Monday, 15 August 2016

Random Isnin..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Cerita last Monday..
Ingatkan dah publish..
Sekali tersadai dekat draft..
Tak pela..
Publish hari ni..hahaha..

Happy Monday!!!..
Isnin adalah hari off day aku..
So hari Isnin bole rilek-rilek bangun lambat..
Settle kan apa yang patut kalau tak de pegi check up..
Lepas en.suami pegi keje tadi memang sambung tido..
Bangun goreng cekodok, makan sambil tengok TV..
Petang sikit tadi pegi pejabat management bayar bil air..
Sebelum turun masukkan baju dalam mesin..
Naik tadi ampai baju, lepak-lepak sambil lipat baju..
Boring tv tak de citer best..
On laptop, off tv..
So marilah online guna hot spot sambil dengar lagu dekat laptop..
Dah lama tak lepak macam ni..
Teringat kenangan duduk sewa bilik dekat Kemaman dulu..
Ye lah duduk sorang-sorang tak de tv..
Laptop je la peneman..
Rindu Kemaman ke?..huhu..

Cerita pasal Kemaman..
Jumaat malam hari tu sempat jumpa ex house mate dengan kakak die..
Beria nak jumpa sangat
Gigih wasap hari-hari tanya bila available..
Kebetulan Jumaat malam dieorang call ada dekat Sunway Putra..
Call en.suami tanya ok tak nak pegi sana..
Sempat la jumpa sejam sebab dieorang nak pegi tengok wayang pukul 11..
Pukul 10 kitaorang sampai..
Kedai semua pun dah tutup..
Jumpa la borak dekat kerusi je..
Nak pegi minum pun tak de tempat da..
Dah 2 tahun tak jumpa..
Kak Timi pun Insyaallah hujung tahun ni nak kawen..
Nak pegi Kemaman entah bila la..
Satu hari nanti Insyaaallah..

Keje hari Sabtu ni kadang-kadang lemau jugak..
Walaupun nak pegi keje syok je sebab tak banyak kereta..
Lemau sebab susah nak pegi mana-mana..
Nak balik kampung ke susah..
Lepas tu ada hari Ahad je masa untuk settle kan benda dengan en.suami..
Nak beli barang ke apa..

So semalam penuh dengan aktiviti..
Of course late morning..
Lepas tu en.suami buatkan breakfast simple..
Goreng daging burger dengan koktel..
Ok la buat alas perut..
Lepas tu masing-masing buat keje rumah dulu..
Sapu lantai, bersihkan toilet, laudry..

Rumah kecik pun dah penat..
Macam mana la orang yang duduk rumah besar tu..huhu..
Kalau dulu weekdays gagah jugak nak buat keje rumah..
Tapi sekarang ni balik keje, masak je pun dah tak larat lepas tu..
Aku pulak lagi prefer masak dari makan dekat luar..
Kadang tu sampai dah tak tau nak makan apa dekat luar..
Asyik ulang benda yang sama je..

Petang sikit kitaorang keluar..
Nak pegi mencari barang baby..
Semalam la baru nak membeli barang..
Pada 24 minggu nak masuk 25 minggu..
Pegi Baby Manjaku Mall tak silap nama die dekat Wangsa Maju sana..
Dapat la beli barang sikit..
Beli sikit-sikit dan mana yang perlu je..
Sambil tu tunjukkan dekat en.suami barang-barang yang mungkin tak perlu beli sekarang..
Tapi mungkin perlu masa aku dalam pantang nanti..
Berdasarkan rekod-rekod sebelum ni aku rasa aku bole percaya dengan kebolehan en.suami..haha..

Awal-awal dulu aku tak berapa percaya jugak..hehe..
Tapi bila dah kene assign beberapa kali..
Yes I can count on him..
Cuma kene bagi peluang je..
Lepas 2 3 kali die akan ok..
 So berbalik pada cerita beli barang..
Aku ada tunjuk breast pump, botol susu dan lain-lain yang aku rasa mungkin tak perlu beli sekarang..
Mungkin perlu beli masa aku dalam pantang nanti..
So kalau aku tak boleh keluar..
Bole la mintak die tolong belikan..
Yang penting kene tunjuk dekat die dan explain awal-awal..
Kene bagi tau ni untuk apa, kenapa perlu, explain pasal beza harga..
Nanti die pandai je nak beli mana yang ok..

Awal-awal ingatkan nak pegi KLCC lepas tu tengok barang..
Tapi masa bayar tu pun dah pukul 9..
Tak sempat la nak pegi..
On the way nak balik call Sen nak ajak jumpa..
Pun tak dapat..
Sebab kakak die ada dekat rumah..

So pegi makan sendiri je la..
Sebelum balik tu singgah teman en.suami tengok bola dulu..
Arsenal vs. Liverfool..
Sampai rumah pun dah pukul berapa semalam..
Aku bole la lepak hari ni..
En.suami pagi ni ada meeting..
Kesian jugak dekat die..
Kalau dulu selalu keluar hari Sabtu..
Ahad bole lepak-lepak rehat-rehat dekat rumah je..
Harap nanti dapat la keje yang normal working hour balik..Amin..

Hari ni en.suami balik lambat sikit..
Esok die ada FAT..
Banyak benda nak settle kan hari ni..
So bole la masak lambat sikit..
Plan nak masak sambal tumis ikan bilis campur kentang dengan telur masak kicap je..
Barang banyak dah habis..
Tak de masa nak keluar beli..huhu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...