Tuesday, 26 January 2016

WW - SAKA..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..



Sambungan..

Weekend - Tunang Luqman & Denggi..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Fuhhh tinggal beberapa hari je lagi nak majlis..
Aku ada la sikit-sikit jd Bridezilla..haha..
Kadang-kadang kita cuba berbaik-baik dengan orang..
Layan orang baik-baik..
Tapi ada orang sengaja uji kesabaran kita..
Bila deal dengan orang antara benda paling penting ialah respect dan professional..
Ok ni nanti kita cerita kemudian..

Berbalik kepada tajuk..
Weekend lepas ni antara weekend yang memenatkan pada aku..
Dekat en.bf jugak..

Jumaat malam tu balik keje..
Dah lepak-lepak kejap..
Aku start mengemas..
Kemas dekat dapur, lepas tu sambung kemas dekat bilik..
Tengah berkemas bole pulak period..
Lagi la sakit badan..
Dah siap-siap kemas aku pun tido..

Sabtu tu plan nak gerak awal sebenarnya..
Pukul 830 dah gerak..
Tapi aku sedar-sedar dah terang..
Tengok jam dah pukul 830..huhu..
Cepat-cepat kol en.bf..
Nasib baik la 930 macam tu dah sampai Beryl's..
Nasib baik la pagi tak banyak kereta sangat..
Pukul 10 dah gerak pegi Seremban..
Dengan lapar tak makan nya..

Sampai Seremban dalam pukul 10 lebih 11..
Terus pegi rumah P.long..
Ingatkan nak gerak pukul 11..
Rupenya 1130..
So pegi rumah P.long dulu..
Sampai tu tengok adik aku yang nak tunang tu melepet giler..
Siap ada baldi die nak muntah..
Kitaorang nak gerak tu pun die siap baring dekat sofa sebab tak larat..
Sebelum tu adik aku ada wasap bagi tau..

Alhamdulillah majlis berjalan ok je..
Tak lama sangat pun..
Adik aku ni punya semangat gagahkan jugak diri datang nak amik gambar..
Tapi siap kene pegang lagi sebab tak berapa larat..
Tangan dengan bibir pun sejuk..
Lepas tu die terus balik nak pegi hospital nak amik darah..

Aku pulak lepas tu pegi Jakel..
Ada nak ambil langsir..
Lepas tu pegi Jusco kejap beli stamp pad..
Beli sekali refill ink die..
Ni nanti aku share dekat entri yang sepatutnya..
Lepas tu terus balik kampung..
Masing-masing mata layu je..
Jumaat en.bf pegi site..
Aku sibuk mengemas..
Memang lemau..

Sampai rumah tu mula-mula aku ni excited la nak buat apa yang patut..
Nak gantung langsir baru, tengok box dengan test cop..
Luqman pulak dekat bilik die tak berapa larat..
Ada la makan-makan sikit lepas tu bangun pegi toilet..
Lepas tu die ada panggil aku kata nak pegi hospital lagi..
Sekali die kata nak pegi hospital lagi sebab tak larat sangat..

So aku pun kejutkan la Jo dengan Dik Ta ajak pegi sekali..
Bawak lelaki senang nak tolong pegang kan ke apa..
Masa ni tangan die kebas tak bole genggam..
On the way tu siap pasang lampu hazard lagi..
Masa dalam kereta muka die kebas, sakit perut..
Mata pun merah..

Sampai hospital memang aku mintak kerusi roda dekat guard..
Terus pegi kaunter..
Die check denyutan nadi, pernafasan semua..
Lepas tu terus tolak masuk dekat dalam kecemasan..
Aku tengok dieorang dah cucuk jarum nak masukkan air..
Bagi pakai alat bantuan pernafasan..
Lepas tu intervew sambil monitor die..

Tak lama lepas tu ada yang panggil aku..
Bagi tau yang die positif denggi..
So kene admit..
 Discuss then Dik Ta akan tinggal untuk jaga die..
Aku dengan Jo balik untuk ambil barang..

Balik tu Jo kemas-kemas kan barang dieorang..
Lepas tu ada pulak orang datang..
Die datang sebab tak dapat datang majlis aku nanti..
Bawak sekotak cream puff then bagi hadiah..
Yeay 1st hadiah dapat..hehe..

Sempat gantung langsir kejap dengan Jo..
Malam tu hantar barang lambat sikit..
Dapat la aku dengan Jie masuk..
Sambil-sambil tu sempat la aku cop cop apa yang patut..
Habis 300pcs jugak la..

Ahad tu P.long datang..
Sementara Zack cuti memang die je masak dekat rumah..
Aku ni pulak tolong apa yang patut..
Mop rumah segala..
Tengah hari tu pegi melawat Luqman..
Malam pulak layan AJL sambil cop cop dan settle kan benda-benda lain..
 
 Isnin pagi-pagi lagi P.long dah sampai tolong kemas halaman..
Mula-mula aku dekat dapur je..
Sempat la masak cekodok pisang..
Sedap jugak la walaupun 1st try..hehe..

