Tuesday, 30 August 2016

Last Weekend - UKM Bangi & KLCC..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Weekend aku sekarang dah kurang best..
Ada hari Ahad je nak settle kan apa-apa hal..
Hari Isnin pulak selalunya aku lepak dekat rumah atau pegi check up..

Ok last Sunday agak sibuk..
Bangun awal jugak kalau consider hari minggu..
Tengah hari tu kitaorang ke UKM Bangi..
Sepupu aku Amirul daftar untuk degree..
So tengah hari kitaorang ke sana la untuk bagi sokongan..
Aku dengan en.suami dari Subang Jaya je..
Mak, ayah, wan, P.Long, M.Long dengan wan Gentam dari Seremban..
M.long selalu tinggal sorang balik la lepas ni..
Datang tu untuk bagi sokongan pun ye, bole jumpa family pun ye jugak..
Tak lama pun dekat sana..
Sampai dalam pukul 2, pukul 4 macam tu lepas Amir dah masuk kolej aku pun balik..

Balik tu singgah Nasi Beriani Gam Johor dekat Bangi untuk makan tengah hari..
Lapar gila..
Nasib baik dekat rumah pagi tu ada makan benda ringan-ringan untuk alas perut..

Next kitaorang ke KLCC pulak..
Dah lama tak datang sini..
Aku suka beli barang dekat sini sebab aku dah familiar dengan tempat die..
Mall pun tak besar sangat..
Kalau pegi dekat tempat lain, lagi kalau mall yang besar macam Mid, Sunway Pyramid, OU ke..
Jenuh aku jalan hujung ke hujung, atas bawah cari kedai..
Sebab biasanya kalau nak beli pape kitaorang dah ada target nak pegi kedai mana..

Misi kali ini adalah untuk beli seluar keje en.suami..
Die sejak beberapa bulan ni selalu dekat site je..
Pakai seluar yang sama je..
Itulah seluar jalan, itulah seluar keje..
So sayang la pakai seluar jalan untuk pakai keje..

Hari tu dah ada usha dekat bundle..
2 3 kedai jugak la kitaorang pegi dekat Senawang tu..
Tapi harga boleh tahan mahal..
So kita usha dekat sini pulak..

Jalan-jalan sampai la jumpa ni..
Harga memang lagi murah dari bundle..
Plus dapat seluar baru lagi..
Lagi pun pakai untuk keje je pun..
Kalau cepat rosak pun tak pe..


RM 129 untuk 2 helai jeans..
Kalau beli sehelai rm89..
Dekat Parkson ni dekat Camel pun ada seluar sehelai rm89..
Tapi pattern die banyak yang loose..
En.suami biasa pakai yang slim slim punya..hehe..



Dapat beli barang baby jugak sikit dekat sini..
Beli baju, blanket, toiletries..

Sebelum ni aku ada beli barang baby dekat kedai baby..
Tapi aku rasa in term of harga untuk certain brand macam tak de beza sangat pun antara kedai baby atau mall..
Plus dekat mall pilihan lagi banyak dan menarik..
Untuk baju jalan memang sangat banyak pilihan menarik berbanding dengan dekat baby..
Lagi pulak macam masa aku beli ni ada sale..


Lepas tu ada dapat voucher ni lagi..
Setiap rm150 akan dapat rm10..
Bole guna sampai 4 Sept ni sahaja..
So bole la pegi shopping cuti esok dengan weekend ni..



Ni pulak hasil pegi check up semalam..
Masa berenti makan tepi jalan nampak ada orang jual ni..
rm9 sekilo..
Sebiji ni rm17..


So malam tadi goreng ni..
Ni la dinner untuk malam tadi..
Ada separuh lagi tak goreng..
1st time goreng sendiri..hehe..

Wednesday, 24 August 2016

Resipi Homemade Potato Wedges..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Jarang-jarang sangat aku share resipi kan..
Selalu aku je yang google resipi sana sini..hehe..
Lagi-lagi benda yang tak biasa masak dekat rumah..
Kalau lauk pauk biasanya aku tanya adik aku je..
Tak pun balik kampung tengok mak dengan mak mertua masak..

Sejak kahwin ni aku rajin la jugak sikit nak masak..
Balik keje tu masak la sikit..
Suka masak untuk en.suami pun ye gak..
Tapi paling utama sebab tak larat nak makan dekat luar..huhu..
Dah la dekat area rumah pilihan macam tak berapa nak banyak..
Ok banyak pilihan tapi tak berapa best..huhu..
Lepas tu bila dah balik rumah malas gila nak keluar balik nak pegi makan..
Lagi rajin masak sikit dari dari kene siap lepas tu turun balik..
Lepas tu balik rumah sampai almost pukul 12..
En.suami selalu sampai rumah lewat gak..
Tu yang pegi makan lambat, balik lambat tu..
Tu pasal la jugak aku ada masa nak masak sebelum die sampai rumah..

Sebelum ni aku selalu masak lauk..
Macam-macam lauk la cuba masak..
Makan dengan nasi..
Lepas tu makan lambat pulak tu..
Kadang-kadang pukul 10 baru makan..
Lepas tu dah nak tido..
Ini adalah tak sihat..

Itu pun mula-mula dulu masak nasi banyak jugak..
Lepas tu dah kurang kan..
Tapi tetap rasa tak ok..
Badan en.suami pun dah naik..
Jadi ubah plan..
Sekarang masak makanan simple je untuk makan malam..
Kalau nak masak berat pun masa weekend..

So ni salah satu menu makan malam kitaorang..
Buat home made supaya lebih sihat dari yang beli dah siap..

