Tuesday, 5 December 2017

WW - Wordless Wednesday..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..



???

Monday, 4 December 2017

Reunite After 7 Years..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Saje nak abadikan kenangan ni dekat sini..
Nak share kisah jumpa Adah bulan lepas..

Kisahnya die ada inform aku yang die akan datang KL..
Ok sebenarnye dah beberapa kali dieorang ni jumpa..
Siap pegi jalan segala..
Tapi aku je tak pernah join..
Rezeki kali ni dapat jumpa..

Kalau ingat kisah aku half day..
Settle semua urusan aku terus pegi Bangsar South..
Pegi jumpa Sen..
Sebab plan nye aku akan gerak dari KL..
Amik Adah dekat Bangi lepas tu dieorang akan hantar aku balik..
Dieorang nak jumpa Aisyah..

Plan asalnya aku sampai pukul 5 terus gerak..
Tapi aku sampai pun macam dah lambat sikit..
Sen pulak nak settle kan keje die dulu..
Nak keluar dari Bangsar South tu pun jem boleh tahan..
Salah masuk susur dekat BTS sekali..
Lepas tu salah masuk jalan dekat Mines lagi..
 Dalam pukul 8 baru sampai Bangi..

Alhamdulillah jalan ke Seremban ok..
Sampai Seremban dalam pukul 9..
Kitaorang pegi makan dulu..
Sejak jumpa memang dah borak sakan..
Masa makan pun..
Settle tu pegi amik kereta aku..
Lepas tu terus pegi rumah aku..

Dah pukul 10 masa ni..
Aisyah pun dah tidur..
Die baru tidur..
Dengar bising-bising die bangun..
Bangun die minum susu kejap lepas tu sakan main dengan Sen..
Bukan main friend lagi dengan Sen..hihi..
Dengan Adah memang fail la..
Adah usik je menangis..hihi..

Dengan Sen siap gelak terkekek-kekek, ajak main bola dengan macam-macam lagi..
Aku dengan Sen pun kagum..

 Pada aku moment macam ni sangat precious..
Dah kerja, ada family, ada anak ni memang agak susah nak spend masa dengan kawan-kawan..
Dapat rezeki sekejap macam ni pun dah syukur sangat..
Dari sopan terus menjerit-jerit dalam kereta..
Lagi bila sesat dengan Sen..kahkahkah..

Last jumpa Adah sebelum masing-masing grad..
Last sekali aku jejak kaki ke Penang adalah masa hantar jubah konvo..
Bila la ada rezeki nak ke Penang lagi..
Insyaallah satu hari nanti..

Sunday, 3 December 2017

MOND'SUB' Peeling Off Black Mask..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Saje nak share pasal benda ni..
Dah lama tak buat entri macam ni..hehe..
 Aisyah dah tidur..
Die demam dari semalam..
So merengek je..

Petang semalam macam panas sikit..
Tapi sebab ramai pak cik mak cik die ada..
Balik cuti 3 hari ni..
So aktif je la die..
Walaupun kadang-kadang moody..
Hari ni mak, ayah, wan ke Perak hantar uncle..
Nak cari durian kononnya..
Tak tau la apa hasil die..
Petang tadi cik mok dah balik, malam pulak pak cik balik..
Petang semalam Aisyah siap mandi kolam lagi..
Tapi malam tadi badan die panas sejuk panas sejuk je..
Dari petang semalam dah bagi panadol..
Tengah hari tadi rasa macam panas, so aku terus amik keputusan nak bawak die pegi hospital..
Lagi hari ni cuti lagi..

Petang tadi keluar hantar cik mok lepas tu terus bawak die pegi hospital..
Pegi hospital doc masukkan ubat bontot lepas tu bagi ubat..
Alhamdulillah lepas tu die macam dah aktif sikit..
Kalau tak melepet je dekat aku..
Lepas tu die dah main-main dengan pak cik die..
Demam ni pun die kurang nak makan..
Nampak dah ok sikit tadi tanya die nak buah ke die angguk..hihi..
So kita pegi la Giant kejap cari buah..

Dekat Giant tadi beli kicap, isi ayam untuk makanan Aisyah, buah pear Aisyah lepas tu terjumpa benda ni..
Macam best je..
Mula-mula nak beli pore strip je..
Sekali nampak ni macam best pulak..
Amik la ni..
Aku ada voucher Giant rm20 sebenarnya..
So nak cukupkan la..
Ada jugak nak beli tuala..
Tapi bila tengok tuala die banyak macam tak serap air je..
Tengok dekat tempat lain la..



Peeling Off Black Mask..
Kalau sape yang dah lama follow blog aku ni..
Aku suka pakai Shiseido Black Mask kan..



Cara-cara nak guna..



Satu tube ni rm12 je.
Murah kan..

Aku cuba pakai ok la ketat..
Nak peel off pun senang..




Hasil die..
Memang puas hati habis keluar semua white head dengan black head..
Lagi dah lama tak pegi facial..

RM12 dan kesan macam ni..
Memang berbaloi-baloi..:)

Ok saje nak bagi tau..
Pegi hantar Aisyah tadi saje timbang dekat hospital tu..
Turun 2kg..
Ok penangan FAT..

Saturday, 2 December 2017

Half day leave - LHDN, U, Kad Konsesi Pelajar RAPID, Komuter Link Pelajar, TnG Nu Sentral..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Ini kisah minggu lepas..
Tapi baru ada masa nak share..
Ni pun dah lama terperam dalam draft baru malam ni ada masa nak sambung..
Harapnya boleh la post malam ni..

Minggu lepas aku memang sibuk dengan FAT..
2nd FAT untuk projek aku..
6 hari FAT..
4 hari minggu lepas dekat warehouse..
Isnin dengan selasa ni dekat ofis pulak..
Tinggal documentation je.
Harapnya boleh settle dengan baik..
Boleh cepat deliver barang..
Tak payah nak fikir lagi..

Ok berbalik kepada tajuk..
Aku memang ada plan nak cuti..
Plan asalnya nak cuti masa amik husband dekat air port..
Kiranya hari tu amik en.suami dekat air port terus cuti, lepas tu settlekan hal aku..
Sekali hari yang en.suami patutnya balik tu die tak dapat balik..
Postpone weekend..
Makanya aku kene pegi sendiri settlekan hal aku..
Kalau tak minggu lepas memang tak boleh pegi mana-mana dah..