Lepas tu aku dengan Dik Ta buat keje luar..
Ni memang keje angkat kayu, botol kaca segala..huhu..
Memang menguji fizikal..haha..
Tapi tak pe..
Aktiviti baik untuk bakar lemak..

Lepas makan tu sempat tido kejap..
Petang tu janji nak jumpa sepupu kejap..
Ajak die datang rumah nak discuss pasal bilik dengan pelamin..
Masa ni mak dengan ayah pegi rumah en.bf..
Ada nak bincang apa entah..
Aku tak ikut pun..

Mak dengan ayah balik je en.bf datang amik aku..
Nak pegi tengok Luqman..
Ye lah malam tu aku dah nak balik KL kan..
Tapi die macam tu lagi..
Dalam badan panas, so rimas, sakit kepala..
Nak makan tak bole muntah-muntah..
Nasib baik la dekat hospital ada masuk air kan..

Malam tu balik KL memang masing-masing lemau je..
Sampai rumah aku memang kemas-kemas, tukar baju..
Letak kepala atas bantal terus lena..

Ada certain benda tak berapa settle lagi..
Die part dekat orang..
Tu pasal aku terpaksa mengamuk sikit..
Harap semuanya ok la..
Aku memang nak settle kan banyak benda cepat-cepat..
Hujung-hujung nanti tak payah nak semak-semak..
Tapi ada orang ni tak fikir orang kadang-kdang..
Fikir die je lepas tu tak communicate..
Nak orang faham die je..
Pada aku tak professional lansung..

Respect each other and be professional la..
Buat part masing-masing..
Bila orang baik, ambil kesempatan..
Nak tunggu kene maki baru bertindak..
Benda da jadi tak best la..

Thursday, 21 January 2016

Last Weekend - Perfect Skin Wellness Centre, Subang Jaya & Ampang..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Hohoho bole pulak nak update cerita last weekend kan..
Esok dah Jumaat dah nak weekend balik dah pun..
Tapi tak pelah..
Layankan je..
Kenang-kenangan untuk diri sendiri nanti..:)

Sabtu lepas memang penat giler..
Penuh dengan aktiviti..

Sabtu tu aktiviti kitaorang start dari pukul 1230..
Mula-mula sekali kitaorang pegi buat treatment (bole la guna perkataan ni kot)..
Macam aku pernah cerita dekat entri sebelum ni..
Bole baca dekat SINI..
Aku buat sauna dengan full body massage..
En.bf buat facial..
Pukul 3 lebih baru settle..

Tak sempat nak makan..
Bergegas pegi tengok rumah dekat Subang Jaya..
Buat masa ni sewa studio je dulu..
Sementara tunggu rumah siap..
Dan sementara kalau ada rezeki lain nak beli..
Aku memang prefer duduk studio berbanding sewa rumah, fully furnished dengan facilities tempat tu bila dah kawin atas sebab faktor bersama..

Tengok unit ok..
Owner pun ok..
Tapi ada orang sebelum kitaorang yang dah tengok..
Dan ada candidate lagi untuk die consider..
Malam tu nanti die baru bagi keputusan..

Settle tu kitaorang pegi makan..
Ajak Hadi sekali sebab nak pass kad..
Melepak makan lepas tu makan durian..
Tu pun 730 macam tu kene cut off..
Sebab ada nak jumpa orang dekat Ampang Point pulak..
Kalau tak mau lama lagi melepak..

Pukul 8 nak jumpa orang dekat restoran belakang Ampang Point..
Orang yang handle Pelamin dan PA System untuk majlis kitaorang nanti..
On the way nak pegi sana jam sikit dekat Jalan Tun Razak..
Text orang tu then jumpa pukul 8 lebih..
Dekat sini bole pulak berbual lama giler sampai pukul 12 lebih..
Pukul 1 pagi baru on the way balik..

Tengah discussion ni aku tanya owner status unit yang view petang tu..
Die setuju nak sewakan dekat kitaorang..

Hari ni macam fully utilised betul..
Memang penat otak dengan kepala..

Balik tu rasa lapar pulak..
Ajak en.bf singgah makan kejap dekat Kayu Nasi Kandar..


Order maggi goreng share 2 orang..
Sedap gak maggi goreng dekat sini..

Esok tu memang bangun lambat la..
Ahad tu pun dah bayar duit booked..
Bayar sewa sebulan untuk confirmkan sewa..
Deposit semua bayar masa amik kunci nanti..

Ok jugak dapat unit ni sebab deal direct dengan owner terus..
Tak de la through agent yang ada macam-macam hal..
Ada tu kene bayar agreement fee la on top of deposit dengan sewa..
Owner pun siap tanya lagi nak tambah furnish apa.. 
Harap semua ok la..

Ahad memang duduk rumah je la laundry segala..
Memang tak kemana..