Potato Wedges..
Aku amik resipi dari sini..
http://resepibonda.com/resepi-cheesy-wedges-ala-kfc/

Bahan Potato Wedges –
Kentang
Garam
Pati Ayam
Tepung gandum
Serbuk Lada Hitam
Cara Membuat:
1. Rendam kentang dalam air panas selama 2 minit. Potong kentang berbentuk wedges seperti potongan kentang KFC.
2. Rebuskan kentang di dalam periuk. Sila campur garam dan pati ayam secukup rasa. Rebus sehingga empuk.
3. Keluarkan kentang dari rebusan. Untuk memastikan kentang sudah boleh dikeluarkan, gunakan garfu dan cucuk pada kentang. Kalau suku garfu dah termasuk dalam kentang, maknanya sudah boleh dikeluarkan. Tapi pastikan jangan terlalu lama supaya kentang tidak lembik.
4. Angkat dan toskan kentang yang telah direbus tadi. Biarkan sejuk seketika. Kemudian, salutkan kentang dengan tepung gandum dan lada hitam (gaulkan bersama).
5. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti. Goreng wedges tadi dalam kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.
Inilah hasil nya..


Rasa dan tekstur die not bad..
Cuma aku goreng garing sikit..
Aku guna 3 biji kentang, 2 kiub pati ayam..
2 kiub tu maksud die satu kotak..

Tak makan dengan cheesy tu pun..
Makan dengan sos cili dengan mayonis je..
Lepas tu ada yellow mustard dekat rumah..

Selamat Mencuba..
Malam sebelum tu buat garlic bread dengan sup cendawan..
Not bad jugak..

Tuesday, 23 August 2016

WW - Keronsang..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..



Keronsang Emas..
Bole la consider sebagai pelaburan untuk sape-sape yang tak suka pakai barang kemas..
Keronsang ni macam keperluan..
Bole pakai untuk sesiapa yang pakai tudung, baju kurung ke..

Tuesday, 16 August 2016

WW - Home cook..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Biasanya aku masak untuk dinner je kalau working days..
Balik keje sampai rumah dalam pukul 7 baru start masak..

Sarapan dah tak sempat masak..
Lagi aku keluar dulu pegi keje lepas tu en.suami..

Kalau weekend pulak bergantung pada keadaan..
Kadang masak kadang tak..



Sandwich sardin..




Sambal tumis udang campur petai, kacang buncis goreng campur koktel dengan nugget ayam..



Ayam masak merah dengan sawi goreng..



Sup ikan merah campur kentang dengan sawi goreng jugak..


Masing-masing suka makan sayur..
Tapi sayur selalu tak tahan kalau nak simpan lama kan..
So bila dah hujung-hujung kadang-kadang masak dah tak de lauk..

Monday, 15 August 2016

Pengalaman Mengandung - Pakaian Mengandung..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Sambung cerita pasal pengalaman mengandung..
Sementara tunggu en.suami balik ni bole la update blog..
Kalau bertangguh nanti entah takut lupa je..

Entri pasal kawen terbengkalai je dalam draft..
Kalau rajin nanti aku continue..
Malas nak continue sebab banyak gambar..

Ok berbalik pada pengalaman mengandung..
Aku nak abadikan pasal beberapa perkara sebagai kenangan..

Pakaian..

Untuk pakaian masa mengandung ni of course la kene beli pakaian baru..
Pakaian sebelum ni memang tak muat la..
Terutama sekali seluar..
Pinggang seluar cepat je tak muat..
Lagi pun elok la beli pakaian baru yang sesuai supaya tak memudaratkan kandungan..
 Masa bukak buku pink dekat KK dulu memang kene sound la dengan nurse masa die check perut..
Bila die tengok jeans berkesan dekat perut..
Memang kene bebel la..
Seluar ketat, nanti kalau gugur ke apa la..
Ok baiklah..
Lagi pun memang tak selesa pakai seluar yang dah ketat sebab rasa memang tak selesa, macam senak je menekan perut..

Maka marilah pegi pakaian yang sesuai..
Untuk pakaian yang sesuai dengan mengandung ni aku beli seluar jeans je..
Beli seluar jeans sebab senang nak pakai pegi keje dan keluar jalan-jalan..
Tempat keje aku sekarang ni memang sesuai pakai seluar..
Walaupun boss aku risau je tengok aku jeans..
But dun worry bos..
I pakai jeans untuk wanita mengandung..:)

1st time aku beli seluar jeans dekat Mid Valley..
Dekat Mother Club..
Beli sehelai je masa ni..
Mentang-mentang la perut tak besar sangat masa ni..
Bole pakai seluar biasa lagi..
Walaupun masa tu ada offer 50%..
Sekali memang perlu..
Rugi tak beli dua helai ke..
Dah la SA tu kata seluar jeans cepat habis..huhu..



Dekat Mother Club ni aku beli seluar jeans yang macam ni..
Bahagian atas die bersambung terus dengan jeans die..
Getah dekat pinggang die bole adjust..
So kalau perut tak besar sangat lama la bole pakai..
Harga asal rm17+.++ tak silap..
Tapi masa ni ada offer dapat la rm8+.++ tak silap..



Dekat sini la bole adjust..
Adjust kiri kanan..
Sebelah untuk adjust depan, sebelah lagi untuk adjust belakang..
Jeans die lembut dan tak tebal sangat..
So far selesa je pakai..

