakan yang baik-baik untuk perkahwinan dieorang..

Ok busy weekend aku mula dari hari Jumaat..
Hari Jumaat aku gerak pegi Seremban..
Sebab Sabtu tu pagi kene ada dekat KL..
Sekali hujung-hujung mak pun nak pegi Seremban sekali bawak Aisyah..
Lepas Maghrib gerak pegi Seremban dua kereta..
Ayah, mak, Zack dengan Aisyah naik satu kereta..
Aku dengan Luqman satu kereta sebab aku nak kene pegi bank settlekan benda..
Cuba buat online tak bole pulak..
Dah la Sabtu pagi tu nak guna..
Dieorang bawak stok baju tak basuh sebab mesin basuh dekat rumah ni problem..

Sampai Seremban nasib baik Aisyah behave je..
Nangis sebab nak susu atau merengek nak tidur je..
Aku pulak settle kan document, print semua untuk Sabtu..

Pukul 1 macam tu en.suami sampai..
Ajak pegi makan die tak nak..
Plan nak gerak pukul 7 pagi..
Sebab kalau ikut dalam surat 8.45 pagi dah kene ada dekat KL..
Sekali dekat pukul 7 aku baru terjaga..
Biasanya pukul 5 macam tu Aisyah terjaga..
Sekali bole pulak die tidur lena lepas terjaga malam tu..

Bangun siap-siap, sempat sarapan nasi lemak rm1 buat alas perut..
Pukul 8 kitaorang gerak..
Ada la jam sikit dekat hiway sebab accident..
Lepas tu clear..
Sampai dalam pukul 9 jugak la..
Nasib baik Sabtu jalan ok..

Sampai settlekan check document dengan register dulu..
Aku pun tak tau tentatif satu hari tu macam mana..
Sebab nya dalam surat cuma tulis pendaftaran pukul 8.45..
Tapi ada taklimat pukul 12 dengan pukul 2 ptg rupanya..
Sampai petang rupanya..

Lepas daftar pukul dalam pukul 11 aku pegi dekat en.suami..
Pam susu dalam kereta..
Tu pun dah lambat sejam..huhu..
Settle pam masuk untuk pukul 12..
Taklimat pukul 12 habis dalam pukul 1..
Aku tengok en.suami tidur dekat masjid..
Walaupun henfon dekat tangan tapi call tak sedar pun..
Nasib baik parking dekat sebelah masjid, boleh la en.suami tidur dekat situ..
Sempat jugak pegi makan dengan die sebelum taklimat pukul 2..
Aku dah gigil masa tu..
Maklumlah kalau pam susu ni bila lapar dengan dahaga tu memang lapar dengan dahaga terok..hihi..

Lepas makan aku masuk balik pukul 2..
Patut kene pam susu pukul 2..
Tapi tak sempat..
Dengan tak pakai pad nye..
Pukl 3 lebih, dekat pukul 4 aku dah tak boleh blah..
Dah dengar yang penting-penting..
Aku blah je..huhu..
Masa ni en.suami tunggu aku die tidur dekat pondok pulak..
Alahai suami, demi isterimu..hihi..
Up side down memang banyak sangat kenangan..

 Settle tu teruk gerak balik kampung..
Tak singgah Seremban pun sebab Zack kata nak gerak balik lepas Asar..
Kebetulan kitaorang dah bawak barang siap-siap..
Sekali rupanya dieorang gerak 6 lebih sebab Aisyah tidur..
Mandikan die dulu baru balik..
So kitaorang mula-mula cari putu piring..
Tak jumpa layan roti arab la..
Rasanya ni 1st time aku makan roti arab..
Mula-mula order satu roti arab dengan kuah kari kambing..
Sekali layan pulak..kuah pun ada lagi..
So order satu lagi..

Malam tu pun keluar lagi makan dekat luar..
Sebabnya tak de makanan dekat rumah..
Ok penat..
Malam tu tidur dengan lena sampai pagi..
Aisyah pun bangun sekali je malam tu..
Tukar pampers dengan abah, lepas pagi pun bangun lambat jugak..
Lepas mandi pun mama, abah dengan Aisyah sambung tidur sama-sama lagi..hehe..

Lepas makan tengah hari kitaorang siap-siap packing barang Aisyah balik Terusan kejap..
Bawak Aisyah jumpa dengan Atok dengan wan Jempol..
Nanti mama busy weekend lagi susah nak balik..
Sampai tu Aisyah tidur je..
Dah lama sikit die bangun main dengan Atok dengan wan..
Lepas bagi susu die lepak dengan Atok..
Bukan main riuh mulut anak dara tu dengan atok die..
Terubat rindu atok dengan wan Jempol..
Pukul 6 Aisyah dah balik Jemapoh nak mandi..

Lepas hantar Aisyah aku dengan en.suami pegi Giant beli pampers die..
Sempat la beli putu piring sebelum masuk Giant..
Ada putu piring gula melaka dengan putu piring gula anau..
Harus la beli dua-dua..
Of course la gula anau lagi sedap dan mahal..:)

Lepas beli barang tunggu en.suami basuh kereta pulak..
Pukul 8 lebih baru settle..

Kira weekend ni en.suami memang sibuk je..
Kesian die..
Tapi bulan ni pun banyak benda nak settle kan..
Harap semua berjalan dengan baik..
Amin..

Apa yang aku sibuk sangat Sabtu hari dan upcoming weekend?..
Hurmmm nanti aku share..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...