Minggu ni pun keje bole tahan..
Tahun baru ni nak settle kan carry forward project dari tahun sebelum ni..
Lepas tu dah ada projek baru..
Dan oil and gas sekarang semua sedia maklum keadaan nya kan..

Weekend ni pun agak penat aku rasa..
Sebab Sabtu ni adik bertunang..
Dan nak settle kan hal untuk diri sendiri lagi..
Sepanjang minggu ni box door gift dah sampai, langsir dah pasang..
Lagi pun dah 3 minggu tak balik..

Tuesday, 19 January 2016

WW - Wordless Wednesday..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..



Apekah?..

Saturday, 16 January 2016

Perfect Skin Wellness Zone - Slimming & Facial..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Lama peram nak cerita pasal benda ni..
Dari tahun lepas lagi..
Sebab memang nak tunggu hasil die macam mana..
Aku review ni bukan dapat payment ke apa..
Just share pengalaman je..

Journey aku dengan dieorang ni bermula dari aku beli voucher dekat groupon untuk slimming session..
Haaaa slimming session ok..haha..
Yelah tahun lepas memang badan aku lagi berat/besar dari sekarang..
Sebenarnya sejak aku duduk KL balik kot..
 Masa tu duduk dekat Bangsar balik keje makan lepas tu sejam 2 dah terlelap..
Memang naik..
Kalau budak-budak yang sama dengan aku Terengganu dulu pun jumpa memang kata makin sihat..
Ok memang makin sihat..
Mari berusaha untuk kuruskan badan..:)

Bila ada cita-cita nak kuruskan badan tu..
Aku pun cari la apa-apa yang patut untuk kuruskan badan..
Usha-usha Groupon tetiba jumpa la voucher ni..
Tengok harga murah lepas tu tempat pun dekat dengan rumah..
Ok bole cuba..

 

Ini la kupon yang aku beli..
20 Session: Full Body Slimming Massage with Cellulite-Reduction..
Dekat Slim Perfect Beauty House..
RM78 je untuk 20 sessi..

 1st day datang tu macam biasa ada sessi consultatio dengan Serene..
Dekat sini ada 2 orang je..
Seorang lagi staff die Ana..
Setiap sessi ada guna satu mesin untuk satu bahagian badan (peha, perut atau lengan) - 20 minit..
Lepas tu ada steam (hot blanket - 30 minit atau steam sauna - 15minit) dengan cili cream..
Pakej kupon dengan harga ni adalah paling basic..
Untuk mesin bole pilih salah satu part je..
Of course la bila datang die akan suruh tambah beli pakej yang mahal..
Bagi tau pakej ni paling basic, badan kita besar bla bla bla..
 Tapi masa ni aku amik pakej facial..

No needle facial..
Aku amik pakej 6 sessi..
Bayar deposit then next bayar lagi..
Ok jugak..
Sekali 2 bayar lepas tu setiap kali nak datang buat appinment then datang rilek je tak payah bawak duit..hehe..

Lepas tu bermula la 1st session aku..
Timbang badan dulu..
Mula-mula datang ni berat aku 57/58 masa tu..
Lepas tu guna mesin..
Aku pilih perut..
Sebab dekat perut yang kritikal nya..
Masa ni bole rilek je, selalu je aku tido..
Sebab datang lepas keje..
Penat kan..huhu..

Lepas tu steam pulak..
Mula-mula die sapu cili cream dekat seluruh badan..
Lepas tu pakai hot blanket ..
Gila panas dengan pijar..
5 minit je instead of 30 minit kot..
Lepas tu pegi shower..
Memang lama la aku dalam tu..
Berapa kali mandi..
Tutup shower je pijar balik..
Masa dah pakai baju, jalan nak balik..
Tak tau nak cakap macam mana..
Tak keruan giler rasa..
Sampai rumah mandi lagi..huhuhu..
Dalam bilik melompat-lompat panas ok..huhu..
Dah la efek cream tu 2 3 jam..
Dah hilang efek die baru la rasa ok..
Lepas tu tobat la tak nak pakai lagi..

Mula-mula sessi aku dengan dieorang..
Dalam 2 3 sessi berat aku bukan makin turun..
Tapi makin naik ada lah..
Biasanya die kata sebab water retention..
So die ajar cara minum air lebih waktu siang..
Kurangkan makan benda manis, masam dan masin..
Start dari tu slowly berat aku turun..
Tetap je la pakej yang sama..

Masa pakej nak habis die ada offer aku untuk tambah pakej..
Tapi malas pulak aku..
Semalam last day treatment slimming ni..
Lama giler kan..
Sebab aku memang saje delay..
Insyaallah dah bole control sendiri..

Untuk facial pulak..
Lepas habis 6 sessi ni..
Aku continue amik 4 sessi facial lagi..
Dapat free 1 hour body massage..:)

So untuk bulan ni..
Aku dah arrange nak buat facial untuk en.bf..
Facial die 2 jam setengah..
Aku pulak buat sessi last slimming (1 hour) + full body massage (1 hour)..