Masa pegi Mid Valley ni memang susah nak cari seluar jeans..
Boleh kata semua kedai untuk pakaian mengandung kitaorang masuk..
Sampai la ke The Garden, Robinson, Jusco..
Tapi memang tak banyak kedai jual pakaian mengandung terutamanya seluar jeans..

Disebabkan seluar ada sehelai je..
Tiap hari nak pegi keje dengan keluar aku memang prefer pakai jeans..
So marilah beli sehelai lagi..
Kali ni kitaorang pegi dekat Empire Subang pulak..
Aku ada baca blogger ni share..

Masa ni bulan puasa tak silap..
So end up beli sehelai lagi jeans dekat 9 Months..

Pattern jeans kali ni lain sikit..
Kali ni beli cutting skinny..
Tengah mengandung pun still nak pakai skinny kan..hahaha..
Selagi boleh sarung kita sarung je la kan..




Untuk jeans yang ni kain die tebal sikit..
Bahagian yang bole adjust die dekat kain jeans tu..
So bole attach dekat badan..
Bahagian kain die yang lembut tu kadang-kadang buat aku tak berapa selesa..
Sebab asyik turun ke pinggang je..
Mungkin sebab perut tak besar sangat kot..
Tapi aku suka dan selesa je pakai seluar ni..
Seluar ni rm18+.++ tak silap..
Pun ada ajdustable die kiri dan kanan kan..

Selain daripada seluar, aku ada beli bra jugak dekat 9 Months ni..
Masa dekat Mother Club tu ada jugak jual..
Tapi tak de padding dekat dalam..
Padding die kene beli asing dekat luar..
Lagi pun rasa tak perlu lagi..
Tapi lepas tu rasa perlu..
Masa nurse dekat KK bising pakai jeans..
Die pun bising pasal bra..
Suruh pakai bra yang sesuai..
Lagi pun saiz breast akan bertambah masa mengandung..
Kalau pakai yang biasa, ada beli mungkin tak selesa..
Kalau ikutkan SA dekat Mother Club, biasanya akan bertambah satu saiz..

Alang-alang dah pegi 9 Months tengok ada bra aku pun tengok-tengok la..
Dekat sini jual sekali ada padding..
So aku beli la sehelai..
 Bra ni nursing friendly jugak..
So dah deliver nanti Insyaallah bole pakai jugak..

Untuk jeans dengan bra ni aku rasa berbaloi je beli..
Kain dan saiz die selesa je pakai..
Untuk jeans biasanya SA tu suruh beli yang besar sikit..
Kalau ada rezeki bole pakai sampai 9 bulan..
Walaupun masa dekat kedai tu nampak lagi ok je pakai saiz yang kecik..
Tapi jauh lagi perjalanan nak ke 9 bulan kan..
So sila la dengar nasihat dieorang kalau tak nak kene beli banyak-banyak..

Sama la dengan bra..
Aku pilih yang bole pakai untuk kancing paling kecik..
In case badan naik pun ada 2 kancing lagi..
In term of harga pulak..
Semalam aku tengok nursing bra brand Autumz dekat Manjaku tu macam lagi mura je..
Masa aku beli ni atas rm5+.++
Tapi dekat Manjaku dalam rm3+.++ dah dapat tak silap..

Untuk baju pulak setakat ni aku tak de beli lagi..
Pakai je t-shirt yang ada..
Nasib baik la keje ada banyak t-shirt lepas tu bole amik je..
Untuk pakai jalan pulak ada lagi t-shirt yang muat..
Cuma nampak la perut macam mengandung..
Kadang-kadang aku pakai je baju en.suami..hehe..

Aku malas nak beli baju sebab nya baju mengandung banyak yang macam blouse..
Aku pulak bukan keje dekat ofis lagi kene pakai pakaian casual..
Tu rasa malas nak beli..
Kalau ada jual t-shirt pun jenis yang macam baby-t..
Memang untuk tunjuk perut SA tu kata..
Malas aku..

Setakat ni aku tak de beli dress atau jubah..
Hari tu masa raya beli baju kurung je..
Lepas tu pinjam jubah Zack..
Ada jugak plan nak beli dress casual..
Nanti la kalau ada jalan-jalan bole la tengok-tengok..

Random Isnin..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Cerita last Monday..
Ingatkan dah publish..
Sekali tersadai dekat draft..
Tak pela..
Publish hari ni..hahaha..

Happy Monday!!!..
Isnin adalah hari off day aku..
So hari Isnin bole rilek-rilek bangun lambat..
Settle kan apa yang patut kalau tak de pegi check up..
Lepas en.suami pegi keje tadi memang sambung tido..
Bangun goreng cekodok, makan sambil tengok TV..
Petang sikit tadi pegi pejabat management bayar bil air..
Sebelum turun masukkan baju dalam mesin..
Naik tadi ampai baju, lepak-lepak sambil lipat baju..
Boring tv tak de citer best..
On laptop, off tv..
So marilah online guna hot spot sambil dengar lagu dekat laptop..
Dah lama tak lepak macam ni..
Teringat kenangan duduk sewa bilik dekat Kemaman dulu..
Ye lah duduk sorang-sorang tak de tv..
Laptop je la peneman..
Rindu Kemaman ke?..huhu..

Cerita pasal Kemaman..
Jumaat malam hari tu sempat jumpa ex house mate dengan kakak die..
Beria nak jumpa sangat
Gigih wasap hari-hari tanya bila available..
Kebetulan Jumaat malam dieorang call ada dekat Sunway Putra..
Call en.suami tanya ok tak nak pegi sana..
Sempat la jumpa sejam sebab dieorang nak pegi tengok wayang pukul 11..
Pukul 10 kitaorang sampai..
Kedai semua pun dah tutup..
Jumpa la borak dekat kerusi je..
Nak pegi minum pun tak de tempat da..
Dah 2 tahun tak jumpa..
Kak Timi pun Insyaallah hujung tahun ni nak kawen..
Nak pegi Kemaman entah bila la..
Satu hari nanti Insyaaallah..

