Friday, 6 January 2017

Pengalaman Berpantang - Acad Accident..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Kisah ni pun aku nak abadikan dekat sini..
Kira ni part of pengalaman berpantang aku..

Masa Aisyah 10 hari..
Kira aku pun baru berpantang 10 hari..
Masa ni aku tengah dekat bilik..
Tak ingat tengah buat apa..
Atau dah nak tido masa tu..
Dah tengah malam masa ni..
Dalam pukul 12 ke 1 pagi..

Masa ni mak tengah susukan Aisyah dekat hall, sebelah katil Aisyah..
Semua tak tido lagi masa ni kecuali ayah tak silap (ayah dalam bilik, aku assume die dah tido je)..
Tetiba aku dengar kecoh-kecoh dekat luar..
Rupanya mak tengah on the phone..
Acad call yang die accident, dan kaki die patah..
Dekat tepi jalan lagi masa ni, dah call ambulans tak silap tapi ambulans tak sampai lagi..
Acad bawak moto, accident dengan kereta dekat trafik light..

Mak tengah susukan Aisyah, botol stuck dekat mulut Aisyah..
So aku amik Aisyah..
Ayah dengar dah bising-bising masa ni..
Acad ni memang jenis tak suka duduk rumah..
Dari sekolah lagi..
Entah mana je die merayap..
Die accident ni dengan sepupu aku je..
Sepupu aku ni dah 30 lebih, dah kawen ada anak sorang, wife tengah sarat mengandung masa tu nak deliver hujung bulan Dec..
Mak dah tak keruan masa ni..
Aku tengok mata mak pun merah je..

Sekali lagi sepupu aku tu call..
Boleh pulak die mintak adik jemput die dekat Seremban..
Lepas tu jangan bagi tau family die yang die accident..
Masa ni ayah amik fon bercakap dengan die memang kene maki la sepupu aku ni..
Yang ayah aku mara tu sebab tak nak duduk rumah..
Balik rumah tukar baju, makan lepas tu keluar balik..
Kalau accident sebab baru balik keje, memang ada hal ke..
Tak delah orang mara..
Ni memang kaki merambu..

Mak nak pegi hospital masa ni jugak nak tengok Acad..
Tapi ayah decide nak pegi pagi esok tu je..
Malas nak rushing-rushing..
Ayah minta P.Cik aku yang keje polis tengok kan die..
Mak pun ada call P.Long tengok Acad dekat hospital..

Malam tu P.Long hantar la gambar Acad dekat hospital Seremban..
Pagi tu la mak dengan ayah baru tengok die dekat hospital.. 
So mak kene jaga Acad dekat hospital..
Tulang peha kanan die patah, jari kelingking dengan jari manis pun patah..
Lepas tu ada la luka-luka dekat bahu..

Nasib baik la masa ni jaundice Aisyah dah makin ok..
Mak gilir-gilir dengan Luqman jaga Acad..
Makan pun kene suap masa ni sebab jari kanan patah..
Mak pun kene temankan aku pegi KK..

Mula-mula ada jugak Adik Ta..
Tapi bila last-last tinggal aku dengan wan (nenek aku) dengan Aisyah je..:(
Bila weekend ada la en.suami balik..
Sebab bila dah hujung-hujung, Acad kene pindah ke hospital Port Dickson untuk operation..
Masa ni mak tak balik Kuala Pilah dah..
Gilir-gilir dengan Luqman dekat rumah Seremban je..
Dalam dua minggu jugak Acad dekat hospital tak silap..

Pernah sekali aku ada emergency nak pegi KK..
Masa Aisyah tido aku tinggalkan kejap..
Minta tolong adik ipar hantarkan..
Nasib baik rumah dekat je..
Mak dengan ayah mertua masa ni pegi umrah..

Sepupu aku tu nasib baik tak de pape..
Sakit-sakit badan je..
Dah la bini tengah tunggu hari je nak bersalin..
Bila tanya Acad die kata baru balik hantar barang, sepupu aku pulak kata nak pegi rumah Seremban..
Die berdua je la tau motif keluar malam tu..

Disebabkan adik aku tak jemput sepupu aku balik malam tu..
Die balik sendiri je dengan motor yang accident tu..
Nasib baik la bole start lagi..
Pagi tu adik aku pegi amik moto dekat rumah die..
Elok die tido..
Dengan tak pegi report nye..
Masa Acad pegi hospital pun die tak pegi sekali pun..
Datang melawat dekat hospital pun tak..
Ada datang dekat rumah masa Acad dah balik dengan adik beradik die..
Takut kene mara kot..hihi..
So pandai-pandai la nak menilai kawan lepas ni..

Acad memang kene tadah telinga je la kene mara, kene perli..
Sebelum ni kene tegur, keluar..
Ni dah atas kerusi roda, berak kencing pun kene orang tolong..
Kalau orang cakap apa pun kene tadah je la..
Tak tau la berubah ke tak tu..

Ni kira salah satu pengalaman masa aku berpantang ni..
Elok seorang je kene jaga, ada orang kain pun sama..hihi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...