Yang mesin warna biru tu la untuk letak dekat perut, peha atau lengan..
Sessi last ni aku pilih nak letak dekat peha pulak..
Lepas tu steam..
Half journey aku ada try pakai steam sauna tu..
Terus lagi prefer tu dari hot blanket..
Hot blanket macam bosan sebab bari panas..
Yang ni aku duduk bole bergerak dalam tu..
Berpeluh memang macam mandi la..
Best giler..
Tapi kalau ada option bersenam lagi baik la..

Steam sauna tu bole je beli sendiri..
Harga pun tak de lah mahal sangat..
Aku pun ada plan nak beli sendiri..hihi..
Ni contoh jual dekat Mudah..
http://www.mudah.my/Malaysia/steam+sauna-for-sale?lst=0&fs=1&q=steam+sauna&cg=0&w=3&so=1&st=s






Untuk slimming memang aku dah prefer manage sendiri..
Last day semalam timbang berat aku dah 51.9..
Untuk facial kene tengok dulu lepas kawen nanti..
Aku prefer yang dekat je dengan rumah..
Senang nak pegi jalan kaki je..
Tapi pegi semalam en.bf suka je facial dekat sini..
Memang bole consider nak continue..







Kalau tengok dekat voucher tu alamat lama..
Sekarang dieorang dah tukar nama dan pindah tempat..


Perfect Skin Wellness Zone..
Lokasi dekat depan Hero Bandar Sri Permaisuri..
Apa-apa korang bole contact dieorang untuk produk dan harga..
https://www.facebook.com/perfectskinwellnesszone/?fref=ts


Antara servis yang ada..


Tempat die biasa je..
Tapi servis best..
Untuk slimming biasa Ana yang buat..
Kalau facial aku prefer Serene lagi..
Banyak lagi servis dieorang..
Full body treatment ada..
Kecuali rambut je..

Lagi satu harga pun ok..
Kalau pegi massage dekat Thai Odyssey half body massage je pun dah rm6+.++ untuk 30minit..
Dekat sini full body rm68..
Kadang-kadang amik pakej dapat free macam aku..

Lagi satu ada je pegi tempat yang nama well known..
Interior meletop..
Tapi servis, bila urut ke apa tak best pun..
Harga mahal..

Untuk lelaki die tak terima yang walk in..
Kalau orang yang rekomen atau datang sekali bole je buat..

 Highly recommended untuk sape nak buat facial..:)

Friday, 15 January 2016

Beryl's Grand Sale..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Malas nak cerita banyak..
Tapi aku tetap nak share..

 

Haaaa sape-sape peminat coklat tu sila la terjah..
Grand Sale katanya..
Bermula dari hari ni sampai nak CNY nanti..
Banyak mana sale tu aku tak pasti pulak..
Aku pun lom terjah lagi.. 
Soooon mungkin..
Tapi bukan weekend ni..
Weekend ni dah fully occupied..haha..

Have a nice weekend..:)

Thursday, 14 January 2016

Kisah Mee Sizzling, Bawal Power & ABC..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Entah kenapa tiba-tiba semalam aku terasa nak makan Mee Sizzling..
Ajak en.bf makan malas sama die ok je..
Aku pulak semalam tak makan berat sangat..
Pagi tu breakfast maggi goreng dengan daging salai..
Lepas tu makan roti gardenia dengan butter toffea tu je..
Ajak die sekali die ok je..

Bila die tanya nak makan dekat mana..
Aku pun duk google-google la..
Biasanya memang orang makan benda ni dekat food court je kan..
Kalau kedai ada sizzling pun yang sizzling chicken chop, lamb chop, beef segala tu..
Tak de pun sizzling mee..
Nak sizzling mee..huhu..
 
Balik rumah pun sambung google lagi..
Siap call Murni Bandar Sri Permaisuri lagi..
Tapi dekat situ ada Sizzling daging daging tu..
Kalau ada mee pun kuah sup tu..
I dont want..

Siap berbelah bahagi lagi nak makan Mee Sizzling ke Nasi Arab masa en.bf datang..
Sekali die ajak pegi Hawkers Damansara..
Sebab situ food court kan..
Dah la situ susah nak parking..
Pusing 2 kali kot..
Sudahnya park dekat tower tu sejam rm1..:(

Carik-carik mee sizzling tak do..huhu..
Masa cari tu jumpa kedai Bawal Power..
So rasa nak makan tu..
Layan kan je la..
Tu rezeki untuk semalam..

Saje makan berat sebenarnya semalam sebab nak puasa hari ni..
So hari ni rasa nak makan sizzling lagi..
Saje wasap room mate..
Sekali die set je..

Sampai Mid pukul 6 setengah macam tu..
Ajak die jalan-jalan dulu..
Ternampak kedai Lazo Diamond..
Ajak die usha kedai emas..
Die pun tengah survey barang kemas..
 