Keje hari Sabtu ni kadang-kadang lemau jugak..
Walaupun nak pegi keje syok je sebab tak banyak kereta..
Lemau sebab susah nak pegi mana-mana..
Nak balik kampung ke susah..
Lepas tu ada hari Ahad je masa untuk settle kan benda dengan en.suami..
Nak beli barang ke apa..

So semalam penuh dengan aktiviti..
Of course late morning..
Lepas tu en.suami buatkan breakfast simple..
Goreng daging burger dengan koktel..
Ok la buat alas perut..
Lepas tu masing-masing buat keje rumah dulu..
Sapu lantai, bersihkan toilet, laudry..

Rumah kecik pun dah penat..
Macam mana la orang yang duduk rumah besar tu..huhu..
Kalau dulu weekdays gagah jugak nak buat keje rumah..
Tapi sekarang ni balik keje, masak je pun dah tak larat lepas tu..
Aku pulak lagi prefer masak dari makan dekat luar..
Kadang tu sampai dah tak tau nak makan apa dekat luar..
Asyik ulang benda yang sama je..

Petang sikit kitaorang keluar..
Nak pegi mencari barang baby..
Semalam la baru nak membeli barang..
Pada 24 minggu nak masuk 25 minggu..
Pegi Baby Manjaku Mall tak silap nama die dekat Wangsa Maju sana..
Dapat la beli barang sikit..
Beli sikit-sikit dan mana yang perlu je..
Sambil tu tunjukkan dekat en.suami barang-barang yang mungkin tak perlu beli sekarang..
Tapi mungkin perlu masa aku dalam pantang nanti..
Berdasarkan rekod-rekod sebelum ni aku rasa aku bole percaya dengan kebolehan en.suami..haha..

Awal-awal dulu aku tak berapa percaya jugak..hehe..
Tapi bila dah kene assign beberapa kali..
Yes I can count on him..
Cuma kene bagi peluang je..
Lepas 2 3 kali die akan ok..
 So berbalik pada cerita beli barang..
Aku ada tunjuk breast pump, botol susu dan lain-lain yang aku rasa mungkin tak perlu beli sekarang..
Mungkin perlu beli masa aku dalam pantang nanti..
So kalau aku tak boleh keluar..
Bole la mintak die tolong belikan..
Yang penting kene tunjuk dekat die dan explain awal-awal..
Kene bagi tau ni untuk apa, kenapa perlu, explain pasal beza harga..
Nanti die pandai je nak beli mana yang ok..

Awal-awal ingatkan nak pegi KLCC lepas tu tengok barang..
Tapi masa bayar tu pun dah pukul 9..
Tak sempat la nak pegi..
On the way nak balik call Sen nak ajak jumpa..
Pun tak dapat..
Sebab kakak die ada dekat rumah..

So pegi makan sendiri je la..
Sebelum balik tu singgah teman en.suami tengok bola dulu..
Arsenal vs. Liverfool..
Sampai rumah pun dah pukul berapa semalam..
Aku bole la lepak hari ni..
En.suami pagi ni ada meeting..
Kesian jugak dekat die..
Kalau dulu selalu keluar hari Sabtu..
Ahad bole lepak-lepak rehat-rehat dekat rumah je..
Harap nanti dapat la keje yang normal working hour balik..Amin..

Hari ni en.suami balik lambat sikit..
Esok die ada FAT..
Banyak benda nak settle kan hari ni..
So bole la masak lambat sikit..
Plan nak masak sambal tumis ikan bilis campur kentang dengan telur masak kicap je..
Barang banyak dah habis..
Tak de masa nak keluar beli..huhu..

Random Isnin..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Happy Monday!!!..
Isnin adalah hari off day aku..
So hari Isnin bole rilek-rilek bangun lambat..
Settle kan apa yang patut kalau tak de pegi check up..
Lepas en.suami pegi keje tadi memang sambung tido..
Bangun goreng cekodok, makan sambil tengok TV..
Petang sikit tadi pegi pejabat management bayar bil air..
Sebelum turun masukkan baju dalam mesin..
Naik tadi ampai baju, lepak-lepak sambil lipat baju..
Boring tv tak de citer best..
On laptop, off tv..
So marilah online guna hot spot sambil dengar lagu dekat laptop..
Dah lama tak lepak macam ni..
Teringat kenangan duduk sewa bilik dekat Kemaman dulu..
Ye lah duduk sorang-sorang tak de tv..
Laptop je la peneman..
Rindu Kemaman ke?..huhu..

Cerita pasal Kemaman..
Jumaat malam hari tu sempat jumpa ex house mate dengan kakak die..
Beria nak jumpa sangat
Gigih wasap hari-hari tanya bila available..
Kebetulan Jumaat malam dieorang call ada dekat Sunway Putra..
Call en.suami tanya ok tak nak pegi sana..
Sempat la jumpa sejam sebab dieorang nak pegi tengok wayang pukul 11..
Pukul 10 kitaorang sampai..
Kedai semua pun dah tutup..
Jumpa la borak dekat kerusi je..
Nak pegi minum pun tak de tempat da..
Dah 2 tahun tak jumpa..
Kak Timi pun Insyaallah hujung tahun ni nak kawen..
Nak pegi Kemaman entah bila la..
Satu hari nanti Insyaaallah..

