Sunday, 22 January 2017

Nursing Bra..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Hari ni aku nak share pasal nursing bra..
Dari mengandung lagi ni antara benda yang penting atau mesti ada pada aku..
Masa mengandung aku dah beli sehelai nursing bra..
Beli pakai untuk masa mengandung dan bila dah bersalin nanti..
Boleh baca dekat SINI..

Aku tau pasal nursing bra ni masa cari pakaian mengandung dekat Mid..
Masa tu harga agak mahal dan tanpa padding..
Masa pegi 9 Month nak beli seluar terjumpa nursing bra yang lagi murah..
Terus beli..
So masa mengandung pakai nursing bra satu tu je la..
Lepas tu pakai bra biasa. ada support dengan push up bra lagi..
 Masa ni breast da makin besar..
Memang selesa pakai nursing bra..
Tapi dah aim yang sebelum bersalin memang kene beli nursing bra..
Untuk selesa kalau nak BF baby nanti (Walaupun masa ni tak tau boleh BF ke tak)..

Sekali masa pegi cari barang baby dekat baby Manjaku jumpa dieorang jual nursing bra lagi mura..
RM 3+ je masa tu..
Tak ingat brand apa..
Masa pegi survey pump dekat Pump on the Go pun jumpa dieorang jual nursing bra rm2+ macam tu..

Dah hujung-hujung pregnant tu dah tak rajin nak keluar-keluar survey survey..
Dah la due date makin dekat..
So masa dah start cuti..
Aku pun usha-usha la dekat IG..
Sekali jumpa yang ni..





Ada dua jenis..
Dua-dua ni rm100 untuk 5 helai..
Maksudnya sehelai rm20..
Kira paling murah la yang aku jumpa..
Postage percuma..

So aku contact la owner ni..
Very nice orang nya..
Aku bagi ukuran bra aku pakai sekarang dan die advice aku saiz apa yang sesuai..
In case kalau saiz tak ok..
Aku boleh pos balik dekat dia (aku kene bayar)..
Dan die akan pos semula dekat aku bra dengan saiz yang baru (percuma)..


Dekat sini la aku beli nursing bra ni..

 Masa sampai dekat kampung aku cuba sekali saiz ok je..
Aku beli sehelai yang lace dan 4 yang macam sport bra tu..

Untuk yang lace tu ada padding nipis dekat dalam die..
Padding ni selalu la bergerak-gerak dekat dalam tu..
Kadang-kadang tu berlipat-lipat..
Lagi satu bra ni jenis yang selak je..
Kadang-kadang tu die ternaik jugak masa tengah BF..
Tapi pakai selesa je..

Untuk yang macam sport bra tu aku beli yang warna grey tu 2 helai..
Yang warna blue black tu 2 helai..
Walaupun jenis yang sama tapi sebenarnya lain sikit dalam die..
Dalam die tak de padding tapi die punya kain tu pun memang dah tebal..

 Aku rasa 2 2 jenis ni bukan wired..
Walaupun masa mula-mula die kata yang macam sport bra tu wired.

Secara keseluruhannya aku rasa puaas hati je pakai nursing bra ni..
Berbaloi je dengan harga die.
Aku siap consider untuk nak tambah beli lagi..

Pada aku memang kene ada banyak nursing bra ni..
Kadang-kadang ada masa nya over flow sampai basah bra..
Aku ada banyak pengalaman ni masa Aisyah tak de dengan aku..
Insyaallah nanti aku share..
Masa ni disposable breast pad memang perlu dan penting..
Dan kadang-kadang bila tido malam lama, aku lambat pam atau Aisyah tak minum ke..
Lepas tu bila pam, sebelah lagi basah..
Kene tukar bra baru..
Memang tak selesa la nak pakai yang basah plus bau susu lagi..

Banyak jugak idea nak menulis..
Cuma kekangan masa..
Insyaallah ada masa aku ada lah entri dari aku..hehe..

2 comments:

  1. blh jd info utk y cari bra ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nursing bra ni pun rasanya penting untuk ibu ibu yang menyusukan baby..:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...