Thursday, 12 January 2017

Pengalaman Berpantang - Luka Episotomy & Gatal-Gatal..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Ok rasanya ni entri last untuk pengalaman berpantang aku..
Lepas ni cerita lain la pulak..
Korang pun dah bosan baca cerita berpantang ni je..

Ok mula-mula sekali nk cerita pasal episotomy..
 Episotomy ni akan menghasilkan luka..
Boleh la google dan baca untuk lebih detail untuk tau apa itu episotomy..

Untuk episotomy ni sebelum aku discharge Dr ada check..
Tapi tak dapat apa-apa ubat pun..
Lepas tu aku basuh guna air biasa je..
Walaupun ada nurse tu cadangkan basuh guna air suan campur garam sikit..
Tapi ada la sekali 2 aku basuh guna air suam campur serbuk manjakani..

Nurse KK kalau datang check/pegi KK die akan check jahitan ni sekali..
Aku memang ok je..
Asalkan cepat elok..
Nurse cadangkan kalau nak check sendiri guna cermin..
Tapi awal-awal tu entah pape, so tak delah tengok..
Harap nurse KK je la check..
Lepas tu risau sendiri..
Risau nak jalan, risau nak pegi tandas, risau nak turun naik katil, risau nak duduk atas lantai..
 Sampai la aku kene macam gatal-gatal..

Masa ni aku pegi KK..
Kene gatal-gatal dekat celah peha..
Aku pun tunjuk la dekat nurse..
Nurse kata mungkin kene jangkitan fungus..huhu..
Ada beberapa sebab aku rasa boleh kene gatal-gatal ni..

  1. Kulit sensitif - Dari mengandung aku ada masalah ni..Kene pakai sabun soap free atau sabun untuk kulit sensitif.. Cuba pakai Antabax untuk kulit sensitif macam ok..Ada pakai Johnson & Johnson ph5.5 macam tak berapa ok..Masa dah kene tu aku pakai la sabun Aisyah yang dapat free orang bagi sebelum beli Antabax..
  2. Alergik pad - Pernah sekali masa pregnant masa keje..Ada emergency aku pakai pad yang ada spare dalam beg..Sekali balik tu gatal-gatal..Merenyam-renyam kot..huhu..
  3. Alergik serbuk manjakani - Ada sekali dua aku pakai serbuk manjakani untuk skrub dan cebok..Mungkin jugak alergik..Sebab lepas dah gatal-gatal aku ada guna untuk skrub ketiak je..Melecet malam tu..huhu..Mungkin kulit lepas bersalin masih tak stabil lagi..Hormon tak stabil lagi..huhu..

Masa dekat KK ni nurse check jahitan sekali, letakkan ubat kuning..
Lepas tu jumpa Dr..
Dr. check juga yang gatal-gatal ni..
Dr suggest tak payah guna pad - nasib baik masa ni darah pun tak banyak sangat lagi - Dr cadangkan mungkin bole guna kain batik lama yang bersih..Aku guna kain batik yang bersih potong-potong lipat..Ada order pad dengan kawan aku tapi tak dapat lagi..Mula-mula sebab tunggu kain die order dari Brunei..Lepas tu jari die patah pulak..huhu..

Lepas tu aku dapat ubat sapu dan ubat makan untuk tahan gatal..


Ubat gatal..
Aku cuba google tapi tak jumpa..huhu..
Aku tanggalkan la pelekat KK nak bagi nampak rupa ubat tu..
Kalau tengok dekat pelekat tak silap ni ubat terkawal..

Sejak ni memang lepas mandi aku akan check sendiri guna cermin..
Check jahitan - sapu ubat kuning - dan sapu ubat gatal..
Lepas tu anginkan dengan kipas biar kering..
Setiap kali lepas pegi tandas aku akan anginkan..
Ada aku baca siap guna hair dryer..hihi..

Cerita pasal ubat kuning..
Masa Aisyah admitted ada nurse yang check ibu yang jaga baby dekat hospital..
Bila aku inform tak dapat ubat luka..
Dr dekat situ bagi..
Ubat kuning ni..


Waktu check gatal-gatal Dr tu bagi satu botol lagi..
Aku mintak..

Awal-awal tu memang gatal-gatal sangat..huhu..
Lagi kalau tido malam..
Kadang-kadang terjaga sebab merenyam-renyam..
Sebelum tido makan la ubat tahan sakit..
Siap baca doa Nabi Ayub lagi sebelum tido..


Baca doa ni 3 kali dan sapu pada tempat yang gatal..


2 3 hari letak ubat memang tak ok lagi..
Sampai masa nurse KK datang check aku bagi tau gatal lagi..huhu..
Tapi nurse kata tu je ubat yang KK ada..
Suruh guna dalam seminggu dulu..
Kalau tak ok inform balik..
Tapi dalam seminggu tu Alhamdulillah dah ok gatal-gatal..
Sampai sekarang aku pakai kain je..

Cerita pasal jahitan..
Pernah sekali tu lepas mandi pagi tak silap..
Lepas dah letak ubat semua..
Aku bangun..
Sekali keluar darah..
Siap sampai menitik-nitik atas lantai, dan meleleh dekat peha..
Masa ni la aku mintak tolong adik ipar aku hantar pegi klinik..
Sebab masa tu siang lagi boleh la pegi KK..
Dari dah malam ke, dah la tinggal berdua je dengan wan..
Sebab aku tak pasti tu darah nifas atau darah luka ke..
Masa ni hari ke belas-belas atau 20 dah kot..
Sekali nurse KK check jahitan..
Nurse kata jahitan tak de masalah..
Dah elok kering dan bertaut luka..
Alhamdulillah lega dengar..
Yelah 1st time tak tau macam mana..
Baik la pegi klinik biar nurse check..
Untuk luka elok cepat banyakkan la makan protein dan vit c..
Ada aku baca elok makan oren..
Wan pulak tak berapa galakkan takut baby tak ok sebab bf kan..

Alhamdulillah dua masalah ni dah settle..
Sekarang ni sekali sekala lepas mandi aku ada jugak check jahitan dan gatal-gatal..
Simpan je dua ubat tu..

2 comments:

  1. huhu..takut nak check sendri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe itu la..
      Mula-mula takut nak check..
      Tapi kalau nk cepat elok, elok la check..hehe..

      Sebenarnya mmg ramai yg takut nak check kan..hehe..
      Kalau nurse nak check pun takut..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...