Sebenarnya patutnya FAT last week pun postpone..
Sekali PM aku kata nak proceed je..
Sebagai orang bawahan, aku follow je la..huhu..
Khamis pagi tu aku inform die yang aku nak cuti half day nak settlekan hal aku..
Aku malas nak amik cuti hari Jumaat sebab nak prepare untuk FAT..
Setiap kali nak FAT I is nervous ok..kahkahkah..

Ok dari ofis aku naik LRT turun dekat Plaza Rakyat..
Tempat pertama aku pegi ialah LHDN..
Ada isu dengan payment..
Aku ada kene buat pembayaran..
Dah clarify dengan surat yang aku dapat..
Lepas tu dieorang inform yang kalau nak buat pembayaran kene buat dekat pejabat pos atau bank..
Dieorang tak terima pembayaran..

Dari UTC Pudu aku jalan kaki pegi Pasar Seni..
Dekat sini aku confirmkan tempat untuk buat Kad Pelajar Rapid KL..
Lepas tu aku terus pegi U aku untuk ambil dokumen..

Sebelum ni aku memang dah emailkan PIC U aku dokumen yang aku perlukan untuk..
Jadi aku memang datang untuk ambil je..
In case kalau tak de orang dekat kaunter pun aku dah call awal-awal, die akan tinggalkan atas kaunter..
 Nak ambil dokumen ni sekejap je..
Naik atas ambil nombor, lepas tu dah dapat dokumen..
Yang lamanya tunggu grab..

Lepas tu aku turun balik dekat Pasar Seni..
Untuk buat Kad Pelajar RAPID KL..
Tempat nak buat dekat sebelah stesen Pasar Seni je..
Dekat depan tu ada orang yang jaga..
Die akan minta dokumen yang diperlukan..
Dah semak, lengkap semua die akan bagi borang untuk diisi..

Untuk Kad Pelajar RAPID..
Dokumen yang diperlukan ialah;

1. Salinan Kad Pelajar yang disahkan oleh pihak U
2. Surat Pengesahan Pelajar oleh pihak U
3. Kad Pelajar
4. Kad Pengenalan

Boleh refer dekat link dekat bawah..

https://www.myrapid.com.my/fares-and-payments/all-tickets/concession-cards

 Dah isi borang semua..
Bagi semua dokumen dekat orang yang jaga lepas tu tunggu dekat dalam..
Nanti die akan panggil nama..

Panggil nama, ambil gambar dekat situ..
Lepas tu kad terus siap..
Wah bagusnya servis..
Dah ambil kad nanti die bagi dokumen lepas tu pegi dekat kaunter tunjuk kan kad, serahkan dokumen lepas tu bayar rm15..
Sila sediakan duit secukupnya..
Kalau tak macam aku kene beli pegi tukar duit..
Rezeki mak cik jual buah potong dekat belakang masa hujan..:)
 


Dah bayar lepas tu settle..
Pegi topup kad dekat kauntar LRT Pasar Seni terus enjoy faedah die..
Fare Discount of 50% on Cash Rate for every journey on RapidKL Bus, BRT, LRT, Monorail, MRT services.
Syok kan.. 



Lepas tu ke destinasi seterusnya..
Masa ni memang mengejar masa..
Masa dekat Pasar Seni ni pun kejar sebelum tutup pukul 4..
Lepas tu aku turun dekat KL Sentral..
Nak pegi bank bayar LHDN aku..
Alhamdulillah sempat nak bayar..
Tapi aku tak check lagi LHDN dah terima ke belum..
Bayar dekat bank ada kene servis charge rm2 macam tu tak silap..

 Turun dekat KL Sentral ni aku nak pegi Touch n Go jugak..
Kisahnya ada satu hari tu aku nak pegi keje..
Masa masuk dekat Senawang baki memang tak berapa banyak..
Tapi cukup rasanya nak sampai BTS..

Dah sampai BTS tu masa nak keluar sentuh kad dekat TnG menjerit pulak benda tu kata baki tak cukup..
Tapi sebab boleh je lalu..
Aku pun pegi la topup TnG aku..
Lepas topup aku pegi balik dekat tempat TnG komuter tu sentuh kad aku..
 Sekali aku tengok macam die tolak lebih rm20..
Aku masuk je dekat LRT sentuh kad baki tinggal rm30 macam tu..
Topup rm50..
Dalam tu pun ada baki lagi..
Banyak betul tolak..
Aku patah balik..
Mula-mula pegi tempat aku topup..
Sebab masa topup tak de resit..
Kot orang tu salah masukkan..
Sekali betul..
Aku pegi kaunter komuter..
So die inform yang kalau kita tak sentuh masuk, tapi sentuh keluar memang akan tolak rm20 lebih..
Kes aku mungkin masa aku keluar tak cukup baki tu die memang dah detect aku keluar..
Masa lepas aku topup sentuh balik jadi die detect aku keluar tapi tak de check in..
Tu kene tolak rm20 lebih..
Kalau nak refund kene pegi dekat TnG Nu Sentral..

Tu lah kisahnya kene pegi TnG ni..
Masa aku keje dekat KL Sentral dulu, pejabat TnG ni dekat KL Sentral..
Belakang 7E..
Tapi masa aku pegi dah tak de..
Aku google memang dekat Nu Sentral..
Kene la pegi Nu Sentral..




Amik nombor lepas tu die panggil bagi kad, die check transaksi..
Bagi tau tarikh dan masa..
Dah confirm bagi no akaun..
Dieorang akan bank in balik dalam akaun..
Kalau kad TnG yang kita tak nak guna lagi pun die akan transfer dalam akaun..

Settle ni terus ke Bangsar South..
Ni nanti aku cerita lain..

Ok cerita pasal Kad Konsesi ni..
Aku nak cerita pasal Komuter Link Pelajar jugak..
Masa aku mintak U aku prepare document, dieorang prepare kan untuk Kad Pelajar Komuter aku jugak..

Yang ni kene isi borang online..
Lepas tu upload dokumen yang diperlukan..

