Friday, 4 November 2016

Wedding Review - Katering Risepsi/Sanding..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Kali ni nak cerita pasal katering untuk majlis risepsi/sanding..
Dekat sini la belanja yang paling besar sekali..
Disebabkan aku nak buat majlis dekat dewan..
So aku survey katering yang boleh bagi full pakej untuk dewan..
Senang bagi seorang je settle kan dewan..
Tak payah aku nak pening kepala nak coordinate lain-lain orang..

Untuk Katering ni aku ada usha beberapa katering..
Ada yang aku jumpa dekat Pameran Pengantin, contact thru phone, email untuk mintak quotation..
Antara caterer yang aku pernah contact ialah DJari Artz, ISDA, Indah Katering dengan Bella Zarra Catering, Angsana, d-Hidang..

Cari punya cari aku jumpa dengan Qareezma Design..
Office dekat Wangsa Maju..
Owner die Lutfi Yusof..

Mula-mula aku mintak quotation dan die email aku..
Lepas tu berhubung melalui WA atau call je..
 Aku deal dengan die dari sebelum tunang lagi..

1st time jumpa die masa karnival pengantin dekat The Curve..
Sebelum tu memang WA atau call je..
Kebetulan die ada bukak booth dekat sana..
So jumpa dekat sana je masa weekend untuk discuss detail..

Awal-awal cuma ada makanan dan deko dewan je..
Nego punya nego dapat la diskaun sikit dari harga asal..
Lepas tu dapat la selit photographer dengan PA system sekali..:)
Harga termasuk kos pengangkutan sekali.. 

Pengangkutan dari KL ke Kuala Pilah..
Kos pengangkutan kadang-kadang tak murah ye..
Kitaorang pernah pegi Expo Pengantin saje survey..
Pernah ada katering quot pengankutan sahaja dalam seribu lebih ke 2k..

Ada jugak cari dekat Kuala Pilah..
Tapi ada tu lagi mahal..
Makan je dah mahal..
Tak termasuk deko dewan, PA system, photographer segala..
Lagi pun ada jugak yang family carikan kalau hal katering ni..
So lagi senang cari dekat kampung je..
Tapi sebab ni kitaorang uruskan sendiri..
So rasa agak senang jugak kalau dekat KL sebab kitaorang duduk sini..
Weekend atau malam bole pegi kejap..

Ok apa menu untuk Risepsi/Sanding?


Menu:
  • Nasi Beriani / Nasi Minyak / Nasi Tomato
  • Nasi Putih 10%
  • Ayam masak merah @ Ayam Grg Berempah
  • Daging Masak Hitam
  • Dalca Sayur
  • Gulai Lemak Nangka @ Gulai lemak nenas ikan masin
  • Sambal Sotong
  • Acar Buah
  • Dessert : Puding sagu @ Tapai 
  • Buah-Buahan
  • Minuman Kordial
  • Mineral Water
  • Pelayan terlatih & beruniform 
(Alhamdulillah makanan cukup untuk semua tetamu, siap ada lebih lagi, dapat la bagi orang sikit lepas majlis dan makan sendiri..Ramai jugak yang kata rasa makanan sedap) 


Hiasan untuk meja VIP  
  • 4 set meja VIP
  • Sarung kerusi Dan ribbon
  • Hidangan secara Dome
 (Untuk meja VIP ni aku tak amik port sangat pun, kalau ada pun bagi saudara yang tua-tua tu duduk..Yang lain tu tak kira la sape pun pandai-pandai la nak makan dekat mana pun)


Meja santapan pengantin  10Pax
  • Hiasan bunga segar
  • Tambahan Lauk pengantin : Ayam golek, Udang, Siakap
(Masa makan ni tak beria sangat pun..Maklumlah masa ni kawan-kawan datang nak salam la kalau yang balik cepat tu..Nak bergambar la..Lagi pun kene makan cepat-cepat sebab lepas tu ada acara bergambar family pulak..Makan buat syarat je..Tak silap untuk meja makan pengantin ni Adi buat arrangement, tapi bunga segar Lutfi yang buat) 

Coffee Corner: 500 pax
  • Kuih Koci
  • Kuih Serimuka
  • Kole kacang
  • Bubur Kacang
  • Tea Tarik
(Yang ni memang aku tak sempat rasa pun..Tak sempat nampak pun..huhu..)


 Untuk Dewan


Pelamin Dewan
  • Pelamin untuk saiz dewan (KLIK) - tq Adi untuk hiasan dewan yang nice..:)
  • Set alat merenjis - Adi yang siapkan..
  • Bunga Tangan - Lutfi yang sediakan - Bunga tangan dari bunga segar yang memang gorgoues..Aku tak de pulak gambar die..Kalau ada nanti aku share..

Pintu gerbang ( artificial flower ) & Flower stand untuk walkway
                                                     Ni pun Adi yang siapkan..                                               
  • 6 batang yang diletak dikiri kanan laluan  Pengantin - Tak ingat pulak berapa batang, tapi just nice untuk dewan tu..
  • Red Carpet - Adi jugak yang siapkan - Yang ni tukar dengan karpet kuning..Sesuai dengan tema tradisional..

