Wednesday, 13 April 2016

Wedding Review - Berinai..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Ok meh sambung cerita berinai pulak..
Sebenarnya tak de lah majlis berinai ke apa..
Cuma acara memakai inai je beramai-ramai..

Macam aku cerita dalam entri sebelum ni..
Lepas maghrib tu aku pegi hantar door gift yang dah siap dekat rumah en.suami..
Sementara aku pegi tu, masing-masing yang dipertanggungjawabkan dekat rumah tengah meracik bunga rampai dengan tumbuk inai..
Aku pakai inai pokok je..
Ada 2 pokok inai dekat rumah aku ni..
Memang tak pernah pun bercadang nak guna inai lukis-lukis tu..

Balik dari hantar door gift tu aku pun mandi..
Sebab nya pakai inai ni terus tidur..
Bangun pagi nanti baru basuh..

Tukang buat inai ni adalah mak, adik aku dan kawan-kawan die..
Ada 2 orang kawan adik aku yang last, yang sekolah seni tu datang..
Seminggu dieorang duduk dekat rumah aku..
Memang banyak tolong apa yang patut..



Haaa nampak tak tu siap ada gambar batu lesung untuk tumbuk inai ni..hehe..
Tu gambar mak tengah pakai kan inai dekat tangan aku..
Letak sellotape dekat bahagian bawah untuk elakkan inai tu meleleh-leleh..



Ni pulak adik aku dengan kawan die handle dekat bahagian kaki..

Sebenarnya aku plan dengan adik perempuan aku nak pakai baju kurung kedah dengan kain batik masa berinai ni..
So bole bergambar dekat pelamin nanti..
Tapi sebabkan pelamin lambat pasang..
So kita pakai je la baju biasa..



  Ni gambar pagi tu dekat pelamin..

Aku pakai malam tu sampai dalam pukul 5 pagi..
Adik aku temankan aku tido dekat hall malam tu..
Die la selalu tolong spray kan dengan air bila inai tu macam nak kering..
Masa tanggalkan tu warna die tak de lah pekat sangat pun..
More to oren oren macam dalam gambar dekat atas ni..

Tido dekat hall tu aku asyik terjaga je..
Lagi sebab tak selesa tangan dengan kaki susah nak gerak kan..huhu..
Lepas basuh tu sambung tido dekat dalam bilik..hehe..



 Ok ni dah tukar baju..
Sebab bila pelamin dah siap pagi tu..
Masing-masing nak bergambar..
So bole la bergambar ala-ala berinai..

Aku pakai baju kebaya wan (nenek) aku ni..
Baju die masa muda-muda dulu..hehe..
Dulu masa sekolah aku ada pakai baju ni..
Lepas tu dah tak muat..
Sekali masa ni aku cuba sarung muat pulak..

Inai aku tu tak pekat sangat pun kan..
Tapi jangan tertipu..


Dah 2 bulan lebih kahwin..
Masih ada lagi inai dekat hujung jari aku tu..
Dekat jari kaki pun sama..
Inai die kekal lama..
 Ok la mungkin sebab kuku aku lambat panjang ke apa..
Tapi masa aku masuk keje lepas cuti kawen pun..
Lepas seminggu lebih majlis..
Inai dekat tepi kaki aku tu masih ada lagi..
Jelas jugak la..

Aku pakai pun masa malam tu je la..
Nak bersanding tu tak de pun tambah pakai lagi ke apa..

Ok ni je la cerita pasal berinai aku..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...