1. Borang Pengesahan oleh pihak U,
2. Salinan Kad Pelajar
3. Salinan IC

Lepas submit dalam seminggu dapat pengesahan permohonan dah diluluskan..
Cepat jugak..
Disebabkan aku agak sibuk minggu lepas..
Aku call care-line die tanya macam mana nak ambil..
Mengikut PIC tu, orang lain boleh tolong ambilkan..
Bawa copy IC pemohon..
So aku mintak Sen tolong ambilkan..
Aku emailkan copy IC aku..
Tak silap masa on the phone orang tu kata kene bayar rm5..
Tapi Sen kata tak de pulak..
Cuma die topup kan aku rm50 terus..
Yang ni boleh topup dekat situ jugak..

Dengan kad ni akan dapat 50% diskaun jugak..:)
Boleh mohon dekat link bawah..

http://staff.ktmb.com.my/comlink/card/index.php?module=cl_mainPage



Khamis malam tu terus pegi ambil dekat Sen..
Belum guna lagi..

Untuk dua-dua kad konsesi ni aku selalu dengar pengumuman yang die orang tengah check random..
Tak tau la check random macam mana..
Mungkin check dengan IC kot..
Sebab aku pun tak de pulak la bawak kad pelajar kemana-mana..
Atau kene bawak sekarang..hehe..

Ok lah jimat banyak..
Lagi pengguna tegar public transport macam aku..

Wednesday, 29 November 2017

WW - Reunite after 7 years..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..



Kisah minggu lepas..
Adah datang kl..
Cuba untuk jumpa dan berjaya..
Lepas tujuk tahun grad dekat Penang baru dapat jumpa balik..
Such a memorable moments..
Rajin nanti aku share..



Wednesday, 22 November 2017

Pengguna Grab..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..


Aku on the way nak pegi Kl..
Nak settle kan beberapa benda hari ni..
Hurmmm amik half day cuti..
Sepatutnya memang nak cuti hari ni..
Tapi sebab en.suami tak jadi balik hari mi..
Aku amik je la half day settle kan hal..
Sebab nye minggu depan sampai 6 Dec aku penuh dengan FAT..
Jadi baik settle kan awal-awal..
Kalau tak lagi delay nanti lagi susah..

Ok sebelum menyimpang jauh..
Balik pada tajuk..
Aku nak cerita pasal naik grab free sebenarnya..
Aku rasa ramai pernah guna grab ni..
Aku pulak sejak start kelas awal tahun hari tu memang pengguna tegar grab la..
Guna grab untuk pergi kelas, pegi kerja..
Setakat ni pun aku berpuashati dengan perkhidmatan grab ni..
Dalam minggu ni aku ada godek godek grab ni..
Sekali aku nampak yang boleh redeem rewards dengan cash..
Apalagi aku pun cuba la..
Masa 1st time tu aku kene bayar rm1 je..
Tapi untuk hari ni aku naik free je..


Bayar seringgit je..
Yang free tak dapat lagi resit pulak..


Column rewards untuk korang purchase..
Selain boleh dapat cash untuk ride, boleh jugak dapat rewards untuk benda lain..

Ok nak share tu je..
Harap esok en.suami jadi balik..
Sebab plan nak bawak kereta pegi kerja, balik tu boleh terus jemput die..
Esok kene pegi warehouse prepare untuk FAT next week..

Tuesday, 21 November 2017

Borak kosong - Such a bad day..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..


Selamat pagi korang..
Aku tengah tunggu train dekat komuter senawang..
Terlepas train 641..
Tak pelah boleh la update sikit..
Nak cerita pasal semalam sebenarnya..

Malam sebelum tu aku tidur awal..
Alhamdulillah bangun pagi semalam rasa segar je..
Sebab cukup tidur kot..
Bangun awal, keluar awal..
Dapat naik train 641..
Dalam train semalam tak tidur pun..

Ok sampai BTS aku nak keluar tab kad touch n go sekali kata baki aku tak cukup..
Masa naik dekat senawang ada dalam 8 ringgit macam tu..
Cukup je rasanya untuk sampai BTS..
Memang plan nak topup dekat BTS..
Bila kad tulis tak cukup baki aku pun pegi lah topup, lepas tu tap balik..
Rasanya display tolak dalam rm20 lebih..huhu..
Ok mungkin salah tengok..
Tap nak naik lrt, eh betul la kad tinggal rm30 mcm tu..
Tadi baru topup rm50..
Aku keluar balik, kene charge 80 sen..
Pegi dekat kedai aku topup, sebab tadi die tak de bagi aku resit..
Kot salah topup..
Sekali betul..
Lepas tu aku pegi kaunter komuter..
Die kata kalau kita tak tap betul-betul masa masuk, bila keluar memang die akan tolak rm2+..
So case aku ni, mungkin masa 1st time aku tap yang baki tak mencukupi tu aku dah keluar dah..
Jadi bila lepas topup bila aku tap balik die detect aku keluar, tanpa masuk tu yang macam kene penalti..
Boleh refund balik duit, tapi kene pergi dekat KL Sentral..

Walaupun dah sampai awal, tapi sebab masalah kad tu, dah jadi lambat..
Ok terus kan naik LRT.
Sekali lagi, entah mengelamun apa entah semalam dalam LRT..
Sekali tetiba dah sampai stesyen Puchong Prima..
Eh dah terlepas LRT Bandar Puteri ni..hoho..
Dah siap booking grab masa ni..
Turun train, pegi platform sebelah tunggu train nk pegi Bdr Puteri..
Call grab die tak nak tunggu, so booking yang lain..
End up sampai ofis lambat walaupun naik train awal pagi..

Semalam juga boss suruh proceed dengan FAT next week..
Mula-mula konon nak postpone..
Ok tak pe kita prepare je la dulu..

Petang pulak call fakulti nak drop satu subjek..
Tapi kene discuss dengan lecturer dulu..
Ok hari ni call..
Harap dipermudahkan..

Serabut jugak semalam sebab banyak benda tak settle sampai petang..
Tak pelah aku usaha je la yang terbaik..
Selebihnya aku serahkan dekat Dia..
Dekat die je harapan aku..