Dapat la makan Mee Sizzling dekat food court tingkat atas Mid Valley..
rm7.90 tak silap..
Tambah telur tambah rm1..

Masa on the way nak pegi food court tu terbayang-bayang pernah makan ABC dekat sini..
Sedap..
Tapi mahal sikit la..
RM6 untuk ABC special ada ice cream..
Termasuk GST rm6.++..

Alhamdulillah rezeki orang puasa dapat makan Mee Sizzling dengan ABC..:)

Lepas makan ajak room mate jalan-jalan..
Sempat usha langsir dekat Jusco..
Lepas tu sambung usha barang kemas..

Emas 916 sekarang rm185/gram..
999 sekarang 195/gram..
Huhu mahal ok..
Masa aku beli cincin tahun lepas rm170/gram..

Room mate yang mencarik..
Tapi aku pulak yang banyak berkenan..
Kot-kot ada rezeki bole la beli nanti..

Tuesday, 12 January 2016

WW - Wordless Wednesday..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..



Hasil tangan Dik Ta..


Ya Allah…
Berikan aku kekuatan di saat aku rebah
Berikan aku Ketenangan di saat jiwa ku patah
Berikan aku kedamaian di saat hati dan jiwaku kusut dan terbelah
Berikan aku seluhur kasih sayangMu…
Berikan aku semurni cintaMu
Berikan aku semua rasa – rasa itu…
 

Monday, 11 January 2016

Persiapan Hantaran Tunang Luqman..

Assalammulaikum & Selamat Sejahtera..


Sebenarnya ada jugak la idea nak update blog..
Tapi rasa malas nak tulis..
Nak santai-santai tengok tv tak pun baring sambil tengok movie..
Malas nak berfikir..

Meh la up entri light-light je..
Asyik pasal persiapan aku je kan..
Sebenarnya weekend depan Insyaallah adik lelaki aku yang bawah aku akan bertunang..
Untuk tunang die buat hantaran..
Bukan macam kakak die ni yang tak nak ada hantaran..
Tunang tak de hantara, kahwin pun tak dok..




 Mak aku tempah je dekat Ayer Hitam tak silap..

Sebelum ni adik aku ada survey dekat Nilai dengan Era Nona Bahau..
Tapi harga agak mahal..
Ni yang paling mura mak aku dapat..


 
5 set rm200..
Eh ke 250..
Antara 2 tu la harga..

Kene tempah dulu..
Bayar deposit sikit..
Baki bayar masa ambil..
Ok la sebab masing-masing tak berapa rajin pun nak beli barang nak buat..
Beli je senang..:)

Sunday, 10 January 2016

Weekend - Fitting Baju & D'One Bangi..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Apa aktiviti korang weekend ni?..
Weekend aku macam biasa satu hari akan keluar, satu hari lagi rilek dekat rumah je..

Macam biasa Sabtu la biasanya kitaorang akan keluar..
Semalam adalah hari fitting baju kitaorang..
Memang set hari yang sama untuk baju nikah dan risepsi..

Sabtu tu walaupun Jumaat malam tido lambat..
Pagi tu rasa macam malas giler nak bangun awal untuk masak..
 Siap fikir alasan lagi kenapa tak masak haritu dekat en.bf..
Tapi bila fikir balik..
Baru berapa kali masak dah malas..
Nanti lagi jadi pemalas..
Gagah kan la diri bangun turun kedai dekat bawah beli barang..


Masak satu lauk je semalam..
Sebab nak cepat nak pegi fitting baju..

Masak kari ikan campur bendi..
Kari ikan tanpa daun kari dan ada kayu manis je untuk rempah ratus..
Selalu guna peket rempah yang dah siap ada semua rempah..
Tapi semalam tak de pulak dekat kedai..
Ada jual asing-asing pulak..
Aku beli kayu manis je..


Destinasi fitting baju nikah dan baju risepsi..

Mula-mula pegi fitting baju nikah aku..
 Janji pukul 3..
3 lebih jugak sampai..
Sebab nya jalan jem dengan tak tau jalan..
1st time datang butik tu..
Fitting kejap je..
Sejam pun tak sampai..
Pakai baju, try shawl dengan veil lepas tu settle..
Nak confirmkan saiz je..
Semua sangat basic..
Untuk detail dan manik semua tak de lagi..

Masa tempah baju dulu aku just bagi gambar baju nikah dengan samping en.bf..
Bila tengok baju nikah aku..
Aku dengan en.bf kagum jugak bila baju nikah aku warna die memang matching dengan samping en.bf..

Sebenarnya baju nikah aku ni last week lagi dah bole fitting..
Kalau ikutkan memang aku mintak nak 9hb..
Dari bulan lepas lagi aku dah inform awal-awal..
Ni based on nasihat kawan aku yang pernah ada pengalaman dengan die..
Tapi minggu lepas kitaorang dekat kampung kan..
Nak datang weekdays memang malas la..