Keje hari Sabtu ni kadang-kadang lemau jugak..
Walaupun nak pegi keje syok je sebab tak banyak kereta..
Lemau sebab susah nak pegi mana-mana..
Nak balik kampung ke susah..
Lepas tu ada hari Ahad je masa untuk settle kan benda dengan en.suami..
Nak beli barang ke apa..

So semalam penuh dengan aktiviti..
Of course late morning..
Lepas tu en.suami buatkan breakfast simple..
Goreng daging burger dengan koktel..
Ok la buat alas perut..
Lepas tu masing-masing buat keje rumah dulu..
Sapu lantai, bersihkan toilet, laudry..

Rumah kecik pun dah penat..
Macam mana la orang yang duduk rumah besar tu..huhu..
Kalau dulu weekdays gagah jugak nak buat keje rumah..
Tapi sekarang ni balik keje, masak je pun dah tak larat lepas tu..
Aku pulak lagi prefer masak dari makan dekat luar..
Kadang tu sampai dah tak tau nak makan apa dekat luar..
Asyik ulang benda yang sama je..

Petang sikit kitaorang keluar..
Nak pegi mencari barang baby..
Semalam la baru nak membeli barang..
Pada 24 minggu nak masuk 25 minggu..
Pegi Baby Manjaku Mall tak silap nama die dekat Wangsa Maju sana..
Dapat la beli barang sikit..
Beli sikit-sikit dan mana yang perlu je..
Sambil tu tunjukkan dekat en.suami barang-barang yang mungkin tak perlu beli sekarang..
Tapi mungkin perlu masa aku dalam pantang nanti..
Berdasarkan rekod-rekod sebelum ni aku rasa aku bole percaya dengan kebolehan en.suami..haha..

Awal-awal dulu aku tak berapa percaya jugak..hehe..
Tapi bila dah kene assign beberapa kali..
Yes I can count on him..
Cuma kene bagi peluang je..
Lepas 2 3 kali die akan ok..
 So berbalik pada cerita beli barang..
Aku ada tunjuk breast pump, botol susu dan lain-lain yang aku rasa mungkin tak perlu beli sekarang..
Mungkin perlu beli masa aku dalam pantang nanti..
So kalau aku tak boleh keluar..
Bole la mintak die tolong belikan..
Yang penting kene tunjuk dekat die dan explain awal-awal..
Kene bagi tau ni untuk apa, kenapa perlu, explain pasal beza harga..
Nanti die pandai je nak beli mana yang ok..

Awal-awal ingatkan nak pegi KLCC lepas tu tengok barang..
Tapi masa bayar tu pun dah pukul 9..
Tak sempat la nak pegi..
On the way nak balik call Sen nak ajak jumpa..
Pun tak dapat..
Sebab kakak die ada dekat rumah..

So pegi makan sendiri je la..
Sebelum balik tu singgah teman en.suami tengok bola dulu..
Arsenal vs. Liverfool..
Sampai rumah pun dah pukul berapa semalam..
Aku bole la lepak hari ni..
En.suami pagi ni ada meeting..
Kesian jugak dekat die..
Kalau dulu selalu keluar hari Sabtu..
Ahad bole lepak-lepak rehat-rehat dekat rumah je..
Harap nanti dapat la keje yang normal working hour balik..Amin..

Hari ni en.suami balik lambat sikit..
Esok die ada FAT..
Banyak benda nak settle kan hari ni..
So bole la masak lambat sikit..
Plan nak masak sambal tumis ikan bilis campur kentang dengan telur masak kicap je..
Barang banyak dah habis..
Tak de masa nak keluar beli..huhu..

Thursday, 11 August 2016

Pengalaman Mengandung - Part 1..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Marilah abadikan kenangan dekat sini..
Dan mana tahu boleh berkongsi maklumat dengan orang lain jugak..

Sejak kahwin..
Aku terus install apps My Calender dekat fon aku..
Apps ni pada aku berguna untuk perempuan..
Mula-mula isi la beberapa maklumat macam normal berapa hari period dan apa entah dekat setting..
Simple je..
Apps ni pada aku agak berguna sebab bole agak bila waktu subur, bila period sampai la rekod untuk mengandung..
Sebenarnya dari dulu lari aku memang rekod setiap kali period..
Tapi dekat kalender biasa je..
Lepas kahwin memang guna apps ni la..

Sebenarnya banyak lagi apps yang lebih kurang sama..
So ikut korang la suka guna yang mana..

Untuk details apps ni bole baca dekat sini..
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.popularapp.periodcalendar&hl=en

So bila guna apps ni bila tak period lagi..
Bole la pegi check apa yang patut..hehe..
Lagi kalau case macam aku..
Sebabnya aku tak de morning sickness ke apa..
Antara symptom yang ada dekat aku masa mula-mula ialah hidung aku lebih sensitif dari biasa..
Tapi tak de lah sensitif gila sampai tak boleh bau suami ke apa..
Cuma hidung aku lagi peka dekat bau sesuatu benda..
Contohnya kalau ada forging ke..
Dan sensitif dengan bau dekat dapur, atau sesetengah makanan..
Tapi masih bole lagi memasak..
Lagi satu aku rasa tak selesa dekat ari-ari..
Macam nak period tu..
Rasa kadang-kadang mencucuk tapi tak period..