Tengah on the phone dengan class mate dalam train semalam..
Tiba-tiba orang yang berdiri depan aku dapat phone call..
Macam dapat berita kurang baik..
Meraung die, sampai terduduk dalam train..
Lepas aku habis on the phone, ada seorang ni offer seat dan orang keliling tenangkan dia..
Rupanya dapat berita dari husband die yang anak die dah tak da..
Tak silap aku, anak die minum susu dalam buaian, husband die tinggal kan sekejap.
Datang balik tengok leher anak die terbelit dekat buaian..
Mungkin anak die cuba turun dari buaian, lepas tu terbelit dekat leher..
Dah bawak pegi hospital, katanya tak de pulse lagi..
So die turun dekat stesyen terdekat nak ke hospital..
Semoga anak die dapat diselamatkan, jika tak, Alfatihah untuk anak syurga die..
Sebelum pegi kerja tinggal kan dalam keadaan baik, tiba-tiba dapat perkhabaran musibah..
Masa ni memang teringat Aisyah..

Sesungguhnya Dia yang maha berkuasa..
Sebaik baik perancang..
Kita cuma lah selemah lemah manusia.

Insyaallah hari ni en.suami turun dari laut..
Esok balik kl..
Tapi tak confirm lagi..
Ada banyak juga benda nak settle kan minggu ni..



Saturday, 18 November 2017

Selamat Hari Lahir Aisyah Humaira - 1 yo..

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..


Alhamdulillah hari ni Aisyah dah setahun..
Sekejap je rasa..

Pagi tadi aku tengah siap-siap nak pegi kelas die dah bangun..
Ceria je bangun pagi ni..
Masa nak pegi elok je die melambai bye bye aku..

Semoga Aisyah, our strong daughter membesar dengan sihat dan bijak..
Jadi anak yang solehah..
Berjaya di dunia dan akhirat..
Abah masih away lagi..
1st hit die pun tak settle lagi..
Insyaallah abah balik nanti kita celebrate..

Borak Kosong - Lampu Tidur..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Hari ni aku habis kelas awal..
Pukul 12 macam tu dah habis..
Boleh la balik awal..

Kitaorang tengah consider untuk drop satu subjek..
Rasa pack sangat sem ni..
Kalau boleh nak ada masa untuk study, fokus dekat subjek..
Lagi masing-masing banyak komitmen..
Tengok la nanti macam mana..

Balik tadi pegi makan..
Lepas tu balik rumah pam..
Settle tu terus tidur..
Memang aku mengantuk gila..
Dalam kelas tadi mengantuk sangat..
Rasa nak terlelap je..huhu..
Nasib baik la kelas habis awal..
So dapat la tidur petang tadi..
Dah lama x dapat tidur berkualiti..huhu..

Penat ulang alik pun ye jugak..
Banyak masa habis travel..
Lepas tu Khamis dengan Jumaat aku ada full day dua hari FAT..
Dari minggu lepas memang sibuk prepare untuk FAT ni la..
Prepare doc segala..
Dengan kelas lagi..
Insyaallah Tuhan permudahkan..

Berbalik pada tajuk dekat atas..
Saje nak borak-borak pasal lampu..

Sape memang fully utilized lampu tidur?
Jujurnye sebelum ni memang aku tak de pun guna lampu tidur ni..
Punya la lama kan..
Ada pun buat hiasan je..
Tapi sekarang ni aku rasa lampu tidur ni penting..

Mungkin la sebab ada Aisyah ni..
Selalunya Aisyah akan tidur awal..
Instead of terus tutup lampu..
Biasanya bila lepas die tidur aku akan pasang lampu tidur..
Sebab aku pun keluar masuk bilik jadi adalah cahaya dari gelap terus je.. 
 



Aku suka lampu yang boleh laras cahaya die..
Kalau aku pun dah tidur, memang akan tutup lampu terus la..

In case kalau ada yang dah tidur, kalau en.suami ada ke contohnye..
Die ada nak masuk bilik bila aku dah tidur ke, die akan pasang lampu tidur je..
Tak delah pasang lampu besar..
Cukup la cahaya tu..
Dari mengganggu tidur orang lain kalau pasang lampu besar..
Sebab kalau macam aku, bila pasang lampu putih tu, memang aku akan terjaga..
Cahaya die terang gila kan..

Lagi satu kalau aku ada dalam bilik..
Nak main phone ke, aku akan bukak lampu ni jugak..
Tak de lah lampu henfon semata, sakit mata..

Lagi satu, kadang-kadang aku study dalam bilik pun bertemankan lampu tidur je..
Baca note dekat tab, atau kalau terdesak sangat kene baca note on paper..
Dah malam-malam pagi-pagi buat..
Aku suka study dekat bilik sambil temankan Aisyah tidur..

Hurmmm senang kata sekarang aku rasa memang lampu tidur ni adalah penting..
 Selain jadi hiasan deko, memang banyak gunanya..
Lampu tidur je pun kan, pun nak sembang..hehe..
Ok la, Selamat Malam..

Wednesday, 15 November 2017

WW - 2 weeks Away..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..




Saya dah 2 minggu tak jumpa abah..
Awal-awal abah pegi die selalu panggil abah..
Tapi kalau sekarang tanya abah mana die macam blur je..

Tadi tunjuk gambar abah die tengok je..
Nak tidur abah call..
Dapat la dengar suara abah sekejap..
Suruh cakap die tengah menyusu, ngantuk nak tidur..
Abah dapat dengar die menangis je..hihi..

Saya rindu abah saya..
Minggu depan abah baru balik..:)

Sunday, 12 November 2017

Welcome to the 2nd hit..

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..


Sekarang ni aku dalam train nak balik rumah..
Alhamdulillah baru settle untuk minggu pertama 2nd hit kelas aku..
Sekarang ni memang jarang dapat menulis..
Kalau dekat ofis busy dengan kerja..
Insyaallah next week akan ada 1st FAT untuk projek aku..
Sebelum ni untuk projek kecik-kecik je..
Yang ni memang real  
So dekat ofis memang busy la, pegi visit dekat warehouse, prepare document, dll..
Lagi banyak benda 1st time..
Memang struggle sikit la..