Settle tu kitaorang ke KL pulak untuk fitting baju risepsi..
Pun tak lama sangat pun..
Untuk baju risepsi aku tak risau sangat pun..
Inform nak fitting minggu lepas, dia terus ok je..
Terus settle kan baju nikah untuk en.bf jugak..
Baju nikah dengan samping en.bf amik dekat sini je..



Teaser sikit baju nikah en.bf..:)

Petang macam tu semua dah settle..
Kitaorang decide nak pegi makan dekat Bangi..
Saje jalan-jalan lagi pun..
Padahal tak tau pun lagi nak makan dekat mana..

Jalan-jalan pusing-pusing akhirnya decide makan dekat D'one Bangi..


 Samlon untuk aku..
Patut ada coselow tapi aku taknak..
Mintak semua fries je..
Untuk en.bf die amik combo..
Ada udang, kambing dengan apa entah..

Biasa-biasa je la makan dekat sini..
Tapi ramai orang..

Untuk fitting semua ok la..
Cuma aku rasa badan aku makin kecik compare dengan masa ukur dulu..
Tapi ok la..
Just nice tak ketat, tak longgar sangat..
Kalau ketat-ketat pun tak ok..
Nanti nak bergerak nak duduk ke tak selesa sangat..

Untuk baju nikah saiz ok walaupun loose sikit..
Tapi ok la..
Kot-kot ada nak kene duduk dekat bawak nanti selesa sikit..
Untuk risepsi ada sikit-sikit kene alter la..
Tangan outer wear untuk en.bf singkat sikit..
Baju aku pulak pinggang nak kene alter, dan kain adalah besar..
Kain godobosh sangat..

Untuk baju nikah en.bf memang ok je..
Terus settlekan payment untuk baju nikah dengan sampaing die..
Tapi semua tinggalkan dekat butik..
Amik sekali nanti..
Sebab malas nak simpan sendiri dekat rumah sewa..
Malas nak tanggung risiko..huhu..


Alhamdulillah semua agak ok sekarang..
Semua agak teratur seperti yang dirancang..:)
Keep on communicate and discuss..

Saturday, 9 January 2016

Wedding Review - Kad Kahwin - Kadkahwinku.com..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Ok meh kita sambung cerita pasal kad..
Bole cepat-cepat habis..

Sebabkan pasal budget dan bilangan kad..
Kitaorang cari option kedua untuk control budget..
Sebab kalau bole tak nak lebih dari budget awal..
Penting untuk control budget walaupun jumlah die sikit..
Penting untuk kawal diri dan tegas dengan diri sendiri..
Walaupun jumlah ni puluh atau ratus ringgit..
Unless kalau korang memang banyak duit lebih..:)

Maka vendor hunting untuk kad pun bermula..
Masa ni aku lebih cari dekat online je..
Cari dekat IG, FB atau website untuk kad yang mura..
 Bilangan pun tak banyak..
Jadi susah sikit nak dapat harga yang kitaorang nak..

Calculation kitaorang..

Harga style 6 KadLawo untuk 1000pcs - rm980..
Kalau kitaorang ambil 500pcs style 6 Kadlawo - rm650..
Kitaorang nak lagi 300pcs kad - mesti la total die lagi kurang rm980..
Kalau ambil 300pcs tu lebih kurang rm980 je baik la kitaorang ambil dengan Kadlawo je untuk 1000pcs..

Tanya sana sini..
Sekali aku terjumpa Kadkahwin yang selalu buat promotion hari Jumaat dekat IG..
So memang aku follow IG dieorang..
Tengok harga masa promosi ok..
Hari Jumaat dah standby siap-siap dari pagi usha IG dieorang..hehe..
Lepas tu jumpa kad dan harga yang sesuai masa promosi Jumaat..
Aku whatapp tanya, lepas tu terus confirmkan..
Masa aku beli term die adalah kene bayar total harga kad dalam 24 jam..

Disebab kan order Jumaat..
So masa weekend tu aku dengan en.bf pegi Kajang untuk pegi Gallery dieorang..
Carik-carik dah petang tapi sempat la jumpa..
Ramai jugak orang masa ni..
So sempat la kitaorang tengok-tengok kad yang ada..

Sebab sebelum ni tengok gambar je..
Susah nak agak fizikal kad sebebnar..
Sekali aku rasa macam kad yang aku tempah masa whatapp tu macam tak ok..
 Nasib baik la bole tukar dengan kad lain yang ada promosi jugak masa hari Jumaat tu..

Dieorang ni ada system online..
So sign up semua settlekan masa ni..
Setiap customer ada akaun dekat website dieorang..
Lepas tu untuk details dan map communicate guna email je..
Lagi cepat dieorang dapat detail, lagi cepat confirmkan detail dan map..
Lagi cepat la dieorang bole print..

