Wednesday, 4 January 2017

Pengalaman Berpantang - Berjaga Malam..

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..


Sekarang ni pukul 5.49 pagi..
Sebenarnya pukul 4 tadi dah bangun..
Terjaga nak pam susu..
Tapi boleh pulak baby pun terjaga..
Susukan baby dulu, lepas tu continue pam..
Sambil pam ni boleh la update blog..
Kalau tak bosan..huhu..

Lagi kalau kene bangun malam-malam..
Biasanya aku bangun pam dalam 3 jam lepas last pam..
Sekarang macam mana pun memang kene pam sebab baby tak minum banyak sangat lagi..
Lepas baby menyusu memang kene pam..
Kadang-kadang kalau lepas pam pun boleh susukan baby lagi..

Cakap pasal berjaga malam ni..
Awal-awal hari tu sumpah mengantuk gila..
Lagi masa awal-awal dulu..

Masa awal-awal baby tido dekat luar..
Aku tido dekat dalam bilik..
Mak atau wan teman baby tido dekat luar..
Kadang malam masa tido terjaga dengar baby, so susukan baby..
Kalau tak pun kene bangun pam..huhu..
Sampaikan tersengguk-sengguk masa pam pun ada..
Masa ni henfon memang peneman la..
Bukak fb, bukak ig, main candy crush, layan utube segala..
Memang la nurse KK advise, kalau baby tido kita tido sekali..
Kalau tak mengantuk nanti..
Tapi kadang-kadang masa baby tido la nak makan, mandi segala..huhu..
Ni nasib baik ada orang tolong lagi ni..
Belum duduk berdua je lagi dengan baby..
Tambah lagi baby aku ni telinga jenis sensitif gila..
Kadang kalau pagi sikit mak/wan tak kejutkan pun..
Bagi baby susu botol yang dah pam tu..

Masa ni stress jugak la..
Jenuh nak tidokan baby..
Kadang die tido sekejap je dah terjaga balik..huwaaa..
Lepas tu fikir..
Ni mak/wan ada temankan baby..
Kalau sorang-sorang nanti macam mana la..
Mau mama jadi zoombie..huhu..

Tapi dah lepas sebulan macam tu..
Kesian pulak tengok mak tido dekat luar jaga Aisyah..
Aku cuba bawak Aisyah tido dengan aku..
Sekali bila die tido dengan aku lagi senang rupanya..
Miracle sangat ni..hihi..

Kalau tido malam aku akan buka lampu tido je..
Lepas tu kadang-kadang aku akam cakap dengan Aisyah "Aisyah dah malam ni, kita kene tido"..dengan harapan die tido..hihi..
Lepas tu aku selalu bacakan doa ni setiap kali die nak tido malam..


 Biasanya die akan tido pukul 10 malam..
Kadang-kadang awal, kadang-kadang terlambat..
Ada jugak la kadang-kadang die jaga malam..
Tapi bila bagi susu die ok je tido balik..
Kadang-kadang kejap je bagi susu dah tido balik..

Yang aku perasan..
Bila die tido dengan aku, tido die lagi tenang..
So die tido lagi lama..
Kalau terjaga pun kadang-kadang die tertido balik sendiri..
Tepuk-tepuk punggung die, die tertido balik..

Sebelum tido pulak aku akan baca Zikir Fatimah sebagai tambahan..

 Kalau nak baca kisah menarik mengenai zikir ni boleh baca dekat SINI..

Alhamdulillah sekarang ni aku dah boleh biasakan diri dengan rutin macam ni..
Cuma kalau orang yg bekerja mungkin lebih struggle..
Sebab aku boleh lagi tidur siang kalau mengantuk..
Tapi kalau yang bekerja tu lagi penat kan..

Harap rutin tido Aisyah elok je la..
Mama tak nak jadi zoombie..hihi..

Ok nanti aku share lagi pengalaman aku sepanjang berpantang..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...