Lepas tu pulak sekarang kan en.suami away..
So rutinnya adalah pagi aku akan drive pegi stesyen komuter, turun dkt tbs, amik lrt, then amik grab dr lrt ke ofis..
Biasanya dlm komuter aku akan tidur..
Petang pukul 530 aku memang cabut la nak sampai awal..
Dapat la main dengan Aisyah kejap sebelum die tidur..
Pagi pun die bangun awal..
Selalunya sebelum aku pegi keje die dah bangun..
Malam Aisyah dah tidur aku akan solat dan tidur..
Banyak masa habis dekat travel..

Last week pun bos aku away..
So aku ada buat mistake..
Quite a big mistake..
Bos aku tak perasan then aku confessed je..
Alhamdulillah die ok, dan benda dah settle..
Lesson learnt sangat..huhu..
Agah tough jugak banyak benda kene handle sendiri bila en.suami away..
Last week beli safety boot sendiri, buat salah dan hadap sendiri..

Untuk 2nd hit ni memang banyak quiz, test dan assignment..
Benda ni pulak parallel dengan FAT yang banyak untuk bulan ni, bulan depan sampai jan..
Jan aku akan exam..

Weekend ni aku kene hantar assignment 1 untuk course weekend ni..
Ada quiz dan test jugak..
Weekdays memang aku tak sempat la nak buat..huhu..
Semalam aku terlewat bangun..
Sebenarnya dah bangun awal..
Tapi penat, so aku cadang nak masuk lambat sikit..
Otw pegi stesyen komuter, fikir balik drive je la pegi kelas..
Kereta pun tak jalan sangat minggu ni..
Pegi ok la sampai awal..
Tapi nak balik adeh jem dr jalan ampang ke tol sg.besi..huhuhu..
Dah maghrib baru sampai rumah..huhu..
Kebetulan aisyah pegi Johor semalam..
Balik tu dah mandi aku keluar balik pegi McD buat assignment sambil study untuk quiz dengan test hari ni..
Tak sempat siap pun assignment semalam..huhu..
Hari ni mintak tangguh hantar next class..
Untuk quiz ok la, tp test tak ok sebab careless..huhu..too bad..

Insyaallah akan cuba survive..
Penat memang penat..
Tapi banyak jugak benda positif nya..
Sekurang-kurang nya masa aku diisi dengan banyak benda berfaedah..
Buat aku banyak berdoa dan bermuhasabah diri jugak..
Tak sempat nak fikit benda-benda yang negatif jugak..

Bercakap pasal en.suami..
Insyaallah minggu depan die balik, atau minggu lagi satu..
Balik kejap nanti pegi balik..
Awal-awal die pegi Aisyah selalu panggil-panggil abah..
Lagi kalau balik kerja atau bangun tidur..
Tercari-cari kot..
Sekarang dah kurang sikit..
Kalau tunjuk gambar abah pun die senyap je..
Sejak away, ada 3 kali en.suami call..
Tapi Aisyah dah tidur..
Tak de rezeki nak cakap dengan abah..
Abah pun rindu Aisyah..

Semoga semuanya baik-baik je..
Insyaallah dengan Izinnya tak de perkara yang mustahil..

Tuesday, 7 November 2017

WW - Wordless Wednesday..

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..




Saturday, 4 November 2017

Aisyah's 1st Holiday - Asam Pedas Claypot, Hard Rock Hotel Melaka & Beca..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Meh la habiskan entri Melaka ni..
Lepas ni entah bila boleh update blog lagi..

Last part ni nak cerita pasal aktiviti masa dekat sana..
Saje buat kenangan..:)

Untuk hari pertama lepas maghrib kitaoang pegi Banda Hilir..
Perjalanan boleh tahan lama sebab contruction dekat Ayer Keroh dan banyak trafik light..
Lagi pulak Melaka kalau weekend ramai orang..
Untuk aktiviti memang light and easy je..
Dalam kereta biasanya Aisyah menyusu dan tidur je..

1st sekali kitaorang pegi makan dekat Asam Pedas Claypot..
Bukan main ramai orang..
So makanan pun lambat la jugak dapat..

Aku amik set ikan kembong, en.suami set ikan pari, nasi tambah 1, air suam, air teh o ais dan otak-otak 6 keping..
Total rm34.50 tak silap..
Kalau set tu ada ikan, telur masin, kobis goreng dan nasi..
Kali kedua makan dekat sini..
Pada aku biasa-biasa je.
Macam makan asam pedas mak dengan mak mertua lagi sedap je..Opssss..:)

Next kitaorang ke Banda Hilir..
Awal plan nak naik boat dekat Sungai Melaka..
Tapi dah sampai rasa macam malas pulak..
Dah lambat pun satu hal..
So jalan dekat tepi sungai, lepas tu pegi Hard Rock Hotel Melaka..
Dekat Hard Rock pegi store die je usha barang..
Friendly gila staff die dengan Aisyah..
Siap main-main dengan teddy bear dieorang lagi..
Dengar live die syok je..

Lepas tu kitoarang naik beca pulak..
RM 25 sekali naik..
Die bawak pegi A Famosa sana, dekat sini boleh turun ambil gambar ke, dieorang tunggu..
Patah balik lepas tu pusing-pusing dekat bangunan merah 2 kali..
Abang tu siap bukak lagu SharK Doo Doo dengan Didi lagi untuk Aisyah..
Aisyah behave je enjoy the ride..
Masa lalu depan Aldy tengok tak de live band..huhu..
Ingatkan nak lepak sana makan ice cream ke sambil layan live band..
Dekat sini open concept..
Kalau Aisyah nangis ke still ok lagi.
Dekat Hard Rock macam tak ok je...Soon ok..hihi..

Tak de pun pegi jalan dekat Jonker ke apa..
Masa ni pun dah ramai orang yang berniaga dekat tepi jalan tu dah kemas balik je..
Dah 11 lebih dekat pukul 12..

Sebelum balik hotel singgah kejap dekat litar dekat Ayer Keroh..
Ada drag, nak jumpa Farez kejap..
Tak tak dapat dihubungi pulak..
So balik je la..

Esok nya pulak lepas check out pegi makan sambil jumpa Farez..
Mula-mula nak makan dekat tasik..
Tapi cancel makan dekat McD je la senang tak payah pusing-pusnig..

