Tuesday, 12 April 2016

Wedding Review - Bilik Pengantin..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Sementara ada masa ni meh kita up satu lagi entry..
Sebenarnya aku dah lama buat senarai draft untuk wedding..
Tapi tak tulis-tulis je..
Dalam banyak-banyak senarai tu tadi aku tengok macam ni je yang agak senang..haha..
So marilah kita bercerita pasal bilik pengantin..

Bilik pengantin ni simple je..
Bilik pun tak de lah besar sangat..
Lepas tu aku pun tak de la beria sangat plan itu ini..

Awal-awal memang aku dah cat siap-siap bilik ni masa cat rumah..
Lepas tu kebetulan ayah ada beli katil kayu..
Sekali beli dengan katil untuk bilik die..


Ni cadar dengan katil tu..
Ayah memang beli 2 set katil je semata..
Almari, meja solek, side table semua tak de..
Yang aksesori lampu kiri kanan tu ayah dapat hadiah masa die pencen..
Kebetulan nampak macam ok je matching dengan katil..
Tu yang letak dekat situ..

So bila dah ada katil ni aku plan nak beli almari/chest drawer dengan cermin je..
Simple je..
Lepas tu buat langsir..
Ada jugak la survey sana sini nak fit in dalam budget..

Finally end up bilik pengantin adalah ini..


 Cadar yang sama..
Masa cari langsir kebetulan jumpa warna langsir yang sedondon dengan cadar..

Cermin dekat dinding tu dah terbeli dulu..
Frame die bukan kayu pun..
Plastik biasa je..
Aku dengan en.suami pegi cari sticker corak kayu dekat Mr.DIY lepas tu tampal je..
So nampak la macam matching dengan perabot lain..
 
Yang meja kecik bulat depan cermin tu pun dapat free masa ayah pencen..
Atas meja tu pulak bekas kayu memang ada dekat rumah..

Mula-mula nak tempah buah langsir katil ni sekali dekat Jakel..
Masa dieorang pasang langsir ni dah siap ukur segala..
Tapi masa aku call nak confirmkan harga..
Sekali SA tu kata die tak buat langsir untuk katil..
Sebenarnya masa ni nk CNY kan..
Dieorang pun banyak tempahan langsir..
Tu pun antara sebab dieorang malas nak layan kot..hehe..
So mintak sepupu aku je yang tolong hiaskan..
Aku kan amik pelamin nikah dekat die..
So sekali la dengan ni..
 Die buat la langsir tu guna kain yang die ada..
Hari Rabu ke Khamis aku pegi amik barang untuk ni dan pelamin..
Malam sebelum nikah tak silap die siap pasang langsir ni..
Kejap je pun buat die..
 


Almari dengan meja solek sekali..
Dapat la 3 pintu almari..
Senang la nak simpan baju semua..

Atas meja solek tu aku alas dengan table runner yang memang ada dekat rumah ni je..
Beli dekat Serawak tak silap..
Aku alas tu sebab tak nak meja calar..

Ada bekas barang kayu jugak atas meja solek tu..
Sebenarnya tu untuk letak majalah dekat hall..
Tapi tak guna sangat pun..
Tu aku bawak masuk letak toiletries kitaorang bila balik..

 Kotak tisu pun dari kayu jugak..
Amik dekat rumah tu je jugak..
Sebenarnya dekat rumah aku ni memang banyak barang kayu..hihi..
So amik lepas tu mix and match je la..



Gambar katil lagi..
Abaikan cadar yang tak beriron tu ye..hehe..

Sebenarnya dalam bilik ni ada karpet..
Beli sekali dengan perabot ni tapi masa majlis aku tak guna pun..
Letak je dekat hall je..
Aku pakai karpet kecik hujung katil tu..
Sebab lagi senang nak kemas bilik..
Ada karpet nak kene vacuum segala..
Malas aku..

Set perabot ni ayah yang belikan..
Masa awal-awal tu aku ada jugak la usha-usha kan..
Tapi bila dah hujung-hujung aku mintak mak tolong carikan je..
Sebab dieorang lagi pandai beli benda-benda macam ni..
Lagi banyak berjalan lepas tu survey-survey..
So senang mintak tolong dieorang je..

So ini lah bilik pengantin kitaorang..
Simple je..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...