Thursday, 18 February 2016

Wedding Review - Door Gift - Box..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Meh la sambung pasal wedding review sementara ada masa ni..
Untuk door gift aku budget rm1 untuk seorang tetamu..
Jemputan ada 2000.
Jadi budget untuk door gift adalah rm2000 sahaja..:)
Hujung-hujung tersasar sikit jugak la..
Sebab spend seringgit lebih untuk door gift per pax..

Untuk door gift ni aku pukul rata je..
Semua orang dapat door gift yang sama..
Tak kisah la VIP ke kanak-kanak ke..
Aku malas nak fikir banyak-banyak nak asing-asing kan..
Nak beli banyak kali..

Lepas tu memang dah fikir awal-awal nak letak candy je dalam die..
Tu je budget yang murah..
Pun kene cari jugak..

Ok meh cerita pasal box dulu..
Untuk box aku memang pilih semurah yang boleh..
Konsep die adalah malas nak beli yang mahal-mahal nanti orang buang..
So mencari la dekat kedai dan online box yang murah..
Ada yang murah aku jumpa dalam 20 sen..

Box macam ni..


Sekarang aku tak pasti berapa dah harga box ni..
Paling murah aku jumpa 20 sen..
Tapi ada jugak jual box yang sama tapi lagi mahal..

Lepas tu aku cari box pulak online..
Sekali jumpa ada orang jual pillow box..
Harga pun ok..
Terus bayar..
Total untuk pillow box ni rm430 untuk 2000pcs termasuk postage..
Jadi untuk satu box ni dalam rm0.215..
Orang yang buat ni dekat Johor..



Tak silap ni saiz untuk pillow box aku..
Tak besar sangat pun..
Ok la untuk candy yang aku nak letak..
Ni pun aku tempah yang paling murah je..
Box guna kertas kraf..
Ada box yang dari kertas metallic..
Tapi lagi mahal la..
Aku pulak malas nak membazir..

Dah dapat saiz tu aku pun cuba la buat sendiri..
Sebab nak agak saiz die..
Lepas tu nak agak deko ni..
Bincang dengan adik aku yang last tu kitaorang buat macam konsep candy bar..



Ni adik aku yang lukis atas box tu..
Disebabkan tempah kalau dah siap cop lagi mahal..
Nak tampal sticker pun mahal..
Budget memang kene kawan ketat ye untuk mengelakkan ketirisan dekat mana-mana..haha..
Lagi tempat yang tak sepatutnya..
So end up kita tempah cop je..
Cop la sendiri lagi murah..

Untuk pasal cop ni nanti aku buat entri lain la.. 
Untuk entri pasal rubber stamp/cop bole baca dekat SINI


 

Orang ni hantar box ni by batch..
Tak ingat dah berapa kali yang die hantar..
Antara banyak-banyak vendor yang aku deal..
Ni yang bermasalah kot..
Sebab nya die tak menepati janji date yang die nak deliver..
Walaupun tak de lah barang sampai lambat gila..
Tak sempat nak majlis ke apa..
Tapi pada aku die tak menepati janji..
Lepas tu siap menipu pulak lagi..
Konon nak hantar 23hb..
Sekali bila tanya 23hb tak hantar pun barang..
Ko yang bagi tarikh ko sendiri tak boleh commit..
Lepas tu bila tanya bagi macam-macam alasan atau tak reply pun..
Tapi dekat IG upload tempahan orang yang die deliver untuk orang lain..
Memang kene maki la dengan aku..

Tak kisah la aku order barang murah ke apa..
Orang pegang dekat janji..

Kalau tak silap awal awal die janji nak hantar 2 kali je..
Tapi sebab die buat lambat ke apa..
Die hantar sikit-sikit banyak kali..
Lebih dari harga postage yang sepatutnya..
Memang aku tak amik tau la..
Pandai-pandai la..
Kalau mintak lebih memang aku maki je lagi..

Dan aku macam kurang berpuas hati dengan kualiti box die..
Mungkin die buat untuk orang lain ok je kot..
Mungkin dekat aku je yang tak ok..
Dekat tempat yang die gam tu banyak yang terbukak..
Kitaorang kene gam balik..


Ni lah box yang dah di cop..
Aku cop sendiri je masa dah start cuti..
Adalah adik aku tolong sikit-sikit..
Memang awal-awal cuti tu aku siapkan cepat-cepat sebab nanti nak isi door gift pulak..

Masa dah dapat semua box orang ni adalah WA aku tanya ok ke tak..
Aku tak reply pun..
Malas aku nak bising-bising..
So aku malas nak share dekat sini..
Tapi kalau ada yang berminat bole je contact aku..
Mungkin die dah improve service die..
Mungkin korang tak de masalah macam aku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...