Plan asalnya nak pegi Zoo melaka..
Tapi disebabkan masa nak check out tu Aisyah tengah tidur..
Masa dekat McD pun die macam tak selesa je..
Mood tak berapa elok macam nak tidur je..
So kitaorang cancel pegi Zoo Melaka..
Tu next trip la pulak..
 Hari sebelum tu en.suami ada singgah tanya dekat kaunter..
Untuk masuk, dewasa rm17, kanak-kanak free..
Kira ok la kan..

Ada yang kata binatang die tak banyak sangat..
Ada yang kata ok je..
Ayah pulak kata Zoo Melaka cantik.. 
Macam mana pun nanti kene pegi jugak nanti ni..
Mungkin kene stay lama sikit next trip..

Masa pegi trip ni kitaorang rasa memang perlukan stroller..
At least kalau Aisyah penat boleh la tidur..
Kalau tak kene dukung je..
Macam office mate aku kata, bila makin besar nanti lagi susah nak ajar..
Kesian anak penat, dan kita pun penat nak dukung..
Tak boleh fikir sekarang je..
Ok dah booking stroller..hehe..

Aisyah's 1st Holiday - Multifunction Electric Lunch Box, Toiletries and Toys..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Ok sambung lagi cerita bercuti Aisyah..
 Sementara ada masa ni boleh la update..
Rindu nak online dengan laptop ni sebenarnya.:)
Kalau dekat ofis susah sikit..
Banyak lalat..huhu..

Sejak ada anak ni pape pun mestilah fikir die kan..
Salah satunya pasal makanan die..
Macam Aisyah makanan utama die masih lagi bubur..
Jadi bila pegi bercuti macam mana nak masak bubur..
Macam mana nak panas kan makanan die..
  Selain tu die boleh la makan benda lain jugak..
Buah, sup, roti ke.. 

Jadi sebelum booking haritu aku call dulu tanya hotel ada sediakan menu untuk kanak-kanak bawah setahun tak, bubur biasanya..
Biasanya ada je bubur..
Terutamanya masa breakfast kan..
Tak pun boleh booking by room service ke..
Boleh je beli dekat luar..
Tapi disebabkan kita duduk situ, buatnya tak jadi keluar, hujan ke..
Kene order dekat hotel ke..
So memang aku check dengan hotel..
Ada hotel yang tak de bubur..
Tapi die check dengan kitchen, kalau request boleh je chief die buatkan..

Ok settle pasal tu..
Cerita dekat bilik pulak..
Macam aku bawak bubur Aisyah hari Sabtu tu dari rumah..
Macam mana nak pastikan bubur tak basi, dan boleh panaskan masa Aisyah nak makan..

So aku bawak la Multifunction Electric Lunch Box..




Gambar ehsan google..
Lunch box aku dekat rumah Seremban..

Material: Hard plastic, Stainless steel
Power: 200W
Voltage: 220V – 50Hz
Capacity: 1L

Package includes
1x stainless steel bowl
1x stainless steel plate
1x measuring cup
1x plastic lid for bowl
1x egg tray

With just a button, Cooking ricing, steaming food has never been so easy. It's a low Watt but efficient Cooker Steamer. It is good especially for kids on school that need to steam so rice or food that you have prepared so carefully. To keep your food warm enough at hospital, or your soap that you have well prepared before. All in just a button.

Easy 3 Steps To Use:
1. Fill in adequate water from the measurement cup to the lunch box.
2. Put in the food container.
3. Press the start button and your meal will be prepared hot in minutes.


Kecik je saiz die..

Sebelum gerak aku dah letak bubur Aisyah siap-siap dalam periuk besi tu..
Periuk besi tu ada tutup plastik die..
So tak delah bubur ni tumpah dalam box ni..
Sampai hotel aku bukak tutup periuk tu, letak air, pasang kabel on kan plug lepas tu tekan button..
So die akan reheatlah bubur Aisyah..

Boleh tengok video ni..


Aku beli online je..
Adik aku tolong carikan, aku bayar je..
Dalam rm30-rm40 je tak silap termasuk postage..
Dah lama beli tak 1st time guna dekat hotel..

Ada banyak je jenis lunch box ni aku tengok..
Sangat berguna untuk travel aku rasa..
Aku join sekali makan bubur die balik dari Banda Hilir malam tu..
Syok makan bubur panas-panas kan..:)

 Even kalau pegi jalan rumah orang pun bila bawak makanan die senang nak panaskan..
Sebab storage dan nak panas kan simple je sekali..

Ok cukup cerita pasal lunch box..

Selain dari tu bila travel of course la toiletries antara benda yang penting kan..
Senang nak mandi/syampoo ke apa dekat mana-mana..
 Sebelum ni memang toiletries die jarang guna..
Kalau ada pun masa keluar lama..
Yelah jarang keluar bermalam kan..
Kalau ada keluar pun kalau lewat pun balik rumah jugak..
Dekat rumah kampung, seremban atau mertua memang barang die dah siap ada..
Memang tak de la dalam beg die..
Dalam beg die selalu ada baju dengan beg bat die je..
Tapi nak pegi ni memang aku bawak la..
Nasib baik ada 1 box lagi travel toiletries die masa baby dulu tak guna lagi..
Baru ni masa pegi ware house baby kiko aku topup beli 1 set lagi rm10 je..
Senang bawak travel pack..



Selain dari tu bawak jugak la toy die sikit..
Ada satu set lego dan bola die..
Kot bosan-bosan dekat bilik boleh la main-main bagi die leka sekejap..


Kalau ada info lebih nanti aku share lagi..
Kalau ada nak share ke dialu-alukan..

Sementara update blog ni..
Aku nak ucapkan takziah dekat blogger http://www.pinkymomma.com/ atas kejadian yang menimpa arwah suaminya..
Suka baca blog die dengan 4 hulu balang die..

Terkejut juga baca berita pasal kemalangan dekat plant tu petang semalam..
Tapi lagi terkejut bila tau salah seorang mangsa merupakan suami Kak Fink..
Semoga terus tabah bersama anak-anak..
Alfatihah untuk arwah suami Kak Fink..

