Monday, 9 January 2017

Pengalaman Berpantang - Bengkak Susu..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Hurmmmm ni memang pengalaman pertama untuk aku..
Sebelum ni memang ada dengar mak mertua cerita isteri abang ipar, Kak Milin kene bengkak susu..
Sampai kene bawa pegi klinik..
Masa borak dengan K.Milin dengan kakak die pun kakak die ada cerita yang pernah sebulan sampai 4 kali die kene bengkak susu..
Ok masa ni dengar je..

Aku pulak ni la 1st time pengalaman kan..
Alhamdulillah dari 1st day dah ada susu nak susukan Aisyah..
Tak delah susu tak keluar ke..
Dari masa mengandung seeloknya basuh nipple elok-elok jangan bagi tersumbat..
Kalau aku dulu kadang-kadang bila mandi ada macam berdaki..
Sebab persediaan untuk keluar susu..
So keep on bersihkan masa mandi bagi mengelakkan tersumbat..
Dan alhamdulillah jugak Aisyah pandai latch masa 1st time bagi..
So tak de la nak berdrama ke apa..hehe..

Rasanya masa seminggu awal tu ok je..
Aku start pam pun awal..
1st week memang dah pam..
Alhamdulillah jugak susu agak meriah..
Makin lama makin meriah..
Pernah la masa minggu 1st ni lambat sikit pam dapat 4oz..

Mungkin jugak sebab faktor permakanan atau faktor badan aku sendiri..
Awal-awal pantang memang setiap pagi aku makan 2 biji kurma..
Lepas tu banyak makan ikan je..
Ayam dengan daging ada la sikit-sikit..
Lepas tu sayur memang 3 jenis ni je - ulam pegaga, celur peria dengan bayam je..
Lepas tu kalau minum akan minum horlick dengan biskut hi-fibre..

Tak silap masa minggu ke 3 pertama kali aku kene bengkak susu..
Masa mula-mula tu memang dah rasa perit-perit..
Sekali makin lama tetiba rasa macam ada ketulan dekat bahagian atas payudara kanan..huhu..
Sekali masa malam tu bila terbangun cuba untuk pam, air keluar sikit je tapi rasa bengkak giler..huhu..
Masa ni memang rasa sakit, beria google sana sini..
Pernah la tidur siap letak kobis bagi sejuk sikit..
Sebab bila bengkak susu ni rasa sakit, terik, panas..huhu..
Siap cari doa untuk sembuhkan bengkak susu lagi..



Sekali masa weekend en.suami balik..
Aku pun ajak la die pegi hospital..
Pegi dekat bahagian emergency..
Dah la masa pegi ni punya ramai orang, lama jugak la menunggu..huhu..

Masa jumpa Dr pulak..
Rasanya tu Dr. baru..
Kene pulak tunggu lepas die check sebab die mintak opinion Dr yang lagi senior..
Lepas tu kene tunggu amik ubat pulak..
Dr cuma bagi ubat tahan sakit je untuk kurangkan sakit, which is Panadol..
Lepas tu die suruh tuam panas bagi lembut sikit lepas tu pam..
Yang penting kene keluarkan susu tu kalau nak ok..
Bengkak susu ni sebab susu terkumpul, lepas tu dah stuck/tersumbat dekat dalam..
Nak sembuhkan memang kene keluarkan susu tu..
Itu je..
Kalau biar memang boleh sampai demam, kene jangkitan dan kene operation..
 Tak de ubat pun..

 Disebabkan lama sangat dekat hospital..
Sampai kan yang belah kiri tu basah baju, yang kanan makin bengkak..
Berejam kot tunggu dekat hospital..

Balik tu tuam la..
Mula-mula letak air tu dlm bekas lepas tu tuam guna towel..
Tapi tak berapa efektif kaedah ni..
Air tu cepat sejuk..
2 3 kali tuam dah sejuk..
Dah la masa panas tu susah nak perah kain tu kan..
Yang senang nya guna botol..
Aku pakai botol mineral yang kecik tu je..
Campurkan air panas dengan sejuk dekat luar..
Lepas dah dapat suhu yang rasa ok baru masukkan dalam botol..
Letak dekat tempat yang bengkak, rasa da lembut sikit baru pam..
Tapi masa 1st time tu aku keluarkan guna tangan je..
Kalau nak tau kaedah yang betul (marmet) boleh la google atau tanya bidan KK..
Aku masa tu pakai belasah je..hihi..