Isnin tu dieorang dah email untuk dapatkan detail..
Untuk kad ni senang je..
Sebab die ada template..
Detail ikut template die je..
Tak bole nak demand nak ubah itu ini ye..heheh..
Fill in macam borang online lepas tu mungkin die generate dari situ je..
Untuk map pulak aku just email je dari kad sebelum ni..
Sonang cerita..

Kitaorang dapat kad ni lagi awal dari tarikh yang die estimate siap..
Masa collect kad kawan en.bf yang tolong collect kad..


Promosi Friday Special..
Riben tu tak termasuk ye..
Kalau nak order lain..


Ini la kad pilihan..
Mula-mula tu kad apa entah..
Tak ingat dah..


Kad kitaorang..:)
Simple dan paling penting maklumat sampai..
Dapat extra kad dalam 1+ pcs..
Alhamdulillah envelope semua ok..

Berdasarkan pengalaman kitaorang..
IG diuruskan oleh bos dieorang..
Die yang buat promosi, harga, term and condition semua..
Yang handle whatapp pulak orang lain..
Masa aku datang gallery orang lain pulak yang handle..
So masing-masing blur blur sikit..
Sebab dieorang tak tau pun harga promosi..

Jadi baik la screen short detail promo siap-siap..
Kalau pegi gallery tunjuk detail tu..
Sebab untuk promosi tu kadang-kadang ada term macam minimum bilangan order..
Terhad untuk warna apa..
Kertas pun kadang-kadang lain..
Jadi untuk dieorang perlukan detail untuk key in dalam akaun nanti..
Tak nak la salah order kan..

Untuk kad ni kitaorang dapat 300pcs - rm10+.++..
Memang sangat berbaloi..
So total harga kad bawah rm800..

Untuk tengok design dan lagi banyak info bole la usha..

Website - http://www.kadkahwinku.com/store/
FB - https://www.facebook.com/kadkahwinkudotcom/?fref=ts&ref=br_tf
IG - https://www.instagram.com/kadkahwinkudotcom/

Paling senang contact atau pegi je gallery dieorang..
Tak silap dieorang dah bukak gallery sampai malam sekarang..
So lagi flexible..
Lebih lagi kalau yang berkerja..
Lagi la senang korang nak terjah..

Ok settle pasal kad..

Wednesday, 6 January 2016

Wedding Review: Kad Kahwin - Kadlawo..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Aku cuba la merajinkan diri untuk tulis pasal kad jemputan kahwin kitaorang..
Slow-slow tulis nanti siap jugak kan..

Untuk kad jemputan kahwin kitaorang ada 2 design..
2 design dari 2 vendor yang berbeza..

Kad pertama kitaorang buat dekat Kadlawo, Shah Alam..
Macam biasa awal-awal lagi memang kitaorang dah survey slow-slow..
Tak ingat dah survey sebelum bertunang ke selepas bertunang..
Tak ingat da macam mana boleh tersangkut dekat Kadlawo ni..

Mula-mula survey tak silap kitaorang kad untuk 500pcs je..
Masa 1st survey ni saje nak tengok design yang ada..
Nak survey harga dan cara pembayaran (payment method)..
Nak dapatkan nasihat bila waktu yang sesuai untuk tempah dan tempoh proses macam tu..
Dapatkan la se detail yang mungkin..
Benda-benda ni penting untuk senang kitaorang nak budget harga dan time line setiap item untuk majlis kitaorang..

Lepas survey dekat sini..
Lepas survey dekat sini kitaorang survey tak banyak sangat pun..
Ada jumpa vendor lain dekat Pameran Pengantin je..
2 kali kitaorang pegi Pameran Pengantin..
Satu dekat Ampang Point, satu lagi dekat SACC Mall..
Tapi en.bf prefer dekat Kadlawo..
Sebab harga ok, design ok
Aku ada je ajak en.bf pegi survey kedai lain..
Tapi die macam malas nak survey banyak-banyak..huh..

So pilihan vendor untuk buat kad ialah Kadlawo..


Pegi kali kedua dah confirmkan style, confimkan harga balik..
Masa ni kitaorang plan nak amik kad sekeping je dengan harga loose untuk 750pcs..
Lepas tu terus bayar deposit..
Masa ni awal jugak..
Tapi memang kebanyakkan kitaorang saje bayar deposit awal-awal..
Sebab malas nak pegang duit dekat tangan..
Takut terguna peruntukan yang sepatutnya..
Dalam bulan 11 tak silap kitaorang datang balik..
Masa ni memang dah nak confirmkan design, detail semua..
Tapi masa ni bole pulak style yang kitaorang pilih dulu dah tak de lagi..
Die dah tukar size style..
 Kitaorang tak suka sangat size sekeping..
So kitaorang pilih style yang baru, harga pun lain la..huhu..
Kualiti kad pun lain, makin baik kualiti kad.
Akhirnya pilih style 6..
Bagi semua detail untuk letak dalam kad..
Masa buat map ni lawak giler..
Sketch map dekat atas note pad kecik ke..
Sabar je la budak tu dengan kitaorang..
Yang best dekat Kadlawo ni ialah kad die custom made..
Korang bole buat design sendiri..
Tak pun bole mix and match design yang dieorang sedia ada..
Tak de hal..
Dalam seminggu je kot, pertengahan bulan 11 dah dapat 1st draft..
Bahagian detail memang senang je..
Sebab kitaorang memang nak kad yang simple - ringkas dan padat..
Malas nak ayat berbunga-bunga sangat ni..
Yang problem die pasal map..huhu..