 Semoga en.suami yang berada dekat tengah Laut China Selatan tu baik-baik je hendaknya..
Dan semoga Hendry pun baik-baik je dekat tengah laut..

Aisyah's 1st Holiday - Amverton Heritage Resort..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Ok sambung cerita pasal holiday hari tu..
Boleh baca dekat SINI..
Macam aku cerita sebelum ni, ni last minit plan..

Masa hari Khamis tu ada dah usha-usha hotel tak silap..
Tapi sebab tak confirm lagi..
Sebab en.suami kalau boleh malas nak tidur-tidur dekat hotel ni..
Tapi berjaya jugak meyakinkan die, sebab nak bawa anak die jalan-jalan..

Mula-mula plan nak mandi laut dekat Port Dickson je..
Lepas tu terus tidur sana..
Akan keluar pegi makan, kalau tak keluar duduk dekat hotel je la..
Cari-cari hotel, banyak dah sold..
Kalau ada yang available pun rm4++.++ lebih satu malam..
Mahei kot..
Lagi la en.suami malas nak pegi..

So tukar plan..
Aku cari dekat Melaka pulak..
Mula-mula en.suami malas nak pegi Melaka ni..
Kalau nak pegi pun lepas die balik nanti..
Sebab nak proper plan pegi sana..
Melaka kan banyak tempat.. 
So tempat dan belanja tu plan betul-betul..
Lagi tak beli stroller untuk Aisyah lagi..
Tapi aku cakap boleh la nak pegi kali ni untuk simple-simple je..
 Bini nak pegi jugek..hohoho..

Bila cari tempat kene la cari aktiviti yang sesuai dengan Aisyah jugak..
Mula-mula usha dekat A Famosa, Melaka..
Ok la ada Safari semua..
Tapi dah last minit..
Hotel dah mahal..
Nak bayar kalau nak masuk Safari lagi..
Sebelum kene reject dengan en.suami..
Cari yang lain lagi..hihi..

Mula-mula plan nak duduk dekat Banda Hilir..
Senang nak pegi mana-mana..
Siap dah book online, dah call hotel tanya untuk makanan Aisyah..
Tapi masa bagi tau en.suami..
Die kata die kurang suka hotel ni sebab tak de parking..
Kene parking tepi jalan je..
Kalau park awal ok la boleh park keliling hotel..
Kalau tak kene park jauh sikit..
Lagi kalau Banda Hilir tu sibuk kan..
Walaupun aku suka hotel ni..
Demi en.suami, aku cari la hotel lain..huhu..
Die propose Avillion Hotel Melaka...
Tapi bila call dekat Melaka kene contact dekat KL..
Aku dah la dah booking Aldy, nanti kalau booking ni lagi..
Cancel last minit silap-silap kene charge..

Panjang pulak mukadimah..haha..
Last sekali pagi Sabtu tu bukak Agoda, beli dekat situ je..huhu..
Sebab memang confirm nak pegi..

Pagi tu sempat la layan Aisyah mandi pool dulu..
Settle kan laundry dengan kemas-kemas semua dulu..
Sebab check in hotel pukul 2..
Dari Senawang ke Melaka tak jauh pun..
Gerak lepas Zohor..

 Pilihan terakhir ialah Amverton Heritage Hotel (dulu Puteri resot)..
Masa tengok dekat Agoda, rate macam ok..
Less dari rm200..
Lepas tu tengok pun hotel ni banyak kemudahan untuk kanak-kanak..
Memang sesuai sangat la dengan Aisyah..

  • Swimming Pool
  • Children Water Park
  • Mini Children Dry Park
  • Pool-Tables
  • Gymnasium
  • Kid’s Fun Zone
  • Kid’s Game Room
  • Football Table
  • Kids/Adults ATV
  • Convenience Shop


Masa aku sampai nak check in ramai jugak yang nak check in..
So aku jalan-jalan dulu..
1st skeali pegi dekat tempat ni..
Tak de orang pun..
Bawak Aisyah main bola..
Happy die main bola banyak-banyak..
Tapi yang lain tu die tak boleh main lagi la sebab kecik lagi..

Settle check in kitaorang bawak masuk barang ke bilik dan bagi Aisyah makan..
Bawak bubur untuk Aisyah dari rumah..
Lepas tu kitaorang keluar pegi Mydin MITC pegi makan..
Punya lah jem dekat Ayer Keroh sebab tengah buat construction..
Sampai MITC ada kedai makanan pun dah habis..huhu..
So makan dekat food court Mydin je..
Sementara en.suami makan aku sempat pegi Mydin nak cari pampers swimmer untuk Aisyah..
Tapi tak jumpa pun..
Tengok dekat online banyak je jual..
Beli online je la lepas ni..
Sudahnya tak beli apa pun dekat Mydin..

Balik hotel naik bilik siap-siap nak bawak Aisyah mandi..
Masa ni dalam pukul 5 lebih pukul 6 petang kot..
Ok la sebab cuaca dah redup..
 Masa check in tu tak de sape pun mandi sebab tengah panas terik..
Kebanyakkan yang datang pun memang bawak anak kecik..




Inilah tempat mainan untuk kanak-kanak..
Kalau tinggi Aisyah ada setengah tempat tak tenggelam pun..
Tak de dalam sangat..
Suka la die berjalan-jalan dalam kolam ni..
Cuma air macam sejuk sikit..
Lama sikit gigil-gigil Aisyah..
Dekat sini mak dengan ayah boleh temankan anak main..
Aku dengan en.suami siap bawak Aisyah naik slide..

Aisyah pakai baju biasa je mandi..
Tak de beli baju renang, pampers untuk mandi pun tak beli, pelampung pun tak bawak..huhu..
Tapi die tetap happy dan fun..
Tu semua next trip la ye..:)

Dalam 6 lebih bawak Aisyah naik..
Sambung mandi dekat tub..
Lepas tu tidur kan die kejap sementara kitaorang siap..
Penat main air..

Malam kitaorang pegi Banda Hilir..
Tu nanti aku cerita lain..

Balik malam tu lambat gak..
Dalam pukul 12 malam..
Sampai bilik die memang terus tidur..