Mine untuk hari ni..:)

Masa ni rilek lagi..
Tak de pegi check pun..
Alhamdulillah aku tak pernah muntah-muntah sepanjang mengandung ni..
Sebab tu en.suami pun rilek je..
Katanya aku tak de symptom pun..
Kebetulan masa ni kakak ipar en.suami tengah pregnant jugak..
Tapi kakak ipar en.suami kene alahan teruk jugak..
Sampai kene admit..
Bak kata mak mertua aku..
Bahagian masing-masing..
Ada orang masa mengandung mudah, mungkin bersalin susah..
So setiap orang lain-lain..

Masa March aku ada pegi sauna dekat London Weight Management..
Saje pegi..
Dapat free treatment untuk birthday katanya..
Lebih kurang dalam sebulan lepas tarikh tak period kot pulak aku ada beli sauna..
Sempat la guna seminggu dalam 2 3 kali..
 Then kitaorang suami isteri discuss..
Better check..
Sebab kalau pregnant dah ada aktiviti yang perlu kene berenti..
Sauna la salah satunya..
Lagi pun masa keje dekat KL Sentral aku kene jalan kaki lebih kurang 1-2km dari komuter terdekat untuk sampai ke rumah..
Nasib baik pegi keje en.suami hantar dekat stesyen komuter..

Mula-mula aku beli pregnancy test kit dekat Guardian je..
Sekali ada 2 line..hohoho..


Lepas tu kitaorang ada beli pregnancy test kit yang ni pulak..




Masa dah hujung-hujung dekat company lama aku ada bagi tau ex-colleague aku ..
Die cadangkan aku beli acid folic..

Next masa balik kampung kitaorang ada pegi KK untuk check confirm kan pregnant..
Masa ni tak ingat dah berapa minggu..
Tapi sebelum 12 minggu..
Lepas tu baru la bukak buku pink..

Dari segi pemakanan aku simple je..

Nanti kalau rajin aku share pasal benda-benda lain..

Wednesday, 10 August 2016

Syawal 2016..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Dah cerita pasal Ramadhan..
Meh la kita cerita pasal Syawal pulak..
Sama macam Ramadhan, Syawal ni pun agak special sebab 1st time as husband and wife and pregnant..
Lebih special nya sebab as husband and wife la..
Pasal pregnant tu tak sangat pun sebenarnya..

Ok Syawal tahun ni kitaorang cuti seminggu macam tu..
Balik kampung hari Ahad petang lepas aku keje sampai hari Isnin minggu depan tu..
Dua weekend sebelum raya aku kene keje Sabtu Ahad..
Tapi hari Ahad balik awal..
Balik dalam pukul 3..

Untuk persiapan raya tahun ni memang sempoi je..
Sebab nya tak sempat sangat..
Dan malas nak pegi jauh-jauh..
Kalau dulu kitaorang suka pegi area KL..
Lagi sebab aku keje hari Sabtu Ahad kan..
Cuti hari Isnin je..
En.suami pulak cuti hari Sabtu Ahad..

Untuk raya kali ni en.suami cuma beli sehelai kemeja je..
Tu pun sebab masa jalan-jalan jumpa yang ok..
Lepas tu bole pakai pegi keje sekali..
Tak de lah baju raya sangat pun..hehe..
Untuk baju melayu en.suami pakai baju melayu masa kenduri abang die kahwin tahun lepas je..

Then en.suami ada belikan sandal untuk ayah die..
Dan aku ada belikan hand bag untuk mak..

Untuk baju kurung aku pulak..
Memang beli last minit..
Sebabnya masa mula-mula tu ada survey sikit..
Sekali masa 2nd time datang nak beli rasa macam tak berbaloi pulak dengan harga..
Ada text Salikin, tapi dah hujung Ramadhan masa tu..
Baju banyak dah habis..
Lagi pun jauh nak pegi Ampang Park..

Hari Ahad last day lepas keje sebelum balik kampung kitaorang singgah kejap SACC Mall..
Last minit sangat..
Berpusing la satu SACC tu cari..
Aku memang tak nak beli yang beratus-ratus ringgit..
Design semua tempat lebih kurang sama tapi harga bukan main lagi..
Tahun ni aku tengok banyak kebarung dengan batik, atau kurung kedah dengan batik..
Kain batik tu ada yang jual sampai 2 3 ratus sehelai..
Baju kebarung pun satu set sampai 3 4 ratus..
Dah la banyak design yang sama..
Material mungkin la berbeza..
Kalau ada baju kurung yang aku nak pun saiz dah tak de..
Maklumlah tahun ni tak bole pakai saiz S da..
Saiz M pulak cepat habis..
Akhirnya aku beli sepasang baju kurung rm70 je..
Ada jugak pegi usha dekat Anggerik Mall lepas tu..
Mana tau terbekenan untuk 2nd pcs pulak..
Tapi nan hado..hehe..

Sebelum raya..
Tak silap dua hari sebelum raya..
Sempat bawak adik-adik pegi facial..
Pegi dengan Adik Ta dengan Jo..
Zack tak dapat pegi sebab die balik lambat..
Balik dari facial tu terus amik Zack dekat Terminal 1..
Hari tu buka puasa dekat rumah P.Long..
Sempat la tengok P.Long yang baru lepas accident..
Die terlelap masa bawak kereta..
Dah nak masuk simpang rumah die pun..
Dah takdir kan..
Kereta die teruk jugak..
Claim as total lost..
So claim insurans..
Tengah tunggu kereta baru..
Alhamdulillah P.Long ok je..
Cuma sakit dada sebab air bag, ada melecur dekat tangan sikit dengan luka-luka kecik..