7.      Kek Perkahwinan ( 3 Tingkat : Icing )

(Kek biasa je..Alhamdulillah sedap je..Aku pun tak tau macam mana family aku arrange..Lepas majlis tu ada lebih lagi dan aku dapat rasa..)

8.      Kelengkapan
  • Set Kerusi meja beserta alas : 30Set - Tak silap set ni lebih dari 30set..Sebab bil tetamu bertambah..Tapi tak de charge tambahan..
  • Sarung kerusi dan riben - Aku pilih riben warna gold tak silap..
  • Meja buffet 3 Set - Tak pasti berapa..
  • Meja hadiah 2 set - Pun aku tak sure berapa - Yang pasti ada meja untuk hadiah, door gift dengan guest book..Ni family kitaorang pandai-pandai la urus..
  • Meja kek  - Meja bulat simple je..Rasanya aku pernah share sebelum ni dekat pelamin Risepsi..


Aku bayar satu value yang dah cover semua..
Termasuk la pengangkutan untuk dieorang..
Nego awal-awal dapat la sekali PA system dan Photographer..
Lepas tu dapat bunga telur dengan baju jugak..
Tapi baju tu aku tak pakai pun..
Sebab dah ada baju lain..
Malas nak ganti-ganti.

Makanan dan Pelamin dr KL..
Untuk kerusi meja dan PA system tak silap aku dari Negeri S

Cerita pasal service pulak..
Pada aku dieorang memang professional..
Macam dengan Lutfi..
Memang sentiasa keep in touch..
Nak WA dan call senang je..

Untuk food testing aku dapat 2, 3 kali tak silap..
Sekali masa aku kitaorang jumpa die 1st time dekat The Curve..
Lepas tu aku ada pegi kenduri yang die arrangekan dekat Dewan Perdana Keramat Mall..
Last sekali masa datang butik untuk discuss.. Kebetulan masa hari tu ada kenduri..So die asingkan sikit untuk kitaorang..

Disebabkan die dekat KL..
Family kitaorang dekat Kuala Pilah..
Sebelum majlis die ada datang dekat dewan untuk jumpa family aku dengan family en.suami untuk bincang pasal deko, menu dan aturcara majlis..
Sambil tu dapat la jumpa family kitaorang sekali..

Hari Jumaat masa aku nikah dan masa hari majlis aku pun die ada datang..
Hari Jumaat untuk tengok persiapan..
Hari majlis untuk tengok kelancaran majlis..
Masa hari majlis die datang kejap je..

Untuk makanan Alhamdulillah tak de masalah..
Masa hari majlis Lutfi WA aku dalam pukul 7 pagi lori dah gerak..
Pukul 9 lebih macam tu lori dah sampai..

Adi yang handle pelamin pun sangat bagus..
Rasanya aku dah cerita dekat review Pelamin..
Untuk Photographer dengan PA system tu pending lagi..
Tapi keseluruhan die family aku puas hati je..
Walaupun ada komplen dari orang-orang tua ni yang kata pelayan tu lambat angkat pinggan kotor..
Tu je la komplen yang aku dengar..
Tu pun dari sorang dua je..
Yang lain macam mak, ayah, M.Long, P.Long, adik beradik aku kata ok je..
Makanan sedap..
Service ok..
Tak de lah makanan lambat sampai, makanan tak sedap ke, sakit perut ke makan..

Last sekali berkaitan pembayaran..
Lepas dah bayar 1st payment memang aku dah berenti cari..
Aku bayar sikit-sikit sampai habis..
Selalunya online transfer la..
Berapa amount tu bergantung pada persetujuan korang la..
Pembayaran adalah full sebelum majlis..

Untuk kene bayar full ni korang memang kene yakin la..
Sebab biasanya orang bayar deposit dulu kan..
Ada yang bayar 10% lepas majlis..
Ada jugak kawan aku cerita die bayar full masa majlis..
Tapi dengan ketering yang family die memang dah biasa amik la..

Bila kene bayar full dekat Lutfi..
Automatik aku bayar full untuk Pelamin dan deko dewan, PA system, Photographer..
Aku faham orang tak bayar full atas sebab-sebab tertentu..
Takut service tak ok, makan tak cukup ke, pelamin tak ok, dieorang tak datang ke..
Macam family aku pun bising jugak pasal hal ni..
Tapi aku bincang balik dengan Lutfi..
Nasib baik jugak payment kitaorang yang uruskan sendiri..
Pada aku kalau dieorang sayang reputasi dieorang, be professional la..
Alhamdulillah aku tak de la jadi bridezilla sebab pelamin lambat pasang ke apa..
Aku pernah je tengok orang kene macam ni..
Tapi dah pilih tu aku memang tawakal je la..

Positifnya pulak kalau dah bayar full payment sebelum majlis ni..
Seminggu dua tu dah tak payah pening kepala fikir pasal duit..
Boleh tanya update dengan senang hati..
Masa majlis dan lepas majlis pun sama jugak..
Tak de pening pasal payment..
Sebenarnya memang banyak benda aku amik full payment sebelum majlis..
Pakaian, mekap semua dah settle sebelum majlis..
So lepas majlis lega je..


Ok kita tunjuk sikit gambar abg Lutfi ni..
Alhamdulillah aku dengan family berpuas hati dengan servis die..
Nak contact number ke?..
Kalau nak roger-roger la aku ye..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...