Tuesday, 1 November 2016

Welcome Nov 2016..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Holla Nov..
Hari ni 1st Nov 2016..
Aku dah start cuti hari ni..
Last weekend kitaorang balik kampung..
Kitaorang ni memang kaki balik kampung..
Pantang ada cuti lebih je mesti balik kampung..
Semalam en.suami cuti..
Cuti sempena Deepavali..
So apa lagi..
Balik kampung la..

Sabtu aku last day keje..
Sabtu tu pulak boleh balik awal..
Balik bawak 2 kereta..
Sebab aku dah start cuti..
So boleh la bawak kereta balik da..
Nak tinggalkan dekat sini pun parking tepi jalan je..
Lagi pun nanti aku cuti lama kan..
Lepas tu aku bawak barang-barang baby sekali..
Dah sah-sah berpantang nanti kene duduk dekat kampung kan..

Sampai Jemapoh sebelum pukul 7..
Ok la drive hari siang..
Walaupun sepanjang jalan tu kadang-kadang hujan sikit..
Aku punya la mengantuk masa drive tu..
En.suami walaupun die bawak kereta aku, tapi bukan main laju lagi die bawak..
Sabar je lah..

Sampai tu rehat jap, makan semua..
Malam tu pegi rumah Azrai teman Hawa nak discuss pakej die..
En.suami pulak keluar jumpa kawan-kawan die..
Kebetulan pulak balik lebih kurang malam tu..
Malam tu sebelum tido aku basuh barang-barang baby..
Esok tu lipat, susun balik dalam beg nak bawak pegi hospital dengan yang tinggalkan dekat rumah..
Ahad mak, wan dengan ayah pegi KL..
Lepas makan en.suami hantar kereta aku pegi basuh..
Die kemas kan kereta, check kereta semua..

Petang sikit baru gerak balik rumeh mertua..
Malam tu tido dekat situ..
Ingat kan ramai yang balik sebab cuti Deepavali..
Sekali kitaorang berdua je yang ada..

 Petang semalam pulak kitaorang pegi bank..
En.suami pegi uruskan apa yang patut..
Sempat singgah Watson beli barang aku..
Macam tu la tiap bulan beli barang sikit-sikit..
Tapi ada barang yang pending lagi ni..
Harap sempat la beli sebelum baby keluar..
Rasa baby macam keluar awal je ni..:)

Hari ni 1st day duduk dekat rumah..
Macam biasa mestilah boring..
Lepas en.suami pegi keje sambung tido balik..
Bangun tadi kemas beg semalam, lipat baju, basuh baju, masak sikit untuk makan sendiri lepas tu online..
Online check email, BW, update blog. settle kan banking online bayar apa yang patut..

Sebenarnya minggu ni ada banyak benda kene buat..
Tapi duduk rumah sorang-sorang memang bosan la kan..
Kalau online pun pakai data phone je..
Kene jimat-jimat..
Lain la kalau ada unifi..
Dah lama melepet menonton sampai lebam ke apa..

Minggu ni en.suami ada interview Jumaat ni..
So nak kene prepare..
Kitaorang usaha dan doa yang terbaik je la..
Company ok, tapi tau susah nak dapat..
Lagi dengan pasaran dan ekonomi sekarang..

Aku pun baru dapat email dari company yang aku pernah apply sebelum ni..
Application tengah process..
I is nervous ok..

Mana tau rezeki baby..
En.suami dengan aku dapat better offer..Amin..

Lepas tu minggu ni nak pegi check up..
Hari ni baby dah genap 36 minggu..
Last sekali nak settle kan barang apa yang patut la..
Kalau tak beli pun at least kene inform en.suami..
In case aku tak sempat beli..
Die bole la tolong belikan..
Nak pegi check up dengan beli barang ni memang kene tunggu die la..

Ahad ni pun mungkin nak buat makan-makan sempena Hawa nak kawin..
Plan nak ke Bagan Lalang..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...