So suami isteri tak sedondon la di pagi raya..hehe..
En.suami punya baju melayu warna kelabu..
Baju kurung aku warna pink..
Masa pakai baju melayu en.suami pakai capal masa kawin hari tu..
Aku pulak pakai kasut songket warna maroon masa hari tu jugak..
Haaa tak pasal bole recycle balik kan..hehe..
Berbaloi-baloi beli..
Kasut aku custom masa buat baju dengan Salikin..
Capal en.suami ready made ada dekat kedai..
Salikin bagi je terus as a gift..hehe..

Awal tu balik rumah mertua dulu..
Petang sehari sebelum raya baru balik rumah aku..
Sebab 1st raya dekat rumah aku..
Malam raya tu bertakbir la ramai-ramai..

Pagi raya lepas sembahyang raya bergambar dulu..
Lepas tu pegi jalan-jalan rumah saudara mara..
Disebabkan baju limited..
Ada aku pinjam jubah adik aku..hehe..
Sebab tak muat dekat perut..

Raya ke 3 dah balik ke rumah mertua..
Masa ni semua baru nak balik..
Ipar dari Kedah dengan Kelantan..
Seminggu ni sebenarnya banyak masa dekat rumah mertua..
Walaupun 1st raya dekat rumah aku..
Pandai trick en.suami kan..hehe..
Tapi disebabkan rumah dekat je..
In between ada yang balik rumah aku kejap..
Ada pegi rumah kawan-kawan..
Tapi tak banyak macam sebelum ni pun..

Raya ni aku dah 4 bulan tak silap..
Tapi perut tak perasan sangat pun..
Ramai kata perut kecik je..
Masa raya ke 3 tak silap ada pegi scan baby..
Memang dah plan nak scan masa minggu cuti raya..
Nak tengok baby ok ke tak..
So far ok je..
Nothing to worry..
Baby dalam 300g masa ni..
Scan 2D dekat klinik biasa je..
Sebab masa raya ni banyak tempat tak boleh scan..
Sebab nya klinik buka..
Tapi doc ramai yang cuti lagi..

Tu je lah cerita Syawal untuk tahun ni..
Kalau dulu dengan family je..
Sekarang ni dah ada 2 family..
Sekarang pagi raya kene salam cium tangan suami minta maaf..hehe..
Nanti kalau rajin aku share pasal pregnancy pula..

Tuesday, 9 August 2016

WW - Cute Doc Mart..

Assalammualaikum..



Cute Doc. Mart. for kids..
Jumpa ni masa jalan-jalan beli barang nak raya hari tu..
Comel je kan..
Harga pun comel..hehe..

Saturday, 6 August 2016

Ramadhan 2016..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Sekarang ni free sikit..
So bole la update blog sikit..
Meh la mengabadikan kenangan Ramadhan tahun ni dekat sini..

Sebenarnya Ramadhan tahun ni memang sangat berbeza berbanding dengan Ramadhan sebelum ni..
Ramadhan pertama sebagai seorang isteri dan Ramadhan pertama sebagai ibu mengandung..:)
Totally pengalaman baru untuk aku untuk dua situasi ni..

Ok cerita pasal Ramadhan sebagai isteri dulu..
Seingat aku 1st puasa kitaorang tu kitaorang buka puasa dekat rumah family en.suami dulu..
2nd day dapat buka puasa dekat rumah family aku pulak..
Nasib baik awal-awal kitaorang dah dapat buka puasa dengan family masing-masing..
Sebab weekend lepas-lepas tu macam busy sikit..

Aku pulak sekarang ni dekat tempat keje baru..
Sejak Mei..
Dekat area Subang Jaya, 10-15 minit je macam tu dari rumah..
Waktu bekerja ialah 830-630..
Tapi masa bulan puasa aku mintak keluar awal..
Pukul 6 keluar..
Sebab takut jem, so tak sempat nak sampai rumah sebelum buka..
Lagi pun bulan puasa ni tak de keluar pegi makan kan..
Nasib baik yang lain semua chinese..
So tak de masalah nak balik awal..
Bazar pun depan tempat keje je..

Lepas tu waktu bulan puasa ni bole pulak ada drama sikit..
Tak silap aku masa ni buka puasa dekat rumah P.Long..
Lepas tu balik Kuala Pilah..
Disebabkan kurang sabar en.suami..
Kitaorang ada accident sikit masa on the way nak balik kampung..
Dah sampai pekan Kuala Pilah pun..
Tak jauh lagi nak sampai rumah..
Sekali kene minor accident..
Redha je la..
Teguran dari Tuhan..
Peringatan buat kitaorang jugak especially en.suami..
Tak pasal kene hantar kereta dekat bengkel untuk beberapa hari..
Lepas tu kene keluar duit lagi..

Tapi ada hikmah jugak..
Tak pasal tau tempat buka puasa yang best dekat Seremban untuk buffet Ramadhan..
Masak nak amik kereta lepas dah siap..
Ajak P.Long buka puasa sekali..
P.Long recommend buka puasa dekat Spanish Villa..
Confirm then P.Long yang booking kan..

Pegi 5 orang..
RM39/pack..
Tak de GST tak silap..
Makanan, rasa, tempat dan harga memang terbaik..
Pilihan makanan sangat banyak..
Tak sempat rasa semua..
Lauk dengan kueh citarasa kampung sangat..
Rasa pun terbaik..
http://ruangdamai10.blogspot.my/
Tahun depan bole la pegi lagi..

Sepanjang puasa ni rasanya aku tak de pun masak untuk buka puasa..huhu..
Kesian en.suami..
Nasib baik la bazar depan tempat keje..
So setiap hari beli dekat bazar..
Walaupun rasa makanan die biasa-biasa je..
Tak pun buka dekat luar..
Memang tak sempat nak masak..
Sampai rumah pun dah pukul berapa..
Weekend pulak kalau tak buka dekat luar..
Kitaorang balik kampung..

