Friday, 14 October 2016

Last September..



Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Sekarang ni dah pertengahan Oktober pun..
Cepatnya masa berlalu..
Kalau ikut My Calender aku baby dah 33 minggu 3 hari hari ni..
Waktu menulis ni baby bergerak aktif..
Rasa macam nak buat entri untuk pregnancy journey..
Tengok la kalau ada masa nanti..
Mana la tau apa yang aku kongsi nanti berguna untuk orang lain jugak..

 Berbalik kepada cerita bulan lepas..
Sejak dah kahwin ni bulan September jadi bulan yang penting..
Sebelum kahwin penting jugak..
Tapi dah kahwin ni lagi la penting..
Sebab nya September bulan lahir en.suami..

Kebetulan hari lahir en.suami tahun ni jatuh hari Isnin..
Hari off day aku..
Hari Ahad tu tak silap kitaorang keluar..
Malam tu aku lupa wish birthday die..
Bangun pagi nak pegi keje tu baru teringat dan wish..
Still orang pertama wish kan..hehe..
Sebelum pegi keje tu pesan dekat en.suami balik keje awal hari tu..
Sebab nak ajak die makan dekat luar..
So malam tu aku belanja en.suami makan dekat NY Shack & Steak..
Kewangan kurang mantap tak dapat la nak belanja mahal-mahal..
Semoga Tuhan murahkan rezeki aku supaya boleh kongsi dengan orang lain jugak..

Hujung minggu lepas baru potong kek..
Last weekend ada cuti Awal Muharram..
Cuti Ahad Isnin..
Dekat kampung pun ramai sikit..
Adik Ta dengan Zack ada balik..
P.Long pun ada balik kampung..
So celebrate la sekali dengan birthday Wan, Wan Gentam dengan Zack..
Total 4 orang yang sambut birthday bulan lepas..
Menu simple-simple je..

Bulan lepas jugak kita sambut Hari Raya AidilAdha kan..
So tahun ni sambut raya dekat rumah en.suami..
Sabtu lepas keje balik Jemapoh..
Ahad balik rumah en.suami..
Isnin tu aku tak pegi sembahyang raya pun..
Lepas minum pegi kitaorang balik kampung en.suami dekat Rembau..
Malam tu balik rumah aku kejap..
Aku sempat tido sebab en.suami nak pegi main futsal dengan adik-adik aku..
Malam dah balik KL..
Pukul 2 pagi pun jem lagi jalan Kuala Pilah - Seremban...
Aku dapat cuti hari Isnin je..
Bising en.suami suruh cuti jugak Selasa..
Siap rasa nak suruh aku berenti keje lagi..
Marah benor..hehe..

Hari Sabtu weekend 17hb September family aku pegi Bukit Tinggi..
Pegi 5 orang, Ayah, Mak, Wan, Zack dengan Wafi..
Saje pegi jalan..
Sambil tu nak pegi majlis perkahwinan keluarga angkat Zack dekat sana..

Dieorang turun dekat Padang..
Then pegi Bukit Tinggi..
Sepanjang dekat sana family aku duduk dekat hotel family angkat die ni..
Family angkat adik aku ni ada beberapa bisnes..
Ada hotel, salon dengan perniagaan tekstil..

So enjoy gambar majlis dekat sana..




Bergambar dekat pelamin dengan pengantin..
 


 




Malam sebelum majlis..



Nice deko kan..


So ni la cerita bulan lepas yang nak diabadikan dekat blog ni..
 Bulan ni aku last keje..
Tinggal dalam 2 minggu lagi..
Tak sabar nak cuti..
Tapi dalam masa yang sama takut bosan je duduk dekat rumah..
Harap semua ok la..
Masih tak decide lagi dekat mana nak bersalin..
Just go with the flow je la..:)

2 comments:

  1. mmg grand dewan tu kamila..

    alhamdulillah..baby gerak tu tandanya baby aktif..smoga sntiasa jaga kesihatan ye..sekejap je..dh 33 weeks ye..

    selamat hari lahir buat husb kamila.. mmg eksited sambut birth husb..lg2 kalo 1st time kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni dekat khemah Lya..
      Khemah mahal..hehe..

      Tu la kejap je..
      Next month da bole stand by..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...