Monday, 10 October 2016

Wedding Review - Entertainment..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Hari ni aku off day..
Dari pagi sampai ke petang dekat klinik..
Pukul 2 lebih dekat pukul 3 dah settle..
Balik tu aku baring jap..
Ok cerita pasal pregnant tu kita letak tepi dulu..
Aku nak sambung cerita pasal kawen ni..
Alang-alang dah ada dalam draf..
So sambung je la..
Walaupun cerita dah basi..
Sebenarnya banyak jugak benda nak share..
Tapi masih tak berkesempatan nampaknya..:(

Ok hari ni aku nak cerita pasal entertainment masa wedding aku hari tu..
Benda ni bukan compulsory pun..
Sekadar tambahan untuk menceriakan majlis je..
Alhamdulillah ada rezeki untuk ini.. 

Malam lepas nikah P.Long aku ada arrangekan Malam Bakat dekat rumah aku..
Malam Bakat ni macam pertandingan karaoke la..
Lepas tu ada celebrate birthday..
Untuk dua-dua ni aku memang tak masuk campur lansung..
Semua benda die yang uruskan..

Lepas nikah petang tu aku hujan turun..
Tapi malam bakat tetap meriah..
Sambil ada petandingan karaoke ada jugak cabutan bertuah untuk sape-sape yang datang..
Hadiah cabutan bertuah hasil sumbangan ramai..
Yang aku pasti, kakak aku ada bagi sumbangan..
Yang lain tu aku tak pasti dari sape..huhu..



Kek untuk sambutan hari lahir beramai-ramai..
Aku pun tak pasti siapa yang beli kek ni..huhu..



Banner untuk malam bakat..
Gambar-gambar tu adalah gambar peserta..

Sebenarnya untuk aktiviti malam lepas nikah ni aku memang aku tak amik port sangat pun..
Satu benda ni diuruskan oleh orang lain..
Lagi satu lepas Maghrib aku dengan en.suami pegi dewan dengan abang ipar dan adik ipar aku tengok persiapan dekat dewan..
Alhamdulillah masa pegi tu banyak benda dah settle..
Pelamin dah siap pasang, meja makan dah siap susun, walk way semua dah settle, meja makan pengantin pun dah ok..
Cuma PA System je belum setup lagi..
So tak de la drama pasal pelamin tak siap, meja tak ok ke apa.. 
Kebetulan masa aku datang tu kumpulan cak lempong pun baru sampai..
Dapat la dengar dieorang praktis..

Sebenarnya bila buat konsep tradisional aku memang ada  plan nak amik cak lempong dan silat..
Ada la jugak usha kumpulan cak lempong tanya harga..
Fuh harga bole tahan..
Ada sampai seribu lebih untuk 10 lagu tak silap..
Tapi untuk kumpulan ni aku dapat murah je..
Ayah yang settle kan..
Ni kumpulan cak lempong KV Juasseh..

Aku tak pernah dengar dieorang main pun sebelum tu..
Tapi ada beberapa orang yang bagi tau ok..
So aku layan kan je..
Malas nak fikir banyak sangat..
1st time aku dengar dieorang main masa malam lepas nikah dekat dewan tu..
Mula-mula aku ingatkan kene ada PA system untuk support, tapi cikgu dieorang kata tak perlu pun..
Bunyi benda tu sendiri pun dah cukup bergegar satu dewan..haha..
Cuma dieorang kene pandai-pandai communicate la dengan PA system dengan entertainment lain..
Dieorang main pun not bad..
 


Kumpulan cak lempong dekat tepi kanan dewan..
Belakang dieorang tu PA System..
Senang nak communicate kan..
Pemain cak lempong siap dengan pakaian dieorang..

Kebetulan pulak rezeki aku..
Majlis aku hari Sabtu..
Hari Jumaat dekat dewan kolej ni ada majlis..
Kumpulan cak lempong ni ada perform..
Jadi masa aku turun dari kereta..
Dieorang ajak berarak dari kereta ke pintu dewan..
(Plan asal nya nak berenti depan pintu dewan terus masuk dewan, tapi masa kitaorang sampai ramai gila depan pintu dewan..So park jauh sikit, berarak la sikit ke pintu dewan)
Sebenarnya dalam kad sepatutnya kitaorang sampai pukul 12.30..
Tapi sebab delay sikit, so sampai pukul 1..
Memang tengah peak hour..
So pengantin dekat depan, dieorang follow kitaorang dekat belakang dengan bunga manggar, dengan gendang semua sampai ke pintu gerbang dalam dewan..
Which is tak de dalam plan pun..
Tetiba ada bunga manggar segala..
Padahal bunga maggar majlis semalam tu..haha..
So rezeki kitaorang la..

