Thursday, 26 January 2017

Away 3hr 2 mlm tanpa Aisyah..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Dah seminggu pun kisah ni..
Sebelum terperap lagi lama..
Meh la update cepat-cepat..

Last week sepatutnya aku dah start keje..
Tapi sekarang ni tengah berkira-kira nak berenti keje..
Sambil tu cari tempat lain yang keje normal hour..
Aku ada plan lain..
So nak match kan dengan plan lain yang dah confirm tu aku kene cari keje yang normal hour, Isnin hingga Jumaat dan ofis basis..
Bukan yang customer service..
So 19hb tu aku pegi office dengan en.suami untuk discuss dengan bos aku..
Alhamdulillah hasil perbincangan agak positif..
Walaupun kitaorang berharap yang dia akan lepaskan aku dengan sukarela nya..hehe..
Tapi nampaknya tidak..
Cuma at least kalau berenti pun aku tak rasa bersalah sangat..

Hari Rabu petang aku dah pegi Seremban..
Pegi dengan Luqman dengan Wafi..
Mula-mula aku singgah dekat rumah P.long..
Boleh la borak-borak dengan M.Long sementara en.suami datang amik..
Sekali tukar plan..
Tidur dekat Seremban, pagi-pagi baru gerak lepas hantar Wafi dekat KLIA 2..

Malam tu melepak dekat mamak sampai dekat pukul 4..huhu..Ish ish ish mama dengan abah ni..
Ok sebenarnya teman en.suami nak makan dan ceri barang makanan Wafi..
Pagi tu bangun siap-siap, gerak pegi air port..
Lepas tu pegi ofis aku..

Aku highlight 3 benda..
  1. Tak nak kerja Sabtu - die kene discuss dengan staff senior
  2. Nak increment - aku kene propose apa yang aku boleh offer/tambah keje untuk die bayar aku lebih
  3. Pumping session - no problem
 Macam aku cakap awal-awal tadi..
Aku berharap die give up..
Tapi boleh pulak die KIV sampai lepas raya cina untuk item no.1 dan 2 tu..
Aku memang dah tak de hati..
Plus isu rumah lagi sekarang ni..
Kalau boleh malas nak sewa..
Tunggu rumah siap je baru balik KL, unless memang ada offer yang berbaloi..

Aku memang harap keluar secara baik..
Sebab aku nak masuk dan keluar secara baik..
Dan still keep in touch dengan dieorang..

Settle hal tu kitaorang pegi KLCC..
Ada nak cari barang sikit..
Sempat la makan waffle ais krim dekat KLCC..
Lepas tu malam tu melepak dengan wife abang ipar dan dengan adik ipar dekat Putra Height..

Sepanjang keluar ni ada la beberapa kali aku pam..
Sekali sebelum pegi ofis - pam dalam kereta - ok lepas ni aku perlukan nursing cover untuk mudahkan sesi pam dalam kereta..
2nd time dekat KLCC - Pegi dekat nursing room dalam Isetan - very nice place - dekat luar ada tempat tukar pampers, water heater dengan microwave tak silap..dalam bilik ada kerusi, meja dengan cermin..siap ada plug lagi..so boleh charge henfon, boleh guna untuk pam jugak..tapi perempuan je..tak male friendly ke?..hehe..
3rd time - dalam kereta dari klcc nak pegi makan..pukul 7 malam masa ni..jalan pun tengah jam..masa ni aku dengan wife abang ipar sama-sama mengepam..
4th time - malam sebelum tido - masa ni baju siap basah sikit..huhu..sebab nak balik tu jem dekat federal..tapi dah nak sampai rumah..malas nak pam dalam kereta..tunggu sampai rumah je..

Lepas tu sessi macam biasa la..
Keluar sekarang ni memang kene bawak pam la..huhu..
Kalau tak boleh bengkak susu tak pun basah..
Part basah tu memang keluar kene bawak breast pad extra la lepas ni..
Nasib dapat free masa beli pam hari tu..
Part bengkak tu memang aku bawak la ubat untuk lancarkan susu - pam ikut masa-  biasanya 3 jam je memang kene pam da..
Lagi Aisyah tak de dengan aku - risau kalau bengkak ok..huhu..

Bila baby tak de memang mengepam je la..
Masa ni memang boleh tengok berapa banyak susu yang boleh simpan..
Sebab baby tak minum lansung kan..
Lepas tu siap kene bawak bekas coleman lagi untuk 3 hari ni..
Peti sejuk rumah pun penuh dengan susu je la..
Maklumlah peti sejuk kecik je..
Just nice je untuk 3 hari 2 malam tu..
Kalau lebih memang tak de tempat nak letak..huhu..
 
Hari Jumaat tu memang aku duduk dekat rumah je la sementara en.suami pegi keje..
Sempat la bersauna bagai sambil menonton Ringgit Kasorga..
Sempat la kemas rumah, basuh baju segala..
Sempat la jugak jumpa Sen die pass hamper untuk Aisyah..
Malam tu gerak balik kampung..
Hujan tambah hari Jumaat..
Dah tengah malam pun jalan jem nak masuk KESAS..
Aku memang tidur je la..

Sampai tu Aisyah bangun..
Die pun macam confuse je..
Walaupun baru berapa hari tak jumpa tapi rasa lama tak jumpa die..
19hb tu die pegi klinik mak dengan Zack je bawak..
Masa cucuk die nangis kejap je Zack kata..
Dah besar baby girl Mama..
2 bulan berat 3.9kg, 55cm..
Sepanjang aku tak de ni memang sentiasa orang dekat rumah hantar gambar dengan video call..
Risau jugak sebab 1st time aku tak de..
Kalau die mengangis, susah nak tidur, tak nak susu ke...
Tapi tengok die happy je..

Aku harap sangat plan aku untuk tahun ni berjaya..AMIN..

2 comments:

  1. gitulah perasaan bila dah ada anak kan...
    apa2 pom lya doakan urusan dipermudahkan..
    pastinya kputusan y buat tu terbaik..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...