Lepas dah tuam,dah pam, dah susukan Aisyah baru la rasa ok..
Lepas kes pertama ni aku kurangkan makan makanan dekat atas tadi..
Sebab kalau baca makanan tu semua menambahkan susu..
Bila demand dah tinggi nanti mungkin boleh consume lebih..
Aisyah sekarang kecik lagi, minum pun sikit je lagi..
Memang kene pam dan simpan la..

Kali kedua aku kene ni masa pegi KL Sentral..
Last aku pam pagi tu dalam pukul 8..
Pukul 11 aku ada susukan Aisyah sekejap..
Lepas tu pukul 5 lebih petang baru sampai rumah..
Bawa pam tapi malas nk lepak mana-mana pam..
Tak kan la nak pam dalam train kan..
Walaupun aku penah tengok orang pam dalam komuter..

Masa dalam train nak balik tu memang bengkak gila..
Sampai rumah memang aku bagi Aisyah susu sebelah, sebelah lagi pam..
Lepas tu ada jugak la kene tuam..
Tapi lama-lama da ok..

Makin lama da makin tau nak handle..
Biasanya bengkak waktu malam la..
Sebab waktu malam lagi banyak susu yang dihasilkan..
Aisyah pun kalau terjaga malam minum tak banyak sangat..
Die pun sayang waktu tido die kot..hihi..

The best solution kalau bengkak susu ni untuk aku ialah baby Aisyah susu..
Baby ni memang miracle..
Sebabnya bila dah tersumbat kalau pam pun tak keluar susu..
Tu kene tuam dulu bagi lembut baru boleh pam..
Kalau baby yang menyusu tak payah tuam pun tak pe..
Cuma kene bagi die menyusu lama..
Sampai ketul tu hilang..

Tapi pernah jadi..
Ada pagi tu aku bangun macam dah bengkak..
Pagi tu ingat nak pam..
Tapi dah tak keluar sangat..
Kebetulan Aisyah terjaga..
So bagi die minum dekat sebelah yang bengkak tu..
Walaupun die menyusu tak lama sangat..
Tak sampai habis..
Tapi lepas tu macam tak rasa sangat bengkak tu..
Lepas tu susu keluar menitik-nitik..
Aku terus pam..
Kiranya baby dah selesaikan masalah tersumbat tu..
Jadi susu tu dah lancar..
Hebat betul kejadian..

Ada jugak yang isteri abang ipar aku share ubat sensei untuk lancarkan susu..
Alhamdulillah sesuai jugak dengan aku..


Aku consume sekali sehari je bila perlu..
Sebelah tu pulak hasil pam untuk petang tadi..



Ni stok yang ada setakat ni..
Nak penuh da ruang atas ni..
Sebelum ni simpan dalam botol..
Storage yang pack tu pun ada..
Beli sekali masa beli pam..
Tapi tak pernah guna pun lagi sebab bekas besar..

Masa Aisyah admitted dekat NICU dieorang guna bekas ni..
Lepas tu aku pun guna bekas ni je..
Kalau ikut dekat karung 1 bekas ni 4oz..
Tapi aku selalu letak satu bekas 2oz macam tu je..
Aisyah pun tak minum banyak lagi untuk satu sessi..
Kalau pakai botol atau storage tu besar sangat..
EBM ni dah la bole cair sekali je kan..
Bekas ni pun mura je..
Wan dengan ayah pernah beli dekat kedai plastik rm10 untuk 100pcs..
Dekat kedai runcit ada je jual..

Apa aku share ni dari pengalaman aku je..
Aku pun belajar lagi..
Banyak baca, google atau tanya orang..

Selagi ada rezeki Aisyah aku bagi je..
Macam Aisyah pun masa lahir dekat UMRA dieorang bagi susu formula awal-awal tu..
Masa 1st day balik balik rumah pun, die nangis-nangis..
Aku bagi susu die nangis lagi..
Ingat die lapar, tak puas menyusu ke..
So buat susu yang ada dapat free gift hospital bagi..
Yela awal-awal tak pandai lagi serba serbi..
Orang tua dekat rumah ni pun dah lama tak de baby..
Banyak da lupa..
Lagi sekali masa Aisyah admitted dekat NICU..
Masa tu pun baru 4 hari..
Sebab Aisyah nangis duduk dalam baby cot dan bawah lampu..
Mungkin tak cukup kenyang..
Nurse offer bagi susu formula..
Aku ok je..

Aku tak de la feeling sangat..
Tapi BF memang elok la..
Tak dinafikan..
Jimat pun jimat..
Tak payah beli susu..hehe..
Susu dah la mahal kan..
Selagi aku mampu, dan ada rezeki Aisyah..
Insyaallah boleh la bf..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...