Wednesday, 4 January 2017

Pengalaman Berpantang - Jaundice/Demam Kuning..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Entri ni pun sebenarnya dah lama dalam draf..
Tapi tak sempat nak menaip..
Alhamdulillah 1hb Jan haritu aku dah habis berpantang..

Masa mengandung hari tu aku pernah borak dengan kakak isteri abang ipar aku..
Saje borak pasal barang baby, pasal baby, pasal berpantang..
Sekali die cakap yang masa berpantang adalah stress..
Aku pun masa dengar tu pelik jugak la..
Lepas tu ada borak dengan ex-roommate aku masa dekat Penang dulu..
Anak die dah dekat umur dua tahun tak silap, ke dah dua tahun..
Die kata yang die tak trauma bersalin, tapi trauma berpantang..
Ok masa tu cuba hadam..
Tapi sekarang ni aku dah faham gak kenapa statement-statement ni keluar..huhu..

Masa awal-awal memang stress..huhu..
Lagi macam aku ni 1st time mom..

Aku bersalin kan pagi, pukul 6 lebih pagi..
Lepas bersalin tu memang aku dengan en.suami tak dapat tido..
Malam sebelum tu pun tak dapat tido sebab sakit bersalin..
Kejap-kejap nurse datang, dengan busy orang datang melawat lagi..
Sampai la ke senja orang datang melawat..
Dah malam baru dapat mandi..
Lepas tu aku dengan en.suami decide biar Aisyah dekat nursery..
So aku dengan en.suami boleh la rehat..
Sebab esok tu pun nak jalan jauh..
Nak terus balik kampung..

Kitaorang sampai kampung dah petang..
Masa ni Aisyah banyak tido..
Sekali malam tu die meragam..
Tak nak tido, menangis je..
Tak tau menangis lapar, tak selesa ke apa..huhu..
Sampai ke pagi tak silap..
So memang penat..
Bermula la episod tido malam yang sadis..huhu..
Dah la badan tak kuat lagi, berjahit bagai..

Aku bersalin hari Sabtu..
Hari Isnin baru inform KK Taman Medan yang dah bersalin, dan inform KK Juasseh untuk check up..
Pagi Isnin tu nurse KK Juasseh datang..
Nampak macam Aisyah ada kuning dan suruh datang KK check darah..
Petang tu pun kitaorang pegi la..
Sekali bacaan darah untuk jaundice die agak tinggi..
Sepatutnya kene admit..
Tapi dr kata boleh balik dulu, pagi-pagi esok datang check balik..
Kot-kot la bacaan turun..
Pagi esok tu datang check darah balik, bacaan makin naik..huhu..
Bacaan masa admitted ni 268..
So memang kene admit la..
Kene duduk bawah lampu..
Itu je ubat yang agak mujarab nya nak bagi bacaan turun...huhu..
Kitaorang balik rumah dulu untuk kemas barang..
Aku tak kemas barang pun sebab tak pasti lagi ada tempat ke tak untuk ibu..
Pukul 4 petang macam tu Aisyah admitted dalam NICU..

Dekat wad ni kene tanggalkan semua pakaian die..
Tinggal pakai pampers je..
Lepas tu dieorang pakaikan macam spek untuk baby..
Untuk perlindungan bawah cahaya lampu tu nanti..
Bila nurse letak bawah lampu memang Aisyah menagis-nangis la..
Bila dengar suara die memang aku dengan en.suami tak sampai hati la..huhu..
Cepat-cepat angkat bagi susu..
Tapi nurse tu kata kalau asyik angkat je memang lambat la nak elok..
 End up aku tinggalkan die dengan nurse untuk amik barang..
Dalam NICU ni hanya mak dengan ayah je yang dibenarkan masuk..
Keluar dari wad ni aku jumpa dua-dua ayah dengan mak..
Masuk balik tengok die elok tido bawah lampu..Alhamdulillah..
Lepas tu kitaorang balik untuk amik barang aku..
Kebetulan ada satu katil kosong..

Balik tu rasa lain je..
Tengok katil die kosong. die tak de dekat rumah..
Feeling mak mak sangat..
Bila die cranky rasa penat tapi bila die tak de rasa syahdu je..
Masuk bilik siap nangis lagi..hahaha..

