Wednesday, 24 August 2016

Resipi Homemade Potato Wedges..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Jarang-jarang sangat aku share resipi kan..
Selalu aku je yang google resipi sana sini..hehe..
Lagi-lagi benda yang tak biasa masak dekat rumah..
Kalau lauk pauk biasanya aku tanya adik aku je..
Tak pun balik kampung tengok mak dengan mak mertua masak..

Sejak kahwin ni aku rajin la jugak sikit nak masak..
Balik keje tu masak la sikit..
Suka masak untuk en.suami pun ye gak..
Tapi paling utama sebab tak larat nak makan dekat luar..huhu..
Dah la dekat area rumah pilihan macam tak berapa nak banyak..
Ok banyak pilihan tapi tak berapa best..huhu..
Lepas tu bila dah balik rumah malas gila nak keluar balik nak pegi makan..
Lagi rajin masak sikit dari dari kene siap lepas tu turun balik..
Lepas tu balik rumah sampai almost pukul 12..
En.suami selalu sampai rumah lewat gak..
Tu yang pegi makan lambat, balik lambat tu..
Tu pasal la jugak aku ada masa nak masak sebelum die sampai rumah..

Sebelum ni aku selalu masak lauk..
Macam-macam lauk la cuba masak..
Makan dengan nasi..
Lepas tu makan lambat pulak tu..
Kadang-kadang pukul 10 baru makan..
Lepas tu dah nak tido..
Ini adalah tak sihat..

Itu pun mula-mula dulu masak nasi banyak jugak..
Lepas tu dah kurang kan..
Tapi tetap rasa tak ok..
Badan en.suami pun dah naik..
Jadi ubah plan..
Sekarang masak makanan simple je untuk makan malam..
Kalau nak masak berat pun masa weekend..

So ni salah satu menu makan malam kitaorang..
Buat home made supaya lebih sihat dari yang beli dah siap..

Potato Wedges..
Aku amik resipi dari sini..
http://resepibonda.com/resepi-cheesy-wedges-ala-kfc/

Bahan Potato Wedges –
Kentang
Garam
Pati Ayam
Tepung gandum
Serbuk Lada Hitam
Cara Membuat:
1. Rendam kentang dalam air panas selama 2 minit. Potong kentang berbentuk wedges seperti potongan kentang KFC.
2. Rebuskan kentang di dalam periuk. Sila campur garam dan pati ayam secukup rasa. Rebus sehingga empuk.
3. Keluarkan kentang dari rebusan. Untuk memastikan kentang sudah boleh dikeluarkan, gunakan garfu dan cucuk pada kentang. Kalau suku garfu dah termasuk dalam kentang, maknanya sudah boleh dikeluarkan. Tapi pastikan jangan terlalu lama supaya kentang tidak lembik.
4. Angkat dan toskan kentang yang telah direbus tadi. Biarkan sejuk seketika. Kemudian, salutkan kentang dengan tepung gandum dan lada hitam (gaulkan bersama).
5. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti. Goreng wedges tadi dalam kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.
Inilah hasil nya..


Rasa dan tekstur die not bad..
Cuma aku goreng garing sikit..
Aku guna 3 biji kentang, 2 kiub pati ayam..
2 kiub tu maksud die satu kotak..

Tak makan dengan cheesy tu pun..
Makan dengan sos cili dengan mayonis je..
Lepas tu ada yellow mustard dekat rumah..

Selamat Mencuba..
Malam sebelum tu buat garlic bread dengan sup cendawan..
Not bad jugak..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...