Masa dekat kedai kitaorang pilih style 6 untuk 1000pcs..
Sebab kalau harga loose untuk 750 lagi mahal..
Untuk harga bole refer dekat bawah..
Tapi masa on the balik fikir balik dengan en.bf..
1000pcs kad adalah banyak..
Dan lebih dari budget masa pegi 1st time dengan 2nd time..
Kene ada plan B ni..

Cukup 3 draft dalam seminggu..
Budak ni ajak jumpa edit depan-depan je senang..
Sebab communicate guna email ni susah sikit..
Unless kalau korang memang confident dengan detail korang tu..

Dekat Kadlawo Shah Alam ni ada 2 orang budak yang buat design, Esan dengan Epy namanya..
Sape yang in charge korang dari awal, die la yang akan buat sampai settle..
Dieorang ni korang bole je deal kalau nak jumpa malam..
Kalau ikut kan masa untuk print lepas confirm design adalah 20 hari bekerja..
Unless kalau korang bole kawtim dengan dieorang nak cepat ke apa..
Untuk design memang bole buat dekat mana-mana cawangan..
Tapi untuk print adalah dekat HQ, dekat Kuantan..

So lepas keje kitaorang datang la nak bincang..
Sebab nak kejar masa..
Buat map sama-sama, edit depan-depan..
Kejap je dah siap..
Lepas tu nanti dieorang akan inform la bila dah siap..
Dan bole la collect nanti..
 Meh belanja sikit kad jemputan kitaorang..:)

Cover

Dalam

Lokasi Majlis..

Masa kitaorang amik kad ni ada la sikit defect..

Contohnya cover tu patutnya tulisan Walimatulurus tu sepatutnya bukan warna putih..
Sama warna purple dengan tulisan lain..
Check dekat draft pun sama..
Tak tau la sape yang pegi tukar..

Lagi satu dekat bahagian dalam ada tulisan & warna putih sesat..
Nasib baik la background die macam tu..
So tak perasan sangat kecuali kalau tengok betul-betul..
Masa check balik draft tengok dengan naked eye memang tak nampak..
Sebab tu la masa edit malam tu tak nampak..
Kene zoom 10x baru nampak ada & dekat draft tu..

Dieorang offer nak print balik.
Tapi kitaorang malas pulak nak tunggu..
Kitaorang pun tak de la fussy sangat..
Guna je la kad ni..
Kalau print balik dapat lagi 500 kad dah bazir je yang ni..
Masa ambil kad ni bayar balance harga kad..

Balik tu terus bagi mak..
Orang dekat rumah pun tak bising..
Bole je baca..

Lagi satu kitaorang ada problem dengan envelope..


Envelope die bole pulak gam die melekat-lekat..
Bila nak bukak memang hancur la..

Lepas tu kitaorang dapat dalam 50-70 kad extra..
Tapi ada tak cukup envelope..
Masa pegi Mr.DIY ternampak pulak envelope mura..
rm1.50 ada 25pcs..
 Bole refer dekat SINI..
Aku rasa bole je kalau nak complain lepas tu dieorang ganti envelope lain..
Sekali lagi..
Aku malas nak tunggu dan pegi jemput..
Semua tu makan masa dan duit..
Ni harga paling latest yang aku ada setakat masa ni..




Untuk tau harga terkini better contact dieorang terus atau terus pegi gallery..
Biasanya aku suka call dulu sebelum pegi..
Sebab selalu pegi masa weekend atau public holiday..

Untuk tengok design kad dan produk lain dieorang bole usha dekat sini..
Dieorang ada macam-macam produk..
IG - https://www.instagram.com/kadlawo/

Dieorang ada banyak cawangan..
Bole la pegi dekat cawangan terdekat korang..
Kalau tak pun tak silap kawan aku pernah je tempah thru email dengan phone call je..
Kesimpulan die kitaorang puas hati dengan servis dan kualiti hasil kad ni..
 Walaupun ada silap sana sini sikit..
Silap yang bole je korang nak claim balik untuk dapat yang perfect..
Tapi kitaorang ok je..
Ramai jugak yang dapat dan tengok kata kad ni cantik..:)
Terima kasih team Kadlawo untuk kad jemputan kahwin kitaorang ni..
Highly recommended..
Tak semestinya untuk kad kahwin..
Mungkin untuk kad jemputan majlis lain..
Dieorang pun ada macam-macam produk lain..
Credit untuk Esan dan Epy..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...