Thursday, 1 September 2016

31st Aug 2016..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Semalam cuti hari merdeka kan..
So apa aktiviti korang semalam?
Kitaorang balik kampung hari Selasa malam..
Sebabnya tak de beza pun balik hari Selasa atau Sabtu malam pun..
Cuti tetap sehari je..

So Selasa lepas keje kitaorang gerak balik..
Nasib balik jalan clear je..
Walaupun banyak juga kereta on the road..
Sempat singgah Seremban untuk makan..
Sampai rumah dalam pukul 1 lebih..
Semua orang dah tido, nasib baik adik ipar tak tido lagi..
Sampai tu memang terus tido la..
Dah lama tak balik rumah mertua sebenarnya..
Tapi jumpa dekat luar..
Masa open house abang ipar dan masa abang ipar dapat baby..

Balik kampung kali ni best sebab banyak buah-buahan..
Aku ni pulak dah la memang suka buah-buahan tempatan ni kan..
Sekarang banyak gila manggis dengan rambutan..
Rambutan tu dah ada la dapat..
Sebab mak selalu amikkan dan pass kalau jumpa dekat mana-mana..
Aku dengan buah-buahan tempatan ni memang cannot help la..hehe..
Sanggup keluar malam-malam capai buah dekat laman sebab tak boleh berenti makan..hehe..
Buah manggis tu ada bawak balik sikit..
Singgah rumah aku bagi dekat mak, then bawakkan untuk abang ipar..
Hari ni aku ada bagi budak ofis sikit..
Tempat keje aku ni ramai chinese..
Makan pun ala-ala je..
Tak de la menggila macam kalau kita makan kot..hehe..

So tu la je la aktiviti untuk hari merdeka..
Haaa semalam banyak offer makanan kan..
Termasuk lah sercet recipe dengan domino..
Kek secret recipe rm5.90/slices..
Zack dengan Adik Ta dapat la beli 2 slices kek..
Aku ada keluar semalam masa nak settle kan benda..
Singgah secret recipe dalam pukul 4..
Tengok ramai yang beratur..
Beratur kejap, lepas tu give up da..
Nampak kek pun macam dah tak banyak..
Tak pelah beli ka kek lain, tak pun kalau teringin kek SR bayar je la harga biasa..



So singgah Hailam Kopitiam je la makan kek Mocha ais krim ni..huhu..
Hantar gambar dekat adik Ta..
Die kata tak pelah nanti balik die belanja..
Kesian kakak die kan..hehe..


Malam tu ayah ada share gambar ni..
Kisah 15 tahun lepas..
Kenangan die mengetuai perbarisan masa Perarakan Hari Merdeka..
Ayah bukan askar pun..
Tapi minat askar..
So die join askar Wataniah..
Sampai pangkat Mejar jugak la masa pencen..
Sekarang kakak aku pulak mengambung minat die..



So Selamat Hari Merdeka Malaysia yang ke 59..
All The Best Malaysia..:)

1st September ni adalah hari yang sibuk untuk aku dengan en.suami..
En.suami dari half day off jadi full day off..
Settle kan benda..
Dari tukar air bag, pegi Maybank, RHB dan CIMB..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...