Pagi lagi Aisyah dah  bangun..
Dalam pukul 7 pagi..
So kitaorang siap-siap pegi breakfast..
Breakfast termasuk sekali..
Untuk Aisyah free..
Makanan breakfast ok la..
Tak de la mewah macam hotel mahal..
Ada cereal, mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, buah, roti semua..
Untuk Aisyah die makan buah dengan bubur la..
Letak ayam kari dalam bubur die..suka die makan..
Lagi pun sebab ramai budak-budak lain dekat situ, ada la aku bawak die jalan-jalan sementara en.suami makan..

Lepas makan kitaorang sambung pegi mandi..
Semua yang lain pun sama..hahaha..
Memang meriah la dekat pool..
Kali ni dalam sejam jugak mandi..

Naik atas mandikan die siap-siap lepas tu die tertidur..
Kitaorang siap request check out lambat sebab Aisyah tidur..
Paling lambat check out pukul 1..
Tu pun kene angkat die tengah tidur..huhu..


Ni lah bilik kitaorang..
Masa check bilik dekat dalam web nampak macam ni aku bawak toto siap-siap..
Sebab lantai die tiles..
Confirm sejuk kan..
Aisyah lepak dekat bawak boleh la duduk atas toto..
Beria die berpusing sana sini, panjat sana sini masuk toilet segala..

Mula-mula masuk bilik aku tengok memang semua tiles je..
Dekat koridor ke..
Nampak macam tak best je..
Tapi memang praktikal la die buat macam tu sebab ramai mandi dekat pool kan..
So naik bilik semua basah-basah..
Kalau letak karpet memang teruk la kan..

Semua bilik pun memang ada balkoni..
Senang nak sidai baju basah..hihi..

Aku puas hati la dengan bilik die..
Semua yang basic ada..
Nak iron ada disediakan dekat luar..

Kalau baca banyak yang best-best je kan..hehe..

Macam aku bagi tau dekat atas..
Hotel ni Puteri Resort dulu..
Hotel lama..
Masa kitaorang pegi banyak gila renovate..
Nak check in pun dekat ada ruang sementara je..
Lobby tengah renovate..
Ada kedai aku tengok jual pakaian renang ke apa pun tutup jugak.. 

Bilik memang basic je la..
Toilet tak sediakan ubat gigi pun..huhu..
Pencahayaan untuk dekat toilet pun suram gila..
Lagi dekat kawasan tub mandi suram gila.
Macam tak cukup lampu je..
Lagi bila bawak kanak-kanak..huhu..

Lampu dinding dekat koridor mentol pun tak de..
Sekadar hiasan je..

Malam balik dari Banda Hilir access card tak boleh guna..
Tengah malam tu call recep dieorang hantar kad baru..


Berapa kos hotel..

 

Total  macam dalam gambar..
1st time aku booking dengan Agoda..
Direct deduct dari kad..
Sampai bagi no fon dengan IC je..
Tak de collect deposit ke apa..
Nak check out just pulangkan kad bilik je..

Nak info lebih boleh tengok web dieorang..

Mula-mula sampai memang kata tak best la dekat en.suami..
Kalau duduk berdua dengan die je memang tak best la..
Macam suram je..
Berbanding dengan hotel lain dekat Melaka yang kita orang pernah duduk..
Tapi untuk Aisyah memang berbaloi sangat..
Banyak kemudahan dekat hotel ni yang sangat sesuai untuk umur Aisyah..
Kalau mainan kanak-kanak yang advance sangat pun tak sesuai jugak..
Even aku ada borak dengan mak lain pun kata hotel ni best untuk anak die..
Convenient jugak sebab dekat Ayer Keroh nak pegi zoo ke dekat..

Banyak tempat untuk kanak-kanak dekat Ayer Keroh..
Kalau nak makan atau mall ada MITC..
Sebab kitaorang tak perlukan bandar sangat pun..
Tak de lah nak shopping atau cari tempat-tempat makan dekat Melaka..
Memang intention nak duduk dekat hotel spend masa..

Ok dah panjang sangat dah..
Nanti aku share part lain pulak ye..:)

Ok tambah sikit..
Sebab Aisyah kecik lagi..
Ni pun pengalaman pertama kitaorang..
Aku mula-mula risau jugak kalau die tidur dekat hotel..
Kot menangis ke apa..
Tapi Alhamdulillah die ok je..
Tidur lena tanpa gangguan..
Nak masuk bilik bagi salam..
Kibas katil semua..
Baca Ayat Kursi, 3 Qul, dll..
Insyaallah semua ok..
Lepas ni boleh la pegi holiday lagi..:)

Tuesday, 31 October 2017

iPANEMA untuk Abah & Aisyah..

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..


Balik kerja semalam lincah-lincah pegi Mid Valley beli barang..
Beli barang keperluan masing-masing sebelum abah away..
Hari tu ada juga cari dekat kampung..
Tapi tak banyak pilihan dan lagi mahal..
Beli dekat KL la senang - banyak pilihan dan lagi murah..

Salah satu nya nak beli selipar untuk abah dan Aisyah..
Selipar Abah yang beli rm2.50 dekat Giant dah putus..
Lagi pun selipar tu lembut sangat..
Aku sendiri pakai pun rasa tak selesa..
Kalau untuk pakai dekat dalam rumah ok la kot..
Lagi satu tak grip sebab span, bukan getah..

Pilihan die kali ni Rider..
Adik beradik iPANEMA jugak la ni..
Yang penting getah die selesa..


RM 59.90...


Cari untuk Aisyah jugak..
Kalau dekat luar die suka jalan-jalan orang pimpin die..
Boleh la belikan sandal untuk die..


Ni untuk Aisyah..
Rm 45.90..


Aisyah nak jalan-jalan..


Disebabkan kitaorang memang puas hati pakai selipar ni..
Selesa, tak melecet, grip ok, harga pun ok..
Tu belikan untuk Aisyah brand ni jugak..

Selain tu semalam sempat beli benda lain jugak..
Ada barang aku, abah, makanan Aisyah, sabun mandi die..
Senang nak beli satu tempat je..

Ni pun ada lagi barang yang patut beli tak beli lagi..
Beg pam dah koyak, wallet aku dah teruk sangat, calculator..
Sementara ni selagi boleh pakai kita pakai la dulu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...