Dah masuk dewan, depan pintu dewan, dekat pintu gerbang pulak pesilat dah tunggu..
Ada beberapa orang..
Seorang pegang sireh junjung..
Follow by 4 orang tak silap..
Ni untuk berarak dalam dewan pulak..
Dari pintu gerbang ke pelamin..
Ni je plan asal nya..
Tapi macam aku cakap ada rezeki pulak untuk berarak sikit dekat luar..
Jadi dekat dalam ni kitaorang berarak dengan pesilat dan kumpulak cak lempong tadi..
Yang best nya semua semua pengiring punya custume mengikut tema tradisional..:)



Yang berbaju hijaun dalam gambar dekat atas ni la pesilat yang ada..
Yang ni tak payah keluar duit pun sebab dieorang ni kawan-kawan kakak aku..
Kakak aku pun biasa buat persembahan formal..
Dieorang memang willing nak datang untuk memeriahkan majlis aku..

 Dari pintu gerbang kitaorang naik ke pelamin..
Kumpulan cak lempong amik tempat dieorang dekat tepi dewan, lepas tu pesilat pulak buat persembahan depan pelamin..
Simple je..
Just nice je flow die kan..
Tak payah rehearsal segala..haha..
Aku suka macam ni..
Semua professional tau part masing-masing..:)

Dah duduk tu ada lah kata aluan dari MC, which is kakak aku..
Wartawan plus producer program plus ex student Masscomm memang pandai bercakap..
So jimat lagi tak payah hire MC..
Die pun biasa kendalikan majlis formal..
Tukang baca doa pulak sepupu aku..
Pun dah biasa jugak..

 Sepanjang pesilat tu buat persembahan kumpulan cak lempong ada iring dieorang dengan lagu yang sesuai..
Settle persembahan silat, upacara tepung tawar pulak..
Settle tu kitaorang turun makan..
Lepas makan naik balik pelamin untuk sessi bergambar formal dengan family..
Panggil satu-satu family naik..
Kesian kawan-kawan kene tunggu nak bergambar...huhu..



Selain cak lempong dan silat..
Ada jugak persembahan violin dari kawan adik aku..
Budak sekolah seni ni..hehe..
Seminggu kawan-kawan adik aku dekat rumah..
Sebelum kenduri dieorang tolong apa yang patut..
Tolong buat goodies, racik bunga rampai..
Lepas kenduri pegi jalan-jalan shopping dekat MPO, mandi sungai, jalan-jalan dekat Sri Menanti pulak..

Ni masa sebelum kenduri adik aku memang bagi tau kawan die nak datang dan nak main violin dekat majlis aku..
Aku pun request la lagu..
Ada lagu tradisional..
Ada lagu yang die propose..
Aku propose lagu Dasyat-Mojo, Jauh-Akim..
Ada jugak die main lagu Jannam..
Masa ni tengah hangat lagu tu kan..hehe..

Ramai cakap persembahan die bagus dan menarik..
Ye lah well trained dalam bidang muzik..
Owner katering aku siap tanya, kot-kot die nak main untuk majlis-majlis die dekat KL..
Budak ofis aku pun kata persembahan violin ni menarik..
Jarang-jarang majlis ada persembahan ni kan..
Budak ni tak tetapkan harga pun..
Tapi aku bagi la jugak saguhati..
Persembahan dengan penampilan pun kene majlis kan..:)

Alhamdullillah untuk persembahan well blend dengan tema majlis hari tu..
PA System pun professional..
Dieorang ni tak pernah buat majlis sama-sama tapi flow very well..
In between ada jugak yang menyanyi persembahkan lagu..
So aku tak de lah pening-pening kepala nak arrange..
Tak de lah macam carca marba ke apa..
Bila kita bagi tau atur cara majlis dieorang faham dan execute ikut plan..
Kalau ada perubahan pun, perubahan yang lebih baik dari plan asal..
Dan aku pun memang tak keluarkan banyak belanja untuk semua ni..
Rezeki kitoarang la kot..

So settle part entertainment..
Sape-sape nak buat majlis nak details bole contact aku..

2 comments:

  1. meriahnya wedding awak.. msti cantik sgt empunya diri ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah Lya..
      Alhamdulillah ramai yg tlong menjayakan..hihi..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...