Thursday, 11 August 2016

Pengalaman Mengandung - Part 1..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Marilah abadikan kenangan dekat sini..
Dan mana tahu boleh berkongsi maklumat dengan orang lain jugak..

Sejak kahwin..
Aku terus install apps My Calender dekat fon aku..
Apps ni pada aku berguna untuk perempuan..
Mula-mula isi la beberapa maklumat macam normal berapa hari period dan apa entah dekat setting..
Simple je..
Apps ni pada aku agak berguna sebab bole agak bila waktu subur, bila period sampai la rekod untuk mengandung..
Sebenarnya dari dulu lari aku memang rekod setiap kali period..
Tapi dekat kalender biasa je..
Lepas kahwin memang guna apps ni la..

Sebenarnya banyak lagi apps yang lebih kurang sama..
So ikut korang la suka guna yang mana..

Untuk details apps ni bole baca dekat sini..
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.popularapp.periodcalendar&hl=en

So bila guna apps ni bila tak period lagi..
Bole la pegi check apa yang patut..hehe..
Lagi kalau case macam aku..
Sebabnya aku tak de morning sickness ke apa..
Antara symptom yang ada dekat aku masa mula-mula ialah hidung aku lebih sensitif dari biasa..
Tapi tak de lah sensitif gila sampai tak boleh bau suami ke apa..
Cuma hidung aku lagi peka dekat bau sesuatu benda..
Contohnya kalau ada forging ke..
Dan sensitif dengan bau dekat dapur, atau sesetengah makanan..
Tapi masih bole lagi memasak..
Lagi satu aku rasa tak selesa dekat ari-ari..
Macam nak period tu..
Rasa kadang-kadang mencucuk tapi tak period..


Mine untuk hari ni..:)

Masa ni rilek lagi..
Tak de pegi check pun..
Alhamdulillah aku tak pernah muntah-muntah sepanjang mengandung ni..
Sebab tu en.suami pun rilek je..
Katanya aku tak de symptom pun..
Kebetulan masa ni kakak ipar en.suami tengah pregnant jugak..
Tapi kakak ipar en.suami kene alahan teruk jugak..
Sampai kene admit..
Bak kata mak mertua aku..
Bahagian masing-masing..
Ada orang masa mengandung mudah, mungkin bersalin susah..
So setiap orang lain-lain..

Masa March aku ada pegi sauna dekat London Weight Management..
Saje pegi..
Dapat free treatment untuk birthday katanya..
Lebih kurang dalam sebulan lepas tarikh tak period kot pulak aku ada beli sauna..
Sempat la guna seminggu dalam 2 3 kali..
 Then kitaorang suami isteri discuss..
Better check..
Sebab kalau pregnant dah ada aktiviti yang perlu kene berenti..
Sauna la salah satunya..
Lagi pun masa keje dekat KL Sentral aku kene jalan kaki lebih kurang 1-2km dari komuter terdekat untuk sampai ke rumah..
Nasib baik pegi keje en.suami hantar dekat stesyen komuter..

Mula-mula aku beli pregnancy test kit dekat Guardian je..
Sekali ada 2 line..hohoho..


Lepas tu kitaorang ada beli pregnancy test kit yang ni pulak..




Masa dah hujung-hujung dekat company lama aku ada bagi tau ex-colleague aku ..
Die cadangkan aku beli acid folic..

Next masa balik kampung kitaorang ada pegi KK untuk check confirm kan pregnant..
Masa ni tak ingat dah berapa minggu..
Tapi sebelum 12 minggu..
Lepas tu baru la bukak buku pink..

Dari segi pemakanan aku simple je..

Nanti kalau rajin aku share pasal benda-benda lain..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...