Dah siap kemas barang dalam pukul 10 en.suami hantar aku pegi hospital..
Sampai tu Aisyah tido..
Aku bawak die jumpa en.suami..
Dah la hari Rabu tu en.suami dah nak balik..
Sepanjang pegi check up dekat KK en.suami yang lagi risau.
Kalau boleh tak nak Aisyah admitted..
Aku rilek je masa mula-mula..
Tapi bila Aisyah dah admitted meleleh air mata..hahaha..

So sepanjang malam tu aku tak tido pun..
Kalau ada tido pun sekejap je..
Pegi pam, bagi Aisyah susu, tukarkan pampers die..
Ada Dr. datang amik darah die la..
Nak tido pun mata tak berapa lelap..



Video dan gambar kenangan Aisyah masa admitted jaundice..

Masa duduk dekat NICU ni aku memang seriau je tengok baby lain..
Dekat sini baby ada macam-macam problem yang kronik..huhu..
Berdoa sangat semoga Aisyah sihat selalu je..
Ada bayi pra matang, masalah jantung, dll..huhu..

Pagi tu kalau diikutkan awal-awal aku nak balik tukar baju semua..
Lepas tu datang balik..
En.suami pun awal-awal dah datang untuk jemput aku..
Tapi aku tunggu Dr round dulu untuk tau perkembangan Aisyah..
Debar-debar je tunggu bacaan die..
Harap sangat makin ok..
Kesian tengok die duduk bawah lampu tu..huhu..

Lama jugak tunggu nak jumpa Dr.
Bilik aku tu dah la paling last..huhu..
Untuk hari kelima ni bacaan die 260..
Turun sikit je dari semalam..
Tapi disebabkan bacaan lampu (maaf kalau salah) tak silap untuk hari ni adalah 290..
Bacaan tinggi jugak lagi..
Tapi ada gap..  Plus setiap hari kene check dekat KK..
So Dr tu bagi Aisyah keluar..
Yeay..:)
Aisyah boleh discharge pukul 4 petang..
Nak bagi lampu sampai pukul 4 petang..
Dan nak check dengan pakar telinga dengan mata tak silap..
Kalau naik balik ada potensi kene admitted balik..

So aku pun balik dulu dengan en.suami..
 En.suami memang hepi sangat la..
Dapat main dengan Aisyah sebelum balik KL..
Plus die pun senang hati nak tinggalkan aku dengan Aisyah dekat kampung..

So balik tu memang aku qada tidur..
Petang tu pukul 4 jemput Aisyah balik..
Masa sampai orang yang duduk sebilik dengan aku tu kata Aisyah tengah nangis..
Dah lama die nangis, dari pukul 2..huhu..
Kesian anak mama..
 Pampers pun macam dah lama tak tukar..
Sabar je la..
Masa datang tu pun lampu tak pasang pun..
Beria je nak bagi lampu sampai pukul 4..


Aisyah dah siap-siap nak balik rumah..:)
Nampak tak ada spek hijau tu..

Minggu pertama ni berat Aisyah turun sikit dari masa lahir..
Lepas tu constant je tak naik..
Ye lah die banyak tido, lepas tu penyusuan pun tak berapa betul lagi masa ni..

Lepas tu setiap hari la pegi KK untuk check darah..
Aku tak pernah tengok pun nurse amik darah die..
Biasanya nurse amik lepas tu bawak pegi bilik untuk amik darah..
I is tak sampai hati..:(

Alhamdulillah setiap hari check darah bacaan makin turun..
Kalau tak jenuh berulang pegi KK kene amik darah..
Kalau KK tutup hujung minggu, kene bawa die pegi bahagian emergency dekat HTAJ, Kuala Pilah..
Sampai la KK pun discharge die..
Lepas tu nurse ada je datang ke rumah untuk pantau..
 Tak silap hari ke 20 hari last nurse KK datang..

Untuk jaundice ni aku tak de pun guna apa-apa petua..
Macam-macam petua yang aku dapat..
Ada yang kata bagi air anggur hitam, mandikan dengan ubat sensei, mandikan dengan daun kunyit, mandikan dengan air kedondong la..
Aku cuma bagi susu banyak-banyak je..
Biar die buang air besar dan kencing banyak-banyak untuk keluarkan kuning tu..

Part nak bagi susu tu memang kene kejutkan die dan bagi dengan cara yang betul..
Untuk cara yang betul korang boleh la google..
Bagi sebelah je dulu sampai kosong, lepas tu baru bagi sebelah lagi..
Next session bagi dari sebelah yang last tadi..

Ok settle pasal part ni..
Nanti aku sambung part lain pulak ye..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...