Cerita pasal sahur pulak..
Awal-awal tu adalah kitaorang sahur makan makanan berat..
Aku pun ada la sekali 2 masak..
Tapi lepas tu tak de masak pun..
Sebab en.suami nak makan makanan simple-simple je..
Sahur roti, buah ke..

Cerita pasal pengalaman pertama mengandung waktu Ramadhan pulak..
Awal-awal tu aku macam risau jugak nak puasa..
Sebab awal-awal mengandung aku ada masalah angin..
Bila lambat makan rasa lemau gila..
Lepas tu perut sebu..
Memang tak sedap badan..
Lepas je makan ok..
So nurse nasihatkan makan dalam kuantiti yang sikit tapi kerap..
Of course aku elakkan makan benda yang membuatkan aku ada masalah ni..
Seingat aku, aku elakkan makan kobis, taugeh, timun, kangkung..
Sampai sekarang pun tak makan..
Trauma kot..hahaha..

Lepas tu pulak aku ada terbaca yang pasal pengalaman orang yang mengandung berpuasa masa trimester..
Masa tu die pregnant 14 minggu tak silap..
Die puasa ok je..
Tapi gugur lepas Ramadhan..
Waktu dah raya..
Risau jugak la..
Tapi masa tanya nurse die kata tu semua bergantung pada individu..
Jawapan selamat sangat nurse tu kan..hehe..
Tak nak amik risiko..
Buat nya kata bole je puasa, sekali jadi pape dekat kandungan..
Die pulak yang dipersalahkan..

Banyak kali jugak tanya en.suami pasal puasa ni..
Lagi bila rasa lemau..
Takut tak larat ke apa kan..
Dengan panas nya cuaca sekarang..
Keje pulak indoor dan outdoor..
Selalu doa supaya bole berpuasa..
Kalau tak lagi banyak nak ganti..
Ni peluang nak puasa full..:)
So aku cuba je puasa..

Untuk 1st day tu aku dekat rumah mertua..
Bangun sahur makan nasi..
Minum air dan makan kurma sebelum sahur habis..
Tak silap lepas sahur sambung tidur..
Bangun tu rasa ok je..
Even dah petang pun rasa ok je..
Macam puasa normal..
Perut pun ok..
Tekak pun tak de lah dahaga sangat..
Tapi tak banyak buat keje sangat la..
Melepek depan tv..
Petang ada pegi bazar dengan en.suami..
Alhamdulillah hari pertama berjaya dengan cemerlang..:)
So badan sendiri boleh berpuasa..
Berdoa kandungan pun baik-baik je..
Ada tanya ex-officemate yang mengandung last year masa bulan puasa pun die kata ok je nak puasa..
Die ada 3 orang anak, dan 3 kali pengalaman mengandung masa 1st trimester dalam bulan puasa..
So die bagitau, kalau larat nak puasa ok je puasa..
Cuma jangan skip sahur..
Alhamdulillah tahun ni dapat puasa penuh..
Masa keje pun ok je..

Cuma masa check up berat berkurang la..
Tapi nurse tak bising pun..
Die boleh agak aku puasa kot..
Dan disebabkan sebelum puasa masa check up HB aku low..
Kene makan iron, vit-c, vit b dengan acid folic yang KK provide..
Aku tak de amik apa-apa supplement pun..
Penat sikit la puasa dengan cuaca panas, malam kene bangun banyak kali..
Pengalaman baru..:)
Masa cuti raya seminggu, sempat la pegi scan nak tengok baby ok ke tak..
Alhamdulillah semua ok je..
Dr pun kata tak de masalah pun puasa tu..

Semoga berjumpa lagi..
Ni pun 2 hari nak siapkan entri ni..huhu..

Tuesday, 2 August 2016

Holla August..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Fuh akhirnya terbuka hati nak menulis..
Last post entah berapa bulan lepas..
Rasanya aku tak de pun post masa bulan Ramadhan dengan Syawal..
Syawal pun dah nak habis da..
Cerita kahwin pun dah lama basi..
Nak continue pun dah malas..hihi..
Punca utama malas nak update sebab tak de internet dekat rumah..
Dulu ada internet dekat rumah bole la selalu update..
Sekarang guna internet fon je..
Guna untuk benda penting-penting je..
Ni pun curi-curi update dekat ofis..hehe..

Kadang-kadang rindu jugak nak menulis..
Tapi kerajinan tu dah makin kurang..
Sejak last entri banyak benda..
Tapi komitmen untuk menulis makin berkurang..
Balik keje sibuk dengan keje rumah..
Lepas tu weekend kalau tak de urusan selalu balik kampung..hehe..

Pape pun sebelum terlambat..
Dekat hujung-hujung syawal ni..
Nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016..
Syawal yang sangat berbeza dari sebelum-sebelum ni..
Syawal pertama as a wife..hehe..
Dah syawal pertama yang cuti seminggu lebih tapi penat gila walaupun tak pegi mana-mana sangat..

Share latest update sikit..
Sekarang aku pregnant 23 minggu..
InsyaAllah deliver awal Dec ni..:)
Tapi satu apa pun barang tak beli lagi..
Sebab bertangguh je selalu balik kampung..hehe..
Pantang ada peluang je laju je masing-masing nak balik kampung..hahaha..

Semoga bertemu lagi untuk entri lain..
Semoga aku rajin nak menulis..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...